Anda di halaman 1dari 21

1.

0 Pendahuluan
Kejayaan negara-negara Barat muncul sebagai sebuah kuasa utama ekonomi dan
politik dunia merupakan satu episode yang sangat mengagumkan dalam sejarah
perkembangan tamadun manusia. Ini kerana secara perbandingannya jika dilihat dari
segi saiz keluasan negara dan jumlah penduduknya, negara-negara Barat tersebut
adalah lebih kecil berbanding dengan beberapa negara utama dunia khususnya negara
China, India dan Turki. Begitu juga sekiranya dilihat dari segi pemilikan sumber
ekonomi dan sains teknologi, perbezaan antara negara-negara berkenaan pada
awalnya adalah tidak sebegitu jauh. Malahan dalam sesetengah aspek ketamadunan
yang lain, China, India dan turki dalah lebih maju. Perkembangan dunia Asiat
terutamanya kerajaan Islam jauh lebih maju berbanding dengan negara Eropah yang
jauh ketinggalan pada ketika it. Di kala negara Islam mencapai kemajuan ketamadunan
yang cukup tinggi, negara Eropah masih berada dalam zaman gelapnya. Menurut
sesetengah pendapat sejarawan, awal abad ke-9 merupakan garis pemisah yang
menunjukkan perbezaan nyata dari segi perkembangan di antara tamadun Barat
dengan tamadun-tamadun yang lain. Namun, tiba satu masa yang mana negaranegara barat telah mencapai satu ketamadunan manusia yang tingggi berasaskan
kepada kemajuan sains dan teknologi berdasarkan daripada beberapa tempoh
peralihan zaman dunia Barat. Kejayaan yang dikecapi oleh negara Barat khususnya
England, Jerman dan Amerika Syarikat dilihat sebagai sebuah negara unggul yang
dapat diperhatikan dari segi dominasi terhadap ekonomi dunia, malahan berkeupayaan
dalam meluaskan empayar jajahan mereka seinggalah di benua Afrika dan Asia.
Walaupun tidak dinafikan bahawa suatu ketika dahulu dunia barat pernah mencapai
zaman kegemilangannya pada zaman Romawi, namun itu selepas kejatuhan zaman
tersebut, Eropah telah masuk ke satu zaman yang dikenali sebagai zaman gelap yang
mana masyarakat hidup dalam keadaaan yang mundur. Oleh yang demikian, tugasan
kali ini akan memperlihatkan bagaimanakah negara Eropah dapat bangun semula
sebagai sebuah kuasa yang kuat melalui beberapa zaman yang telah akhirnya
membawa kepada kemajuan ketamadunan dunia Barat sehinggalah mencapai sebuah
negara yang maju dan mampu menjelajah ke seluruh dunia bagi memperluaskan
pengaruh mereka.

2.0 Perubahan-Perubahan yang Belaku dari Zaman Gelap, Zaman Feudalisme,


Rennaissance dan Reformation
Zaman Gelap (Zaman Pertengahan)
Secara umumnya, keruntuhan empayar Rumawi dianggap sebagai tahap kedua bagi
Zaman Kalsik Eropah yang berlaku di sekitar pertengahan abad kelima masihi telah
membuka tirai bagi suatu tahap sejarah yang batu di benua eropah ini. Tahap sejarah
yang baru ini dikenali sebgaai Zaman Pertengahan iaitu suatu istilah yang tidak
mempunyai maksud yang tertentu melainkan sebagai merujuk kepada kronologi
perjalanan sejarah Eropah sahaja iaitu suatu tahap waktu yang terletak antara Zaman
Klasik dengan Zaman Moden. Namun begitu, zaman pertengahan ini juga dinamakan
sebagai zaman Gelap. Istilah zaman pertengahan telah digunakan buat pertama
kalinya pada zaman pembaharuan dan telah diperkukuhkan semasa zaman kesedaran
yang membentuk tempoh masa yang dikenali sebagai zaman pertengahan. Ia turut
mengambarkan sikap masyarakat pada tempoh masa tersebut iaitu yang bergantung
terutamanya pada pemikiran zaman kesedaran yang banyak memandang rendah
tempoh masa dan sejarah antara era klasik yang dipuja dengan kesedaran semula
semangat klasik sewaktu zaman pembaharuan. Hal ini demikian kerana menurut para
intelektual yang sekular, zaman yang memakan masa kira-kira seiribu tahun itu tidak
memberi banyak kebaikan terhadap kehidupan masyarakat Eropah terutamanya
kehidupan yang berasaskan nilai-nilai keduniaan. Ini kerana zaman tersebut yang
berjalan kira-kira dari pertengahan abad kelima hinggalah awal abad ke lima belas
adalah suatu zaman yang sangat kuat dikuasai dan dikongkong oleh nilai, amalan dan
mazhab gereja Katolik.
Secara umumnya, pemulaan serangan orang Gasar ke atas wilayah Eropah Barat telah
mengheret Eropah untuk memasuki zaman yang dikenali sebagai zaman Gelap. Pada
zaman ini peperangan kebuluran dan penyakit menjadi lumrah dalam kehidupan
masyarakat Eropah apabila hampir 500 tahun lamanya masyarakat Eropah mengalami
kemerosotan dalam perkembangan pendidikan, kehidupan bercorakkan perbandaran,
perdagangan serta suatu pentadbiran pusat yang bekesan. Hal ini dibuktikan apabila
ahli keluarga dalam zaman ini bergantung kepada diri sendiri untuk menyara hidup
masing-masing. Pendek kata, keluarga berfungsi sebagai sumber pengeluaran sendiri
kerana ketika itu tidak wujudnya perdagangan. Serangan-serangan dan kumpulan
orang Gasar merupakan suku kaum yang menetap di utara Rhine dan Danube dan
2

telah menyerang empayar Rom dari semasa ke semasa mulai abad ke-3 hingga abad
ke-6 Masihi. Mereka terbahagi kepada beberapa puak/suku kaum yang dikenali
sebagai puak Goths, Huns, Vandals, Franks dan Lombards. Serangan demi serangan
yang dilakukan telah mengganggu perkembangan pesat kemajuan manusia Zaman
Klasik iaitu Greek dan Rom dan akhirnya zaman ini hanya meninggalkan sumbangan
berharga kepada tamadun Eropah pada zaman ini iaitu institusi Kristian dan
Feudalisme.
Zaman Pertengahan secara amnya juga, memang dianggap sebagai zaman yang
dikuasai oleh agama Kristian melalui institusinya yang terpenting iaitu gereja. Boleh
dikatakan seluruh nilai kehidupan dan kandungan keilmuan serta asas-asasnya telah
dikuasai oleh agama tersebut dan juga gerejanya. Sesungguhpun terdapat apologi
mutakhir yang cuba menggambarkan zaman tersebut sebagai zaman yang tidak
seburuk seperti yang lazim diketahui, tetapi hakikat penguasaan agama tersebut tidak
dapat diketepikan. Hal ini dibuktikan dalam bidang keilmuan misalnya, kita mendapati
bahawa sejarah dan falsafah sejarah memang menggambarkan betapa kukuhnya
penguasaan agama terhadap kehidupan orang Eropah pada ketika itu.1 Ini dapat kita
lihat dari segi karya sejarah dan pensejarahan yang dihasilkan pada zaman tersebut
yang kebanyakannya mengambarkan dan didasarkan kepada nilai-nilai keagamaan
tersebut. Serangan orang Gasar telah menyebabkan mereka menduduki kawasankawasan baru dan dengan senangnya mubaligh-mubaligh Kristian telah menarik raja
orang Gasar menganut agama Kristian. Hal ini demikian kerana raja-raja kaum ini tahu
bahawa agama baharu ini akan memberi mereka kekuatan untuk memerintah Eropah
dan menyedari faedah mengambil golongan terpelajar Kristian sebagai penasihat
mereka. Dengan cara ini tamadun Rom tidak terhapus sebaliknya mereka telah
memeliharanya dan menyerahkan pencapaian zmaan ini kepada pelopor tamadun
Eropah pada zaman berikutnya.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa abad ke-lima belas itu telah
menghapuskan kongkongan-kongkongan oleh golongan agama Kristian, tetapi benihbenih penentangan terhadapnya yang berbentuk sekular sudah mula muncul. Gerakan
penentangan ini dinamakan Gerakan Pembaharuan yang muncul di Itali. Gerakan ini
kemudiannya berkembang ke negara-negara di bahagian utara Eropah. Walaupun
gerakan ini tidak dapat mengubah sifat keagamaan masyarakat Eropah, tetapi
perkembangannya itu telah mendorong serta menjadi asas kepada kemunculan Zaman
3

