Anda di halaman 1dari 10

CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA

Warga tua merujuk kepada mereka yang berusia lebih daripada 60 tahun. Mereka
merupapan ibu, bapa, datuk atau nenek, bapa saudara atau ibu saudara kita. Mereka
merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Wargatuatelahmelaluipelbagairintangandandugaanuntukmembesarkananakanak.
Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi
gantang dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat. Ada sesetengah mereka pula
dianggap seperti Quran buruk. Bagaimanapun, jasa dan sumbangan warga tua perlu
dihargaiolehsemuapihak.

Ahli keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu
melahirkan zuriat dan berperanan mengurus rumah tangga serta mendidik anakanak.
Kaum bapa pula membanting tulang empat kerat mencari rezeki untuk keluarga.
Pengorbananibubapaperludiingatisertadibalasdengansebaikbaiknya.Sebagaianak,
kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua serta uzur. Anakanak tidak
seharusnyamenghantarmerekakerumahorangtuatua.Jikamerekaberbuatdemikian,
merekabolehdianggapsebagaikacanglupakankulit.

Disampingitu,gurumenjadisuriteladanmenasihatipelajaragarmenghormatiibubapa
serta warga tua. Kita perlu memberikan perhatian dan sering mendampingi mereka.
Selainitu,anakanakperlubertuturdengansopanapabilaberkomunikasidenganibubapa
mereka. Ketika bersalam, anakanak hendaklah mencium tangan mereka. Hal ini
demikiankerana kasihibumembawake syurga dankasihbapa sanggupkahberpisah
berkorbannyawa.Sewajarnyaanakanaktidakmengabaikanwargatuatersebut.

Seterusnya,kerajaandanpihakswastaturutberperananmenghargaiwargatua.Kerajaan
danpihakswastahendaklahbergandingbahusepertiaurdengantebing.Keduaduapihak
tersebuthendaklahmenyediakanpelbagaikemudahanuntukwargatua.Sebagaicontoh,
rumahpenjagaanwargatuayangmempunyaipelbagaikemudahanpenjagaanhendaklah
disediakanuntukmereka.Disampingitu,wargatuajugahendaklahdiberikanrawatan
percuma di hospital kerajaan. Sekiranya memerlukan bayaran, mereka hendaklah

dikenakankadarbayaranrendahdihospitalkerajaanatauklinikswasta.Keperihatinan
tersebutmenunjukkansikapmengambilberattanpamengirapangkat,demikeselesaan
wargatua.

Mediamassatidakterkecualidalamusahamenghargaiwargatua.Mediamassaseperti
suratkhabardantelevisyensertaInternatbolehmenyiarkanceritaceritayangberkaitan
denganpengorbanandanpenderitaanhidupwargatua.Sebagaicontoh,rancanganyang
disiarkan oleh TV3, iaitu Bersamamu, menunjukkan terdapat pelbagai pihak yang
sanggup menghulurkan bantuan khususnya kepada warga tua yang daif. Hal ini
menyedarkankitatentangpentingnyawargatuadalamhidupkita.Olehitu,kitatidak
bolehmengabaikanwargatua.

Kesimpulannya,pelbagaipihakperluberusahauntukmenghargaijasadanpengorbanan
wargatua.Tanpamerekasiapalahkita.Jangansesekalikitabersikapbagaienaudalam
belukarmelepaskanpucukmasingmasingkeranasuatuharinanti,kitajugapastiakan
menjadituajuga.Kitatidakbolehmengabaikanwargatuakeranamerekalahyangtelah
berkorban melahirkan, membesarkan, dan mendidik anakanak hingga berjaya dalam
hidup448

Cara-Cara Menghargai Jasa Warga Tua (Karangan Galus)

Warga tua telah banyak berjasa kepada keluarga dan negara. Namun,
banyak jasa mereka telah dilupakan. Terdapat anak-anak yang menghantar
ibu bapa mereka ke rumah orang tua-tua.

