Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AKTIVITI

BERSUKANLAH MURID-MURID SJK(C) BULAT


Program dijalankan Pada Kali Pertama
Kekuatan
Program yang dijalankan dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang
kepentingan

kesihatan

dalam

kehidupan

seharian.

Oleh

itu,

murid

dapat

mengamalkan kehidupan yang sihat. Selain itu, program ini juga mendedahkan
pelajar tentang pengetahuan kesihatan agar pelajar dapat menjaga kesihatan diri
dan kesihatan orang lain. Di samping itu, pelajar dapat mencari pengalaman
pembelajaran sebaik mungkin secara praktikum terhadap cara menjaga kesihatan,
cara mengamalkan adat kehidupan yang sihat dan sebagainya.
Kelemahan
Terdapat pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru dalam
melaksanakan Program Bersukanlah Murid-Murid. Ada masalah-masalah yang
berpunca daripada guru-guru sendiri sehingga aktiviti-aktiviti tidak dapat dijalankan
sebaik mungkin. Antaranya guru-guru sendiri tidak bergiat dalam aktiviti-aktiviti
kerana merasakan ia membuang masa pelajar. Ada sesetengah guru pula
merasakan tempat tinggal mereka yang jauh menyukarkan untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti di samping mempunyai pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul.
Selain itu ada juga guru-guru yang menjalankan aktiviti-aktiviti mempunyai
pengetahuan yang agak terhad dan kurang kemahiran serta pengetahuan dalam
bidang yang diberikan kepada mereka. Keadaan ini timbul kerana mereka kurang
pengalaman

dan

tidak

pernah

didedahkan

dengan

sebarang

kursus. Ini

menimbulkan masalah kepada guru-guru untuk melaksanakan aktiviti yang benarbenar dapat menimbulkan minat di kalangan murid atau pelajar.
Terdapat juga para pelajar yang terlalu mementingkan peperiksaan sehingga
mengabaikan kegiatan kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Lim Yen Yen (1991),
dalam kajiannya mendapati bahawa aktiviti kokurikulum kurang penting sebaliknya
mereka lebih memberi tumpuan terhadap bidang akademik semata-mata. Mereka

beranggapan bahawa bidang akademik lebih menjamin masa depan mereka


berbanding menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.
Permasalahan juga timbul akibat daripada kekuarangan kemudahan serta
penjadualan yang kurang sistematik. Sekolah tidak mempunyai prasarana yang
lengkap

bagi

membolehkan

aktiviti

kokurikulum

dapat

dijalankan

dengan

jayanya. Misalnya sekolah tidak ada PA system yang bagus dan terpaksa
menggunakan radio untuk memainkan muzik apabila senamrobik dijalankan. Ini
akan

menimbulkan

kesesakan

apabila

senamrobik

diadakan,

seterusnya

menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pelajar. Selain itu peralatan yang tidak
mencukupi turut menyumbangkan kepada permasalahan kepada guru-guru untuk
melaksanakan aktiviti sebaik mungkin.

Program dijalankan Pada Kali Kedua


Program Bersukanlah Murid-Murid dijalankan lebih lancar dan teratur.
Guru-guru yang tidak bertanggungjawab telah diberi taklimat dan menghadiri kursuskursus pengurusan Kokurikulum supaya mereka lebih mengetahui tatacara dan
tanggungjawab untuk menjadi seorang guru Kokurikulum. Selain itu, guru diberitahu
bahawa sebagai seorang guru harus mempunyai semangat berkorban untuk sekolah
dan pelajar.
Bagi murid-murid yang mementingkan peperiksaan, ibu bapa mereka diberi
kesedaran dalam mesyuarat agung PIBG tentang kepentingan aktiviti kokurikulum
dalam usaha memperkembangkan potensi dan sahsiah anak-anak mereka agar
menjadi insan yang seimbang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
Mereka haruslah diberikan cermah motivasi atau kursus keibu bapaan agar mereka
dapat faham sebaik mungkin fungsi kokurikulum terhadap anak-anak mereka.
Bagi masalah kelengkapan dan peralatan yang tidak mencukupi, pihak
sekolah telah berusaha mencari sumber-sumber lain untuk membeli peralatan
baharu. Antara sumber-sumber yang boleh diusahakan ialah melalui sumbangan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, orang perseorangan, syarikat-syarikat yang
membekalkan barangan kepada sekolah dan lain-lain lagi. Pihak sekolah telah
mengadakan aktiviti Hari Kantin atau mengadakan Jogathon untuk mencari dana

bagi membeli peralatan kokurikulum seperti peralatan untuk perkhemahan dan juga
untuk aktiviti sukan.

Penutup
Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di sekolah-sekolah mempunyai amat
penting dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang seperti yang
dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Aktiviti kokurikulum
sebenarnya merupakan lanjutan daripada aktiviti yang dipelajarai dalam bilik
darjah. Misalnya aktiviti sukan dan permainan merupakan lanjutan daripada mata
pelajaran Pendidikan Jasmani yang diajar di dalam bilik darjah. Penglibatan pelajar
secara menyeluruh terhadap aktiviti yang dijalankan membolehkan para pelajar
mengahayati falsafah sebenar kokurikulum tersebut seterusnya dapat membantu
mereka untuk bergaul dan berhadapan dengan masyarakat pada masa hadapan.
Pengelolaan aktiviti kokurikulum yang teratur dan sistematik akan memberi
keberkesanan dalam mencapai hasrat FPK. Aktiviti yang teratur dan menarik akan
menyebabkan para pelajar memberi tumpuan seperti mana yang berlaku terhadap
bidang akademik. Hal ini adalah kerana penyertaan dan penglibatan para pelajar
untuk menyertai aktiviti kokurikulum adalah dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan serta kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah.
Di samping itu, peranan guru-guru penasihat juga mempengaruhi penyertaan
para pelajar untuk menjalankan aktiviti kokurikulum yang dirancangkan. Guru-guru
penasihat juga seharusnya mempunyai kemahiran untuk mengelolakan aktiviti agar
dapat menarik minat para pelajar. Para pentadbir haruslah menghantar guru-guru
yang tidak berpengalaman untuk berkursus. Begitu juga dengan ibu bapa dan
masyarakat yang harus bersama-sama menggerakkan aktiviti kokurikulum dengan
pihak sekolah bagi melahirkan insan yang benar-benar seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan juga sahsiah.