Anda di halaman 1dari 24

LATIHAN MELAKUKAN SERVIS

Servis bola lantun

 

Pegang bola dengan tangan kiri pada ketinggian paras dada. Lepaskan bola supaya jatuh ke gelanggang. Pukul bola secara servis bawah apabila bola melantun melepasi ketinggian pinggang. Tetapkan sasaran bola secara berperingkat- peringkat. Mulakan memukul bola sehingga zon serangan. Kemudian cuba membuat servis bola lantun sehingga terkena

jaring. Akhir sekali pukul bola melepasi jaring.

 
   
LATIHAN MELAKUKAN SERVIS Servis bola lantun Pegang bola dengan tangan kiri pada ketinggian paras dada. Lepaskan

Servis atas bahu tanpa bola

 

Cuba gayakan servis atas tangan tanpa bola berulang-ulang kali. Suruh rakan melihat perlakuan anda. Ketika melakukan aktiviti ini tekankan pemindahan berat badan, bengkokkan

badan dan hayunkan tangan.

 
Servis ke dinding Tandakan pada dinding garisan melintang yang mempunyai ketinggian dua meter, dua meter setengah

Servis ke dinding

 

Tandakan pada dinding garisan melintang yang mempunyai ketinggian dua meter, dua meter setengah dan tiga meter. Berdiri sejauh lima meter dari dinding. Lakukan servis secara pukulan atas bahu ke dinding. Arahkan sasaran secara berperingkat-peringkat. Ulangi pukulan sebanyak lima kali

pada setiap sasaran.

 
LATIHAN PUKULAN SANGGA Menyangga sendirian Lambung bola dan terus sangga. Ulang beberapa kali sehingga yakin boleh

LATIHAN PUKULAN SANGGA

Menyangga sendirian

 

Lambung bola dan terus sangga. Ulang beberapa kali sehingga yakin boleh melakukan aktiviti menyangga. Seterusnya lambung bola tinggi dan cuba sangga semasa bola turun. Uji

sejauh mana anda boleh mengelakkan bola jatuh ke tanah.

 
Lakukan aktiviti menyangga bola ke dinding berulang-ulang. Pastikan selepas sahaja memukul bola, tetapkan kedudukan badan untuk
Lakukan aktiviti menyangga bola ke dinding berulang-ulang.
Pastikan selepas sahaja memukul bola, tetapkan kedudukan
badan untuk melakukan sanggaan yang baik.

Menyangga berpasangan

 

Lakukan aktiviti menyangga dengan rakan. Bola disangga ke dinding. Untuk memudahkan aktiviti ini, biar bola melantun terlebih dahulu sebelum disangga bergilir-gilir. Seterusnya lakukan sanggaan berpasangan ke dinding tanpa jatuhkan bola

ke tanah.

 
LATIHAN MENGUMPAN BOLA Mengumpan bola bersendirian Lambung bola dan cuba menangkapnya pada ketinggian separas dengan dahi.

LATIHAN MENGUMPAN BOLA

Mengumpan bola bersendirian

 

Lambung bola dan cuba menangkapnya pada ketinggian separas dengan dahi. Pastikan jari-jari tangan terbuka ketika menangkap bola. Lambung bola kemudian lakukan pukulan mengumpan. Tangkap bola sekiranya paras bola tidak memungkinkan pukulan mengumpan dibuat. Ulang aktiviti ini

beberapa kali.

 
Lakukan aktiviti mengumpan dan menyangga pada dinding.

Lakukan aktiviti mengumpan dan menyangga pada dinding.

Mengumpan bola berpasangan Lakukan aktiviti mengumpan bola dengan rakan. Cuba lakukan umpanan sebanyak yang boleh. Kawal

Mengumpan bola berpasangan

 

Lakukan aktiviti mengumpan bola dengan rakan. Cuba lakukan umpanan sebanyak yang boleh. Kawal bola agar tidak jatuh ke tanah. Anda boleh menyangga jika tidak sempat

membuat umpanan.

 
Lakukan aktiviti mengumpan dengan rakan pada dinding. Selang-selikan aktiviti ini dengan aktiviti menyangga.
Lakukan aktiviti mengumpan dengan rakan pada dinding.
Selang-selikan aktiviti ini dengan aktiviti menyangga.
Uji ketepatan umpanan anda. Letakkan lima gelung rotan sebaris. Suruh rakan berdiri pada gelung rotan yang

Uji ketepatan umpanan anda. Letakkan lima gelung rotan sebaris. Suruh rakan berdiri pada gelung rotan yang pertama. Anda berdiri sejauh 2 atau 3 meter dari barisan gelung rotan. Buat umpanan ke arah rakan anda. Rakan anda hanya menangkap bola pada paras atas kepala. Selepas hantaran dilakukan, rakan anda berpindah ke gelung rotan kedua. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang sehingga ke gelung

kelima.