Anak-anak perlu membalas jasa kedua-dua orang tua mereka.


Hal ini kerana ibu bapa telah mendidik dan menyara kehidupan mereka.
Pengorbanan mereka perlu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak-anak
janganlah menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua. Warga
tua akan berasa sedih jika dihantar ke rumah orang tua-tua.
Selain itu, ibu bapa mestilah menjadi contoh kepada anakanak. Mereka perlu menjaga kedua-dua ibu bapa mereka dengan penuh
kasih sayang. Ibu bapa perlu mewujudkan hubungan mesra dalam keluarga.
Anak-anak akan menghargai dan menghayati kasih sayang yang dicurahkan
kepada mereka. Anak-anak akan tetap menyayangi mereka,
Di sekolah, guru boleh menasihati pelajar agar menghormati
warga tua. Guru-guru perlu menasihati pelajar mereka supaya sayang dan
hormati warga tua. Pelajar-pelajar perlu bercakap dengan sopan apabila
berhubung dengan ibu bapa mereka. Guru-guru boleh menerapkan nilai ini
melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pengetahuan Moral. Peranan
guru penting untuk mendidik para pelajar.
Kerajaan boleh menghargai warga tua. Kerajaan perlu
menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh, warga
tua perlu diberikan rawatan percuma di hospital kerajaan ataupun dikenakan
kadar bayaran rendah di hospital atau klinik swasta. Warga tua akan berasa
gembira dan dihargai. Kerajaan perlu mengadakan hari mengingati warga
tua.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan
pengorbanan warga tua. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana
merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita.

CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA


Warga tua merujuk ibu, bapa,datuk atau nenek,bapa saudara atau ibu saudara yang sudah
berumur. Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga, masyarakat dan
negara. Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak.
Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang dan
jasa mereka dilupakan oleh masyarakat.
Ahli keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan
zuriat dan berperanan mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anak. Manakala bapa
membanting tulang empat kerat mencari rezeki membesarkan anak-anak. Pengorbanan ibu
bapa perlu diingati serta dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak kita perlu menjaga ibu
bapa kita ketika mereka tua serta uzur.Anak-anak tidak seharusnya menghantar mereka ke
rumah orang tua-tua.

Di samping itu, guru menjadi suri teladan menasihati pelajar agar menghormati ibu bapa serta
warga tua.Kita perlu memberi perhatian dan sering mendampingi mereka. Selain itu, anak-anak
perlu bertutur dengan sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa mereka kerana kasih ibu
membawa ke syurga dan kasih bapa sanggupkah berpisah berkorban nyawa. Sewajarnya anakanak tidak mengabaikan warga tua tersebut.
Seterusnya, kerajaan dan pihak swasta turut berperanan menghargai warga tua. Kerajaan dan
pihak swasta berganding bahu seperti aur dengan tebing menyediakan pelbagai kemudahan
untuk warga tua. Sebagai contohnya, pembinaan rumah penjagaan warga tua yang mempunyai
pelbagai kemudahan penjagaan. Di samping itu, warga tua turut mendapat rawatan percuma di
hospital kerajaan dengan kadar bayaran rendah di hospital kerajaan atau klinik swasta.
Keperihatinan tersebut menunjukkan sikap mengambil berat tanpa mengira pangkat, demi
keselesaan warga tua.
Media massa tidak terkecuali dalam usaha menghargai warga tua. Media massa seperti surat
khabar dan televisyen serta internat boleh menyiarkan cerita-cerita berkaitan penderitaan
hidup warga tua. Contohnya rancangan yang disiarkan oleh TV3 Bersamamu, menunjukkan
terdapat pelbagai pihak yang sanggup menghulurkan bantuan khususnya kepada warga tua
yang daif. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu,
kita tidak boleh mengabaikan warga tua.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga
tua. Tanpa mereka siapalah kita,jangan sesekali kita bersikap bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing, suatu hari nanti, kita juga pasti tua.Kita tidak boleh
mengabaikan warga tua kerana merekalah yang sanggup berkorban melahirkan,
membesarkan,dan mendidik anak-anak hingga berjaya dalam hidup

KEPERLUAN WARGA TUA

Di malaysia, warga tua sering dibiarkan dan ditempatkan di rumah orangorang tua. Definisi warga tua ialah orang yang berusia 60 tahun ke atas.
Mereka ini sering dibiarkan sendirian oleh anak-anak walaupun terang lagi
bersuluh bahawa tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa ialah
tanggungjawab seorang anak. Mereka yang mempunyai kerjaya sering
menghantar ibu mereka ke rumah kebajikan untuk melepaskan diri mereka
daripada tanggungjawab. Adakah tindakan insan yang berjaya ini wajar?
Mereka sepatutnya lebih peka terhadap keperluan ibu bapa mereka yang
telah lanjut usia berbanding mengejar harta dunia yang tidak akan kekal
lama. Oleh itu, terdapat pelbagai keperluan yang diperlukan oleh warga tua.
Perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak merupakan salah satu
keperluan warga tua. Hal ini demikian kerana, kebanyakan warga tua hidup
bersendirian selepas salah satu pasangan meninggal. Mereka ini bersifat
sensitif dan mudah terasa apabila di pinggirkan dan dibiarkan oleh anakanak tanpa bertanya khabar .Dengan kehadiran anak-anak dan cucu,
kekosongan dalam hidup warga tua itu dapat diisi. Mereka tidak

menginginkan harta atau apa-apa kerana mereka hanya menginginkan


perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak dan cucu. Anak-anak yang
menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua atas alasan sibuk
bekerja dan tiada masa untuk diluangkan bersama adalah anak-anak yang
tidak mengenang jasa. Walaupun, di rumah orang-orang tua mereka terjaga
dan terdapat kemudahan yang lengkap , namun jauh di sudut hati mereka
inginkan layanan dan kasih sayang daripada anak-anak sendiri. Oleh itu,
perhatian dan kasih sayang merupakan keperluan utama warga tua.
Seterusnya, mereka memerlukan tempat tinggal yang selesa untuk didiami.
Hal ini demikian kerana rumah yang sudah usang seperti dinding berlubang,
atap bocor, lantai berlubang dan sebagainya mengundang pelbagai jenis
binatang atau serangga berbisa. Keadaan rumah seperti ini tidak sepatutnya
didiami oleh warga tua kerana boleh mengancam nyawa mereka. Sebagai
warga komuniti yang perihatin, kita boleh membuat kerja amal untuk
membersihkan rumah warga tua dengan bantuan agensi kerajaan mahupun
bukan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian
pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Bantuan yang di berikan
dapat meringankan beban warga tua seperti, makanan, tilam, kerusi roda
bagi yang tidak berkemampuan untuk berjalan dan sebagainya untuk
meneruskan kelansungan hidup. Dengan itu, keselesaan warga tua amat
penting untuk menjamin kehidup yang lebih bermakna bagi mereka.
Seterusya, mereka juga memerlukan teman berkomunikasi untuk
meluahkan perasaan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan warga tua tinggal
bersendirian dan tiada teman untuk berbicara dan berkongsi rasa. Mereka
juga seperti insan muda yang inginkan teman untuk berbual dan bercerita.
mereka kadang kadang ingin meluahkan kekecewaan mereka terhadap
anak-anak mereka kerana alpa dengan tanggungjawab untuk menjaga ibu
bapa ketika tua. Mereka tiada tempat untuk mengadu jika sakit, tiada suara
untuk menenangkan mereka ketika menghadapi musibah dan tiada tangan
untuk membantu mereka ketika susah. Mungkin mereka hanya mampu
menangisi nasib mereka di dalam hati. Anak anak sewajarnya meluangkan
masa bersama ibu bapa walaupun sekejap untuk bertanya khabar atau
mendengar luahan hati daripada ibu bapa mereka. Jika mereka sabar dan
sentiasa mendengar luahan dan rintihan kita sejak kecil lagi, mengapa kita
tidak mampu untuk mendengar luahan serta rintihan ibu bapa kita apabila
mereka sudah tua? Jadi , anak anak boleh berkomunikasi dengan ibu
bapanya supaya ibu bapa tersebut dapat meluahkan perasaan mereka.
Tuntasnya, semua pihak boleh membantu untuk menyedikan keperluan
kepada warga tua. Namun, setiap anak wajib mengutamakan keperluan ibu
bapa semasa tua jika mereka masih hidup kerana mereka amat
memerlukannya. Warga tua sebenarnya tidak inginkan harta kekayaan

mereka hanya kasih sayang dan perhatian daripada anak anak. Kadang kala
sikap mereka ibarat bayi kecil yang baru dilahirkan. Inginkan dirinya
disayangi, dibelai dan ditemani. Sikap mereka yaNg mudah kecil hati akan
terubat dengan keikhlasan kita menjaganya. Jadi, kita harus menghargai
mereka sementara mereka masih ada.jangan tunggu hingga mereka tiada
baru hendak tercari cari..

CARA MENGHARGAI WARGA TUA


...dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu
miliki.
(Surah An-Nisa : 36)

Begitulah ayat al-Quran yang menyeru umat Islam supaya berbuat baik kepada manusia. Warga tua juga tidak
terkecuali daripada ayat ini. Maksudnya,kita hendaklah berbuat baik kepada warga tua. Hal ini adalah demikian
kerana mereka lebih banyak menabur bakti kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Mereka juga lebih
banyak memakan asam dan garam berbanding kita. Oleh sebab itu, kita semua perlulah mengemukakan beberapa
tindakan untuk menghargai warga istimewa ini.
Sudah terang lagikan bersuluh, duit merupakan suatu aset yang wajib dimiliki oleh semua orang. Oleh sebab itu,
sebagai menghargai warga tua, pihak kerajaan bolehlah memberi bantuan dan sumbangan berbentuk kewangan
kepada mereka. Hal ini adalah demikian kerana tidak semestinya semua golongan emas ini mampu menyara
keluarga dengan duit pencen mereka. Jadi mereka memerlukan sokongan kewangan daripada luar. Contoh bantuan
kerajaan kepada warga tua dalam bentuk kewangan ialah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
(JKMM) sebanyak RM 300 sebulan kepada warga tua yang tidak berkemampuan dari sudut kewangan. Selain itu,
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 ada ditawarkan khas untuk warga tua. Secara tidak langsung,
sokongan kewangan ini dapat meringankan beban mereka disamping sebagai suatu penghargaan kepada mereka.
Selain itu, kita juga boleh menghargai warga tua dengan cara meraikan mereka. Jika kita melihat kegembiraan
seseorang itu menyambut hari lahirnya, begitulah juga apabila kita meraikan warga tua. Contoh sambutan warga tua
yang umum kita ketahui ialah Sambutan Hari Warga Tua (SAHAWAT). Sambutan ini telah diperuntukkan dalam
perlembagaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui resolusi No. 45/100 yang telah menetapkan tarikh
1 Oktober sebagai hari sambutan ini. SAHAWAT telah disambut oleh negara Malaysia sejak tahun 1992 sebagai satu
tanda apresiasi kepada warga emas ini. Melalui sambutan-sambutan sebegini, mereka sudah tentu berasa gembira
dan dihargai oleh masyarakat. Secara tidak langsung, sambutan ini menjadi satu cara untuk menghargai warga tua.
Media juga berperanan untuk menghargai warga tua, sama ada media cetak mahupun media elektronik. Media
massa sentiasa memainkan peranan sebagai alat untuk menyampaikan propaganda yang efektif sama ada yang
baik ataupun yang buruk. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan kelebihan yang ada pada media massa untuk
menyampaikan mesej menghargai warga tua. Drama-drama dan filem-filem yang ditayangkan hendaklah
memasukkan unsur menghormati orang tua ke dalamnya. Contohnya, dalam filem KL Gangster, walaupun wataknya
utamanya,Malik (lakonan Aaron Aziz) ialah seorang ahli gangster, dia tetap sayang akan ibunya dan sentiasa
berusaha membantunya. Secara tidak langsung, para penonton yang menonton filem ini dapat belajar untuk
menghormati orang tua walau sesiapapun mereka. Para penonton juga secara tidak langsung akan menghargai
warga tua ini.
Cara lain untuk kita menghormati warga tua adalah dengan membentangkan dan melaksanakan dasar-dasar yang
bermanfaat buat warga tua. Dasar-dasar yang digubal untuk warga tua hendaklah mempunyai peruntukan yang
memberikan manfaat bukan untuk warga tua semata-mata tetapi untuk semua lapisan masyarakat. Contoh dasar