kesedaran pada abad ke-18 iaitu suatu zaman yang bertekad sungguh-sungguh untuk
menghancurkan kekuasaan dan kongkongan agama tersebut terhadap masyarakat
Eropah.2 Tekad untuk menghancurkan kekuasaan tersebut begitu kuat sehingga ada
para pengkaji yang mengatakan bahawa perjuangan para intelektual khususnya
philosophers pada masa itu diumpamakan sebagai pertempuran sengit yang akan
hanya berakhir setelah salah satu musuh mati.
Dua abad yang bermula lebih kurang tahun 550M hinggalah lebih kurang tahun 750 M
telah dianggap

sebagai zaman yang tidak banyak perubahan dalam ketamadunan

Barat. Pada dua abad ini gereja berdiri dengan teguh sebagai kuasa yang memelihara
nilai kesucian tetapi pihak gereja juga tidak melahirkan para pemikir, penulis, pelukis
dan ahli teologi sebagaimana yang telah wujud pada zaman-zaman lalu. Pada masa itu
juga, sering berlaku perselisihan dan para paderi di Barat kebanyakkannya adalah
terdiri daripada orang gasar. Kebanyakan mereka tidak pandai menulis dan membaca
tetapi masih lagi mengamalkan amalan karut dan bertentangan dengan pegangan
ajaran gereja. Organisasi politik juga lemha disebabkan oleh kelemahan dan hancurnya
kegemilangan empayar Romawi. Dengan itu, corak kehidupan orang Eropah telah
berubah yang dahulunya pada perhambaan kini telah bertukar kepada sistem feudal.
Sistem ini wujud daripada kesan kehancuran empayar Romawi.
Zaman Feudalisme
Selepas tamatnya zaman Gelap, era Carolingians bermula, feudalisme telah
berkembang pesat dalam pemerintahan Frankish. Namun, sistem ini kurang
berkembang di Itali dan semakin lembap di tanah Jerman asal. Tetapi kebanyakan ciricirinya wujud di negara Barat. Secara umumnya, feudalisme adalah suatu bentuk
kerajaan yang terbentuk di Eropah Barat pada abd ke-9 Maishi selepas pemecahan
empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke-13 Masihi. Sistem
pemerintahan ini wujud apabila kuasa kerajaan jatuh ke tangan orang persendirian.
Sehubungan dengan perkembangan feudal, kuasa dari pusat iaitu raja-raja telah
berkurangan kerana kuasa tersebut telah diagihkan dalam kalangan tuan besar iaitu
lords

yang

mempunyai

keistimewaan

dan

kekebalan.

Hanya

raja-raja

yang

berkedudukan tinggi seperti Carolingians yang pertama boleh menyatukan kuasa


mereka. Masyarakat telah berpecah kepada golongan yang mengusahakan tanah,
mereka yang membelanya dan mereka yang menumpukan kepada hal keagamaan.
Dengan ini, statifikasi sosial menjadi lebih tegas apabila konsep feudal digunakan
4

terhadap hubungan ekonomi dan manusia.3 Bukan itu shaja, hak untuk mempunyai
senjata hanya untuk orang yang bebas dan hak itu diwarisi. Status perhambaan juga
diwarisi dan undang-undang lebih menyebelahi orang bebas dab mendiskriminasi
golongan bawahan. Hal ini buktikan apabila hukuman yang dikenakan adalah
berdasarkan status seseorang.
Sistem feudalisme berkembang kerana ia merupakan salah satu sistem tunggal yang
boleh memenuhi keperluan zaman tersebut apabila ia wujud disebabkan adanya
hubungan antara individu secara persendirian dan antara individu dengan raja melalui
persetujuan kedua-dua pihak.4 Kesediaan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak merupakan cara yang terbaik berasaskan keperluan dan cita-cita mereka apabila
kelemahan serta kegagalan kerajaan pusat akibat dari keadaan kegagalan ekonomi.
Keadaan ini dibuktikan apabila bahagian barat Eropah telah dihalang untuk berdagang
dengan orang bahagian Timur kerana perdagangan di kawasan Mediterranean dikuasai
oleh orang Islam pada ketika itu. Pada masa yang sama, perdagangan di pantai
Eropah Utara dan Barat telah diganggu oleh kedatangan orang Utara. Oleh yang
demikian, kehidupan orang Eropah pada ketika itu adalah mundur dan terkebelakang
apabila kegiatan yang dijalankan hanyalah ekonomi pertanian yang diusahakan secara
barter dan pertukaran perkhidmatan dengan pusingan wang yang amat kecil. Sebagai
tambahan pula, kerajaan Frankish telah lama mengalami kelemahan kerana sistem
pemerintahannya yang mundur. Semasa zaman kegemilangannya, Raja Carolingians
tidak pernah mempunyai satu kerajaan yang tetap dan lengkap. Oleh yang demikian,
sistem feudalisme berkembang dengan perlahan-lahan sehinggalah ke abad
kesembilan apabila pemerintahan di bahawa Louis the Pious dan anak-anak lelakinya
yang telah membawa kekuasaan dan pengawalan wilayah oleh kerajaan pusat telah
musnah.
Sehingga akhir masa selama 1000 tahun, feudalisme telah berkembang di Eropah
Barat. Sistem ini berasaskan amalan dan bukan dengan teori atau ideologi dan telah
berkembang sejajar dengan keperluan masyarakat pada masa itu. Sistem ini sering
mengalami perubahan. Pengaruh yang praktikal dari sistem feudal tersebut berubah
mengikuti lokasi yang berbeza, iaitu di tahap maksimum di Perancis Utara dan
bertambah lemah di kawasan ke arah utara, timur dan selatan. Negara-negara
Scandinavia tidak mempunyai satu sistem feudal yang lengkap. Di Jerman, pada abad
ke-11, sistem ini lebih berkembang di bahagian barat daripada di bahagian timur. Di
5

