Anda di halaman 1dari 2

pengenalan

Pada masa kini, perkembangan teknologi, sosial dan ekonomi berlaku dengan amat pesat
sekali. Dalam masa yang sama, manusia mempunyai keinginan untuk mengembangkan
kebolehan dan ilmu yang ada pada mereka secara berterusan supaya dapat befungsi dengan
maksimum dalam kehidupan seharian, pekerjaan dan pergaulan dalam masyarakat. Oleh itu,
pendidikan dan latihan juga boleh membantu individu untuk memperbaiki kehidupan
mereka dengan menyediakan kemahiran dan ilmu untuk meningkatkan produktiviti dalam
pekerjaan. Tidak di nafikan lagi bahawa pelaburan dalam pendidikan dan latihan ini merupakan
pelaburan untuk masa depan bagi mempersiapkan individu yang serba boleh.
Pendidikan teknik dan vokasional (PTV) merupakan satu sistem pendidikan yang
menyediakan latihan khusus untuk kemahiran-kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran
yang lain. Vokasional membawa

maksud usaha sesebuah organisasi itu bagi

melahirkan

pelajar yang mempunyai pengetahuan, kemahiran asas dan juga mempersiapkan mereka untuk
menjadi pekerja mahir pada suatu hari nanti (Laugho&Lillis,1988). Apabila seseorang pekerja
itu

diiktiraf

sebagai

pekerja

mahir,

secara

tidak

langsung,

golongan

ini

akan

dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan melahirkan lagi pekerja mahir yang baru.
Kebanyakkan masyarakat pada ketika itu menerima ilmu kemahiran secara tidak formal seperti
kemahiran berladang atau berkebun, bersawah, bertukang kayu dan logam, membuat keris dan
kerja-kerja kraftangan seperti anyaman.
Sejarah perkembangan latihan kemahiran di Malaysia
ERA PERTAMA: Sebelum Kedatangan British
Pendidikan di Tanah Melayu bermula sejak kewujudan Empayar Melaka lagi sewaktu
perkembangan ajaran Islam ke rantau Asia Tenggara. Masyarakat pada ketika itu, menuntut ilmu
berpusatkan rumah-rumah guru dan surau-surau. Selepas berlaku pertambahan bilangan anak
murid maka wujudkan sekolah pondok dengan sukatan berdasarkan kurikulum Masjid Al-Haram
di Makkah.
Perubahan kecil telah berlaku selepas kedatangan Portugal pada tahun 1511 iaitu mereka telah
memperkenalkan pendidikan berasaskan agama yang dibawa oleh mereka iaitu kristian mazhab

roman katolik. Apabila Melaka jatuh ke belanda berlaku lagi perubahan mazhab protestant di
Melaka.
Masyarakat pada zaman ini hanya menerima ilmu kemahiran secara tidak formal seperti
kemahiran berladang atau berkebum, bersawah, bertukang kayu dan logam,membuat keris dan
kerja-kerja berkaitan kraftangan seperti anyaman.
ERA KEDUA: Kedatangan British
Semasa era kedatangan British di Tanah Melayu system pendidikan telah dibahagikan ke pada
lima peringkat iaitu.

Pendidikan rendah

Pendidikan menengah

Latihan perguruan

Pendidikan teknik dan vokasional

Pendidikan tinggi

Anda mungkin juga menyukai