Anda di halaman 1dari 8

Tugasan Harian 1

Keluarga Bahagia Menjamin Masyarakat Penyayang

Satu hal yang menjadi keyakinan umum bahawa kebajikan seseorang insan adalah berpunca
daripada status kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Darinya akan mewujudkan sebuah masyarakat
yang berbudi dan berbudaya mulia yang akhirnya akan membentuk satu sistem sosial yang mantap dan
dapat menghadapi pelbagai arus cabaran. Memandangkan betapa pentingnya institusi kekeluargaan
dalam pembentukan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang, maka sewajarnya ia diberi
perhatian utama. Justeru itu satu program khusus diperkenalkan yang diberi nama 'RUMAHKU
SYURGAKU'. Program ini dilaksanakan dengan tujuan mewujudkan keluarga bahagia ke arah melahirkan
masyarakat penyayang dan bersatupadu selaras dengan ajaran Islam dan wawasan 2020.

Dengan mengetahui betapa pentingnya sebuah keluarga yang bahagia untuk mewujudkan
masyarakat penyayang, kita haruslah selalu mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Kita
patutlah mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap setiap anggota keluarga supaya konflik
dan masalah tidak wujud antara keluarga. Sehubungan dengan itu, keluarga bahagia dapatlah wujudkan
masyarakat penyayang. Kita juga harus mempunyai peka cinta yang berkekalan sesama ahli keluarga
supaya wujudnya keluarga bahagia. Dengan adanya cinta yang berkekalan, keluarga itu akan menjadi
lebih kukuh kerana saling memahami antara satu sama lain.

Selain itu, nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan juga harus diamalkan oleh setiap anggota
keluarga. Kita harus menerima ,menghormati dan mengamalkan adat dan kepercayaan keluarga sendiri.
Setiap agama dipercayai akan memberi pengajaran kepada seseorang supaya tidak melakukan kegiatan
tidak bermoral atau keruntuhan akhlak. Dengan ini, masyarakat penyayang akan wujud. Kita juga
patutlah mengekalkan tradisi yang diwarisi secara turun temurun. Sesebuah keluarga bahagia akan
wujud jika setiap anggota keluarga mematuhi segala suruhan Tuhan.

Kesimpulannya, hubungan yang baik antara anggota keluarga amat diperlukan untuk melahirkan
sebuah keluarga yang bahagia. Dengan adanya hubungan yang kukuh dan kasih sayang antara sesebuah
keluarga, masyarakat penyayang dapat diwujud.

(278) patah perkataan


Tugasan Harian 2

Tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk memelihara dan memulihara alam sekitar

Alam semula jadi merupakan satu anugerah Tuhan yang amat besar dan tidak ternilai kepada
manusia sejagat. Pemuliharaan alam semula jadi merupakan salah satu prinsip Pendekatan Islam
Hadhari yang ingin dilestarikan supaya ianya berada dalam keadaan amat selesa, cantik, dan indah
seperti mana yang disarankan oleh Islam. Selain daripada agama Islam, pemeliharaan alam semula jadi
juga amat dititikberatkan oleh agama-agama lain seperti Kristian dan Buddha.

Kerajaan dan masyarakat telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan memulihara


alam sekitar. Sebagai seorang ahli masyarakat, nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar amat
diperlu bagi memastikan kesinambungan kehidupan manusia sejagat. Kita harus memelihara alam
sekitar dengan mengelakkan pembaziran sumber alam. Misalnya, kita harus mematikan peralatan
elektrik apabila tidak digunakan untuk menjimatkan sumber yang semakin berkurangan. Selain itu, kita
juga harus bersama memulihara alam sekitar supaya penggunaan alam dapat diguna pakai sehingga
generasi akan datang secara kualitatif dan kuantitatif. Contohnya, kita dapat menanam pokok-pokok di
sekelilingi kawasan rumah supaya kualiti udara dapat ditingkat semula dan secara tidak langsung
menghijaukan bumi kita.

Tambahan pula, kerajaan dan masyarakat harus mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam
sekitar. Persoalan alam sekitar patut diprihatinkan supaya langkah mengatasi masalah itu dapat diambil
dan dilaksanakan secara berkesan. Misalnya dalam konteks semasa, impak pencemaran alam sekitar
sudah menjadi global yang terserlah menerusi fenomena pemanasan suhu bumi, pencemaran merentasi
sempadan dan corak pengembelengan sumber tidak lestari. Jadi, pihak kerajaan dan masyarakat
haruslah berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah ini seperti menyokong program ktiar semula
yang dianjurkan oleh kerajaan dan pihak swasta. Dengan ini, pencemaran darat akan ditangani secara
tidak langsung.

Konklusinya, setiap individu dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan memulihara alam


sekitar yang dikurniakan oleh Tuhan. Segala tindakan yang membawa kepada kerosakan dan
kemusnahan alam semula jadi hendaklah dihentikan segera.

