Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS UCAP UTAMA (MUHADHARAH BERSAMA YB.

MENTERI JPM

Ketibaan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri

MENGUMUMKAN KETIBAAN Y.B DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID


HAMIDI , MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DIIRINGI OLEH
Y.BHG DATO’ HJ WAN MOHAMAD BIN DATO’ SHEIKH HAJI ABDUL
AZIZ , KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA.
PARA HADIRIN DIMOHON BERDIRI.

PARA HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.

Pembukaan oleh Juruacara Majlis

ASSALAMUALAIKUM

Bismillahi….

Y.B DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI ,


MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Y.BHG DATO’ HJ WAN MOHAMAD BIN DATO’ SHEIKH HAJI ABDUL


AZIZ , KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Y.BHG TUAN HAJI SUMALI BIN HAJI AMAT


TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN)
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Y.BHG TUAN HAJI ANAN BIN C.MOHD


TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Y.BHG ASHABUSSAMAHAH MUFTI-MUFTI KERAJAAN NEGERI , KETUA


– KETUA AGENSI DI BAWAH Y.B MENTERI DI JABATAN PERDANA
MENTERI , KETUA-KETUA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI ,
PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN JAKIM , PEGAWAI-PEGAWAI
KANAN JAKIM , Y.BHG DATO/DATIN/TUAN/PUAN YANG DIHORMATI
SEKALIAN.
SELAMAT DATANG KE MAJLIS UCAP UTAMA YB MENTERI DI JABATAN
PERDANA MENTERI BERTEMPAT DI AUDITORIUM BESAR , INSTITUT
LATIHAN ISLAM MALAYSIA.

Tuan Asmawi bin Tuan Umar 1


www.tuanasmawi.my / www.tuanasmawi.com
H/P : 019-4567850
SAYA BAGI PIHAK MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN
PENGHARGAAN KEPADA Y.B DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI ,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI ATAS KESUDIAN Y.B DATO’
SERI MELUANGKAN MASA MENGHADIRI MAJLIS YANG PENUH
BERMAKNA INI BAGI MENYAMPAIKAN UCAPUTAMA KEPADA PARA
HADIRIN SEKALIAN.

Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran

Y.B DATO’ SERI / DATO’ / TUAN / PUAN

BAGI MEMBERKATI LAGI MAJLIS PADA PETANG INI , MAJLIS DENGAN


SEGALA SUKACITANYA MEMPERSILAKAN USTAZ ABDUL GHANI
AWANG TANGGA DARI MASJID PUTRA , PUTRAJAYA UNTUK
MEMPERDENGARKAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN AL-KARIM
DARI SURAH ……………………………….. AYAT ………….HINGGA……….. .
DIPERSILAKAN..

MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ ABDUL


GHANI AWANG TANGGA.

Ucapan Aluan Ketua Pengarah JAKIM

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,


MENERUSKAN ACARA PADA PETANG INI , MAJLIS DENGAN SEGALA
HORMATNYA MEMPERSILAKAN Y.BHG DATO’ HJ WAN MOHAMAD BIN
DATO’ SHEIKH HAJI ABDUL AZIZ , KETUA PENGARAH JABATAN
KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN
ALUAN. DIPERSILAKAN Y.BHG DATO’.

MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA Y.BHG DATO’


HJ WAN MOHAMAD BIN DATO’ SHEIKH ABDUL AZIZ ATAS UCAPAN
ALUAN SEBENTAR TADI.

Ucap Utama Y.B Menteri di Jabatan Perdana Menteri

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,


MENERUSKAN ACARA PADA PETANG INI , MAJLIS DENGAN SEGALA
HORMAT DAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN Y.B DATO’ SERI DR
AHMAD ZAHID HAMIDI , MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAP UTAMA KEPADA PARA HADIRIN
SEKALIAN DENGAN TAJUK HALA TUJU PENGURUSAN ISLAM DI
MALAYSIA . DIPERSILAKAN Y.B DATO’ SERI..

Tuan Asmawi bin Tuan Umar 2


www.tuanasmawi.my / www.tuanasmawi.com
H/P : 019-4567850
MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN
KEPADA Y.B DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI , MENTERI DI
JABATAN PERDANA MENTERI ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAP
UTAMA BERTAJUK HALA TUJU PENGURUSAN ISLAM DI MALAYSIA.

MUDAHAN-MUDAHAN DENGAN PENYAMPAIAN UCAP UTAMA OLEH YB


MENTERI SEBENTAR TADI DAPAT MEMBERIKAN INSPIRASI YANG
JELAS KEPADA PARA HADIRIN SEKALIAN. INSYAALLAH.

Sesi Dialog bersama Y.B Menteri di Jabatan Perdana Menteri

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,


MENERUSKAN ACARA PADA PETANG INI , SAYA BAGI PIHAK MAJLIS
DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMBUKA SESI DIALOG BERSAMA
Y.B MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI. Y.BHG
DATO’/DATIN/TUAN/PUAN DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMAT
UNTUK MENJAYAKANNYA. DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN


KEPADA YB DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI , MENTERI DI
JABATAN PERDANA MENTERI DAN PARA HADIRIN YANG DIHORMATI
SEKALIAN KERANA TELAH MENJAYAKAN SESI DIALOG SEBENTAR
TADI.

Cenderahati kepada Y.B Menteri di Jabatan Perdana Menteri

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,


SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN , MAJLIS
DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN Y.BHG DATO’ HJ
WAN MOHAMAD BIN DATO’ SHEIKH HAJI ABDUL AZIZ , KETUA
PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA UNTUK
MENYAMPAIKAN CENDERA KENANGAN KEPADA YB DATO’ SERI DR
AHMAD ZAHID HAMIDI , MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI .
DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA Y.BHG DATO’


HJ WAN MOHAMAD BIN DATO’ SHEIKH HAJI ABDUL AZIZ

Tuan Asmawi bin Tuan Umar 3


www.tuanasmawi.my / www.tuanasmawi.com
H/P : 019-4567850
Bacaan Doa Penutup

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,


SEBELUM MAJLIS UCAP UTAMA BERSAMA Y.B MENTERI DI JABATAN
PERDANA MENTERI INI DILABUHKAN TIRAINYA , MARILAH SAMA-
SAMA KITA POHONKAN KEBERKATAN DAN RESTU DARINYA JUA ,
DENGAN INI DIPERSILAKAN USTAZ HAJI SALLEH SAAD , IMAM
MASJID PUTRA , PUTRAJAYA UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA ,
DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ HAJI


SALLEH SAAD ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

Penutup / Jamuan Petang & Bersurai

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,


DENGAN BACAAN DOA ITU TADI , MAKA BERAKHIRLAH MAJLIS UCAP
UTAMA BERSAMA YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI .
SAYA BAGI PIHAK MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH
KEPADA PARA HADIRIN SEKALIAN KERANA SUDI MENJAYAKAN
MAJLIS YANG PENUH BERMAKNA INI.
DENGAN INI MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN
Y.BHG DATO’ HJ WAN MOHAMAD BIN DATO’ SHEIKH HAJI ABDUL
AZIZ , KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
UNTUK MENGIRINGI YB DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI ,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI SERTA PARA HADIRIN
SEKALIAN UNTUK MENIKMATI JAMUAN RINGAN .

MENGUMUMKAN Y.B DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI ,


MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI MENINGGALKAN MAJLIS.

DENGAN KATA-KATA ITU JUGA SAYA AKHIRI DENGAN


WABILLAHITTAUFIQ WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHIWABARAKATUH

Tuan Asmawi bin Tuan Umar 4


www.tuanasmawi.my / www.tuanasmawi.com
H/P : 019-4567850