warga tua yang sedia ada di negara kita ialah Dasar Warga Tua Negara (DAWARTUN). Dasar-dasar yang ada di
dalam DAWARTUN ialah mewujudkan negara tua yang sejahtera, bermaruah, dan bermartabat diri yang tinggi;
mengoptimumkan potensi diri; memastikan mereka menikmati semua peluang dan; mendapat penjagaan serta
perlindungan ahli keluarga, masyarakat dan negara. Penggubalan dasar-dasar seperti ini adalah perlu. Hal ini adalah
demikian kerana dasar-dasar ini menunjukkan bahawa warga tua sangat berguna untuk semua lapisan masyarakat.
Penggubalan dasar untuk warga tua juga secara tidak langsung menunjukkan warga tua dihargai.
Konklusinya, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menghargai warga tua. Oleh
itu, semua pihak hendaklah mengerah keringat dan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menghargai warga
tua. Hal ini adalah demikian kerana warga tua telah banyak berjasa kepada generasi yang lebih muda seperti kita.
Walaupun pelaksanaannya tidak semudah bicara, kita tidak boleh berputus asa kerana artis terkenal iaitu Maher Zain
ada menyatakan melalui lagunya, Insya-Allah :
Janganlah berputus asa,
Kerana Allah bersamamu,
Insya-Allah, insya-Allah,
Insya-Allah ada jalannya.

Tajuk 9
Sekolah anda akan menganjurkan kempen masyarakat penyayang. Sempena kempen
tersebut, anda sebagai wakil pelajar diminta untuk menyampaikan satu ceramah tentang
cara-cara menghargai orang tua.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang
berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Alam Impian, yang dihormati
guru-guru dan ibu bapa yang hadir, serta rakan seperjuangan yang saya kasihi. Kempen
masyarakat penyayang merupakan inisiatif pihak sekolah sebagai menyahut seruan kerajaan
yang mengadakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni di seluruh negara setiap tahun. Hal ini
dikatakan demikian kerana kempen ini bukan sahaja dapat memberikan kesedaran kepada kita
tentang budi bahasa budaya kita, tetapi juga menanamkan nilai-nilai murni dalam sanubari
kita. Oleh hal yang demikian, kita haruslah memiliki budi pekerti yang mulia dan mengamalkan
nilai murni sepanjang kehidupan kita. Tanpa membuang masa, saya akan menyampaikan
ceramah tentang cara-cara menghargai warga tua.
Hadirin yang saya hormati,
Setiap manusia yang lahir di bumi ini akan melalui proses lahir, tua, sakit dan mati mengikut
peribahasa Cina yang popular. Hal ini membuktikan bahawa jika nyawa kita dipanjangkan
Tuhan, kita akan melalui kehidupan sebagai warga tua selepas berusia lebih 55 tahun. Di
Malaysia, golongan warga tua ini mencatatkan 20 peratus daripada bancian penduduk kita. Pada
kebiasaannya, golongan ini tidak bekerja lagi dan tinggal di rumah untuk menunggu ketibaan
ajal. Walau bagaimanapun, tanpa mereka kita tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang
selesa pada zaman pascakemerdekaan ini. Janganlah kita menjadi seperti kacang lupakan kulit.
Oleh hal yang demikian, jasa dan pengorbanan mereka harus kita hargai.