(279) patah perkataan


Tugasan Harian 3

Menghormati Hak Wanita Tanggungjawab Bersama

Pepatah Melayu mengatakan ‘Tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncangkan
dunia’. Itulah senario sebenar wanita-wanita pada hari ini. Kini wanita bukan lagi dianggap sebagai
‘penghuni tetap’ ceruk dapur semata-mata tetapi telah menjadi salah satu entiti penting dalam
pembangunan negara.

Sehubungan dengan itu, setiap individu mesti menghormati hak wanita pada bila-bila masa. Hak
wanita patut dilindungi dengan membenarkan mereka mendapat pendidikan dan pekerjaan, peluang
kenaikan pangkat dan mendapat perlindungan daripada keganasan. Tambahan pula, setiap individu
harus mengiktiraf hak wanita untuk melibatkan diri dalam mana mana bidang sahaja. Sumbangan
wanita tidak dapat diabaikan walaupun dalam bidang sukan, atlit-atlit wanita bersama-sama atlit-atlit
lelaki telah mengharumkan nama negara dalam sukan renang. Misalnya puteri renang yang tidak asing
lagi seperti Nurul Huda serta Nicole David yang mengharumkan nama negara dalam sukan skuasy. Ini
telah mengambarkan wanita juga memberi sumbangan kepada Negara dan hak mereka harus dihormati.

Di samping itu, setiap individu harus mengamalkan nilai keadilan terhadap wanita dan lelaki.
Wanita harus diberi tindakan dan keputusan yang saksama setaraf dengan lelaki tidak kira dalam aspek
pendidikan atau pekerjaan. Tokoh-tokoh wanita yang melibatkan diri dalam bidang politik seperti
seperti Datuk Paduka Rafidah Aziz dan Datuk Siti Norma Yaacob telah membuktikan bahawa wanita juga
mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna jika dilayan adil serta diberi peluang.
Sebenarnya, individu juga harus bertindak tidak berat sebelah terhadap lelaki ataupun perempuan.
Wanita yang dapat menerima pendidikan yang sama dengan lelaki tidak hairan untuk menjawat jawatan
penting dalam syarikat-syarikat besar. Oleh itu, kita mesti mengiktiraf wanita sebagai individu yang
boleh memberi sumbangan kepada pembangunan negara sekiranya diberi layanan yang tidak berat
sebelah.

Kesimpulannya, setiap individu harus menghormati hak wanita dan memberikan layanan secara
adil kepada mereka. Dengan ini, wanita akan berpeluang untuk memberi sumbangan kepada
masyarakat serta Negara.

(287) patah perkataan


Tugasan Harian 4

Kepentingan amalan nilai amanah bagi setiap kakitangan kerajaan untuk menangani masalah rasuah

Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi
ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di
sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhada kemampuan rakyat
negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massaa turut
menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan
rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita.

Sebenarnya, setiap kakitangan kerajaan harus mengamalkan nilai amanah dalam menjalankan
urusannya untuk menjamin kemajuan dan keamanan Negara. Mereka harus mempunyai sikap
bertanggungjawab yang kekal kerana mereka diamanah untuk menguatkuasakan undang-undang dan
menegakkan keadilan. Tambahan pula, kakitangan kerajaan yang amanah dapat menimbulkan
kepercayaan rakyat terhadapnya. sesebuah Negara akan berkembang maju dan mencapai keamanan
jika wujudnya kepercayaan antara rakyat terhadap pihak kerajaan. Oleh itu, amalan rasuah harus
dibanteraskan kerana itu bukan sahaja mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan tetapi
juga membentuk masyarakat yang tidak sihat. Secara tidak langsung, imej Negara akan terjejas.

Di samping itu, setiap kakitangan kerajaan juga harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan
dan undang-undang. Mereka yang sepatut menjadikan contoh kepada rakyat malah telah mewujudkan
masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Sehubungan dengan itu, masyarakat menganggap
masalah rasuah ini bermaharajalela kerana undang-undang yang longgar terutama dalam aspek
pemberian tender dan projek lain telah menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan
daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Hal ini telah membuktikan betapa
pentingnya untuk seorang kakitangan kerajaan untuk menerima dan memahuthi peraturan serta
undang-undang Negara.

Konklusinya, kakitangan kerajaan harus berpegang teguh kepada amanah serta mematuhi
peraturaan dan undang-undang supaya masalah rasuah dapat dibanteraskan.

(270) patah perkataan


Tugasan Harian 5

Kepentingan amalan saling menghormati dan bertolak ansur dalam masyarakat majmuk

Masyarakat Semenanjung Malaysia khasnya dan Malaysia amnya selalu dianggap sebagai
sebuah masyarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan
India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Setiap kaum
mempunyai keperibadian budaya tersendiri yang dikekalkan. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan
kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu cara
hidup yang dipersetujui bersama.

Sehubungan dengan itu, nilai toleransi mesti diamalkan oleh setiap warganegara supaya
keamanan dan keharmonian dalam negara tercapai. Dalam masyarakat yang majmuk ini, sikap bertolak
ansur sesama bangsa dan agama yang berlainan amat dititikberatkan supaya pertelingkahan antara
kaum tidak wujud. Dengan ini, rakyat pelbagai kaum boleh bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan
kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu
negara. Selain itu, setiap warganegara harus mengawal perkataan dan kelakuan diri pada bila-bila masa
supay tidak meyentuh isu sensitif seperti hak-hak dan kedudukan raja, agama, kewarganegaraan dan
hak-hak istimewa bumiputera. Inilah untuk menjamin kesejahteraan Negara sejagat.

Tambahan pula, setiap warganegara harus selalu hidup bersama secara aman. Masyarakat patut
hidup berbaik-baik antara satu sama lain supaya Negara kita dapat mencapai perpaduan kaum dan
berkembang maju. Sesebuah Negara yang menghadapi konflik dalaman akan menjejaskan status
ekonomi dan tidak akan mencapai kemajuan. Oleh itu, setiap kaum mesti mengutamakan kedaimaian
dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Rakyat yang selalu bersatu-padu
penting dalam masyarakat majmuk seperti bak kata perkata ‘ bersatu teguh, bercerai roboh’.

Kesimpulannya, sebagai seorang rakyat yang cinta akan Negara, kita harus selalu bertolak ansur
dan menghormati sesama kaum supaya konflik dalaman tidak wujud. Secara tidak langsung, rakyat yang
perpaduan merupakan aset sesebuah Negara untuk mencapai kemajuan.

(277) patah perkataan


Tugasan Harian 6

Hak Pengguna harus dilindungi oleh semua pihak

Orang ramai sebagai pengguna merupakan aset penting dalam menjayakan wawasan negara.
Bagi mencapai tujuan itu, pendidikan dalam bidang kepenggunaan perlulah disemai dari peringkat kecil
lagi. Dalam hal yang sedemikian, sekolah merupakan sebuah institusi yang paling sesuai untuk mendidik
pelajar tentang pendidikan kepenggunaan. Walaupun pengguna mempunyai hak-hak tertentu, namun
hak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara otomatis. Ramai pengguna yang kurang tahu atau kurang
mengambil tahu akan hak-hak mereka. Pengguna harus diberi kesedaran tentang hak mereka tertentu
supaya mereka dapat menuntut hak tersebut.

Semua pihak telah dipertanggungjawabkan untuk melindungi hak pengguna. Kerajaan dan pihak
swasta harus membela hak pengguna supaya hak mereka terjamin. Misalnya, undang-undang telah
digubal oleh dengan tujuan melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna. Manakala pendidikan dan
kesedaran kepenggunaan telah diberi oleh persatuan NGO serta pihak kerajaan kepada kalangan
pengguna. Selain itu, hak-hak pengguna harus dipelihara seperti hak untuk mendapatkan keperluan asas,
hak untuk membuat pilihan, hak untuk mendapatkan maklumat, hak untuk menuntut pampasan, hak
untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan dan sebagainya. Sebagai contoh, penjual-penjual
diwajibkan menunjukkan tanda harga sebagai tanda pemeberitahuan kepada pengguna.

Walau bagaimanapun, pengguna harus bersikap rasional apabila membeli sesuatu barang atau
perkhidmatan supaya dapat melindungi hak pengguna sendiri. Mereka patut mengambil pertimbangan
yang wajar tentang kualiti dan harga sesuatu barang atau perkhidmatan sebelum membelinya. Sebagai
misalan, pengguna boleh membuat pembandingan harga terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu
barang supaya inflasi barang tidak berlaku. Tambahan pula, pengguna patut boleh berfikir supaya hak-
hak mereka terjamin. Contohnya, pengguna berhak mendapatkan maklumat lanjut tentang barang atau
perkhidmatan itu jika maklumat diberi tidak lengkap.

Keseluruhannya, semua pihak harus melindungi hak pengguna termasuk pihak kerajaan, pihak
swasta serta pengguna itu sendiri. Pengguna yang berilmu dan rasional dapat membantu pengurangan
permintaan di pasaran dan seterusnya menstabilkan harga barangan atau perkhidmatan.

