Anda di halaman 1dari 7

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam

Sekitar
Alam sekitar adalah sesuatu yang
penting dalam kehidupan manusia, tidak
mengira bangsa, agama dan negara. Alam
sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan
tumbuhan hijau, udara dan air seperti
sungai dan laut. Alam sekitar masa kini
semakin tercemar kerana terdapat pihakpihak yang tidak bertanggungjawab telah
melakukan
pencemaran
seperti
pembuangan sampah di sungai-sungai,
penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai
lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana
alam sekitar bukan hanya digunakan pada
masa sekarang tetapi akan digunakan
sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu,
untuk mengembalikan kesegaran alam
sekitar beberapa langkah menjaga alam
sekitar perlulah diambil.

Langkah-langkah yang boleh diambil


adalah melalui pendedahan media massa.
Media massa ini termasuklah televisyen,
radio, telefon bimbit, komputer dan surat
khabar. Pada hari ini, media massa
memainkan
peranan
penting
dalam
membentuk
cara
pemikiran
semua
pengguna. Media massa kini perlulah lebih
banyak memberi maklumat tentang isu-isu
pencemaran alam sekitar, terutamanya
dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini
kerana televisyen adalah satu media
elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap
keluarga atau individu di setiap pelusuk
dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap
manusia atau individu perlu mengetahui
tentang keadaan alam sekitar yang
semakin tercemar dan perkara yang
sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk
menjaga alam sekitar. Surat khabar dan
majalah pula adalah media yang banyak
mendedahkan tentang isu pencemaran
alam
sekitar.
Pihak-pihak
berwajib

sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu


pencemaran ini dengan lebih luas di
jaringan-jaringan
internet
kerana
masyarakat kini lebih banyak menggunakan
media tersebut berbanding media-media
lain.
Di samping itu, langkah untuk menjaga
alam sekitar ialah melalui kempen alam
sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh
dilakukan ialah kempen cintailah sungai
kita, kempen kitar semula, sahabat alam
dan sebagainya. Kempen-kempen ini
masyarakat akan didedahkan tentang
pentingnya menjaga alam sekitar dan caracara menjaga alam sekitar seperti
menguruskan sisa pembuangan supaya
kurang memberi pencemaran kepada alam
sekitar. Kempen kitar semula pula dapat
menggalakkan pengguna supaya mengitar
semula bahan-bahan yang boleh dikitar
semula. Dengan ini, masyarakat akan
dapat
berjimat-cermat
dan
dapat

megurangkan pencemaran alam sekitar.


Dalam kempen alam sekitar ini juga,
aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokokpokok bunga dan membersihkan kawasankawasan yang kotor boleh dijalankan.
Penanaman pokok bunga bukan sahaja
dapat mencantikkan alam sekitar tetapi
dapat mengembalikan semula kehijauan
sesuatu tempat serta dapat membuktikan
betapa pentingnya hidupan hijau di bumi
ini.
Langkah
ketiga
bagi
mengatasi
pencemaran alam sekitar pula ialah melalui
organisasi-organisasi seperti sekolah, balai
rakyat, kelab remaja dan juga syarikatsyarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar
mula diperkenalkan secara formal pada
peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan
Manusia. Pada peringkat menengah
khususnya dalam pelajaran sains seperti
Biologi dan di peringkat pengajian tinggi
melalui kursus Sains Alam Sekitar dan

Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah


haruslah bersikap prihatin terhadap alam
sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar.
Hal ini penting supaya setiap guru dapat
menanamkan perasaan cinta alam sekitar
kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan
moral di sekolah. Pertandingan kelas
terbersih di antara kelas juga perlu
dijalankan agar perasaan tanggungjawab
terhadap alam sekitar dalam diri pelajar
dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar
didedahkan dengan proses kitaran alam
sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi
dan hubungannya dengan hidupan lain di
bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam
sekitar akan dapat dipupuk dalam diri
pelajar
.
Langkah seterusnya ialah melalui
penggunaan teknologi moden. Penggunaan
teknologi moden untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar adalah amat
penting. Penggunaan teknologi moden

dapat mengawal dan mengurangkan


pencemaran dengan lebih cepat dan efektif.
Dengan
adanya
teknologi
moden,
tumpahan minyak di lautan adalah lebih
mudah dibersihkan tanpa meninggalkan
sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan
menggunakan teknologi moden kita dapat
menjalankan aktiviti kitar semula bahanbahan buangan dan sisa-sisa pepejal
seperti surat khabar, majalah lama, kain
dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah
tentu
akan
dapat
mengurangkan
pencemaran
yang
disebabkan
oleh
pengurusan sisa pepejal yang tidak
sempurna. Penggunaan teknologi moden
seperti penapis udara yang dipasang pada
ekzos kenderaan dan cerobong asap
kilang-kilang perindustrian telah dapat
mengurangkan
kadar
gas
karbon
monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan
dapat mengurangkan kadar pencemaran
udara di sekeliling.

Kesimpulannya,
pencemaran
alam
sekitar semakin hari semakin meningkat
mengikut
pertambahan
bilangan
pengguna. Saya berharap setiap individu
dapat mengambil pengajaran tentang
betapa pentingnya menjaga alam sekitar
agar alam sekitar yang semakin tercemar
ini dapat dipulihkan semula dan dapat
dijaga dengan lebih baik pada masa
hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan
bukan kerajaan yang berkaitan haruslah
memainkan
peranan
penting
dalam
memulihkan dan memelihara alam sekitar.
Sebagai golongan yang berkuasa mereka
pasti dapat menjaga dan mengawal alam
sekitar daripada terus tercemar.

Anda mungkin juga menyukai