Anda di halaman 1dari 4

Pemilihan Malaysia Sebagai Pengerusi

Asean Mampu Lonjak Ekonomi Negara


Diterbitkan: Sabtu, 24 Januari 2015 12:56 PM

KUALA LUMPUR: Pemilihan Malaysia sebagai Pengerusi


Asean dijangka mampu menyemarakkan perkembangan
rantaian ekonomi negara pada tahun ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata
komitmen serta hubungan baik Malaysia dengan negara Asean
lain dilihat faktor penting membuka mata banyak pihak
mengenai keupayaan kepemimpinan serta kepelbagaian
produk menarik di negara ini.
"Sebagai Pengerusi Asean, kita dapat memberi tumpuan
kepada pedagang Asean, badan bukan kerajaan (NGO) serta

rakyat negara anggotanya. Ini peluang bagus untuk Malaysia


memastikan produk kita turut dijual kepada 600 juta
masyarakat Asean yang lebih besar," katanya ketika ditemui
pemberita selepas menjadi tetamu undangan program Ruang
Bicara terbitan Bernama TV di sini, Jumaat malam.
Program secara langsung dihoskan oleh Sherkawi Jirim,
membincangkan topik bertajuk 'Melindungi Ekonomi Negara.'
Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN mulai 1
Jan lepas daripada Myanmar. Sidang kemuncak Asean ke-26
akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada
26 dan 27 April depan.
Satu sesi permukiman para Menteri Luar Asean akan diadakan
di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, pada Selasa dan
Rabu ini. Ia merupakan pembuka tirai bagi siri mesyuarat
peringkat menteri dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan.
Mengenai usaha bantuan banjir, Ahmad berkata kerajaan
setakat ini telah memperuntukkan kira-kira RM3 bilion
kepada agensi terbabit bagi membantu mangsa banjir di
negeri-negeri terjejas.
Ia termasuk RM700 juta kepada Majlis Keselamatan Negara
(MKN), RM800 juta untuk membaiki prasarana, RM893 juta
untuk membina tebatan banjir dan empangan selain
peruntukan tambahan RM20 juta, katanya.
Tags / Kata Kunci: Ahmad Maslan , Pengerusi Asean , NGO ,
ekonomi

Pos Malaysia Keluar Setem Kenangan


Sempena Kepengerusian Asean
Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 5:53 PM

PETALING JAYA: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan


mengeluarkan koleksi setem kenangan dan produk filateli
bagi memperingati Malaysia sebagai pengerusi dan
penubuhan Asean.
Koleksi tersebut akan mula dijual bermula 27 Januari dan
orang ramai boleh mendapatkannya di semua pejabat pos di
seluruh negara.
"Selaras dengan tema kepengerusian, tiga reka bentuk setem
pos kenang-kenangan yang akan dikeluarkan tersebut
menggambarkan Warga Kita, Komuniti Kita dan Visi Kita

masing-masing berharga RM0.60, RM0.80 dan RM1.20 setiap


satu.
"Koleksi ini, yang merupakan keluaran setem kedua untuk
tahun ini akan mula dijual di semua pejabat pos di seluruh
negara bermula Selasa, 27 Januari 2015," menurut Pos
Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Jumaat.
Setem yang dikeluarkan berukuran 30mm X 50mm, dicetak
secara eksklusif pada Kertas Bersalut Fosfor, Tera Air SPM.
Pada hari pertama keluaran setem, orang ramai juga boleh
mendapatkan Sampul Surat Hari Pertama pada harga RM0.50
dan RM3.10 dengan setem, manakala folder berharga RM6.00
setiap satu dan RM61.10 untuk set lengkap.
"Bagi Pos Malaysia kepengerusian Malaysia adalah tepat pada
masanya kerana Pos Malaysia juga telah dipilih sebagai
pengerusi baharu Aseanpost, satu kumpulan penyedia
perkhidmatan pos di rantau Asean untuk tempoh dua tahun
mulai tahun ini," menurut kenyataan tersebut.
Pos Malaysia dipilih sebagai pengerusi Aseanpost pada
November tahun lepas di Mesyuarat Perniagaan Asean Pos
ke-21 di Chiang Mai, Thailand.
Tags / Kata Kunci: setem kenangan , koleksi setem , sampul
surat hari pertama , POs Malaysia , pengerusi Asean