Anda di halaman 1dari 40

HOSPITAL WANITA DAN

KANAK- KANAK SABAH


( HOSPITAL RAKAN BAYI )

Apakah Hospital Rakan Bayi?


( Baby Friendly Hospital )
Hospital Rakan Bayi adalah
sebuah hospital yang
mempunyai polisi dan
kakitangan yang bersungguhsungguh membantu dalam
penyusuan susu ibu.

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU


MALAYSIA
SEMUA IBU DIGALAKKAN MENYUSUI ANAKNYA
DENGAN SUSU IBU S AHAJA DARI LAHIR
SEHINGGA BERUMUR 6 BULAN DAN
MENERUSKANNYA SEHINGGA ANAKNYA
MENCAPAI UMUR 2 TAHUN. MAKANAN
PELENGKAP PERLU DIBERIKAN MULAI UMUR 6
BULAN.
INI BERMAKNA DARI LAHIR HINGGA 6 BULAN BAYI :- DIBERI SUSU IBU SAHAJA
- TIDAK PERLU AIR ATAU SUSU TAMBAHAN.
- TIDAK PERLU MAKANAN PELENGKAP.

10 Langkah Ke Arah Menjayakan Penyusuan


Susu Ibu
Kenyataan bersama WHO / UNICEF ( 1989 )

1. MENGADAKAN SATU POLISI bertulis mengenai


penyusuan susu ibu.
2. MELATIH semua wargakerja dalam kemahiran yang
diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
3. MEMBERITAHU semua ibu mengandung tentang
kebaikan susu ibu.

4. MEMBANTU ibu-ibu memulakan penyusuan dalam


masa 1 jam selepas bersalin

5. MEMBERI TUNJUKAJAR kepada para ibu mengenai


cara penyusuan yang paling baik.
6. MENENTUKAN bayi baru lahir TIDAK DIBERI
minuman atau makanan selain susu ibu, melainkan
atas sebab-sebab perubatan.

7. Mengamalkan ROOMING IN dimana ibu dan bayi


bersama setiap masa (24jam)

8. MENGGALAKKAN penyusuan ibu mengikut


KEHENDAK bayi.
9. Menentukan bayi TIDAK DIBERI puting
tiruan atau puting kosong
10. MEMBANTU PENUBUHAN kumpulan sokongan
penyusuan susu ibu dan rujuk kepada kumpulan
ini apabila keluar dari hospital atau klinik.

Apakah Polisi Penyusuan


Hospital Wanita &
Kanak-Kanak Sabah ?

1. Latihan Kakitangan
Semua doktor dan jururawat di Hospital ini termasuk
kakitangan wad Neonatal Intensive Care Unit
mestilah menjalani latihan untuk mendapatkan
kemahiran yang diperlukan bagi melaksanakan polisi
ini.

2. Pendidikan Ibu-ibu Mengandung dan Ibu-ibu


Laktasi
Semua ibu-ibu mengandung hendaklah
diberitahu tentang kebaikan susu ibu,teknik yang
betul dan cara untuk meneruskan laktasi oleh
jururawat dan doktor hospital ini.

3. Memulakan Penyusuan
Semua Ibu akan diberi bayi mereka secepat
mungkin selepas dilahirkan untuk sentuhan
kulit dan mereka akan dibantu untuk memulakan
penyusuan dalam masa1 jam selepas
bersalin melainkan atas sebab-sebab kesihatan

4. Minuman Sampingan
Tidak dibenarkan lain-lain minuman diberikan
kepada bayi sebelum penyusuan ibu dimulakan
melainkan atas sebab-sebab kesihatan.

5. Bayi Bersama Ibu (Rooming In )


Semua bayi normal hendaklah ditempatkanama
ibu mereka pada setiap masa 24 jam sehari.

6.

Penyusuan Mengikut Kehendak Bayi dan Ibu


( Demand Feeding)
Ibu digalakkan menyusu bayi mereka bila-bila masa sahaja
mengikut kehendak bayi atau bilamana ibu merasa perlu
untuk mereka menyusukan bayi mereka.
Mereka juga perlu dibantu dengan cara positif.