Rusia pula, kesannya adalah lebih kecil berbanding dengan di barat. Di England,
feudalisme diperkenalkan agak lewat manakala di Itali pula ia diamalkan dalam tempoh
yang pendek.
Asal usul Sistem Feudalisme berkembang adalah disebabkan oleh kegagalan kerajaan
pusat yang telah ditekankan pada awal tadi. Kerajaan tidak mempunyai sokongan
kewangan dan rakyat dipaksa untuk membayar perkhidmatan dengan geran tanah
yang selalunya diwarisi atau menyerahkan kuasa tugas dan keistimewaannya kepada
tuan tanah yang boleh menjalankan kuasa yang berkesan terhadap orang-orang di atas
tanah mereka. Bagi kelas pemilik tanah yang kecil keluasannya pula, kebangkitan
feudalisme bermakna kehilangan hak milik yang bebas terhadap tanah mereka dan
juga kehilangan kebebasan serta kemerdekaan. Orang yang bebas ini tidak
mempunyai tanah atau telah kehilangan tanah tidak mempunyai cara lain untuk
menyara hidup kecuali menyerahkan diri mereka kepada tuan besar yang berhampiran.
Dengan itu, mereka diberi kerja dan biasanya akan diberikan tanah untuk diusahakan.
Keterikatan kepada tuan tanah telah menyebabkan hampir kesemua pekerja di tanah
tersebut telah menjadi pekerja yang tidak bebas di ladang yang besar. Di bawah sistem
manor, tanah dibahagikan kepada beberapa estet yang disebut sebagai manor dengan
ketuanya digelar lords dan pekerja-pekerja di bawah mereka digelar petani dan mereka
dilindungi oleh lords. Malahan itu, kebangkitan aristokrasi ketenteraan menyebabkan
berlakunya pengenalan sistem feudal.
Setakat ini telah dibincangkan tentang bermulanya sistem feudalisme dan bagaimana
ia menjejaskan orang biasa seperti golongan bangsawan dan petani. Kini akan
dibincangkan pula tentang kedudukan paderi dalam sistem feudal. 5 Mustahil untuk
memahami sejarah gereja zaman pertengahan atau feudalisme tanpa memahami
hubungan rapat antara kedua-duanya. Tidak dapat dielakkan bahawa gereja juga telah
menjadi feudal kerana ia merupakan pemegang tanah yang luas. Pegangan tanah
dengan secara besar-besaran hanya boleh dilaksanakan mengikut hak milik tanah
secara feudal. Pegangan tanah pada zaman ini mempunyai kaitan politik, kehakiman
dan tanggungjawab ketenteraan serta hubungan peribadi yang kompleks. Sebagai
pemegang tanah, gereja menjadi bahagian yang penting dan perlu dalam masyarakat
feudal yang terikat dengan dunia sekular oleh hubungan peribadi dan ekonomi.
Sebahagian besar tanah pada zaman pertengahan adalah milik gereja. Menurut
Ferguson dan Brunn, pada abad ke-12 dan abad-13, hampir satu pertiga daripada
6

tanah yang boleh digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja, bishop, abbot dan
pegawai-pegawai lain yang memegang jawatan penting di dalam gereja biasanya
adalah golongan kelas bangsawan.6 Justeru itu, mereka ini sering campur tangan
dalam pilihan raya gereja untuk mendapatkan jawatan bishop dan jawatan-jawatan lain
untuk salah seorang dariapda ahli keluarga mereka. Akibatnya, pegawai-peagawai
gereja kini sudah terdiri daripada golongan yang mementingkan material dan
mempunyai dua tanggungjawab.
Antara sebab kemerosotan sistem feudalisme ini adalah disebabkan oleh berlakunya
perang salib pada tahun 1096 yang mana ia telah menemukan Eropah dengan
peradaban, ilmu pengetahuan dan kebudayaan Timur yang telah berkembang jauh
lebih maju apda ketika itu. Ramai tuan tanah terkorban di medan pertempuran dan
petani kembali mula membebaskan diri mereka. Keadaan ini juga membawa kepad
kemunculan persatuan-persatuan perdagangan seperti Kesatuan Dagang dan
Kesatuan Tukang. Bermulanya pengenalan ekonomi wang dan berlaku pertambahan
penduduk secara tidak langsung membawa kepada keperluan bahan makanan dan
mengakibatkan petani mula menjual hasil utnuk membebaskan diri. Bukan itu sahaja, di
England, Perancis, Belanda dan Itali bandar-bandar baru muncul bagai cendawan yang
mana perdagangan dan perindustrian berkembang dengan pesat selapas pulih
daripada serangan orang Gasar dan rakyat berusaha membebaskan diri daripada
tanggungan feudal melalui beberapa cara seperti menuntut keistimewaan daripada
tuan-tuan tanah mereka. Akhir sekali perubahan dalam sistem manor telah
melemahkan sistem feudal apapbila perkidmatan buruh mula digantikan dengan
bayaran wang. Ini menyebabkan hamba-hamba membeli kebebasan daripada
perkhidmatan buruh melalui lord. Para lord mendapati bahawa pengambilan pekerjapekerja yang dibayar gaji sudah tentu akan menjadi lebih efisien daripada buruh serf
dan akan mengurangkan kos pengurusan dan penyeliaan buruh. Oleh yang demikian,
burh sef mula dianggap memalukan dan buruh bebas mula dibayar lebih. Ini
menyebabkan timbul kecenderungan dalam kalangan serf untuk melalkukan agitasi
bagi mendapatkan kebebasan melalui badan baru yang dibentuk.
Nyatalah feudalism adalah suatu sistem pemerintahan yang lahir pada abad ke-9 dan
berlanjutan hingga abad ke-13. Walaupun kelemahannya sistem feudal, akan tetapi ia
memberikan sedikit peraturan kepada masyarakat dalam zaman yang tidak mempunyai

undang-undang dan ia berjaya menyatukan eropah sehingga kemunculan kuasa-kuasa


monarki yang boleh mengikatnya ke dalam suatu keadaaan yang kukuh.
Zaman Pembaharuan (Renaissance)
Selepas itu, Eropah masuk ke sebuah zaman yang dikenali sebagai zaman
pembaharuan iaitu zaman renaisans. Secara umumnya, zaman pembaharuan ini
adalah sebuah penghidupan pengajian tamadun lama dan diasaskan di Itali. Gerakan
ini dipelopori oleh sebahagian kecil para pemikir dan artis yang telah dilindungi dan
dinaungi oleh para bangsawan dan saudagar yang kaya. Ia membawa maksud
kelahiran semula kerana masyarakat Eropah abad ke-14 ingin kembali ke zaman
kegemilangan Greek dan Rom. Keadaan ini disebabkan hampir 600 tahun mereka
melalui zaman gelap serta zaman feudalism yang tidak menjanjikan kemajuan pesat
dari segi politik, ekonomi dan sosial. Pencipataan alat percetakan telah menyebabkan
pandangan serta pemikir pada zaman ini dapat tersebar dengan luas ke seluruh
Eropah. Walaupun istilah pembaharuan ini merangkumi penghidupan semula pengajian
dan pemikiran klasik Rom dan Greek tetapi kesannya ia telah mengubah dan telah
mencorakkan kehidupan Eropah ke arah dunia moden.
Zaman renaisans ini meliputi pertengahan abad ke-14 hinggalah ke abad ke-17.
Renaisans yang bermua di Itali lebih bersifat sekular yang mana gerakan ini
menekankan keperluan manusia memperbaiki diri mereka dari segi rohani dan jasmani.
Ia menyeru manusia mencapai kesempurnaan dalam segala hal yang terdapat di
sekitar mereka dengan menolak doktrin-doktrin agama yang mungkin menghalang
kemajuan.7 Pandangan seperti ini wujud kerana Itali merupakan negara yang telah
dibudayakan dengan nilai-nilai materialistik akibat daripada pertembungan dengan
dunia luar. Bandar-bandar utama Itali seperti Venice, Genoa dan Florence telah
mendahului daerah-daerah lain dalam pemulihan perdagangan pada abad ke-11.
Menjelang suku akhir abad ke-15, idea-idea Renaisans di selatan menyusup masuk ke
Eropah Uatara yang mana penuntut-penuntut dari negara Belanda, Perancis, Jerman
dan England telah menerima pendidikan di Itali telah membawanya kembali ke negara
mereka. Walau bagaimanapun, renaisans yang berlaku di Utara lebih kepada
keagamaan dan menekankan tema-tema kitab Injil. Oleh itu, ahli-ahli akademik telah
mengistiharkan Renaisans Utara sebagai humanis Kristian.

Antara sebab-sebab perkembangan zaman renaisans ini adalah disebabkan dengan


kaitannya dengan kesan hubungan dengan dunia Islam dan empayar Romawi Timur.
Banyak pengetahuan tentang falsafah dan pemikiran sarjana Yunani yang terkemuka
seperti Aristotle, Plato dan Socrates adalah diterima melalui dunia Islam. Pada abad ke11, kejayaan dunia Islam dalam bidang sains, kesusasteraan serta kimia, sains
perubatan dan falsafah telah bekembang maju lebih daripada dunia barat yang jauh
ketinggalan. Contohnya, sarjana Islam menjadi rujukan yang sangat dihormati oleh
golongan terpelajar Eropah dalam bidang-bidang ilmu hisab, kimia dan sains. Tokohtokoh islam tesebut adalah seperti al-Khawarizmi (ahli matematik), al-Razi (ahli
perubatan) dan al-Farabi (falsafah dan sains). Hubungan dan penerimaan ilmu
pengetahuaan Islam ke dunia Barat yang berlaku setelah perang Salib menyebabkan
kebangkitan intelektual di wilayah-wilayah dan pusat perniagaan Eropah. Kejatuhan
Constantinople pada tahun 1453 telah menyebabkan ramai cendekiawan timur telah
berpindah ke pusat perniagaan dan perdagangan di Itali yang telah memberi sokongan
dan dorongan dari segi kewangan dan penghayatan yang akhirnya membawa kepada
kemunculan renaisans.8
Perkembangan masyarakat di bandar-bandar bebas seperti Venice, Florence dan Pisa
di Itali telah membvawa kekayaan dari segi perniagaan dan perdagangan. Hal ini telah
menguatkan lagi perkembangan pemikiran dan penciptaan pada zaman ini. Hasil
kekayaan dairpada kegiatan perniagaan telah menyumbangkan kepada kebajikan dan
kehidupan masyarakat. Akhir sekali, kebangkitan dan menghidupkan semula ilmu
pengetahuan ini adalah disebabkan oleh kesedaran nilai ketinggian ilmu pengetahuan
Yunani dan Romawi. Contohnya, Roger Bacon yang tertarik kepada kerja intelektual
Aristotle dalam bidang sains menerangkan sistem alam semesta dan hubungannya
dengan alam sekeliling manusia. Pendek kata zaman renaisans adalah zaman
jumpaan tanah baru seperti sains, melukis peta, membuat kompas, matematik dan
astronomi untuk ke arah perjalanan kapal.
Secara langsung, zaman renaisans ini telah banyak memberi sumbangan kepada
Eropah yang dapat dilihat dari tiga aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial. Dalam
bidang poltik, telah muncul penulis yang telah menulis buku-buku yang menyarankan
sistem politik paling ideal bagi negara Itali. Tokoh yang terkenal ialah Niccolo
Machiavelli menerusi bukunya The Prince, Melalui buku ini beliau telah mengalurkan
cara-cara bagaimana seorang pemerintah boleh memiliki, mengekal dan meningkatkan
9

kekuasaan. Ini secara tidak langsung ia menjadi kitab teori politk bagi para pemerintah
Eropah. Selain itu, dari segi ekonomi pula, perdagangan juga berkembang dengan
pesat dan bandar-bandar di bahagian uatara Itali sperti Milan dan Florence mula
berfungsi sebagai pusat politik, ekonomi dan sosial.10 Hal ini dibuktikan apabila
Florence berkembang menjadi tempat tinggal para pedagang. Dan antaranya ialah
keluarga Medici yang kaya-raya. Keluarga Medici menjadi dominan pada abad ke-15
dan keluarga ini diindentifikasikan dengan kebudayaan dan politik renaisans. Keluarga
Medici sering menjemput para penulis, ahli-ahli bijak pandai dan guru-guru ke rumah
mereka untuk mengajar anak-anak mereka. Kerana dasar naungan inilah orang ramai
suka berdamping dengan golongan kaya apabila dibayar dengan gaji yang tinggi.
Secara tidak langsung, ia memberi sumbangan yang berharga kepad penghasilan lebih
banyak seni yang bermutu tinggi pada zaman renaisans. Perubahan sosial merupakan
perubahan yang paling ketara sekali apabila kemajuan yang berlaku pesat dalam seni
lukis, seni ukir, seni muzik, drama dan seni bina. Antara perbezaan yang nyata dalam
seni lukis pada zaman ini ialah tema lukisan yang menjadi lebih sekular iaitu tidak lagi
terhad kepada tema agama semata-mata. Pada zaman ini juga ramai golongan
pertengahan kaya suka melukis diri mereka dalam suasana romatik. Dalam bidang
muzik pula, penggubah-penggubah muzik telah menyatukan beberapa irama dan
menjadikan muzik itu lebih sukar untuk difahami. Biola dan piano adalah dua jenis alat
muzik yang digunakan dalam zaman ini.
Kesimpulannya, renaisans telah bertanggungjawa dalam mengubah rupa politik,
ekonomi dan sosial neagar-negara Eropah abad ke-15. Malahan mulai abad ke-15,
sejarah eropah adalah sejarah dunia apabila meeka mula mengaitkan hubungan
Eropah dengan dunia luar melalu penajajahan.
Reformasi
Sejak agama Kristian berkembang dengan pesat di Eropah sehinggalah abad ke-16,
kegerejaan Katolik telah menduduki tempat yang terpenting di beberapa buah negara di
Eropah seperti Sepanyol dan Perancis. Russia dan Greek pula dan di Eropah Timur
kebanyakannya anggota kegerejaan Ortodoks yang juga sama dengan kegerejaan
Katolik tetapi mereka ini menolak kepimpinan Pope dalam sistem kepercayaannya.
Kuasa kegerejaan Katolik sebelum berlakunya penentangan terhadapnya bukan sahaja
meliputi hal keagamaan tetapi juga dari hal politk. Kegerejaan Katolik mempunyai
organisasinya yang tersendiri iaitu Pope, uskop, paderi dan rahib. Mereka mendakwa
10

