Anda di halaman 1dari 16

KONVENSYEN GURU MRSM

& KOLEJ MARA 2006


MODAL INSAN CEMERLANG
TERAS KEGEMILANGAN TAMADUN BANGSA

11 – 14 DISEMBER 2006

SELESA BEACH RESORT, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN


Kepimpinan Cemerlang
1. Pendahuluan
• Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
penganjur kerana sudi menjemput saya untuk memberi
ceramah pada hari ini.
• Oleh kerana kesuntukkan masa dan juga ini adalah mesyuarat
yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin iaitu pengarah,
pengetua dan timbalan-timbalannya, maka saya telah memilih
tajuk kepimpinan cemerlang (maximum or effective leadership).
• Keadaan dan suasana kepimpinan politik negara sekarang
sudah bertambah terbuka, komunikasi jujur dan mengalakkan
kepercayaan.
• Perubahan dirasa bukan sahaja di dalam suasana politik tetapi
juga kepada pentadbiran, ekonomi dan perniagaan.
Kepimpinan Cemerlang
2. Suasana organisasi sekarang
• Adakah apa-apa perkara yang menghalang perubahan dalam
organiosasi? Misalnya-
a. menentang (resistance) perubahan
b. rasa takut dan mengurangkan kepercayaan
c. Perkerja-perkerja sudah senang atau lali dengan cara dan sistem
membuat kerja sekarang
d. lemah semangat (low morale), sikap negatif dan tiada motivasi
e. orang lain dipersalahkan
f. tidak ada kesungguhan (committed) dan rasa pemilikkan
(ownership)

• Pemimpin mesti mengetahui kedudukkan yang sebenarnya terlebih


dahulu atas perkara tersebut sebelum mengambil tindakan membuat
perubahan. Berbagai carakajian boleh dilakukan untuk mendapatkan
maklumat-maklumat yang dikendaki.
Kepimpinan Cemerlang
3. Perubahan Organisasi
• Perubahan kepada organisasi jika dilaksanakan ada dua
bahagian:
a. Pengurusan - ini adalah berkenaan ‘hard skill” iaitu alat-
alat, proses, prosidur, struktur, pengukuran dan
sebagainya.

b. Kepimpinan - ini lebih susah dilaksanakannya. Ia


melibatkan sumber manusia atau modal insan. Ini ialah
mengenai ‘soft skill’ iaitu perubahan kepada sikap positif,
kreatif, inovatif, keazaman, yakin, berani, dll.
Kepimpinan Cemerlang
4. Kefahaman Kepimpinan
• Kepimpinan ada 5 peringkat:
a. peringat pertama
– Seorang individu yang berkebolehan tinggi. Dia boleh memberi
sumbangan yang produktif dengan bakatnya. Dia rajin,
berpengetahuan, berkemahiran, berkerja dengan baik dan
dipercayai.

b. peringkat kedua
– Individu tersebut memberi sumbangan kepada pencapaian
matlamat kumpulan. Dia berkerja dengan berkesan bersama
kawan sekerja di dalam suasuana kumpulan kerja.

c. peringkat ketiga
– peringat ini individu itu telah menjadi pengurus yang cekap. Dia
boleh mengatur dan menyusun warga kerja dan aset dengan
berkesan dan licin bagi mencapai matlamat.
Kepimpinan Cemerlang
d. peringkat keempat
– peringat ini individu itu telah menjadi pemimpin yang
berkesan. Individu ini mempunyai kesungguhan,
berkeyakinan (conviction) dan keberanian (courage) bagi
mengejar visi yang dicipta. Dia juga boleh menggalak,
mendorong dan memberi perangsang kepada kumpulan
warga kerja ke taraf prestasi yang tinggi.