Pihak kerajaan haruslah mengiktiraf warga tua dalam usaha menyemai nilai menghormati
mereka. Hal ini demikian kerana warga emas ini lebih banyak makan garam daripada kita dan
mempunyai lebih banyak pengalaman hidup. Sebagai contoh, pihak kerajaan haruslah
memberikan subsidi bantuan penuh kepada warga tua yang menaiki pengangkutan awam dan
menggunakan perkhidmatan awam seperti hospital kerajaan. Dengan cara ini, golongan yang
sudah tidak bekerja lagi akan berasa dihargai dan disanjung dalam masyarakat. Saya percaya
bahawa mereka akan melalui sisa-sisa kehidupan dengan penuh bermakna.
Selain itu, pihak kerajaan juga haruslah memperuntukkan belanjawan untuk membina rumah
kebajikan untuk warga tua yang teraniaya dan terabai oleh keluarga mereka. Hal ini dikatakan
demikian kerana ada golongan muda yang bertopengkan muka manusia tetapi berhati
binatang ini mengabaikan kebajikan warga tua demi kepentingan diri. Oleh hal yang demikian,
pihak kerajaan haruslah menyediakan tempat berlindung kepada golongan yang kurang
mendapat perhatian daripada keluarga ini supaya nyawa mereka tidak diancam bahaya. Dengan
usaha ini, warga tua yang pernah berjasa kepada bangsa dan negara ini akan berasa dihargai dan
diapresiasi. Usaha ini juga secara langsung dapat membuka minda dan membeliakkan mata
rakyat tentang keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan warga tua di negara kita supaya dapat
dijadikan suri teladan kepada negara maju yang lain.
Para hadirin yang budiman,
Di samping itu, perlindungan yang sewajarnya harus diberikan kepada warga tua. Hal ini
dikatakan demikian kerana banyak laporan akhbar yang melaporkan kejadian anak-anak muda
yang melupakan ibu bapa mereka yang sudah tua apabila mendapat wang Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) ibu bapa mereka. Golongan yang berperwatakan
ketidakberperikmanusiaan ini berpura-pura menjaga ibu bapa mereka sehingga warga tua ini
mencapai usia 55 tahun. Apabila berjaya mengeluarkan wang KWSP, anak-anak muda ini akan
melupakan ibu bapa dan hidup mewah dengan wang titik peluh ibu bapa mereka. Oleh sebab
itu, kerajaan haruslah memperketat peraturan pengeluaran wang KWSP agar kebajikan dan masa
depan warga tua dapat dilindungi.
Apabila Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni dijalankan di seluruh pelosok negara,
Kementerian Kebajikan Masyarakat turut menyahut seruan kerajaan dengan menampalkan poster
hormati yang tua, utamakan yang memerlukan di dalam pengangkutan awam. Hal ini
dikatakan amat penting kerana kita haruslah memberikan tempat duduk kepada golongan tua.
Golongan yang tua dan lemah ini tidak berdaya untuk berdiri dalam keadaan bas atau tren yang
sesak dengan penumpang bagai ikan dalam belat. Oleh sebab itu, kita sebagai pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara haruslah memberikan tempat duduk kepada mereka
demi menjaga keselamatan mereka apabila menggunakan pengangkutan awam. Dengan usaha
ini, kita dapat menunjukkan penghormatan dan keprihatinan kita kepada golongan yang tua.
Sebelum saya mengundurkan diri,
Saya berharap agar warga tua mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat kini. Hal ini
dikatakan demikian kerana warga tua merupakan golongan yang banyak membanting tulang
empat kerat untuk membina bangsa dan negara yang merdeka. Kejayaan golongan yang