bahawa kegerejaan Katolik adalah sebuah kerajaan awam yang bebas kerana ia
memiliki tanah yang luas biasanya dikecualikan cukai oleh kerajaan awam. Ia juga
mempunyai kuasa untuk mengenakan cukai secara langsung kepada anggotanya
tanpa kebenaran atau gangguan daripada kerajaan awam. Malahan itu, ia juga memiliki
mahkamah undang-undang sendiri dan boleh membicarakan hal-hal yang melibatkan
pendeta agama dan perkara yang boleh melibatkan masyarakat awam. Oleh itu, pada
ketika tertentu apabila kerajaan awam lemah atau meghadapi krisis, kegerejaan pula
mendapati dirinya sebagai tenaga penyatu yang utama di Eropah.
Melalui pengenalan tersebut, reformasi dapat ditafsirkan sebagai gerakan agama yang
mengambil tempat pada dekad kedua dan ketiga abad-16 yang telah membahagikan
dunia Kristian kepada dua blok iaitu Katolik dan Protestan. Hal ini dibuktikan mengikut
seorang penulis sejarah yang bernama Muhamad Kamlin dalam bukunya Pengantar
Pemikiran Politik Barat yang mengatakan bahawa reformasi merupakan suatu
perkembangan dalam sejarah Eropah yang berjaya mencabar beberapa andaian dan
pegangan pokok yang telah membentuk sikap gereja Katolik pada zaman pertengahan
khususnya tentang agama dan hubungannya dengan perkara-perkara duniawi atau
sekular seperti negara, politk dan kerajaan.12 Gerakan ini bermula di daerah Jerman
dan Martin luther merupakan orang yang mengasaskan gerakan ini yang akan
dibincangkan pada topik seterusnya.
Sepanjang sejarah kegerejaan Katolik ini telah timbul bangkangan yang berulang-ulang
terhadap pengertian baru tentang hukum agama yang seharusnya dipegang dan juga
tentangan yang dilakukan terhadap hak-hak duniawi kegerejaan dan juga berlaku
perpecahan pendapat antara pendeta agama dengan pemerintah negara. Walaupun
berlaku perdebatan dan persengketaan tentang doktrin dan pertikaian poltik pada abad
ke-16 tetapi pihak gereja masih mempunyai kuasa tertinggi dan berkuasa di seluruh
negara Kristian di Eropah. Hal ini demikian kerana masyarakat pada ketika itu masih
memerlukan sistem kegerejaan bukan sahaja untuk keselamatan rohani tetapi juga
terhadap kebajikan mereka. Pada awal permulaan abad ke-16 tiada seorang pun yang
berani untuk merancang untuk melakukan satu perpecahan dengan gereja Katolik
tetapi keadaan ini mula berubah pada akhir abad ke-16 dan satu pergolakan agama
berlaku menentang kegerejaan Katolik ayng dikenali sebagai gerakan reformasi.
Keadaan ini berlaku apabila ramai masyarakat Eropah mula mempersoalkan dan
membenci struktur yang wujud dalam agama mereka.
11

Antara faktor yang menyebabkan perkembangan reformasi adalah disebabkan oleh


timbulnya pengajaran baru, resapan pengajian klasik, penghargaan terhadap fahaman
berhala purba dan juga timbulnya kehidupan yang mengejar kemewahan yang
semuanya bertentangan dengan amalan dan ajaran Kristian. Tambahan pula, pada
masa itu Eropah telah berlaku perubahan dari segi ilmu alam, jumpaan yang berani dan
kebangkitan kapitalisme yang pesat. Keadaan ini secara tidak langsung telah
memberikan peluang kepada masyarakat Eropah untuk mengumpul kekayaan dunia
dan mendewakan harta kekayaan dan kesannya melemahkan penyembahan kepada
agama. Pada dekad ke-16 juga, bukan sahaja raja-raja dan para bangsawan serta
saudagar yang telah digerakkan oleh keinginan untuk mendapatkan harta kekayaan
dan kuasa tetapi ramai juga uskop, abbot serta paderi yang bersikap sedemikian.
Bukan itu shaja, kritikan hebat terhadap gereja Katolik disebabkan oleh perbuatan
curang yang dilakukan oleh Pope di Rom telah dperkatakan, ditentang dan
dipersoalkan iaitu perbuatan Pope Alexander 6 merupakan seorang yang tidak
bermoral dan beliau lebih mengutamakan usahanya untuk mendapatkan harta dan
kedudukan. Keruntuhan moral dan sikap keduniaan bukan sahaja berlaku dalam
kalangan pope tetapi juga menular kepada pendeta dan paderi pada peringkat rendah
dengan adanya penjualan surat kurnia dan mengenakan cukai. Dengan ini, maka
wujudlah sarjana yang terkenal seperti Wramus dan More yang telah menulis tentang
kesederhaan kitab injil yang asli dan mengecam penghidupan keduniaan para pendeta
yang rakus kepada masyarakat. Dengan ini, masyarakat Kristian Eropah mula
menuntut untuk diadakan pemulihan kepada kegerejaan Kristian. Tambahan pula,
menjelang abad ke-16 juga, keadaan politk, sosial dan ekonomi di Eropah telah banyak
berubah dan sistem feudal telah mula lenyap. Kini, penyatuan kebangsaan sudah mula
nyata dan cita-cita poltik dalam kalangan rakyat biasa telah tersebar dan semangat
kebanggaan tempatan mula berkembang menjadi semangat kepatriotan kebangsaan.
Dengan wujudnya perkembangan politik baru, kapitalisme yang kian merebak dan
masalah yang melanda sistem kegerejaan maka telah berlaku perpecahan dalam
kalangan negara Eropah dari segi keagamaan. Penduduk di utara Jerman, Belanda
Utara, Switerzland, Scotland dan England telah berpecah dari kegerejaan Katolik.
Mereka mula bernaung di bawah Protestan dibawah pimpinan Martin Luther. Lama
kelamaan istilah ini telah digunakan kepada orang Kristian untuk menentang dan
menolak kuasa pope.

12

Antara kesan reformasi adalah dalam memusnahkan perpaduan agama Eropah Barat.
Sebelum ini seluruh Eropah Barat menganut agama Katolik. Ini adalah perubahan
utama antara zaman petengahan dan zaman moden. Selain itu, ia melahirkan
semangat nasionalisme yang menambahkan perbezaan kedaerahan. Kedua-dua
perubahan ini saling berkaitan dan bertindak antara satu dengan lain. Bukan itu sahaja,
reformasi juag membantu pengukuhan kuasa negara-negata kebangsaan. Raja-raja
kebangsaan mula mengukuhkan kedudukan mereka dengan menjadi ketua agama dan
ketua negara. Ini amat nyata di England apabila Henry 8 menjadi ketua agama dan
negara melalui Akta Keunggulan. Keadaan yang sama turut berlaku di Perancis,
Prussia, Austria, Russia dan Sepanyol.
Malahan ia turut membawa kepada kemunculan fahaman-fahaman baru di negaranegara Eropah, penduduk negara-negara tersebut yang terdiri daripada penduduk
minoriti beragama berlainan. Kedudukan mereka ini membawa kepada tuntutan
toleransi agama walaupun ia bukan rancangan mereka. Dengan cara ini, pemerintahpemerintah negara beraliran agama baru secara tidak langsung memperjuangkan
peperangan untuk toleransi dan demokrasi. Terdapat juga ahli-ahli sosiologi yang
mengatakan bahawa Reformasi telah membantu dalam mengembangkan kapitalisme
dan juga perang agama. Keadaan ini dibuktikan apabila perang agama dan
pembunuhan yang memalukan dunia Kristian, Christendom. Antara tahun 1560-1600,
ahli Calvinisme Belanda memenangi kemerdekaan mereka daripada Philip Sepanyol
yang berbangsa Katolik dan puak Huegonots Perancis memperoleh toleransi di semua
tempat kecuali lima batu dari Paris. Tetapi dalam kedua-dua kes ini kemerdekaan dan
toleransi diperoleh hanya selepas perjuangan yang hebat yang telah dicemari oleh
pembunuhan St. Bartholomew di Perancis dan cara perjuangan ganas wakil-wakil
Philip, Duke of Alva di Netherlands. Tambahan pula, di Jerman antara tahun 1618-1648
tercetusnya Perang Tiga Puluh Tahun apabila Maharaja Ferdinand 2 membuat usaha
habis-habisan untuk membersihkan Calvinisme dan Lutheranisme. Perkembangan ini
menyebabkan kemerosotan dalam perdagangan dan penduduk mula berpindah ke
kawasan lain.

13

3.0 Peranan dan Penglibatan Tokoh dari Zaman Feudalisme hingga ke Zaman
Reformation yang membawa kepada pembentukan negara bangsa Eropah
Antara tokoh yang paling awal muncul dalam banyak mempengaruhi kehidupan
masyarakat Eropah pada awalnya merupakan seorang tokoh yang dikenali sebagai St
Augustina yang mana beliau telah menghasilkan karyanya itu antara Tahun 412 hingga
426 Masihi iaitu pada saat-saat empauar Rumawi sedang menghadapi zaman
keruntuhannya. Pada ketika beliau memulakan penulisannya itu misalnya bandar Rome
iaitu ibu kota empayar Rumawi telah pun disserang oleh suku kaum Goth dari Jerman.
Kejatuhanyya bandar Rome menyebabkan amalan keagamaan pada zaman pra
Kristian muncul dan berkembang semula dengan pantasnya. Tambahan pula, mereka
menyebarkan tuduhan yang keras bahwa kejatuhan bandar Rome adalah disebabkan
perbuatan orang Kristian yang telah mengetepikan dan tidak menyembah dewa-dewa
purba yang dianggap telah sekian lama menjaga kesejahteraan bandar tersebut. OLeh
kerana itu, tujuan De Civitas Dei yang dihailkan untuk membanteras kemunculan
semula agama keagamaan yang lama dan untuk menafikan tuduhan yang
menyalahkan agama Kristian tadi. Sesungguhnya ia adalah sebuah penulisan
keagamaan yang juga mempunyai tujuan keagamaan. Dari sudut keagamaan Kristian,
St Augustina adalah seorang paderi keagamaan yang alim dan terkenal. Beliau adalah
seorang paderi dan semua penulisan beliau adalah untuk memenuhi tuntutan
keagamaannya, sama ada untuk menyebarkan ataupun menentang ajaran golongan
musuh-mush agamanya iaitu Manichee, Donatist dan Pelagian. Tujuan beliau
menghasilkan De Civitas Dei adalah untuk kepentingan keagamaan seperti yang telah
disebutkan tadi.
Karya yang terdiri daripada 22 jilid ini secara amnya ia menceritakan tentang hal ehwal
manusia yang tinggal dalam dua bentuk kota yang bertentangan anatara satu sama
lain, iaitu yang dinamakannya kota tuhan dan Kota Syaitan. Di samping itu dihuraikan
juga mengapa dan bagaimana mereka boleh menjadi penghuni daripada kota tersebut.
Oleh yang demikian, tokoh ini telah menyebabkan golongan Kristian untuk mengambil
kesempayan daripada fahaman ini untuk mengembangkan dan menjalankan kegiatan
keagamaan

mereka

walaupun

mereka

tidak

mempunyai

kuasa

politik

dan

pemerinatahan. Maka itu, tokoh ini telah banyak memberi pengajaran kepada
perkembangan zaman tokoh seterusnya.

14

Seperti yang telah dinyatakan, zaman pertengahan yang sangat kuat dikawal oleh
hukum keagamaan Kristian mazhab Katolik telah mula tercabar menjelang awal abad
ke-15 Masihi. Pada awal abad tersebut telah muncul suatu gerakan yang dinamakan
Gerakan Pembaharuan atau Renaissance yang berpusat di wilayah Florence di utara
bahagian tengah Semenanjung Itali. Gerakan ini bukanlah sesuatu yang mencerminkan
hasrat sebahagian besar masyarakat Itali mahupun Eropah pada ketika itu. Ia muncul
dan berlegar hanya dalam kalangan beberapa orang para intelek di wilayah tersebut.
Mereka merasakan bahawa hidup di bawa perlindungan agama Katolik tidaklah begitu
bebas dan berkemajuan. Mereka merasakan bahawa kongkongan keagamaan tidak
wajar. Oleh yang demikian, mereka berusaha untuk mengkaji sejarah dan keadaan
serta amalan-amalan masyarakat dunia sila mereka iaitu dalam usaha mencari nilainilai kehidupan dan kemasyarakatan yang mereka rasakan lebih baik dan bermanfaat
daripada nilai-nilai yang sedang mereka hadapi.
Antara tokoh penting dalam zaman renaisans ini adalah tokoh zaman pembaharuan
yang dianggap paling awal sekali yang telah mengubah bidang pensejarahan Eropah
iaitu Petrach pada tahun 1304 sehingga 1374. Beliau merupakan seorang penyair yang
mempunyai minat yang mendalam terhadap alam semula jadi dan manusia. Dalam
karya beliau yang terkenal iaitu Cacatan tentang Pendakian Gunung Ventoux, beliau
menceritakan gunugn tersebut dan juga tentang keindahan alam semula jadi yang
menghayalkan dan melalaikan.13 Walau bagaimanapun, kegembiaraannya itu tidak
menyebabkan beliau terus lupa kepada ajaran-ajaran agamanya, beliau membawa
bersama-samanya buku St Augustina yang berjudul The Confessions dan membaca
beberapa bahagiannya berulang-ulang kali. Petrach juga telah menghasilkan puisi-puisi
romatik dan menghabiskan banyak masa mencari, mengumpul dan menyalin naskahnaskah silam khususnya dari zaman Yunani dan Rumawi. Sebagai pengasas humanist,
sumbangan beliau yang terpenting ialah dalam bidang sastera dan beliau merupakan
pengasas bidang kesusasteraan moden di Eropah. Sahabat beliau yang bernama
Giovanni Boocaccio juga dianggap sebagai pengasas penulisan cerpen dan novel di
Itali. Secara ringkasnya, mereka merupakan salah satu tokoh yang cuba untuk
menyumbangkan sesuatu perubahan dalam bidang yang mereka kaji atau ceburi. Inilah
merupakan semangat zaman pembaharuan dan semangat tersebut adalah untuk
menempatkan manusia sebagai individu yang mempunyai peranan penting dalam
arena kehidupan di dunia ini. Hal ini turut dibuktikan apabila Petrach itu sendiri dalam
kajiannya terhadap penulisan dari zaman Kalsik telah mendapati bahawa sejarawan
15

zaman silam telah pun membicarakan tentang fungsi dan kepentingan sejarah terhadap
kehidupan manusia. Beliau mendapati Livy dan Cicero telah pun memuatkan
pandangan yang melihat sejarah dari sudut fungsinya yang praktikal iaitu sejarah
adalah sebagai sumber pengajaran yang boleh digunakan pada masa kini. Minat yang
ditunjukkan dan usaha yang telah dilakukan oleh beliau telah banyak mempengaruhi
para bijak pandai yang lain dan seterusnya menulis sejarah. Oleh itu, munculah namanama tokoh seperti Leonardo Bruni yang telah menghasilkan karya yang berjudul Dua
Belas Buku tentang Florence (Twelve books od Florentine History) dan Nicollo
Machiavelkli yang lebih dikenali sebagai ahli teori politik dengan karyanya yang berjudul
Sejarah Florence.
Konsep awal tentang kemajuan telah dipertengahkan oleh Francis Bacon pada tahun
1561 sehingga 1626 iaitu seorang ahli fikir dan ahli politik Inggeris yang beursahan
untuk membina semula keseluruhan ilmu pengetahuan termasuk dalam bidang sains,
sastera dan sejarah melalui kaedah empirical yang diistilahkannya sebagai kaedah
induktif. Beliau telah menjadikan suatu penyelidikan dan penentuan kebenaran ilmu
pengetahuan yang jitu yang didasarkan kepada pengalaman dan pengamatan.14
Melalui kaedah iniia berkeupayaan untuk mendapatkan kebenaran yang demikian yang
mana bererti manusia boleh menguasai segala ilmu pengetahuan. Dengan perkataan
lain,

