Anda di halaman 1dari 18

SULIT

SAINS
018/1
JANUARI
2016
1 jam

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK MAHAT


SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
14300 NIBONG TEBAL
PULAU PINANG

UJIAN DIAGNOSTIK
TAHUN ENAM
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

SAINS KERTAS 1
1 jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Rajah yang mengiringi soalan dimaksudkan untuk memberi maklumat yang berguna bagi
menjawab soalan. Rajah tidak semestinya dilukis mengikut skala, kecuali dinyatakan
sebaliknya.
3. Jawab semua soalan.
4. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada Kertas Objektif yang disediakan.
5. Cara menjawab adalah seperti di bawah ini.
Contoh soalan.
Antara berikut yang manakah benda hidup ?
A Kerusi
B Kereta
C Ayam
D Bola
Jawapan yang betul bagi contoh soalan ialah Ayam dan hurufnya ialah C . Lihat contoh
pada Kertas Objektif yang disediakan. Ruangan bagi huruf C telah dihitamkan.
6. Bagi satu soalan hitamkan satu ruangan sahaja.
7. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat hingga habis.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.
Kertas soalan ini mengandungi 18 halaman bercetak
[ Lihat sebelah
SULIT

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2016


KERTAS 1
(40 MARKAH)

1. Rajah 1 menunjukkan dua jenis haiwan P dan Q?

Haiwan P

Haiwan Q
Rajah 1

Haiwan yang manakah dapat dikelaskan seperti haiwan tersebut ?


P

A.

Kerang

Udang

B.

Arnab

Tapak sulaiman

C.

Sotong

Belalang

D.

Cacing

Beluncas

2. Rajah 2 menunjukkan tentang keadaan seekor haiwan.

Rajah 2
Bagaimanakah haiwan tersebut memastikan kemandirian spesisnya?
A. Haiwan ini menyembunyikan telurnya di tempat yang tersorok.
B. Haiwan ini mengeramkan telurnya sehingga menetas
C. Haiwan ini mengeram telur dengan melingkari telurnya
D. Haiwan ini menghasilkan telur yang banyak dan berlendir

SUMBANGAN ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2016


3. Rajah 3 menunjukkan tumbuh-tumbuhan yang dikelaskan kepada tiga kumpulan P, Q
dan R.
P

Rajah 3

A.

Angin

Haiwan

Air

B.

Haiwan

Mekanisme letupan

Air

C.

Angin

Air

Haiwan

D.

Air

Haiwan

Angin

4. Rajah 4 menunjukkan sejenis haiwan.


Cangkerang

Rajah 4

Haiwan itu didapati mati apabila dipisahkan daripada cangkerangnya.


Mengapa situasi tersebut berlaku?
A. Haiwan itu tidak dapat bergerak tanpa cangkerangnya
B. Haiwan itu memerlukan cangkerangnya untuk bernafas
C. Haiwan itu tidak dapat tumbesar tanpa cangkerangnya
D. Haiwan itu memerlukan cangkerangnya untuk perlindungan

SUMBANGAN ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2016


5. Rajah 5 menunjukkan jari seorang lelaki menyentuh sejenis pokok.

Rajah 5
Didapati lelaki tersebut menarik tangan dengan pantas setelah terkena duri pokok
tersebut. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan gerak balas budak lelaki itu?
A. Duri kaktus mempunyai bisa
B. Pokok kaktus bergerak balas terhadap air
C. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan sentuhan
D. Manusia bergerak balas terhadap tumbuhan hijau
6. Rajah 6 menunjukkan satu proses yang terlibat dalam pernafasan.

Rajah 6
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang proses di atas?
A. Peparu mengembang dan menyebabkan dada turun semula
B. Peparu mengecut dan menyebabkan dada ternaik ke atas
C. Proses ini disebut sebagai proses menarik nafas
D. Udara yang dihembus mengandungi banyak karbon dioksida

SUMBANGAN ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2016


7. Rajah 7 menunjukkan sejenis aktiviti pertanian di Malaysia?

Rajah 7
Nyatakan jenis tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian tersebut?
A. Tanah kebun
B. Tanah pasir
C. Tanah liat
D. Tanah gambut
8. Rajah 8 menunjukkan sistem perkumuhan manusia.

Rajah 8
Apakah fungsi organ yang ditunjukkan?
A. Membebaskan karbon dioksida dan wap air
B. Menyingkirkan peluh
C. Menyingkirkan hasil buangan dalam bentuk air kencing
D. Menyingkirkan hasil buangan dalam bentuk tinja

SUMBANGAN ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2016


9. Antara berikut manakah yang membantu menguatkan gigi?

A.

C.

B.

D.
SUSU

10. Rajah 9 menunjukkan satu jenis gigi manusia.

Rajah 9
Apakah fungsi gigi tersebut?
A. Memotong makanan
B. Menyiat makanan
C. Memecahkan dan melumatkan makanan
D. Mengoyakkan cebisan daging yang dimakan
11. Azlan ingin menjalankan satu penyiasatan untuk membuktikan biji benih kacang hijau
memerlukan air untuk bercambah. Antara langkah-langkah berikut, manakah yang tidak
wajar dilakukannya dalam penyiasatan tersebut?
A. Sediakan dua bikar berisi kapas
B. Lembapkan kapas dalam salah satu bikar
C. Renjiskan air pada kedua-dua bikar setiap hari
D. Letakkan biji benih di atas kapas dalam kedua-dua bikar
SUMBANGAN ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2016


12. Rajah 10 menunjukkan satu persamaan kimia bagi proses hidup tumbuhan.
Karbon dioksida
+
Air

klorofil
cahaya matahari

Kanji
+
Z

Rajah 10
Apakah kepentingan Z pada haiwan ?
A. Z membolehkan haiwan bernafas
B. Z membekalkan sumber air pada haiwan
C. Z membekalkan sumber air kepada haiwan
D. Z membolehkan haiwan mendapat sumber makanan

13. Rajah 11 menunjukkan satu situasi di jalan raya.

Rajah 11
Antara berikut yang manakah menggunakan prinsip yang sama seperti rajah 11?
A. Persembahan wayang kulit
B. Pensel yang dimasukkan ke dalam gelas lutsinar berisi air
C. Alur cahaya daripada rumah api
D. Periskop di dalam kapal selam

SUMBANGAN ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2016


14. Rajah 12 menunjukkan satu alat di dapur.

Rajah 12

Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku dalam alat pada rajah 12?
A. Tenaga elektrik tenaga haba
B. Tenaga kimia tenaga kinetik
C. Tenaga elektrik tenaga kinetik + tenaga bunyi
D. Tenaga kimia tenaga kinetik + tenaga bunyi

15. Rajah 13 menunjukkan penyiasatan tentang sifat gas.

Picagari

Rajah 13

Apakah yang dapat dibuktikan dalam penyiasatan ini?


A. Gas boleh dimampatkan
B. Gas memenuhi ruang
C. Gas mempunyai jisim yang tetap
D. Gas tidak mempunyai bentuk yang tetap

SUMBANGAN ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2016


16. Jadual 1 menunjukkan alat X, Y dan Z yang digunakan untuk mengukur.

Alat

Kegunaan

Panjang sebuah meja

Jisim sebiji buah mangga

Isipadu sebuah kuboid


Jadual 1

Apakah yang diwakili oleh X,Y dan Z?

A.

Bikar

Pembaris

Neraca

B.

Neraca

Bikar

Pembaris

C.

Neraca

Pembaris

Bikar

D.

Pembaris

Neraca

Bikar

17. Rajah 14 menunjukkan suatu acara larian yang diadakan pada hari sukan sekolah.

Rajah 14
Antara berikut, yang manakah boleh digunakan untuk mengukur masa yang paling tepat
bagi aktiviti pada rajah 14?
A.
B.
C.
D.

Jam dinding
Jam tangan
Jam randik
Jam loceng

SUMBANGAN ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2016


18. Azmah sedang menyediakan jus buah yang sejuk untuk di bawa berkelah. Bahan
manakah paling sesuai digunakan untuk menyimpan jus buah tersebut supaya kekal
sejuk?
A.
B.
C.
D.

Bekas kaca
Bekas aluminium
Bekas polisterina
Bekas plastik

19. Rajah 15 menunjukkan sebuah kubus rubik.

Rajah 15
Antara berikut, manakah menghuraikan prinsip cahaya dengan tepat tentang kubus itu?
A. Kubus rubik tidak membenarkan cahaya menembusinya.
B. Kubus rubik membenarkan hanya sebahagian cahaya menembusinya.
C. Kubus rubik membenarkan cahaya yang sangat terang menembusinya.
D. Kubus rubik membenarkan semua cahaya menembusinya.