terdahulu menjanjikan kehidupan yang lebih selesa kepada kita pada masa ini. Wahai orang
muda, janganlah kita menjadi seperti ulat lupakan daun selepas menikmati keselesaan hidup.
Warga tua sewajarnya mendapat pengiktirafan daripada semua pihak supaya mereka dapat
melalui kehidupan dengan penuh ketenangan jiwa. Sebelum saya menyimpul bicara pada hari
ini, dengarkanlah pantun berikut:
Bulan purnama ke pekan Kuah,
Tengah hari membeli ragi;
Dirimu umpama nyiur bertuah,
Padat sari harun mewangi.
Curah serbat di atas lantai,
Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai.
Pohon sena tepi perigi,
Tepi paya si pohon jambu;
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tidak pernah jemu.
Anak dara ke Tanjung Batu,
Kamu rasa dari tenggara;
Tidak ternilai jasa baktimu,
Kepada bangsa juga negara.
Tidak goyah pancang seribu,
Tika masih badai menderu;
Engkau ayah, engkaulah ibu,
Menumpang kasih mengubat rindu.
Betik muda dibuat halwa,
Kelapa muda santan dirasa;
Biar muda di dalam jiwa,
Dari tua sebelum masa.
Sekian, terima kasih 839
Warga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara yang
semakin baik. Cuma jumlah yang banyak ini telah menimbulkan pelbagai masalah
pula.
Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan
kehidupan warga tua semakin baik.
Warga emas merupakan golongan yang semakin ramai di negara ini kerana tahap kesihatan
negara yang semakin baik. Jadi tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga emas ini.

Namun, keadaan ini turut menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan membantu golongan
ini semakin ramai supaya mereka mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik. Apakah
langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam isu ini?
Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian.
Tambang separuh harga untuk pengangkutan awam negara merupakan satu langkah awal.
Begitu juga dengan pengangkutan udara dan kereta api. Dalam perkhidmatan kesihatan,
kerajaan seharusnya memberikan potongan harga atau rawatan percuma kepada golongan ini
dalam penyakit-penyakit tertentu. Maka, langkah ini mampu memberi keselesaan hidup kepada
warga emas ini.
Malah, kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini. Rumah yang
dibina mestilah sesuai dengan mereka yang memerlukan kawasan yang luas, berhampiran
taman, laut atau dilengkapi kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang disediakan ini
harus secara percuma dan didiami oleh beberapa warga tua yang lain untuk menjadikan
suasana di rumah itu lebih ceria dan menarik. Reka bentuk rumah tersebut haruslah moden dan
tidak nampak membosankan.
Selain itu, kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga emas ini. Pada
hari yang sudah diumumkan cuti umum itu, kerajaan perlulah mengadakan pelbagai aktiviti
yang bercorak warga emas. Aktiviti beramah mesra dengan generasi muda harus dijalankan
terutama untuk memberi kesedaran betapa warga emas dan muda saling memerlukan antara
mereka. Interaksi ini turut memberi remaja satu peluang mendengar pengalaman yang dialami
oleh warga emas.
Lantaran itu, kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu menjana
pendapatan kepada warga emas ini. Pendapatan itu pula boleh disalurkan untuk kepentingan
warga tersebut. Semua aktiviti yang dijalankan mestilah bersesuaian dengan keadaan fizikal
warga emas. Langkah ini turut menjadikan kehidupan mereka lebih menarik dan tidak
membosankan. Warga emas turut berpeluang untuk menggunakan idea mereka ke arah sesuatu
yang lebih bermakna.
Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga
emas mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas
mampu memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka
telah mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh masyarakat. Kita harus menjaga warga
emas setelah mereka menjaga kita selama ini.