Anda di halaman 1dari 2

CONTOH HURAIAN PENGENALAN

1.

SITUASI
*Sejak kebelakangan ini, masalah kesihatan telah menjadi suatu isu perbincangan hangat
dalam kalangan masyakarat kita, tidak kira golongan muda mahupun tua. Tahap kesihatan
masyarakat semakin hari semakin merosot dan sudah sampai di tahap yang
membimbangkan. ( 39 )
Dalam dunia moden ini / Pada marcapada / Dalam dunia yang berpaksikan
kemodenan / Pada era dunia terbuka / Pada dunia tanpa sempadan ini,

2.

GAMBARAN
Seorang pemuda telah pengsan semasa di pasar raya, yang pada masa itu penuh sesak
dengan orang ramai. Pemuda itu disahkan mengidap tekanan darah tinggi dan strok.
Mengapakah perkara sedemikian boleh berlaku pada seorang pemuda yang hanya berumur
19 tahun? ( 39 )

3.

DEFINSI
Kesihatan badan yang sihat boleh didefinisikan / ditakrifkan sebagai keadaan kesihatan
sesorang yang tidak menghidap sebarang penyakit yang berbahaya. Contoh penyakit yang
berbahaya ialah tekanan darah tinggi, kencing manis, strok, obesiti dan lain-lain lagi. Apakah
langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengelak seseorang menghidap penyakit
berbahaya ? (42)

CARA MENJAGA KESIHATAN BADAN


Contoh soalan : Penjagaan kesihatan amat penting dalam hidup kita. Jelaskan langkah-langkah
untuk mencapai tahap kesihatan yang baik.
Isi penting 1 : Mengamalkan cara hidup yang sihat.
1.

Salah satu cara untuk menjamin kesihatan badan ialah kita perlulah mengamalkan cara
hidup yang sihat ( Isi ). Kita patuh menjauhkan diri daripada tabiat merokok, minum
minuman keras dan menagih dadah (H1). Ini kerana tabiat seperti ini hanya akan
memudaratkan kesihatan badan sehingga boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit
yang berbahaya (H2) . Sebelum keadaan menjadi teruk, lebih baik kita mengamalkan
cara hidup yang sihat (H3). Jangan pula kita menyesal di kemudian hari (H4). Bak kata
pepatah, sudah terantuk baru terngadah. (68)

2. Sudah terantuk baru terngadah, begitulah bunyi peribahasa yang mengingatkan kita
agar tidak kesall di kemudian hari akibat perbuatan kita pada hari ini (H1). Masyarakat
yang terlibat dalam tabiat merokok, minum minuman keras dan menagih dadah perlulah
menjauhkan diri daripada perbuatan ini (H2). Ini kerana tabiat seperti ini hanya akan
memudaratkan kesihatan badan sehingga boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit
yang berbahaya (H3). Dengan itu kita perlulah mengamalkan cara hidup yang sihat.
(65 )

Isi Penting 2 : Menjalankan pemeriksaan kesihatan badan.


Isi penting 3 : Melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan riadah
Isi penting 4 : Mengamalkan pemakanan yang seimbang

Isi penting 5 : Elakkan mengambil ubat-ubatan yang memudaratkan


Isi penting 6 : mengamalkan tabiat tidur awal

Anda mungkin juga menyukai