7. Penyusuan Sepenuhnya
Semua bayi hendaklah diberi susu ibu sahaja sejak lahir
hingga berumur 6 bulan Makanan atau minuman lain tidak
benarkan diberi kepada bayi yang berumur dibawah 6 bulan ,
melainkan atas sebab- sebab kesihatan.

8. Meneruskan Penyusuan Ibu


Ibu-ibu hendaklah digalakkan meneruskan penyusuan ibu dan
mereka hendaklah diajar cara bagaimana hendak
menyediakan dan mengenalkan makanan pelengkap kepada
bayi setelah berumur lebih 6 bulan disamping meneruskan
penyusuan ibu.

9. Puting Tiruan
Tidak dibenarkan memberi puting tiruan atau pacifiers ( yang
juga dikenali sebagai dummies atau soother) kepada bayi.
Dalam kes-kes tertentu bilamana complimentary feeding perlu
diberikan, hendaklah menggunakan sudu atau cawan kecil.

10. Memerahkan Susu Ibu


Ibu ibu yang terpaksa dipisahkan dengan bayi mereka atau bayi
mereka tidak dibenarkan menyusu ibu atas sebab-sebab
tertentu, akan diajar bagaimana memerahkan susu ibu untuk
meneruskan laktasi.Mereka juga akan diajar bagaimana
menyusukan bayi mereka dengan menggunakan sudu atau
cawan.

11. Makanan Pelengkap


Ibu-ibu hendaklah dinasihatkan supaya memberi
makanan pelengkap kepada bayi-bayi mereka
semasa berumur 6 bulan dan meneruskan
penyusuan ibu sehingga bayi mereka berumur
2 tahun.

12. Bekalan Susu


Hospital ini tidak dibenarkan menerima susu percuma
dan juga bekalan subsidi susu gantian susu ibu dari
mana-mana syarikat susu.Sekiranya Hospital ini
memerlukan susu tersebut ia hendaklah melalui prosedur
yang telah ditetapkan. Tidak ada perbincangan
berkumpulan tentang penggunaan susu formula.

13. Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi Dan Produk Berkaitan


Tata Etika Produk Susu Formula Bayi yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia hendaklah dipatuhi oleh
semua kakitangan dan sekiranya ada yang melanggar etika
tersebut hendaklah dilapurkan segera.

14. Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu


Hospital ini akan sentiasa berkerjasama dengan semua Pusat
Kesihatan, Klinik Ibu dan Anak,Kota Kinabalu, serta kumpulan
sokongan yang boleh membantu meneruskan perawatan kepada
ibu-ibu yang menghadapi masalah penyusuan. Setiap ibu akan
dirujuk kepada kumpulan tersebut bila keluar dari Hospital ini.

LANGKAH-LANGKAH
KE ARAH
MENJAYAKAN
PENYUSUAN SUSU IBU

1. Mendapatkan pengetahuan tentang


penyusuan ibu semasa
mengandung

2. Kepentingan Penyusuan Susu Ibu


Awal
Semua ibu akan diberi bayi mereka
secepat mungkin selepas dilahirkan
untuk sentuhan kulit dan mereka akan
dibantu untuk memulakan penyusuan
secepat mungkin dalam masa I jam
selepas bersalin melainkan atas
sebab- sebab kesihatan.

3.

Menyusu bayi dengan cara


penyusuan yang betul

Posisi Penyusuan Ibu

Pelekapan Penyusuan
Ibu

4. Minuman Sampingan
( Prelacteal Feeds)
Tidak dibenarkan lain-lain minuman
diberikan kepada bayi sebelum
penyusuan ibu dimulakan melainkan
atas sebab-sebab kesihatan.

5. Bayi Bersama Ibu (Rooming In)


Semua bayi normal hendaklah
ditempatkan bersama ibu mereka pada
setiap masa 24 jam sehari.
.

