Anda di halaman 1dari 4

LATIHAN MENYANGGA/HANTARAN

1. Menyangga sendirian
Lambung bola dan terus menyangga.
Ulang beberapa kali sehingga yakin boleh melakukan aktiviti
menyangga.
Seterusnya, lambung bola dengan tinggi dan cuba menyangga semasa
bola menurun.
Uji sejauh mana anda boleh mengelakkan bola daripada jatuh ke tanah.

Lakukan aktiviti menyangga bola ke dinding berulang-ulang.


Pastikan selepas sahaja memukul bola, tetapkan kedudukan badan
untuk melakukan sanggaan yang baik.

2. Menyangga berpasangan
Lakukan aktiviti menyangga dengan rakan.
Bola disangga ke dinding.
Untuk memudahkan aktiviti ini, biar bola melantun terlebih dahulu
sebelum disangga bergilir-gilir.
Seterusnya, lakukan sanggaan berpasangan ke dinding tanpa
menjatuhkan bola ke tanah.

3. Pukulan menyangga
Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras
mata.
Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini
sewaktu menerima bola servis atau bola rejaman.
Pukulan menyangga dilakukan supaya dapat memainkan bola dengan
tangan.
Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga ialah antara tangan
hingga ke siku.
Lutut perlu dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan
menyangga dengan baik.

4. Menyangga
Hantaran boleh dilakukan sama ada melalui atas kepala (overhead) atau
bawah tangan (underarm).
Posisi pemain, posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis
hantaran yang akan dibuat.
1. Hantaran atas kepala (overhead)

2. Hantaran bawah tangan (underarm)