Anda di halaman 1dari 3

Deria dan Seni

Pengenalan
Penggunaan deria, murid akan mendapat kefahaman yang jelas tentang
sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu, kefahaman tetang
deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh,
rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan seni visual.
Perkembangan Kepekaan Deria
Menurut Jame Ismail dan Zulkifli Yaakob (2008), Perkembangan merupakan
suatu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat
kematangan . Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh
baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Untuk itu,
perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan
lagi perkembangan diri setiap individu. Deria dan seni membolehkan individu
meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses berterusan.
Aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi
dan eksperimentasi dengan menggunakan deria (Mohd Jamel Ismail, 2010).
Selain itu, murid juga dapat berinteraksi secfara langsung dengan
persekitaran dan belajar mengembagkan keboleh mereka untuk membuat
pertimbangan yang baik melalalui pengalaman yang diperolehi.
Sentuhan
Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari (Zulkifli Yaakob,
2010). Ia merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula
diperolehi oleh kanak-kanak sebelum kanak-kanak mula berbahasa. Melalui
sentuhan, murid akan dapat melakukan pelbagai aktiviti antaranya ialah
murid menggunakan jari untuk melukis. Deria sentuhan mula berkembang
ketika bayi lagi. Melalui sentuhan ibu, kanak-kanak akan mula berhenti
menangis dan melalui sentuhan juga. Kanak-kanak akan berasa selamat.
Dengar
Mendengar melibatkan deria telinga (Zulkifli Yaakob, 2010). Aktiviti yang
dijalankan lebih tertumpu kepada persoalan: apa yang mereka dengar?
Contohnya, aktiviti seni visual yang dilakukan ialah berdasarkan apa yang
telah didengarnya ketika dia melukis. Dalam aktiviti muzik, murid akan cuba
mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengarnya. Manakala dalam bidang
pergerakan pula, pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan
bergerak sama ada cepat atau lambat.
Lihat
Melihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian
(Zulkifli Yaakob, 2010). Berdasarkan maklumat yang dating melalui deria
mata, seseorang akan dapat mengalamai pelbagai jenis warna, bentuk, ruang
dan jalinan. Pemahaman tentang warna membolehkan murid mengetahui
cirri-cirinya dan seterusnya tahu utuk mengaplikasikan pengetahuan dalam
pendidikanseni visual. Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi
kecerdasan ruangiaitu melibatkan dunia visual-spatial dengan lebih tepat.
Rasa
Rasa merupakan gerak hati atau kata hati murid (Zulkifli Yaakob, 2010).
Dengan menggunakan deria ini, murid akan dapat membuat sesuatu persepsi
dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau
member makna kepada rangsangfan yang diterima oleh derianya.
Didalam seni visual, murid akan dapat meluahkan perasaaan melalui
pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat aktiviti seni. Apabila
mendengar muzik, secara tidak langsung kaki murid akan bergoyang
disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik yang didengarinya.

Hidu
Hidu lebih menekankan aspek penanggapan (Mohd Jamel Ismail, 2010).
Penanggapan ini tidak berlaku secara semulajadi. Sebaliknya, guru harus
merancang
strategi
untuk
menyerapkan
unsure-unsur
ini
dalam
pengajarannya. Ianya boleh dilakukan melalui;
a) Kebolehan mental murid
Faktor ini penting untuk memastikan setiap murid mendapat pembelajaran
optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru.
b) Pendekatan pengajaran
Guru perlu merancang strategi pengajatran yang hendak digunakan olehnya
untuk membentuk penanggapan yang baik.
i.
Pendekatan inkuiri penemuan
Murid mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi
penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental
dengan menggunakan orgsn deria untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi
jawapan yang sebenar.
ii.
Pendekatan resepsi
Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan
bergantung kepada pelajar.
iii.
Pendekatan deduktif
Guru menghuraikan prinsip dan cirri-ciri penting dalam sesuatu konsep
dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.

Kepentingan Kepekaan Deria


Kepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk
satu persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu,
pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan
kulit akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam
persekitarannya.
Persekitaran
Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi
perkembangan deria murid. Murid yang dikelilingai persekitaran social yang
mendorong akan menjadi seseorang yang sentiasa bermotivasi.
Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru pendidikan seni
mestilah sentiasa bekerjasama dengan guru-guru seni yang lainuntuk
mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni.
Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi
sumber ilham bukan sahaja kepada murid dan guru bahkan kepada seluruh
masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja murid, guru seni
hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain
lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.
http://putranamza.blogspot.my/2011/07/seni-dalam-pendidikan.html
TOPIK 3 DERIA DAN SENI
Perkembangan Kepekaan Deria
Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deria
semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun, mula matang ketika

berumur 6-12 tahun.


Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan
aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanakkanak. Sebelum kanak-kanak itu mula untuk berbahasa.

Mendengar melibatkan deria telinga. Untuk aktiviti yang dijalankan


pada deria ini lebih menumpukan kepada persoalan apa yang mereka
dengan?

Melihat menggunakan deria mata yang mengakibatkan pengamatan


dan pemerhatian.

Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar, membuat sesuatu
persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi
atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya.
Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran pergerakan.

Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan positif terhadap aktiviti


pembelajaran.

Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam


struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkn dengan pelajaran
baru.
Hidu lebih menekankan kepda aspek penanggapan dengan penekanan
kepada strategi:
Kebolehan Mental Pelajar Setiap pelajar mendapat pembelajaran optima
mengenai konsep yang diagar oleh guru.
Pendekatan Pengajaran- untuk membentuk penganggapan yang baik.
Pendekatan Inkuiri Penemuan- Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai
konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan
menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Pendekatan Resepsi- Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep
secara langsung dengan bergantung kepada pelajar.
Pendekatan Deduktif- Guru menghuraikan prinsip dan ciri- ciri penting
dalam sesuatu konsep dengan diikuti dengan contoh- contoh spesifik yang
mengukuhkan
konsep
tersebut.
Kepentingan Kepekaan Deria

Pancaindera (telinga) pemprosesan kognitif

Gambar kereta (alam sekitar)

Otak manusia (pengamatan) (apabila kereta berlanggar)

Manusia sakit (penanggapan) konsep.


http://zali-mrj.blogspot.my/2011/08/topik-3-deria-dan-seni.html