6. Penyusuan Mengikut Kehendak


Bayi
(Baby-led / Demand Feeding)
Semua ibu digalakkan menyusu
bayi mereka bila-bila masa sahaja
mengikut kehendak bayi atau
bilamana ibu merasa perlu untuk
mereka menyusukan bayi mereka.
Mereka juga perlu dibantu dengan
cara positif.

7. Penyusuan Sepenuhnya

Semua bayi hendaklah diberi susu


ibu SAHAJA sejak lahir hingga
berumur 6 bulan.Makanan atau
minuman lain tidak dibenarkan diberi
kepada bayi yang berumur dibawah
6 bulan melainkan atas sebab-sebab
kesihatan.

8 . Bayi tidak diberi Puting Tiruan


Tidak dibenarkan memberi puting
tiruan atau pacifiers ( yang juga
dikenali sebagai dummies atau
soother) kepada bayi-bayi. Dalam
kes-kes tertentu bilamana
complimentary feeding perlu
diberikan, hendaklah menggunakan
sudu atau cawan kecil.

9. Memerahkan Susu Ibu

Ibuibu yang terpaksa dipisahkan


dengan bayi mereka atau bayi mereka
tidak dibenarkan menyusu ibu atas
sebab-sebab tertentu hendak
memerahkan susu ibu untuk
mengelakkan bengkak payudara dan
meneruskan laktasi.

10. Dapatkan bantuan dari Kumpulan


Sokongan Penyusuan Ibu
Hospital ini akan sentiasa berkerjasama
dengan semua Pusat Kesihatan / Klinik
Ibu dan Anak Kota Kinabalu serta
kumpulan
sokongan
yang
boleh
membantu
meneruskan
perawatan
kepada
ibu-ibu
yang
menghadapi
masalah penyusuan. Setiap ibu akan
dirujuk kepada kumpulan tersebut bila
keluar dari Hospital ini.

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU


UNTUK BAYI
Air susu ibu yang dikeluarkan pada hari pertama
hingga hari ketiga selepas bersalin dinamakan
kolostrum dan sangat penting untuk kesihatan bayi
kerana ianya mengandungi khasiat yang
diperlukan dan juga mengandungi antibodi untuk
melindungi bayi daripada jangkitan :*
*
*
*

Jangkitan telinga ( otitis media )


Alahan
Cirit birit
Jangkitan saluran pernafasan seperti Bronchitis dan
radang paru-paru
* Meningitis ( jangkitan selaput otak )

Selain dari itu susu ibu adalah baik untuk


bayi anda kerana
* Ia mudah dihadam
* Ia tidak perlu dibancuh dan tidak
memerlukan peralatan khas.
* Ia mudah dan sentiasa ada
* Ia tidak tercemar

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU


UNTUK IBU
Penyusuan susu ibu juga membentu menjalinkan ikatan
kasih sayang di antara anda dan bayi anda
Faedah kesihatan apabila menyusukan bayi,
adalah seperti berikut :-

Cepat pulih / rahim akan cepat mengecut

* Cepat mengurangkan / menurunkan berat badan


berlebihan
* Kurang risiko mendapat barah ovari dan payudara
* Menbantu menjarakkan kehamilan

PENYUSUAN SUSU IBU


MENGIKUT KEHENDAK BAYI
Tiada had bagi bayi disusukan
*

Penyusuan yang tiada had dan kerap boleh membantu


menghindarkan ibu dari mendapat bengkak payudara dan
penyakit yang berkaitan seperti penyakit kuning terutama pada
hari pertama kelahiran.

Kekerapan bermaksud : Penyusuan diberi seberapa kerap yang


bayi perlukan berdasarkan permintaannya ( sekurang-kurangnya
setiap 1 hingga 3 jam iaitu 8 hingga 12 kali dalam 24 jam ).

Biarkan bayi menyusu bila-bila masa dan seberapa lama dia


hendak.

Sekiranya bayi tidur terlalu lama, iu perlu mengejutkan bayinya


untuk disusukan.

KEPENTINGAN ROOMING-IN
* Meransang pengaliran dan pengeluaran
susu
* Meneruskan penyusuan susu ibu
sepenuhnya
* Mengeratkan hubungan ibu dan bayi

KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU


SEBAIK SAHAJA SELEPAS BERSALIN
Rangsangan awal untuk menggalakkan
pengaliran susu secara berterusan
Menjalinkan hubungan kasih sayang yang
lebih mesra antara bayi dan ibunya.
Bayi mendapat cukup Kolostrum

BAGAIMANA MEMASTIKAN SUSU


MENCUKUPI
Bunyi bayi menelan susu semasa penyusuan
Ibu terasa seakan susu mengalir di payudara
Payudara terasa penuh sebelum penyusuan
dan lembut selepas penyusuan
Bayi menbuang air kecil 6 kali atau lebih
dalam masa 24 jam
Bayi membuang air besar 4-8 kali dalam
masa 24 jam
Bayi tidur selepas menyusu

KEPENTINGAN PENYUSUAN UNTUK


PERKEMBANGAN DAN TUMBESARAN BAYI
Perkembangan otak
bayi paling cepat
pada pertama 2
tahun.

Perkembangan
otak bayi mencapai 85%
pada umur 4 tahun

Linoleic Acid

Ini adalah protein Cystine


and fat untuk
DHA
Taurine
Cholesterol perkembangan otak bayi
AA

KEPENTINGAN PENYUSUAN UNTUK


PERKEMBANGAN DAN TUMBESARAN
BAYI
Bayi menghasilkan
antibodi pertama
pada umur 6 bulan

Sistem pertahanan badan bayi


menjadi matang pada
umur 2 tahun
Penyusuan susu ibu membantu bayi
membina sistem pertahanan
badan yang kuat.

ADAKAH BAYI YANG MENYUSU


SUSU IBU PERLU AIR?
Susu ibu - 88% air
Eksklusif 10-12 kali /24 jam
Air diperlukan untuk kumbahan lebihan
solutes ( sodium,potassium, nitrogen )
melalui air kencing
Susu ibu kandungan solutes rendah
Keperluan air rendah
Kajian bayi tidak kekeringan walaupun
pada suhu setinggi 22-41 c dan humiditi 996% rel/humiditi

BAHAYA AIR BAGI BAYI < 6 BULAN

Risiko kurang zat makanan


- Air mengantikan susu ibu
- Bayi kenyang kurang menyusu
- Kajian kehilangan berat badan minggu pertama- tinggi

Risiko jangkitan meningkat


- dedah kepada jangkitan dan pencemaran
- Kejadian jaundis tinggi

Risiko oral water intoxication


- bagi bayi < 5 minggu , terlalu banyak air mencairkan sodium di
dalam darah- simtom suhu badan rendah , bloating dan
kekejangan

MESEJ KEPADA IBU TENTANG AIR


Susu ibu cukup air
Setiap kali menyusu dapat air melalui ibu
Perut bayi kecil , jika banyak minum air, tidak
banyak ruang untuk susu ibu yang
berkhasiat.
Apabila ibu rasa bayi dahaga , terus
susukan bayi segera. Bayi akan dapat air
yang diperlukan
Bayi yang menyusu tidak sembelit dan tidak
perlu lebih air.

JIKA ANDA PERLUKAN


NASIHAT BERKAITAN
PENYUSUAN SUSU IBU SILA
HUBUNGI SEPERTI YANG
BERIKUT :

1. Kumpulan Sokongan Penyusuan


Susu ibu Hospital Wanita &
Kanak-Kanak Sabah

2. Bilik Kaunseling Penyusuan Susu ibu


HWKKS ( Waktu Pejabat )
Talian : 088-522600 ext 562
3. Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu
ke Ibu Kawasan Kota Kinabalu
4. Klinik Kesihatan / Klinik Desa yang
berdekatan