20. Dalam satu eksperimen, magnet P didekatkan dengan magnet Q sedikit demi sedikit
seperti rajah 16.
spring

Magnet P

dinding

Magnet Q

Rajah 16
Ramalkan pemerhatian terhadap spring ?
A. Magnet P dan Q melekat pada spring
B. Magnet P dan Q menjauhi spring
C. Spring memanjang sedikit demi sedikit
D. Spring memendek sedikit demi sedikit
SUMBANGAN ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS

10

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2016


21. Rajah 17 menunjukkan sebuah landasan kereta api.
Celah

Rajah 17
Antara berikut yang manakah benar mengenai celah-celah landasan kereta api tersebut?
A. Celah menjadi besar pada waktu tengah hari
B. Celah menjadi kecil apabila suhu meningkat
C. Bilangan celah bertambah pada waktu malam
D. Saiz celah tidak berubah dengan perubahan suhu
22. Seorang murid menguji beberapa bahan seperti berikut dengn menggunakan kertas
litmus.
P- Air sabun
Q- Larutan serbuk penaik
R- Larutan cuka
S- Ubat gigi
Bahan manakah yang akan menukarkan kertas litmus merah menjadi biru?
A. P dan Q
B. Q dan R
C. P, Q dan S
D. P, Q, R dan S
23. Sekumpulan murid menjalankan satu penyiasatan tentang kecerahan mentol dalam
litar elektrik. Antara berikut, yang manakah paling utama untuk dipertimbangkan dalam
penyiasatan itu?
A. Bilangan mentol
B. Jenis mentol yang digunakan
C. Susunan mentol
D. Bilangan sel kering
SUMBANGAN ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS

11

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2016


24. Antara yang berikut, manakah yang tidak membantu pokok kelapa hidup di kawasan
yang berangin kencang di kawasan pinggir pantai?
A. Batang berbentuk silinder
B. Batang yang mudah melentur
C. Daun licin dan berbentuk tirus
D. Pokoknya yang berakar serabut

25. Manusia pada zaman dahulu tidak mempunyai alat pengukur masa yang piawai.
Rajah 18 menunjukkan satu alat terawal dicipta untuk tujuan tersebut.

Rajah 18
Antara berikut, manakah peristiwa yang sepadan fungsinya seperti alat pada rajah 18?

A. Kejadian ribut petir


B. Kemunculan tahi bintang
C. Pembentukan pelangi
D. Perubahan bentuk bulan di langit

26.

Puan Janet mendapati sebahagian besar pagar besinya telah berkarat.

Antara

langkah yang berikut, manakah yang paling baik dilakukannya untuk mencegah
pengaratan pada pagar besi itu?
A. Cat semula pagar besi itu tanpa membuang karatnya
B. Kikis semua karat dan kemudian cat semula pagar besi
C. Panaskan bahagian yang berkarat dan kemudian sapu cat
D. Basuh pagar dengan air dan kemudian sapu cat pada pagar besi

SUMBANGAN ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS

12

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2016


27. Rajah 19 menunjukkan susunan satu litar elektrik.

Mentol K

Mentol L

Rajah 19
Sekiranya mentol K terbakar, apakah yang akan berlaku pada mentol L?
A. Akan menyala tetapi malap
B. Tidak akan menyala
C. Mentol L terbakar secara automatik
D. Akan terus menyala
28. Empat bekas air yang berbeza saiz diisi dengan isipadu air yang sama dan diletakkan
di bawah sinaran cahaya matahari selama tiga jam. Isipadu di dalam setiap bikar selepas
tempoh itu dicatatkan seperti jadual 2.

Bekas

Isipadu air pada awal penyiasatan (ml)

20

20

20

Isipadu air pada akhir penyiasatan (ml)

10

15

Jadual 2
Antara pernyataan berikut, manakah yang benar?
A. Penyejatan air di dalam bekas R adalah yang paling cepat
B. Penyejatan air di dalam bekas T lebih cepat daripada bekas R dan S
C. Penyejatan air dalam ketiga-tiga bekas berlaku pada kadar yang sama
D. Penyejatan air dalam bekas S lebih cepat berbanding bekas R tetapi lebih lambat
daripada bekas T

SUMBANGAN ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS

13

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2016


28. Fadlan telah cuba membuka penutup botol air mineral beberapa kali tetapi tidak
berjaya. Antara berikut cadangan yang manakah paling mudah untuk membuka botol itu?

A. Memanaskan botol itu


B. Menyapu minyak pada botol
C. Merendam penutup botol dalam air sejuk
D. Merendam penutup botol dalam air panas
30. Rajah 20 menunjukkan satu objek keperluan kegiatan aktiviti luar persatuan unit
seragam sekolah.

Rajah 20
Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membeli objek tersebut?

