Anda di halaman 1dari 3

PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Atur Cara
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Ucapan Pengerusi (Pengawas Sekolah)


Bacaan Doa
Lagu Negaraku
Lagu Negeri Perak
Bacaan Visi dan Misi Sekolah
Bacaan Ikrar Murid
Bacaan Rukunegara
Laporan Guru Bertugas Mingguan
Ucapan .. (akan diberitahu oleh PK Pentadbiran, PK HEM atau PK
Koko)
10. Ucapan Pengetua
11. Lagu Perak Dipuncak Kecemerlangan
12. Lagu Sekolah
13. Bersurai
Teks Ucapan Pengerusi Majlis
*** Mengumumkan ketibaan Pn. Pengetua, Cik Salmah bt Zakaria

Yang Berusaha, Cik Salmah bt Zakaria, Pengetua SMK Toh Johan;


Yang Berusaha, Encik Mohamad Suhaimi bin Talib, Penolong Kanan Pentadbiran;
Yang Berusaha, Encik Mohamad Basri bin Hamzah, Penolong Kanan HEM;
Yang Berusaha, Pn Normadiah bt Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum;
Barisan Guru Kanan, Guru Cemerlang, Guru-Guru yang dihormati, serta rakan-rakan
murid yang dikasihi.

Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana diberi kesempatan untuk hadir ke sekolah
hari ini dan seterusnya membolehkan kita berusaha ke arah kecemerlangan.
1

Rakan-rakan sekalian,
Marilah kita bersama-sama berusaha untuk memajukan diri kita serta menjaga nama baik
sekolah kita agar dipandang tinggi oleh masyarakat.

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput .......... untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
[ Doa ]
Terima kasih ........ kerana bacaan doa itu tadi.

Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyanyikan dengan penuh semangat dua buah
lagu iaitu Negaraku dan Lagu Negeri Perak. Diminta semua bersedia.
[ Negaraku dan Lagu Negeri Perak ]

Seterusnya dijemput .......... untuk menyatakan Visi dan Misi Sekolah dan seterusnya
mengetuai bacaan Ikrar Sekolah dan Rukunegara. Dipersilakan.
[ Visi dan Misi Sekolah, Ikrar Sekolah dan Rukunegara ]
Terima kasih saudara / saudari....................

Murid-murid dan guru-guru dipersilakan duduk.


[ Tunggu sehingga semua murid telah duduk dan diam. ]
Bagi meneruskan majlis, dengan segala hormatnya dipersilakan Cikgu .........., Guru
Bertugas minggu lepas untuk menyampaikan laporan. Dipersilakan.
[ Laporan Guru Bertugas ]
2

Terima kasih Cikgu .......... . Diharap semua murid dapat mengambil iktibar daripada
teguran serta nasihat yang diberikan. Untuk makluman semua, Guru Bertugas pada
minggu ini ialah Cikgu .......... dan Cikgu .......... . Silalah berurusan dengan mereka jika
menghadapi sebarang masalah pada minggu ini.

Majlis seterusnya menjemput pula .......... untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
[ Ucapan ... (yang ditentukan oleh PK Pentadbiran, PK HEM atau PK Kokurikulum) ]
Terima kasih ...... kerana ucapan yang telah disampaikan.

Lihat jam. Jika masa mengizinkan, iaitu sebelum 8.05 pagi, teruskan dengan
Ucapan Pengetua. Jika tidak, terus ke nyanyian lagu.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tuan Pengetua.

Dengan segala hormatnya

dijemput Cik Salmah bt Zakaria, Pengetua SMK Toh Johan untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
[ Ucapan Pengetua ]
Terima kasih Tn Pengetua kerana ucapan yang telah disampaikan

Majlis Perhimpunan kita ini diakhiri dengan nyanyian lagu Perak Dipuncak
Kecemerlangan dan Lagu Sekolah. Semua murid diminta berdiri tegak.
[ Lagu Perak Dipuncak Kecemerlangan dan Lagu Sekolah ]
Murid-murid sila duduk dan tunggu sehingga dijemput oleh guru mata pelajaran untuk
bergerak ke kelas masing-masing.
3

Anda mungkin juga menyukai