e. peringkat kelima
– pemimpin membangunkan dan membawa organisasi
daripada tahap baik ke tahap cemerlang (greatness).
Individu ini mesti mempunyai kebolehan yang keempat-
empat tersebut. Perbezaannya ialah individu ini
mempunyi perangai rendah diri (humility) bersama
kemahuan profesional.
Kepimpanan Cemerlang
5. Perkara-perkara yang dilakukan oleh
pemimpin di peringat lima:
a. Pemimpin mencari orang dahulu, kemudian baru memikirkan
strategi. Dia memenuhi jawatan dengan pengurus yang cekap

b. Menghadapi kenyatan yang dia tidak boleh menghadapi situasi


yang lebih teruk lagi. Dia percaya akan kemenangan akhirnya

c. Dia faham bahawa proses perubahan itu adalah seperti roda


besi berat. Pusing pertama adalah sangat perlahan tetapi
apabila sudah bergerak, lama kelamaan ia akan menjadi laju
Kepimpanan Cemerlang

a. Pemimpin mengetahui bagaimana organisasi boleh menjadi


terbaik, bagaimana peranan ekonomi dan menggalakan
sumbangan modal insan.

c. Pemimpin memilih dengan teliti dan berani membuat


pelaburan di dalam teknologi baru bagi mempercepatkan
peralihan perubahan yang telah dilakukan.

f. Pemimpin sentiasa menentukan budaya disiplin di dalam tiga


perkara, itu disiplin modal insan, disiplin pemikiran dan disiplin
tindakan.
Kepimpinan Cemerlang
6. Pemimpinan berkesan (efektif)
• Peringkat keempat yang mempunyi kebolehan, kesungguhan,
memikirkan masa hadapan, dll. Mesti juga mempunyi keyakinan
(conviction), keberanian (courage) dan kejujuran (trust worthy).

a.Keyakinan - mesti memahami dan percaya apa yang hendak


dilakukan akan memberi manafaat dan bernilai kepada
organisasi.

b. Keberanian - mesti berani melaksanakan sungguhpun


menghadapi berbagai cabaran..Berani menghadapi
kegagalan. Tabah hati dan membuat kegagalan itu sebagai
tauladan. Berani meminta pertolongan bila perlu. Tidak rasa
malu, segan atau merasa kurang pandai (inferiority
complex). Menetahui bila hendak menentang cabaran
berhadapan dan bila hendak dilakukan dengan secara tidak
langsung.
Kepimpinan Cemerlang

c. Kejujuran - apa yang dilakukan tidak mementingkan diri


sendiri. Mesti pandai berkomunikasi dan mempertahankan
prinsip dan nilai-nilai yang dipercayai. Tumpukan perhatian
kepada apa yang baik dan betul untuk organisasi dan warga
kerja. Mesti murah dan baik hati. Selalu memaafkan dan
melupakan kesalahan orang.
Kepimpinan Cemerlang

7. Cabaran kepada Pemimpin


• Menjadi seorang pemimpin bukannya mudah kerana organisasi
berada di dalam suasana yang kompleks dan penuh dengan
cabaran dan masalah. Lebih-lebih lagi jika organisasi itu sebuah
syarikat perniagaan. Yang paling sukar sekali ialah untuk membawa
organisasi itu ketahap cemerlang dan mempertahan kedudukan itu.

• Berbagai kajian telah dibuat untuk mengetahui cara mana yang


paling baik sekali untuk mencapai keperingkat cemerlang. Ada lima
cara pengurusan dan kepimpinan yang ketara telah ditentukan.
Tetapi bagi mencapai keperinkat cemerlang pemimpin mengunakan
lebih dari satu cara.
Kepimpinan Cemerlang
a. Strategik ‘approach’ – pemimpin menjadi seorang strategis utama di
dalam organisasi. Sentiasa memikirkan masa hadapan dan
‘mapping’ jalan-jalan untuk mencapai objektif. Mengambil lebih
kurang 25% daripada masanya bagi menumpukan isu-isu pasaran,
ekonomi, kehendak pelanggan, teknologi, politik, dll. Baki masanya
menumpu kepada perkara dalaman iaitu prosedur, dasar-dasar,
nilai-nilai, komunikasi, insentif, latihan, dll.

c. Aset Insan ‘approach’ – menganggap modal insan sebagai aset


yang utuma yang boleh memberi hasil maxima kepada organisasi.
Pemimpin melibatkan masa kepada rancangan karier ‘mentoring’,
cara dan hasil keputusan, prestasi dan berbincang berhadapan
mengenai nilai-nilai dengan pengurus-pengurusnya.

e. Kepakaran ‘approach’ – pemimpin mencipta dan melaksanakan


program-program yang nyata dan menentukan pakar-pakar di
antara unit perniagaan iaitu pemasaran, pengeluaran, teknologi, dll.
Kepimpinan Cemerlang
d. Kotak ‘approach’- pemimpin mengujudkan peraturan, prosidur, struktur dan
nilai-nilai korporat untuk digunakan mengurus organisasi. Semua pekerja-
pekerja diwajibkan mengikutinya dan ini juga dijadikan batasan untuk
prestasi mereka. Pemimpin mengurus dengan berdasarkan kepercayaan
kepada warga kerja bawahan. Plan strategik dilakukan setiap 3-5 tahun,
bagi menyesuaikan persaingan. Untuk menentukan inovasi, warga kerja
digalakkan memikir kegaris batasan.

e. Perubahan ‘approach’ – pemimpin adalah sebagai agen perubahan (change


agent) yang memberi galakkan kepada warga kerjanya sentiasa
meningkatkan prestasi organisasi. Perubahan boleh dilakukan semasa
keadaan baik, tidak semestinya di dalam suasana kurang baik.

• Setiap ‘approach’ yang hendak digunakan bagi mendapatkan berkesanan


mestilah sepadan dengan organisasi. Ianya mesti mendapat kesungguhan
dan sokongan daripada kuasa tertinggi di dalam organisasi. Melaksanakan
‘approach’ yang efektif memakan masa untuk mencapai kejayaan.
Biasanaya pemimpin memakai ‘approach’ lebeh dari satu.
Kepimimpan Cemerlang
8. Gaya kepimpinan
• Setiap pemimpin mengurus dengan gayanya tersendiri. Tidak ada
gaya yang boleh dikatakan ianya yang terbaik sekali. Gaya
mengurus sangat bergantung kepada peribadi pemimpin itu.
Berjayanya gaya pengurusan adalah bergantung kepada situasi
suasana organisasi dan kuasa. Dari segi kepimpinan, kuasa ada
mempunyai enam kategori. Walaubagaimanapun setiap satu
kategori boleh dikaitkan di antara satu sama lain oleh kerana ianya
ada berkaitan.

a. kuasa pakar – mengenai pengetahuan dan kemahiran yang


boleh digunakan untuk mengpengaruhi orang lain.

b. kuasa matlumat (informational) – seorang yang mempunyai


matlumat juga boleh mempengaruhi orang lain.
Kepimimpan Cemerlang
a. kuasa hadiah (reward) – berlainan sedikit dari kuasa di atas kerana ia
boleh memberi hadiah untuk mengpengaruhi orang.

c. kuasa paksaan (punishment) – sama saperti kuasa hadiah tetapi


menggunakan paksaan.

e. kuasa hak (legitimate) – kuasa yang telah ditentukan oleh peranan


pengurus di dalam struktur organisasi yang diterima sebagai betul dan
tidak dibantah.

g. kuasa contoh (referent) – pengikut-pengikut yang dipengaruhi oleh


seorang ‘popular’.

• Biasanya kebanyakan pemimpin menggunakan rangkaian keenam-


enam kuasa tersebut untuk merancang, mengatur, mengawal dan
memimpin.
Kepimpinan Cemerlang
9. Kesimpulan
• Setiap individu mesti mencuba dengan sesungguhnya untuk mencapai
kepimpinan cemerlang.

• Kebanyakkan yang hadir pada hari ini sudah ada diperingat ketiga atau
keempat. Hanya satu dua tingkat lagi sahaja untuk menjadi pemimpin
cemerlang. Selalunya ramai yang tidak menunjukkan atau mengeluarkan
bakat terpendam mereka. Mesti mengkaji kebolehan diri.

• Saya adalah saorang pemimpin yang percaya bahawa kepemimpin


cemerlang boleh dipelajari. Walaubagaimanapun ia akan mengambil masa
yang lama dan panjang.

• Bagi menolong mendapatkan kebolehan dan pengatahuan memimpin tidak


ada jalan lain melainkan latihan, latihan dan latihan.