Anda di halaman 1dari 4

KATA ALU-ALUAN PENGARAH

IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia-Nya, julung-julung kali kita dapat menjayakan Program Kolokium
Penyelidikan Tindakan Pelajar-Pelajar PISMP Bahasa Melayu Mod PJJ ambilan Jun 2011.
Kita sewajarnya bangga dengan usaha memanfaatkan majlis ilmu bagi mempelajari kemahiran
dan pengetahuan dalam bidang pendidikan. Kursus Penyelidikan Tindakan merupakan salah
satu kursus major dalam setiap pengkhususan yang wajib diambil oleh semua pelajar yang
mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ) Mod Pembelajaran Jarak Jauh
(PJJ). Kursus ini bertujuan untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemahiran dan
keterampilan dalam melaksanakan penyelidikan tindakan. Kolokium Penyelidikan Tindakan
merupakan satu platform yang dapat digunakan untuk berkongsi dan menyebarluas hasil
penyelidikan yang telah dilaksanakan.
Kolokium ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara untuk menganjurkan
kolokium pendidikan dan sebagai wadah untuk menyebarluas hasil penyelidikan yang telah
dilaksanakan.
Objektif program ini adalah untuk :
I
II
III
IV

Memenuhi Jadual 3 untuk kursus BMM3153 Penyelidikan Tindakan II Bahasa Melayu


Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan).
Membentangkan hasil penyelidikan tindakan bagi tujuan penilaian dan
penambahbaikan.
Menambah ilmu pengetahuan dalam mengendalikan kolokium penyelidikan.
Menyebarluas hasil penyelidikan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan.

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta kolokium terutama kepada semua
pensyarah yang dapat membimbing para pelajar PPG Bahasa Melayu membentangkan kajian
masing-masing. Komitmen yang dizahirkan menyerlahkan kecemerlangan dalam bidang
pendidikan.

Sekian,
Wabilla hitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam
Kecemerlangan

Yang berusaha

Yang berusaha

Yang berusaha

Yang berusaha

Anda mungkin juga menyukai