Anda di halaman 1dari 2

.

Ya Allah, kami memanjatkan kesyukuran ke atas keizinan-Mu, untuk kami berkumpul


pada pagi yang mulia ini, sempena WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS
SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA DAN PENOLONG KETUA
KELAS SK SG DULANG DALAM SESI 2016.
Kami menadah tangan dengan penuh pengharapan agar kami dilimpahkan kurnia, taufik
dan hidayah, kesihatan dan kekuatan, tekad dan azam yang tinggi untuk berjaya, serta
dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Jadikanlah Penyampaian Watikah pada hari ini, pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang
menyeluruh, untuk kami memelihara agama-Mu dan menjalankan amanah yang
diberikan.
Ya Allah, terimalah segala kerja dan khidmat bakti kami, sebagai amal ibadat yang
engkau redhai.Ya Allah, engkau tingkatkan lah keilmuan, keazaman dan komitmen kami,
untuk terus menjalankan segala tanggungjawab. Berikanlah kekuatan kepada kami, agar
dapat membantu pihak pengurusan, guru dan seluruh warga sekolah, dalam mewujudkan
budaya sihat dan cemerlang.
Ya Allah, wahai tuhan kami, jadikanlah majlis Penyampaian Watikah ini, sebagai satu
majlis

yang dirahmati

dan terpelihara dari sebarang bencana dan kemaksiatan.

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua-dua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan dosa
mukminin dan mukminat seluruhnya, sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal
dunia.