Anda di halaman 1dari 3

Harga barangan pasti akan naik setiap tahun, terutamanya menjelang musim

perayaan. Bincangkan langkah-langkah yang berkesan untuk membendung


permasalahan tersebut.

Pendahuluan:
- Harga barang akan meningkat setiap tahun, terutamanya menjelang musim
perayaan
- Disebabkan oleh permintaan masyarakat yang melebihi penawaran di pasaran
- Masalah ini juga disebabkan oleh sikap tamak peniaga yang mahu menghisap
darah dan menjadi 'lintah darat'
- Keadaan ini sebenarnya telah menekan golongan miskin yang hidup mereka kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang
- Pelbagai langkah berkesan boleh dilaksanakan untuk membendung masalah
tersebut
1. Penguatkuasaan undang-undang
- Menggesa peniaga mempamerkan tanda harga bagi mengelakkan pengguna
tertipu
- Menetapkan harga barangan kawalan seperti gula, tepung gandum, dan minyak
masak
- Begitu juga peniaga yang menyorok barangan untuk menangguk di air keruh
- Mengenakan denda dan hukuman penjara kepada peniaga yang ingkar dan
didapati bersalah
- Pemantauan berkala oleh pihak berkuasa dari kedai ke kedai sangat musatahak
- Masyarakat perlu melaporkan penyelewengan yang dilakukan oleh peniaga yang
enggan mematuhi gesaan kerajaan
2. Penerapan amalan berjimat cermat
- Harga barangan perlu dibandingkan antara satu tempat dengan tempat yang lain
- Biasanya, membeli di pasar raya lebih menjimatkan kerana harganya jauh lebih
murah berbanding kedai biasa
- Menyarankan pengguna berbelanja di tempat yang mempunyai sijil pengiktirafan
Kedai Harga Patut
- Membeli barang yang perlu dan mengikut keutamaan kerana beringat sebelum
kena, berjimat sebelum habis
- Menggunakan barangan lama dan terpakai, misalnya baju, perabot dan langsir
3. Kempen yang berkesan

- Kempen Inflasi Sifar


- Inflasi bermaksud situasi kenaikan harga yang berlaku secara berterusan
- Harga barang akan menaik apabila pengguna terus-menerus meminta barang
tersebut
- Peranan pengguna amat penting bagi mengelakkan harga barang terus meningkat
- Digalakkan membuat senarai barangan sebelum ke kedai atau pasar raya bagi
membolehkan penggunan membeli barang yang diperlukan sahaja
- Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia yang diperkenalkan oleh Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Hal Ehwal Pengguna perlu dilakukan
secara ke bukit sama didaki, ke lembah sama dituruni, ke laut sama direnangi
- Kempen menanam sayur-sayuran di rumah seperti cili, sawi, kangkung, dan tomato
menggunakan kaedah hidroponik mengurangkan import sayur-sayuran
- Kempen perlu dilakukan secara menyeluruh menggunakan media massa seperti
akhbar, televisyen, radio dan internet
4. Pengeluaran mengikut unjuran permintaan
- Pengeluaran barangan perlulah sering dengan permintaan pengguna
- Jumlah barangan utama dan keperluan pengguna perlu ditambah khususnya
menjelang musim perayaan
- Kerajaan perlu mengkaji dan menganalisis unjuran permintaan masyarakat saban
tahun untuk dijangkakan penggunaan pada masa hadapan
- Produktiviti perlu dilipatgandakan bagi menampung kekurangan yang ada
- Pemberian subsidi kepada pengeluar dapat membantu pengeluaran yang
mencukupi untuk menampung permintaan rakyat yang semakin bertambah
5. Penggunaan wang tunai
- Menggalakkan penggunaan wang tunai berbanding membayar menggunakan kad
kredit
- Menggunakan wang tunai menyebabkan pengguna terasa kehilangannya
- Menggunakan kad kredit, pengaliran wang tidak nampak dan menyebabkan
pengguna lebih cenderung berbelanja secara berlebih-lebihan boleh membesarkan
kerak nasi membawa implikasi negatif kepada diri sendiri
- Cara ini lebih berkesan bagi membantu mengurangkan kesan inflasi kepada
golongan sederhana dan miskin kerana berat mata memandang, berat lagi bahu
memikulnya
- Pengurusan kewangan secara berhemah amat diperlukan terutamanya menjelang
musim perayaan

Kesimpulan
- Kenaikan harga barangan bukanlah satu isu yang baru kerana saban tahun negara
akan menghadapinya
- Peniaga usah terlalu mengaut keuntungan sehingga menekan pengguna
- Pengguna pula perlu bijak menguruskan perbelanjaan dan jangan terlalu menurut
nafsu
- Kerajaan perlu bertindak dengan bijaksana dalam membendung masalah ini ibarat
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak
- Masalah ini pasti dapat dibendung sekiranya semua pihak memainkan peranan
masing-masing dan tidak melaksanakannya sekadar melepaskan batuk di tangga