A. Warna
B. Kalis air
C. Keanjalan
D. Konduksi elektrik
31.

Kak Izan mendapati susu yang disediakan di dalam botol untuk anaknya terlalu

panas. Antara langkah berikut, manakah yang dapat menyejukkan susu di dalam botol
itu?

A. Merendam botol susu di dalam air sejuk


B. Menggoncang botol susu itu dengan kuat
C. Membalut botol susu itu dengan tuala tebal
D. Menambahkan serbuk susu ke dalam botol susu tersebut

SUMBANGAN ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS

14

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2016


23. Rajah 21 menunjukkan sejenis magnet yang menarik beberapa batang paku besi.

Rajah 21

Apakah bentuk magnet tersebut?


A. Magnet U
B. Magnet ladam
C. Magnet bar
D. Magnet bulat
33. Rajah 22 menunjukkan satu fenomena.

Rajah 22

Antara penyataan berikut, yang manakah betul tentang fenomena itu?

A. Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur


B. Bulan berputar pada paksinya dan beredar mengelilingi Bumi
C. Bulan, Bumi dan Matahari berputar pada paksinya dari barat ke timur
D. Bulan beredar mengelilingi Bumi dan pada masa yang sama Bulan dan Bumi beredar
mengelilingi Matahari
SUMBANGAN ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS

15

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2016


34. Jadual 2 menunjukkan perubahan suhu air dalam sebuah bikar.
Masa (minit)

Suhu air (oC)

30

45

55

65

75

Jadual 2

Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan data dalam jadual 2?


A. Air sedang dipanaskan
B. Air sedang disejukkan
C. Air sedang membeku
D. Air sedang mendidih

35.

Rajah 23 menunjukkan manusia mencipta beberapa alatan untuk mengatasi had

keupayaan.

Rajah 23

Antara berikut, yang manakah menerangkan dengan betul tentang fungsi alat itu dicipta?

A. Stetoskop untuk melihat objek yang kecil


B. Teleskop untuk menguatkan bunyi yang perlahan
C. Binokular untuk melihat objek yang jauh
D. Mikrofon untuk melihat objek yag kecil

SUMBANGAN ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS

16

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2016


36. Rajah 24 menunjukkan seorang angkasawan di Bulan.

Rajah 24
Mengapa Angkasawan ini boleh terapung dipermukaan Bulan?
A. Jisimnya berkurang
B. Tiada udara di Bulan
C. Daya tarikan graviti yang lemah di Bulan
D. Tiada daya tarikan graviti di Bulan
37. Antara pernyataan berikut yang manakah benar menerangkan tentang kestabilan?
A. Semakin tinggi sesuatu objek, semakain stabil objek itu
B. Semakin kecil luas tapak sesuatu objek, semakin stabil objek itu
C. Semakin luas tapak sesuatu model, semakin kurang stabil objek itu
D. Objek yang lebih rendah adalah lebih stabil berbanding objek yang lebih tinggi jika
kedua-duanya mempunyai luas tapak yang sama
38. Maklumat 1 merujuk kepada langkah-langkah keselamatan yang diambil di bandar K
yang kerap dilanda gempa bumi.
Di bandar K, pihak berkuasa tempatan melarang pembinaan bangunan yang
melebihi ketinggian lima tingkat. Setiap bangunan yang dibina pula
diperkukuhkan dengan lebih banyak besi dan keluli.
Maklumat 1
Apakah faktor yang diambil kira oleh pihak berkuasa tempatan tentang pembinaan
bangunan di bandar tersebut ?
A.
B.
C.
D.

Kestabilan bangunan
Kekuatan bangunan
Kestabilan dan kekuatan bangunan
Luas tapak bangunan yang dibina

SUMBANGAN ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS

17

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2016


39. Rajah 25 menunjukkan sebuah bongkah.

Rajah 25

Antara berikut, yang manakah mempunyai struktur yang sama?


A. Pembaris
B. Kubah
C. Kapur tulis
D. Bola

40. Rajah 26 menunjukkan dua buah bangku yang mempunyai luas tapak yang sama.

Bangku M

Bangku N
Rajah 26

Pilih pernyataan yang betul mengenai kestabilan kedua-dua buah bangku sekiranya
bangku-bangku tersebut mempunyai ketinggian yang sama.

A. M adalah lebih stabil daripada N


B. N adalah lebih stabil daripada M
C. Kedua-dua M dan N mempunyai kestabilan yang sama
D. Kedua-dua M dan N mempunyai kekuatan yang sama

KERTAS SOALAN TAMAT


SUMBANGAN ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERLANG SAINS

18

Anda mungkin juga menyukai