 
LATIHAN MEREJAM BOLA Merejam bola bersendirian Gayakan pukulan rejam berulang-ulang tanpa menggunakan bola. Tumpukan latihan ini

LATIHAN MEREJAM BOLA

Merejam bola bersendirian

 

Gayakan pukulan rejam berulang-ulang tanpa menggunakan bola. Tumpukan latihan ini kepada lonjakan kaki, bengkokkan badan dan hayunkan tangan. Anda juga boleh menggantungkan bola tampar pada ketinggian jaring. Lakukan

lonjakan dan pukulan rejam pada bola itu berulang-ulang.

 

Merejam bola berpasangan

 

Seorang rakan berdiri di atas kerusi dan memegang bola dengan tangan terhulur. Apabila rakan memberi arahan 'lompat' ambil dua atau tiga langkah dan terus melonjak dengan kedua-dua belah kaki. Pukul bola yang berada di tangan rakan. Ulang aktiviti ini beberapa kali. Seterusnya, minta rakan membuat umpanan secara melambung bola atau

pukulan umpanan. Anda pula bertindak sebagai perejam bola pada setiap bola yang di umpan. Sebaik-baiknya lakukan aktiviti ini dengan jaring yang sedia terpasang. Ketinggian jaring boleh direndahkan untuk membina keyakinan untuk

merejam bola.

 
 
pukulan umpanan. Anda pula bertindak sebagai perejam bola pada setiap bola yang di umpan. Sebaik-baiknya lakukan

LATIHAN MENGHADANG BOLA

Menghadang sendirian

 

Lakukan lonjakkan menegak dan sentuh jaring bola keranjang dengan kedua-dua belah tangan. Tolak sedikit jaring ke

hadapan. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang.

 

Menghadang berpasangan

 

Berdiri berhadapan rakan dengan jaring berada di tengah- tengah. Lakukan lonjakkan menegak serentak dengan rakan.

Cuba tepuk tangan rakan dengan kedua-dua belah tangan. Lakukan berulang-ulang di sepanjang jaring. Dalam aktiviti yang
Cuba tepuk tangan rakan dengan kedua-dua belah tangan.
Lakukan berulang-ulang di sepanjang jaring.
Dalam aktiviti yang berikut, seorang rakan merejam bola dan
anda cuba menghadang bola yang direjam itu.
PUKULAN SERVIS Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata atau berjaya mematikan servis di gelanggang

PUKULAN SERVIS

Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata

 

atau berjaya mematikan servis di gelanggang lawan. Terdapat

pelbagai cara pukulan servis. Sebagai permulaan untuk

 

bermain bola tampar, servis bawah bahu dan servis atas bahu

 

biasa digunakan.

 

Servis bawah bahu

Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan

mudah dipelajari. Gaya servis ini juga mengelakkan daripada

faul servis.

 
Servis atas bahu Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan sukar untuk

Servis atas bahu

Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan

tertekan dan sukar untuk memainkan bola. Perlakuan servis

atas bahu menyerupai servis dalam permainan tenis.

 
PUKULAN MENYANGGA Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang

PUKULAN MENYANGGA

Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah

paras mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang

 

menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis

 

atau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya

 

dapat memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang

sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga kesiku.

 

Lutut perlu dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan

menyangga dengan baik.

 
PUKULAN MENGUMPAN Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi

PUKULAN MENGUMPAN

Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola

 

yang kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang

 

rakan sepasukan membuat rejaman. Umpanan dibuat apabila

 

kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat

 

diperlukan semasa melakukan pukulan umpanan. Ini memberi

peluang kepada sendi-sendi menyerap dan mengekalkan

 

kelajuan bola.

 
PUKULAN REJAM Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk

PUKULAN REJAM

Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam

 

gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk mematikan

 

servis di dalam gelanggag lawan. Cara ini dianggap satu cara

menyerang pihak lawan. kemahiran merejam memerlukan

 

lonjakan melebihi paras jaring. Semasa di udara pula, badan

perlulah dibengkokkan dan memukul bola.

 
MENGHADANG Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun begitu, kemahiran ini juga penting

MENGHADANG

Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga

 

agak sukar dikuasai. Sungguhpun begitu, kemahiran ini juga

 

penting untuk menghadang rejaman. Halangan dilakukan oleh

dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan.

 

Kedua-dua pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola

 

yang direjam dengan kedua-dua belah tangan.

 
RELI Bola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan sukar dimatikan kerana

RELI

 

Bola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar

 

dimatikan kerana kedua-dua pasukan sukar dimatikan kerana

 

kedua-dua pasukan saling berbalas-balas pukulan. Keadaan ini

dinamai reli. Reli berlaku jika kedua-dua pasukan sama

 

handal. Permainan akan bertambah menarik jika berlaku

banyak permainan reli.