keupayaan yang demikian itu membolehkan manusia memahami sejarahnya,

alam sekililingnya dan juga kejadian yang berlaku di sekitarnya dengan lebih jelas dan
nyata berbanding dengan keadaan yang wujud dalam perhitungan dan pemikiran yang
berasaskan kepada dunia klasik dan agama Kristian.
Pendek kata, pada abad ke-16, fahaman klasik dan fahaman kemanusiaan telah
menjadi satu aliran dalam kalangan kaum terpelajar di Eropah. Kebanyakan sarjana
mengikutinya secara individu dan dalam akademi dan univeristi di Eropah telah
mendirikan untuk memperkembangkan lagi ilmu pengetahuan pada zaman ini iaitu
seperti Unviersiti Lourain di Belanda dan Universiti Wurttermbeg di Jerman, puteraputera raja, saudagar dan ahli bank serta mereka yang kaya telah memberi bantuan
kewangan kepada menyokong perkembangan ini. Sebagai contohnya, keluarga Medici
membantu golongan humanis dan pelukis zaman pembaharuan dan mendirikan
perpustakaan Florentine yang menyimpan karya kalsik Yunani dan Rom. Raja
Perancis, iaitu Francis pertama telah membawa sarjana klasik dari Itali dan para pelukis
Italiu ke istanaya dan menubuhkan College de France. Satu perkembangan awal pada
16

zaman ini ialah berkaitan penghidupan dan pembangunan kesusasteraan Itali dan telah
terbentuk satu bahasa kebangsaan Itali. Perkembangan kesusasteraan telah dipimpim
oleh tiga oang penulisnya yang utama iaitu Dante Aligheri (1265-1321), Francesco
Petrarch dan Giobanni Boccacio. Slah satu hasil penulisan yang agung oleh Dante
ialah Divine Comedy yang mempersendakan tentang soal syurga dan neraka.
Sumabangan Boccacio pula ialah beliau telah dapat mengubah dan membentuk cara
dan bentuk penulisan prosa di Itali.
Malahan antara tokoh pemikir yang banyak memberi sumbangan dalam bidang ilmu
penegtahuan seperti falsafah sains, matematik, astronomi dan lukisan merupakan
antara tokoh-tokoh seperti Desiderius Erasmus yang mana beliau merupakan seorang
humanis teragung dan pemimpin kaum intelek pada awal abad ke-16. Beliau berasal
dari Rotterdem, Belanda. Hasil karyanya yang terkemuka ialah Praise of Folly yang
banyak mengkritik pihak gereja Katolik yang mengamalkan kegiatan rasuah. Nocollo
Machiavelli pula adalah pengarang The Prince yang mengandungi tulisan tentang
hubuhan antara pemimpin dengan rakyat.
Semasa kegemilangan Zaman Pembaharuan terdapat juga empat orang peluiks yang
utama dan masyhur yang tinggal di Itali. Mereka ialah Leonardo da Vincci,
Michelangelo, Rapheal dan Titian. Leonardo da Vincci merupakan seorang tokoh
pelukis yang masyhur yang dilahirkan dan mendapat mendapat pendidikan di Florence
dan mendapat dorongan, galakan dan naungan dariapda berbagai-bagai pihak. Hasil
karyanya yang agung ialah Last Supper dan Mona Lisa yang memperlihatkan kejayaan
beliau dalam menguasai sains cahaya dan lorek serta warna. Leonardo juga terkenal
sebagai seorang pelukis saintifk dan berjaya dalam bidang seni pahat dan juga telah
berjaya dalam bidang kejuruteraan. Beliau telah membina sebuah terusan di uatara Itali
dan membina banyak benteng di sekitar kota Milan. Leonardo juag mempunyai banyak
kebolehan dalam bidang muzik. Beliau telah menghabiskan masa akhir hayatnya di
Perancis sebagai seorang yang bersara di abawah perkhidmatan raja Perancis dan
beliau telah mengembangkan pengetahuannya ke Perancis. Selain itu, seorang
seniman yang juga agung pada zaman pembaharuan ialah Michealangelo yang bersal
dari Florence. Kejayaan Michealangelo amat terserlah dalam bidang ciptaan,
pertukangan, pemahat, peluis, arkitek, kejuruteraahn, penyair yang unggul, ahli anatomi
dan seorang tokoh pemabahruan yang serba boleh dalam berbagai-bagai bidang ilmu.
Semasa keagungannya, Michealangelo telah membahagikan masanya di Kota Rom
17

dan di Florence. Beliau berkhidmat dan mendapat naungan dari keluarga Medici dan
Pope. Antara hasil beliau yang agung ialah patung David di Florence, Gereja St {eter,
lukisan di siling gereja di Vatican yang mengisahkan peristiwa dama kitab injil dari
kewujudan manusia sehinggaah berlakunya banjir besar.
Rapheal pula merupakan seorang pelukis yang agung. Beliau tinggal di Rom dan
berkidmat kepada Pope Julis 2 dan Leox. Hasil karyanya telah menghiasi Istana
Vatican. Seorang lagi pelukis yang terkenal ialah Titian. Beliau dikatakan mewakili
golongan pelukis Venice yang mempunyai keistimewaan dalam mewarnakan
lukisannya dengan warna yang bersinar. Dengan kemunculan semula seni bina dan
seni karya zaman klasik Yunani dan Romawi ini juga bererti bahawa kelahiran semula
nilai keindahan dan ketamadunan zaman klasik yang telah diperolehi di kota-kota
terkenal di Itali. Ia kemudian telah tersebar ke negara Eropah yang lain dan akhirnya
telah melahirkan satu bentuk cipta keseniaan yang unggul.
Bukan itu sahaja, kemajuan dalam bidang sains memang jelas terlihat dan terserlah
pada zaman pemabharuan. Kemajuan dalam bidang sains juga telah dapat mendorong
orang Eropah menjelajah dunia. Antara dua tokoh yang terpenting dalam kemjuan
bidang sains pada zaman ini ialah Copernicus dan Galileo. Copernicus merupakan
seorang paderi dan amat berminat dalam bidang penyelidikan tentang matematik dan
astronomi di Itali. Beliau berdialog dengan ahli astronomi Yunani tentang teori yang
dibawa oleh Ptrolemy dan beliau merahui tentang teori apda zaman kalsik. Setelah
mengkaji perjalanan planet, beliau telah menulis satu kajiannya yang berjudul On the
Revolutin of The Celestral Bodies beliau mengemukakan satu hipotesis yang
menyatakan bumi bukanlah pusat segala alam atau planet tetapi hanyalah sebagai
sebuah darpada planet yang berpusiang mengelilingi matahari. 15 Teori Copernicus ini
kemudiannya telah dibuktikan kebenarannya oleh ahli-ahli sains yang lain seperti
Kepler dan Galileo. Penemuan Copernicus kemudiannya telah menjadi asas ilmu
astronomi moden. Galileo pula adalah seorang ahli sains yang menguasai pelbagai
bidang seperti matematik, mekanik, optometri, astronomi dan juga seorang sarjana
klasik, pemain alat muzik, dan pengarang yang berbakat. Sumbangannya yang begitu
penting ialah dalam bidang astronomi iaitu menyokong hipotesis Copernicus. Beliau
telah memberi kuliah di Universiti Padua dari tahun 1592 hingga tahun 1610. Pada
tahun 1609, beliau telah memeprbaiki alat teleskop. Pendapat Galileo ditentang dan
mendapat celaan daripada gereja. Pihak gereja telah menentangnya kerana ia
18

bertentangan dengan kiab injil dan pada tahun 1630 alileo telah dibicarakan oleh pihak
gereja dan mendapati beliau bersalah.
Akhir kata dengan pencapaian yang gemilang di Itali, akhirnya Zaman Pembaharuan
telah berkembang ke negara Eropah Utara. Ramai cendekiawan dari negara Eropah
yang lain telah datang ke Itali dan kemudian mengembangkan ilmu pengetahuan yang
diperolehnya ke negara mereka. Tambahan pula, dengan wujudnya revolusi
percetakjan yang lebih baik daripada yang lama, telah memudahkan perkembangan
pengetahuan ke Eropah Utara.
Tokoh dalam gerakan reformasi yang cukup berpengaruh pada ketika itu adalah Martin
luther pada tahun 1485 sehingga 1546 dalam fahaman beliau yang dikenali sebagai
fahaman Luther. Beliau dilahirkan di Jerman dan mendapat pendidikan agama dan
fahaman humanis dari Universiti Erfurt dan menjadi rahib pada tahun 1505. Pada tahun
1508, beliau telah pergi ke Wurtemberg dan menjadi pensyarah di Universiti Erfurt yang
baru ditubuhkan oleh Elector Saxony. Daripada pemahaman membaca tentang St Paul
dan St. Augustine, beliau mendapati bahawa pemahaman itu berlainan daripada ajaran
kegerejaan Katolik. Beliau juga memperjuangkan doktrin pengadilan dan kepercayaan
dalam menentang doktrin Katolik iaitu pengadilan dengan simbol kudus dan amalan.
Penentangan pendapat antara Luther dengan kegerejaan Katolik menjadi nyata apabila
beliau pergi ke Rom pada tahun 1511. Di sana, beberapa peristiwa telah berlaku dan
menunjukkan dengan jelas tentang perbezaan penting di antara ajarannya dengan apa
yang diajarkan oleh kegerejaan Katolik selama ini. Pada masa itu, Pope Leo kelima
telah menghantar wakilnya ke luar negeri untuk menjual surat kurnia dengan tujuan
mendapatkan wang bagi membina gereja St Peter di Rom. Luther telah membantah
tindakan Pope ini yang dianggap sebagai satu rasuah doktrin Kristian dan penipuan
kepada orang yang lebih miskin dan tidak memahami pengertian agama mereka. Surat
kurnia yang dikeluarkan oleh Pope ialah satu perjanjian pengurniaan ampun sama ada
kesemuanya ataupun sebahagian daripadanya kepada semua hukuman yang
dijatuhkan kepada seseorang selepas kematiannya kepada semua dosanya yang telah
disesali dengan penuh ikhlas dan taubat. Dengan memberi surat kurnia itu, Pope
mendakwa bahawa ia berhak mengurniakannya kerana kekuasaan yang telah
diserahkan oleh Nabi Isa kepada Peter untuk memegang kunvi dan menggunakannya
ke syurga. Namun, menurut Luther, orang Kristian yang telah mengakui kesilapannya
dan menyesalinya telah pun mendapat pengampunan Tuhan dan tidak memerlukan
19

surat kurnia tersebut. Perpisahan Luther daripada kegerejaan Katolik pada tahun1520
menyebabkan Pope telah menyingkirkan Luther daripada gereja Katolik dan dalam
persidangan Dewan Empayar Rom Suci di Worms.
Pada tahun 1520, Luther telah mengajar agamanya yang baru berbeza dari Katolik dan
ramai pengikutnya yang telah menerima ajaran tersebut. Kebanyakkannya pengikutnya
terdiri dairpada penduduk di bahagian utara Jerman. Hal ini buktikan apabila
perjuangan Luther ini juga telah disertai oleh putera-putera raja, penduduk kota,
petukang, petani dan juga pendeta agama yang menyokong perjuangan dan
penyebaran fahaman Luther. Dengan kejayaan itu, maka raja Denmark, Dhristian ke
tiga telah membuat undang-undang iaitu Uskop Katoolik membuang segala kekuasaan
kerohanian dan keduniaan dan semua harta mereka dipindahkan kepada raja. Agama
Kristian Luthjer diistiharkan sebagai agama rasmi negara pada tahun 1537. Di Sweden
pula, semasa di bawah pemerintahan Charles ke empar, fahaman Luther telah
berkembang dengan meluas dan pada tahun 1604, Katolik telah tersingkir daripada
kekuasaanya.
Selain fahaman Luther, terdapat satu lagi fahaman Protestan yang menentang katolik
iaitu fahaman Calvin. Dua tokoh penting dalam penyebaran fahaman Calvin di Eropah
ialah Huldreich Zwingli dan John Calvin. Zwingli telah menentang gereja Katolik atas
sebab politik yang berlaku di Switzerland. Beliau telah menentang dasar menyewakan
tentera swiss kepada kuasa asing dan menentang gereja Katolik kerana memperoleh
keuntungan daripada sewaan tersebut. Kekacauan yang berlaku antara Katolik dengan
fahaman yang dibawa oleh Zwingli telah menimbulkan sengketa yang sengit. Akibatnya
Zwingli telah meninggal dunia dan selepas itu kepimpinan agama Protestan telah
diganti dengan John Calvin.
John Calvin merupakan seorang yang berasal daripada Perancis yang telah melarikan
diri ke Swiss. Beliau telah berjaya menajdikan Geneva sebagai pusat perkembangan
agama Protestan. Dengan itu, ajaran Calvin telah tersebar luas ke Eropah iaitu di
Perancis, Belanda, Jerman, Scotland dan England.
Akhirnya, sumbangan Martin Luther dan John Clavin telah memberi kesan yang paling
penting di Eropah apabila Eropah telah mula timbuk kebangkitan kesedaran
kebangsaan. Agama Kristian telah dikaitkan dengan warganegara. Fahaman Luther
telah menjadi agama Kristian kebangsaan bagi orang Jerman dan Scandinavia,
20

fahaman Calvin bagi orang Belanda dan Scotland. Hasil gerekan reformasi ini pada
abad ke 16, semua bahagian agama Kristian yang tersebar iaitu fahaman Protestan
dan katolik telah cenderung untuk memperkukuhkan perbezaan dari segi bahasa dan
persaingan kebangsaan yang telah mengetepikan konsep negara Kristian dan
melahirkan pembahagian faham kebangsaan iaitu satu perbezaan yang jelas dalam
peradaban moden. Oleh itu, kesan yang paling nyata daripada gerakan reformasi hasil
daripada pengaruh tokoh pada zaman ini ialah perkembangan sekularisme atau
penduniaan iaitu pemindahaan kawalan kegiatan kehidupan yang dahulunya dikawal di
bawah hukuman kegerejaan. Penduniaan telah diamalkan pada abad ke-16
terutamanya di negara-negara yang mengamalkan dan berpegang teguh kepada
fahaman Protestan.
4.0 Kesimpulan
Menjelang akhir zaman Pertengahan, keadaan di Eropah sudah menjadi lebih sesuai
bagi penubuhan negara bangsa. Sistem feudal seperti yang telah dikaji telah terbukti
tidak

dapat

menguatkuasakan

undang-undang

dan

peraturan.

Perkembangan

ranaisanas yang mula mengubah sikap manusia telah membuka jalan kepada
beberapa perubahan besar di Eropah. Pendek kata, jelaslah bahawa pembentukan
negara bangsa di Eropah telah menamatkan konsep dunia empayar dan memulakan
konsep negara yang berasaskan satu bangsa, satu bahasa, satu kesusasteraan dan
satu kesedaran kebangsaan. Pembentukan negara bangsa ini juga telah menyebabkan
kemajuan Eropah sehinggalah sebuah kejayaan baharu yang mana mereka mampu
belayar sehinggalah ke sebarang laut dan penemuan dunia baru lain iaitu Asia.

21

Anda mungkin juga menyukai