Anda di halaman 1dari 2

Reka bentuk kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untuk melihat peranan guru sekolah dalam
menggalakan penyertaan pelajar secara aktif dalam aktiviti kokurikulum . Kajian yang berbentuk
tinjauan ini diklasifikasikan oleh Mohd Majid (1998) sebagai penyelidikan deskriptif. kajian
deskriptif iaitu kajian yang bertujuan untuk memberikan penerangan secara sistematik
mengenai fakta dan ciri-ciri bidang yang dikaji secara fakta dan tepat. Kajian ini hanya
untuk kumpulan yang dikaji sahaja. Dalam kajian deskritif juga penyelidik tidak memanipulasi
sebarang faktor atau fenomena yang akan mempengaruhi tingkahlaku subjek atau pencapaiannya
( McMiller 19996). Menurut kenyataan Mokthar Mokri (1999) penyelidikan deskriftif
bermatlamat untuk meneroka suatu bidang yang belum atau kurang dikaji bagi menjelaskan
fenomena atau keadaan yang sedang berlaku.
Kajian bermatlamat untuk mengumpul maklumat mengenai peranan dan kemahiran guru
dalam merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti kokurikulum seterusnya menggalakkan
pelajar terlibat dengan aktif. Kajian ini menggunakan soal selidik sepenuhnya terhadap 450
orang guru dari Sembilan buah sekolah menengah teknik/vokasional di Johor. Cara ini juga
membolehkan

penyelidik

mendapat

maklumat

dengan

cepat

dalam

masa

yang singkat memandangkan masa yang terhad. Kaedah kajian ini merupakan kaedah sosial yang
sering digunakan secara meluas.
KAJIAN RINTIS
Menurut Polit et al. (2001), kajian rintis merujuk kepada versi kajian kecil atau percubaan yang
dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau utama. Tujuan utama kajian
rintis adalah untuk ,menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen (Mohd Najib, 2003).
Kajian rintis juga merupakan pra-ujian untuk mencuba instrumen kajian khusus. Kelebihan
kajian rintis adalah dapat membantu pengkaji memperoleh petunjuk awal tentang item-item yang
mungkin tidak tepat atau gagal (Baker, 1994)
Pengkaji akan menjalankan kajian rintis dengan melibatkan 20 orang responden yang
terdiri dari pelajar di Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Dalam kajian ini, antara objektif kajian rintis adalah untuk memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan item-item dari segi ketepatan, kesesuaian istilah dan struktur ayat supaya tidak
timbul kekeliruan dan salah tafsir. Selain itu, pengkaji akan menguji sama ada item-item yang
dikemukakan itu adalah berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar. Pengkaji juga
mengetahui jangka masa yang digunakan oleh responden untuk menjawab semua item dalam
soal selidik. Responden diminta menjawab semua item dan seterusnya memberi ulasan dan
pandangan mereka terhadap soal selidik tersebut. Pandangan dan ulasan mereka dijadikan
panduan dalam memperbaiki soal selidik kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai