Anda di halaman 1dari 2

Teks Pengerusi Majlis

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Kita merafakkan kesyukuran di atas limpah kurnia dari Allah SWT, dapat samasama kita berkumpul di Dewan MAE SK Lepan Jaya, dengan selamat dan sejahtera pada pagi
yang redup nan permai diberkati.
Majlis Restu Ilmu yang diadakan setiap tahun merupakan persediaan terakhir dan sebagai
tanda pengharapan manusia kepada Khalik (Pencipta) untuk bertawakal kepada-Nya setelah
segala usaha dilakukan oleh para pelajar, barisan guru SK Lepan Jaya serta ibu bapa
khususnya dalam memastikan anak-anak kita anak didik kita semua akan mencapai kejayaan
cemerlang dalam UPSR kelak.
Demi Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani. Melalui doa dan harapan yang kita
sama-sama lafazkan ke hadrat Ilahi dalam Majlis Restu ini diharapkan dapat mengelakkan dan
menghindari segala apa kemungkinan yang buruk menimpa para pelajar dan sekolah tercinta
ini. Kita amat mengharapkan anak-anak, para pelajar kita ini akan selamat sehinggalah selesai
menjawab peperiksaan UPSR.
Dalam kesempaatan ini, marilah kita sama-sama melapangan dada saling memaafkan dan
merelakan antara guru dan para pelajar serta ibu bapa yang hadir pada pagi ini semoga
keberkatannya untuk manfaat bersama bagi mencari landasan hidup yang berjaya. Beroleh
kecemerlangan di dunia dan mengecapi syurga Tuhan di akhirat.
Untuk meneruskan majlis:
Dijemput wakil pelajar Muhammad Ismail bin Mohd. Shabree untuk memberikan sedikit ucapan.
Terima kasih diucapkan kepada ____________di atas ucapan tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan dari Tuan Haji Tawil bin Saji. Majlis merakamkan
ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua di atas ucapan tadi.
Majlis dengan segala hornatnya menjemput, En. Hazhari bin Haji Hamat untuk memberikan
ucapan.
Bagi meneruskan majlis restu ilmu kita pada hari ini:
Para guru dijemput memenuhi dan berbaris di bahagian hadapan surau.
Guru lelaki dijemput ke ke atas pentas
Mohon kerjasama guru perempuan ke atas pentas
Para pelajar diminta berbaris untuk memohon restu dari semua guru.

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR


Assalamualaikum warahmatullah hitaala wabarakatuh,
Terima kasih buat Puan Pengerusi Majlis,
Yang Berusaha, Tuan Guru Besar, Tuan Haji Tawil bin Saji,
Yang dihormati, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru SK Lepan Jaya, Encik Hazhari bin
Haji Hamat.
Yang Dihormati Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohd Hanafi bin Abdul Rahman
serta guru-guru yang dihormati,
Para ibu bapa yang dikasihi dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Ucapan jutaan terima kasih dan rakaman penghargaan ini saya tujukan khusus kerana memberi
kepercayaan dan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis
keramat yang dianjurkan khusus buat kami yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang
bermula pada esok hari sehingga Khamis ini. Kesempatan pada pagi ini merupakan suatu detik
bersejarah bagi diri saya kerana dapat menyampaikan ucapan sebagai wakil pelajar dalam
majlis restu ilmu ini.
Guru-guru dan para ibu bapa yang dimuliakan,
Walaupun majlis kali ini agak sederhana, tetapi motif dan matlamatnya tetap sama, iaitu
merestui segala ilmu dan pengalaman yang para guru curahkan kepada kami, para pelajar.
Dalam pada itu, majlis restu ilmu ini juga merupakan bukti keikhlasan dan komitmen para guru
dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai jentera pendidikan dalam menyampaikan
ilmu dan pengajaran demi masa hadapan anak bangsa.
Guru-guru yang kami sanjungi,
Kami sedar bahawa dalam usaha untuk memanusiakan manusia seperti kami, guru-guru sering
kali berhadapan dengan pelbagai karenah dan cabaran; ada yang menyakitkan hati; ada yang
menghampakan harapan; ada yang menggembirakan; ada yang melucukan; dan ada yang
menyeronokkan. Segala pengalaman pahit manis ditelan dengan penuh sabar; sehingga kami
dapat merasakan bahawa guru-guru di sekolah ini bukan sekadar guru biasa, malah
adakalanya berperanan sebagai ibu dan bapa kepada kami; sakit pening kami dan kebajikan
kami sentiasa diambil berat; kemajuan akademik kami dan keterampilan sahsiah kami sentiasa
diberi perhatian; kerja rumah, modul,folio, kerja kursus, latihan pengukuhan dan pelbagai
tugasan kami akan diperiksa. Pendek kata soal masa depan kami sering merunsingkan guruguru sekalian. Guru-guru adalah segala-galanya buat kami, terima kasih cikgu!
Sesungguhnya, kesediaan guru-guru untuk membantu kami amatlah kami hargai dan sanjungi.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi guru-guru rasa nak junjung.
Akhir kata, halalkan segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Restuilah kami dan
doakanlah kejayaan kami dalam peperiksaan UPSR yang akan bermula esok. Terima kasih
cikgu!

Anda mungkin juga menyukai