Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

AKADEMIK 2010
16 NOVEMBER 2010
TINDAKAN

TEKS
SETELAH DIBERI ISYARAT
UCAPAN PENGUMUMAN

MUAZZIN

Diumumkan ketibaan Yang Berusaha, Dr. Nik Mohd Azli bin Nik Ariffin,
Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Pusat Kesihatan Selekoh.
Kota Ngah Ibrahim jadi tarikan,
Di Pekan Matang teguh berdiri,

NOLI

Paluan kompang kami alunkan,

Menyambut setia tamu bestari.
(Dr. Nik duduk sebentar)

MUAZZIN

Sekarang, kita akan sama-sama menyanyikan Lagu Kebangsaan, Negaraku.

Para hadirin dipohon berdiri.
(Muzik dimainkan)
Terima kasih.

NOLI

Yang Berusaha Dr. Nik Mohd Azli bin Nik Ariffin

MUAZZIN

Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Pusat Kesihatan Selekoh.

Yang Berusaha En. Abd. Rahim bin Ayub
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir.

Yang Berusaha ______________________________________________

___________________________________________________________

Yang Berusaha Guru-guru Penolong Kanan.
Guru-guru
Ibu bapa
Murid-murid
Dan seterusnya
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.
Sirih berlipat sirih pinang,
NOLI

Sirih dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke
hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan
izinNya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Sambutan Hari Anugerah
Kecemerlangan Akademik SKBP 2010.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran Yang
Berusaha Dr. Nik Mohd Azli bin Nik Ariffin, Pegawai Perubatan dan
Kesihatan, Pusat Kesihatan Selekoh kerana sudi hadir merasmikan Majlis
Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SKBP 2010 pada pagi
ini.
Al-Quran diturun sebagai penyuluh,
MUAZZIN

Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat,

Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.
Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan Ustaz Mawaridi bin
Abdullah untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
BACAAN DOA
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mawaridi bin Abdullah di
atas bacaan doa itu tadi.

NOLI

Sirih junjung menjadi hiasan,

Air harum wangi direnjis,
Yang Berusaha Dr. Dan hadirin sekalian,
Izinkan kami meneruskan majlis.
Sidang hadirin.
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha En.
___________________________, _____________________________
Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN YDP/NYDP PIBG
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En.

NOLI
___________________________, _____________________________
Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir di atas ucapan aluan itu tadi.

MUAZZIN

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Abd. Rahim bin Ayub,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir untuk menyampaikan ucapan
aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN GURU BESAR
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Abd. Rahim bin Ayub,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir di atas ucapan aluan itu tadi.

NOLI

Kini menyusul pula ucapan perasmian. Untuk itu, majlis dengan segala
hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berusaha Dr. Nik Mohd Azli bin
Nik Ariffin, Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Pusat Kesihatan Selekoh
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan
Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SKBP 2010.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN DR. NIK MOHD AZLI
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Dr. Nik Mohd Azli bin Nik
Ariffin, Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Pusat Kesihatan Selekoh atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

MUAZZIN

Hadirin yang dihormati.

Sebagai pembuka tirai majlis penganugerahan pada pagi ini, marilah kita
sama-sama menyaksikan persembahan yang akan disampaikan oleh muridmurid prasekolah. Majlis mempersilakan dengan hormatnya.
PERSEMBAHAN PRASEKOLAH
Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan yang
cukup menghiburkan itu tadi.

AZIZI

Hadirin yang dihormati sekalian.

Majlis diteruskan dengan pengumuman penerima Anugerah Prestij. Untuk
menyempurnakan penganugerahan, dijemput Yang Berusaha
______________________________________________________________
dengan diiringi oleh _____________________________________________
untuk naik ke pentas.

Dipersilakan.
Berikut diumumkan nama-nama penerima Anugerah Prestij.
Penerima Anugerah Penghargaan Lonjakan Saujana
Dipersilakan :
Penerima Anugerah Penghargaan Sekolahku Rumahku
Dipersilakan :
Penerima Anugerah Khas Pengawas Sekolah
AZIZI

Dipersilakan :
Penerima Anugerah Khas Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Dipersilakan :
Penerima Anugerah Kelas Terbaik Nilam Tahap 1
Dipersilakan :
Penerima Anugerah Kelas Terbaik Nilam Tahap 2
Dipersilakan :
Penerima Anugerah Tokoh Nilam Sekolah
Dipersilakan :
Penerima Anugerah Tokoh Prasekolah
Dipersilakan :
Terima kasih diucapkan kepada ____________________________________
______________________________________________________________
Di atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

AZIZI

Bagi meneruskan keceriaan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita
menghayati bait-bait sajak yang akan disampaikan oleh adik Saiswari. Majlis
mempersilakan dengan hormatnya.
Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan sajak itu
tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian.

