Anda di halaman 1dari 4

BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH

Guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan yang amat


penting dalam usaha menjayakan agenda pembangunan insan.
Guru Bimbingan dan Kaunseling merupakan pembimbing,
pemegang amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak dan
penggerak pembangunan kemajuan sekolah. Mereka seharusnya
dilihat sebagai satu kerjaya mulia. Dalam usaha melahirkan murid
yang cemerlang secara total, ianya tidak akan berjaya sekiranya
tidak disokong dengan kesungguhan Guru Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah rendah menjalankan tugas yang telah
diamanahkan.
Tanngungjawab

sebagai

seorang

guru

adalah

melahirkan

generasi yang berilmu, mempunyai akhlak yang mulia dan


mampu memberi sumbangan yang positif kepada keluarga,
masyarakat dan negara. Oleh itu, Guru Bimbingan dan
Kaunseling perlu memainkan peranan yang sewajarnya dalam
usaha mencapai kecemerlangan agar transformasi sosial yang
kita inginkan menjadi kenyataan. Kemajuan sesebuah negara
bukan sahaja didorong oleh masyarakat yang berilmu dan
berpendidikan

tinggi

tetapi

merangkumi

keseluruhan

pembangunan sahsiah setiap individu.. Hasrat untuk melahirkan

insan yang mempunyai keseimbangan dari segi JERI seperti


mana dalam falsafah pendidikan boleh dicapai sekiranya Guru
Bimbingan

dan

Kaunseling

di

sekolah

rendah

komited,

berdedikasi dan bersungguh-sungguh menjalankan tugas dan


bersedia melaksanakan perubahan.
Baik di sekolah menengah mahu pun di sekolah rendah panggilan
untuk guru ini ada pelbagai seperti guru kaunseling, kaunselor
dan sebagainya. Kementerian Pelajaran telah menyelaraskan dari
segi panggilan ini sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa. Melalui surat-surat pemberitahuan, Kementerian
telah menjelaskan nama dan tugas serta peranan sebenar guru
bimbingan dan kaunseling.
Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah memberikan
perkhidmatan secara sepenuh masa dalam bidang bimbingan
dan kaunseling di sekolah seperti mana guru-guru matapelajaran
yang lain. Guru matapelajaran lain mengajar subjek masingmasing dan dalam Guru Bimbingan dan Kaunseling mereka
sepatutnya secara sepenuh masa menjalankan tugas mereka
membimbing dan kaunseling murid-murid. Antara tugas dan
tanggungjawab
kaunseling

mereka

individu

dan

adalah

menjalan

kelompok,

perkhidmatan

kerjaya,

akademik,

psikososial, kesejahteraan mental, keibubapaan, pembangunan

diri murid, pendidikan pencegahan dadah-rokok-HIV-AIDS serta


pengurusan dan kaunseling.
Salah satu perkara yang sering menjadi isu dan salah tafsiran
adalah waktu bertugas Guru Bimbingan dan Kaunseling, ada
yang berpendapat termasuk sebilangan Guru Besar, mereka
bertugas mengikut waktu pejabat tetapi hakikatnya seperti mana
dalam surat-surat pekeliling dan lain-lain yang dikeluarkan oleh
kementerian, waktu bertugas Guru Bimbingan dan Kaunseling
adalah seperti mana guru-guru biasa yang lain. Perkara ini terjadi
berkemugkinan kerana gelaran mereka sebagai Guru Bimbingan
dan

Kaunseling

perkataan sepenuh

Sepenuh
masa itu

Masa.
yang

Salah

menyebabkan

tafsiran
ramai

menganggap mereka bertugas sepenuh masa seperti pegawaipegawai yang bertugas waktu pejabat.
Satu lagi isu yang sering berlaku adalah Guru Bimbingan dan
Kaunseling diberikan jadual waktu mengajar mata pelajaran yang
mana perkara ini telah ditegaskan oleh Kementerian bahawa
guru-guru ini tidak sepatutnya diberikan waktu mengajar. Jika
guru mata pelajaran mengajar subjek seperti matematik, maka
Guru Bimbingan dan Kaunseling mengajar atau dalam ertikata
lain membimbing dan kaunseling murid-murid sepenuh masa.
Dalam hal ini pentadbir sekolah khasnya Guru Besar harus faham
dan jelas akan arahan Kementerian dan akur dengannya kerana

peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk memberi


perkhidmatan

bimbingan

dan

kaunseling

yang

mantap,

berterusan dan sentiasa tersedia untuk murid-murid dan melalui


perkhidmatan inilah sangat diharapkan memberi sumbangan ke
arah kemajuan serta kesejahteraan sekolah. Sebilangan Guru
Besar yang tiada pendedahan akan perkara ini biasanya akan
salah tafsir akan waktu bertugas dan tugas sebenar guru-guru ini
yang menyebabkan mereka diberikan waktu mengajar.
Kesimpulannya, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan
Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah harus peka akan
perkara ini. Guru Besar yang baru dilantik harus diberi
pendedahan akan perkara ini, dan tidak boleh menggangap
mereka semua sepatutnya tahu kerana mereka dulu adalah guru.
Pendedahan peranan dan tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling
kepada

pentadbir

sekolah

amat

penting

kerana

tanpa

pendedahan seringkali berlaku konflik antara pentadbir dan Guru


Bimbingan dan Kaunseling. Jika konflik ini berlaku sudah pasti
hasrat kementerian akan gagal. Di sesebuah sekolah, hubungan
erat antara Guru Besar dan Guru Bimbingan dan Kaunseling
amat penting dalam melaksanakan agenda ke arah melahirkan
murid-murid yang cemerlang, bukan sahaja dari segi akademik
malah dalam semua aspek.