Anda di halaman 1dari 2

AMALAN DOA NABI SULAIMAN

Terjemahan:

Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi
Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah
Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya, Selamat sejahterakanlah
kami Wahai Tuhan Jibrail, Mihkail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai Nabi Sulaiman
dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang
banyak. Maha suci Allah Taala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya,
ketahuilah oleh kamu wahai Iblis, wahai Iblis, wahai Iblis, Syaitan-syaitan tinggal
dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman,
dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan
rahmatMu. Ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya.

Doa ini amat begitu masyhur diamalkan oleh para pengamal perubatan Darul Syifa,
Darussalam dan lainl-lain pusat rawatan Islam. Antaranya fadilatnya :

Menundukkan jin yang degil semasa rawatan.


Penunduk bagi binatang terutama ketika masuk ke hutan.
Pendinding dari gangguan jin dan sihir.
Penggerun kepada jin, manusia dan binatang.
Aura hebat dan pengaruh berwibawa.
Para ikhwan segala amalan yang diperturunkan dalam web ini boleh diamalkan
bertujuan untuk menyatakan dan menyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan
sesuatu perkara kepada insan yang dikhendakiNya, bukannya beramal atas alasan
mencari fadilat dan kelebihan setelah ia diwarwarkan dengan kehebatan ini dan itu.
Amalkan dengan penuh ta'zim membesarkanNya dan jangan lupa kita hamba Allah
yang amat lemah, mampu menyatakan ucapan yang amat besar nilainya di
hadapan Allah iaitu doa.
Dicatat oleh syeikh syaukani di 8:38 PTG