(283) patah perkataan


Tugasan Harian 7

Kebebasan bersuara sebagai hak rakyat dengan batasan tertentu

Malaysia terkenal sebagai salah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi secara meluas.
Kebebasan bersuara adalah antara hak asasi manusia yang maha penting dalam sesebuah negara
demokrasi. Ia menjadi kayu ukur sama ada demokrasi subur atau sebaliknya dalam negara tersebut.
Namun, hak asasi ini berbeza-beza interpretasinya mengikut kaca mata budaya dan agama sesebuah
masyarakat. 'Lain padang, lainlah belalangnya'. Di Malaysia kebebasan bersuara didefinisikan oleh
perlembagaan persekutuan dan dikawal oleh undang-undang tertentu.

Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak bagi kebebasan bersuara. Kita ada kebebasan
berucap seperti menyebarkan maklumat atau idea dengan medium apa-apa sahaja. Walau
bagaimanaupun, hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di negara kita dan hak ini dihadkan
dengan batasan tertentu. Misalnya, isu sensitive seperti hak-hak dan kedudukan raja, agama,
kewarganegaraan, dan hak-hak Istimewa Bumiputera tidak dapat disentuh. Di samping itu, setiap
warganegara bebas mengeluarkan buah fikiran sendiri seperti pendapat, pembaharuan atau kritikan
dengan batasan tertentu. Sebagai contoh, hak untuk mendapatkan kebebasan bersuara amat penting
bagi media massa yang memainkan peranan penting sebagai pendukung am kebebasan berpendapat
bagi semua.

Selain itu, setiap warganegara harus bersikap kesederhanaan dalam menggunakan hak
kebebasan bersuaranya. Pertimbangan dan tindakan yang dibuat patut bersifat tidak keterlaluan sama
ada dalam pemikiran, pertuturan atau pelakuan. Ini adalah untuk menjamin keharmonian dan
kedamaian sesebuah negara supaya pertelingkahan antara kaum tidak wujud. Tambahan pula,
warganegara patut bersikap kesederhanaan supaya tidak mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
Semasa mengeluarkan sesuatu pandangan, kita mesti mempertimbangkan pihak lain supaya tidak akan
menyentuh isu-isu sensitif yang mungkin menjejaskan perpaduan negara kita.

Kesimpulannya, sebagai warganegara Malaysia kita mesti bersikap kesederhanaan walaupun


mempunyai kebebasan bersuara kerana kita berada negara yang berbilang kaum. Dengan ini,
kesejahteraan dan kedamaianan negara akan tercapai.

(271) patah perkataan


Tugasan Harian 8

Mengekalkan keamanan negara tanggungjawab bersama

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mampu menikmati keamanan dan
kestabilan politik yang jarang ditemui di negara-negara lain. Keadaan ini membolehkan ekonomi negara
berkembang maju dan menyediakan peluang pekerjaan yang luas dalam pelbagai sektor. Namun
demikian, Malaysia tetap menghadapi cabaran-cabaran dalam usaha mengekalkan keamanan negara
malah keaamanan sejagat.

Sebagai rakyat Malaysia, nilai cinta akan Negara harus sentiasa diamalkan. Kita harus sentiasa
mempunyai perasaan sayang akan negara dengan berusaha untuk menepis segala ancaman dalaman
dan luaran yang cuba menggugat keamanan serta keharmonian negara. Misalnya, negara kita sedang
menghadapi ancaman najis dadah yang semakin menular dan meningkat saban tahun. Negara bakal
kehilangan tenaga kerja serta kepimpinan pelapis jika masalah ini berterusan terjadi. Untuk mengawal
ancaman ini menjadi kudis yang merebak, setiap anggota masyarakat perlu mengambil kesedaran dan
membantu kerajaan dalam menangani permasalahan ini. Masyarakat harus sentiasa meletakkan
kepentingan negara melebihi kepentingan diri dengan menjauhi diri daripada dadah supaya peratusan
penagih tegar dapat diturunkan serta sekali gus mengekalkan keamanan negara.

Di samping itu, setiap warganegara harus saling membantu dan bekerjasama supaya keamanan
negara tercapai. Sudah acapkali kita dengar tentang berita kes jenayah yang dikaitkan dengan golongan
remaja seperti vandalisme, gengsterisme, dan buli. Kejadian ini telah mengugat keamanan negara secara
tidak langsung. Usaha membina yang dilakukan pada setiap peringkat amat penting untuk
membanteraskan jenayah ini, misalnya ibu bapa berperanan bagi mendidik dan menyampaikan ajaran
agama kepada anak mereka supaya mereka tidak akan terjebak ke dalam kancah jenayah tersebut.
Sebenarnya, usaha ini harus dilakukan bersama antara semua pihak untuk mencapai keamanan dan
kesejahteraan negara. Pihak sekolah juga dipertanggungjawabkan untuk menasihati pelajar agar
kesannya terbabit dalam jenayah-jenayah itu.

Oleh itu, setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan negara
daripada anasir yang buruk. Kehidupan yang aman dan damai merupakan teras kepada pembangunan
negara yang maju.

(288) patah perkataan