Anda di halaman 1dari 4

NAMA

: MUHD IRWAN BIN MAT JUNOH

NO IC

: 930401115919

NO MATRIK

: 124450

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan


kepada Allah Subhanu Wataala dan junjungan besar Nabi Muhammad kerana pada hari ini saya
masih lagi diberikan peluang untuk bersama sahabat-sahabat dalam satu penyatuan yang sama
iaitu menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu
saya, Mohd Irwan Bin Mat Junoh dan rakan seperjuangan saya iaitu saudara Ahmad Fadil Bin
Ramzadan Muhamad Shakirn Bin Khamis. Memang benarlah kata pepatah Melayu, Kalau tak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Begitu juga dengan kami, jika kami tidak
menanamkan usaha membentuk gagasan kerjasama yang utuh, sudah tentu tugasan ini
berlangsung acuh tak acuh asalkan siap sahaja. Saya dan rakan tugas saya yang lain tetap ingin
melaksanakan tugasan ini dengan cemerlang agar matlamat tugasan yang ingin dicapai akan
terlaksana.
Istilah kerja kursus begitu sinonim sekali dengan kehidupan seseorang pelajar.Saya sering kali
mendengar keluhan rakan-rakan saya tentang timbunan kerja kursus yang melambak .
Kebanyakan pelajar akan keluh-kesah apabila berhadapan dengan lambakan tugasan di IPG ini.
Namun, bagi saya semua itu adalah perkara normal dan perkara wajar yang harus dilalui oleh
setiap pelajar yang inginkan kecemerlangan agar dapat mencapai hasrat untuk menjadi seorang
yang berilmu,berpengetahuan yang meluas dalam semua aspek yang tidak hanya melengkapkan

diri dalam ilmu duniawi bahkan sempurna dalam pegangan agama yang mantap. Apa gunanya
belajar kalau tiada kesusahan, apa gunanya nak berjaya kalau tak nak berkorban,dan apa
maknanya jika kita nak berjaya, pemikiran negatif selalu sangat bersarang di minda?Bak kata
pepatah Melayu,Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersusah-susah
dahulu,bersenang-senang kemudian.Dalam Islam sendiri ada menekankan bahawa kesenangan
itu muncul setelah kesusahan. Jadi, saya tak nak mencampakkan diri saya ke dalam pemikiran
negatif dalam melaksanakan tugasan ini. Pengurusan masa seseorang pelajar itu adalah yang
paling dominan dan signifikan bagi menyiapkan tugasan-tugasan agar tiada tekanan negatif dan
terasa terbeban untuk menyiapan tugasan yang yang diamanahkan.
Bagaimanakah tugasan ini dihasilkan?Marilah sama-sama kita berkongsi di sini. Pada jam 3.00
petang bertarik 3Ogos 2011di Dewan Unggku Umar bermulalah segalanya. Pada ketika itulah
Taklimat Kerja Kursus Pendek Subjek BASIC MATHEMATICS-MT 1311 D dibentangkan.
Pelajar-pelajar PISMP Semester 1 Ambilan Januari 2011 yang terdiri daripada kelas
SEJARAH,PENDIDIKAN ISLAM,BAHASA INGGELISH telah menghadiri ke taklimat
tersebut yang telah menerangkan tentang objek tugasan, kriteria tugasan, dan pelaksaan tugasan.
Manakala soalan (lampiran) diberikan kepada setiap pelajar pada hari yang sama. Saya telah
mencatat beberapa maklumat penting sepanjang taklimat itu. Tarikh mula kerja kursus ini ialah
pada hari yang sama iaitu 3 Ogos 2011 dan perlu dihantar sebelum atau pada 23 0gos 2011.
Seterusnya, saya dan rakan-rakan lain telah membuat perbincangan tentang tugasan yang di
amanahkan itu.Dalam perbincangan tersebut kami menfokuskan apa yang ditugaskan iaitu
berkaitan dengan cara membuat pinjaman kenderaan.. Secara rambang, tajuk ini kelihatan agak
sukar dan rumit.Kenapa? Ia kelihatan seperti sukar untuk mencari bahan-bahan berkaitan tajuktajuk tersebut kerana kami tidak pernah membuat pinjaman kenderaan ini memandangkan kami
masih lagi dalam usia yang muda dan masih cetek tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
perbankkan ini. Setelah membuat perbincangan,kami seterusnya membuat dengan memahami
kehendak tugasan tersebut.Selepas semua dari kami memahami tentang penyataan dan kehendak
soalan tersebut saya dibahagikan sub-sub tugasan masing-masing.Dengan adanya tugasan
masing-masing kami membuat perancangan untuk perlaksanaan tugasan.Langkah yang pertama
saya pergi ke bandar KUALA TERENGGANU untuk mencari bank-bank bagi menyelesaikan

tugasan ini,antarnya Am ISLAMIC BANK,BANK RAKYAT,MAYBANK dan KOPERASI


WARGA PENDIDIK TERENGGANU BERHAD.

Secara seriusnya, saya mengatakan tajuk ini membuatkan saya berasa tidak bernafas, dan macam
susah untuk mencari maklumat berkenaan perspektif membuat pinjaman kenderaan.Tajuk ini pun
tak faham, inikan pula nak laksanakan.Saya juga takut jika terdapat banyak kecelaruan dalam
penghasilan kerja kursus ini kerana tajuk ini memerlukan kami mencari maklumat tentang
banyak perspektif. Setelah mencari dan mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk
berkenaan saya rasa dalam diri ini ada kekurangan dalam menyesuiakan diri untuk bertemu
dengan orang yang berpangkat atau dengan lebih spesifik lagi untuk berdamping dengan orang
yang lebih berpengalaman dengan ilmu perbankkan.
Sangat menyedihkan!
Tugasan kerja kursus pendek BASIC MATHEMATICS ini adalah tugasan pertama yang perlu
dihantar oleh kami dalam semester 1 ini. Sepanjang melaksanakan tugasan ini saya telah belajar
banyak erti kehidupan seperti pengorbanan, kesabaran, kesungguhan, semangat tidak putus asa,
keikhlasan,bersemangat tinggi,bijak mengurus waktu yang cepat saja berlalu dan banyak lagi.
Norma-norma ini sememangnya ditanam dan disuburkan dalam diri saya ketika melaksanakan
tugasan ini.Selain itu saya dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri ini iaitu dapat
menambahkan keyakinan diri untuk berhadapan orang yang berpangat,serta dapat membuang
perasaan malu untuk berhadapan dengan orang untuk bertanya mendapatkan maklumat.
Saya berasa berat dan sukar untuk mempersembahkan tugasan ini kerana ini adalah tugasan yang
pertama saya belajar di IPGKDRI.Namun dengan kekuatan yang Allah berikan kepada saya dan
Asyraaf, dapat juga kami menyempurnakan tugasan ini dengan baik. Selebihnya saya
bertawakkal kepada Allah Subhanu Wataala sahaja.

Kami telah siap dan sempurnakan tugasan ini pada 22 Ogos 2011,hari isnin.Setelah siap,
kami membuat semakan untuk kali yang berikutnya bagi memastikan tiada kesilapan dalam
tugasan kami ini agar bertepatan dengan kehendak dsn kriteria dan kehendak tugasan kami.
Secara totalnya, tugasan KKP:Basic mathematics-MT 1311 D(MEMBUAT PINJAMAN
KENDERAAN) boleh saya gunakan pada bila-bila masa selepas ini. Pengalaman menyiapkan
tugasan ini bersama Fadhil,Syakirin dan rakan-rakan PISMP 1 yang lain sudah pasti akan saya
semadikan dalam sanubari saya untuk selama-lamanya. Sifat bagai aur dengan tebing yang
dibina oleh kami adalah nadi utama pelaksanaan tugasan ini.Tanpanya bagaimana mungkin
tugasan ini boleh berjalan sampai ke destinasinya. Semoga dengan ilmu pengetahuan yang saya
perolehi menerusi tugasan ini, dapat menjadikan saya seorang pelajar yang bertamadun
tinggi.Tak tumbuh tak melata,Tak sungguh saya tak kata.

Akhir kalam, terima kasih saya ucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung atas perkongsian ilmu,ajaran, bimbingan dan nasihat yang diberikan. Terima kasih juga
kepada Fadil,Syakirin kerana sudi menjadi rakan kerjasama saya dalam tugasan ini.Terima kasih!
Tanpa kalian, matilah kami.Sekian, wassalam.