AZIZI

Majlis diteruskan lagi dengan pengumuman penerima Anugerah Elite. Untuk

menyempurnakan penganugerahan, dijemput Yang Berusaha
______________________________________________________________
dengan diiringi oleh _____________________________________________
untuk naik ke pentas.
Dipersilakan.
Berikut diumumkan nama-nama penerima Anugerah Elite.
Penerima Anugerah Pendidikan Pra Sekolah
Dipersilakan :
Penerima Anugerah Kecemerlangan Tahap 1
Dipersilakan :

AZIZI

Penerima Anugerah Kecemerlangan Tahap 2

Dipersilakan :
Penerima Anugerah Pendidikan Islam 4A (Tahun 6)
Dipersilakan :
Terima kasih diucapkan kepada ____________________________________
______________________________________________________________
Di atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

AZIZI

Sebagai kemuncak persembahan pada pagi ini, marilah sama-sama kita

menyaksikan persembahan boria SKBP yang akan disampaikan oleh muridmurid Tahun 5. Majlis mempersilakan dengan hormatnya.
Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan yang
cukup menghiburkan itu tadi.

AZIZI

Hadirin yang dihormati sekalian.

Majlis diteruskan lagi dengan pengumuman penerima Anugerah Bitara.
Untuk menyempurnakan penganugerahan, dijemput Yang Berusaha
Dr. Nik Mohd Azli bin Nik Ariffin, Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Pusat
Kesihatan Selekoh dengan diiringi oleh Yang Berusaha En. Abd. Rahim bin
Ayub, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir untuk naik ke pentas.

Dipersilakan.
Berikut diumumkan nama-nama penerima Anugerah Bitara.
Penerima Anugerah Bitara bagi kategori penyertaan Catur Peringkat Negeri
Dipersilakan :
Penerima Anugerah Bitara bagi kategori Pra Sekolah
Dipersilakan :
Penerima Anugerah Bitara bagi penyertaan Hafazan Hari Puteri Islam
AZIZI

Dipersilakan :
Penerima Anugerah Bitara bagi kategori Cemerlang UPSR 5A
Dipersilakan :
Terima kasih diucapkan kepada ____________________________________
______________________________________________________________
Di atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Kini sampailah saat yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman Anugerah
Tokoh Pelajar Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir bagi Tahun 2010. Sebelum
itu, izinkan saya membacakan biodata penerima anugerah.
Baca biodata.

AZIZI

Dengan ini diumumkan penerima Anugerah Tokoh Pelajar Sekolah

Kebangsaan Bagan Pasir bagi Tahun 2010 dinobatkan kepada
_______________________________________________________
Dengan ini dipersilakan ayahanda dan bonda tercinta,
_____________________________________________________________
naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah yang cukup bermakna buat
anakanda harapan yang tercinta. Dipersilakan.
Tahniah diucapkan kepada _______________________________________

AZIZI

Para hadirin yang dihormati.

Majlis telah pun tiba ke penghujungnya. Namun sebagai tanda penghargaan,
pihak majlis menjemput Yang Berusaha, En. Abd. Rahim bin Ayub, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir dengan diiringi oleh

____________________________________________________________
____________________________________________________________
Untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha Dr. Nik Azli bin
Nik Ariffin, Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Pusat Kesihatan Selekoh.
Majlis mempersilakan dengan hormatnya.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Bunga mawar cantik berseri,
MUAZZIN

Mekar disirami si embun pagi,

Majlis Anugerah mengundur diri,
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.
Bunga kemuning kembang setaman,

NOLI

Hiasan sanggul gadis rupawan,

Jari nan sepuluh kami susunkan,
Seribu kemaafan kami pohonkan.

MUAZZIN
&
NOLI

Sekian.
Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai