Anda di halaman 1dari 5
KERTAS KERJA PROJEK TANAMAN HIDROPONIK 1.0 PENGENALAN Hidroponik ialah satu kaedah menanam tumbuhan sama ada sayuran,bunga dan lain-lain yang tidak memerlukan tanah. Hidroponik berasal daripada perkataan GREEK bermaksud air yang bekerja. Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke 16 Masihi. Taman Tergantung Babylon (The Hanging Garden of Babylon) dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F.Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembangkan dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil. Dalam kaedah hidroponik ini, keseluruhan keperluan nutrien diberikan kepada akar tanaman dalam bentuk larutan. Pokok sebenarnya boleh hidup tanpa tanah. Pokok tidak menyerap tanah sebagai makanan tetapi mengambil zat makanan atau nutrien yang tersembunyi dalam tanah. Hidroponik sebenarnya bertujuan untuk membolehkan zatzat makanan atau nutrien yang diperlukan oleh tanaman diambil terus melalui larutan nutrien yang sedia ada. RASIONAL Hasil keluaran hidroponik sebenarnya dijamin bebas daripada sisa racun kulat atau serangga. Ianya selamat dan menjadi pilihan bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Kaedah ini sangat praktikal serta mudah dijalankan. Ia tidak memerlukan tanah walau sedikit pun. 1 Penanaman tumbuhan seperti sayuran serta bungaan boleh dilakukan di kawasan yang tanahnya tidak sesuai untuk tanaman atau kawasan yang tidak mempunyai tanah langsung. Kawasan tidak menjadi masalah utama kerana kaedah ini hanya memerlukan perancangan serta penyusunan bekas takungan yang sistematik. OBJEKTIF Program ini bertujuan: 1. Meningkatkan pengetahuan murid tentang fakta dan istilah sains dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Menambahkan minat dan keyakinan diri murid terhadap kerjaya dalam bidang pertanian. 3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan. 4. Melatih murid dalam bidang keusahawanan dan menambah sumber kewangan. 5. Membina jaringan dan jalinan dengan pihak luar demi kebaikan sekolah, komuniti dan masyarakat. TEMPAT Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Dato’ Haji Hussein, Selama, Perak. MASA Sepanjang Tahun 2016 SASARAN 2 Warga Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Dato’ Haji Hussein, Selama, Perak PERALATAN / BAHAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. Takung plastik Penutup takung ( polisterin) Pasu plastic kecil ( semaian ) Kapas nilon Baja Biji benih SUMBER KEWANGAN 1. Bantuan Pihak RISDA 2. PCG Pendidikan Khas AHLI JAWATANKUASA ( Rujuk Lampiran 1 ) PENUTUP Kesimpulannya, pihak jawatankuasa induk dan pelaksana berharap agar program ini dapat menghasilkan kemenjadian murid serta kebaikan dan manfaat kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. 3 Disediakan oleh : Disemak oleh : ……………………….. ……. ( NABILAH BINTI SAHIMI ) Setiausaha, Program Tanaman Hidroponik, SMK Dato’ Hj. Hussein 34100 Selama, Perak Darul Ridzuan. ……………………….. Disahkan oleh : …………………………….. Lampiran 1 AJK INDUK Penasihat : En. Mohd Paku Razi Bin Min ( Pengetua SMK Dato’ Hj Hussein) Pengerusi : Pn. Hjh Natrah bt Abdullah 4 ( PK Pentadbiran ) Naib Pengerusi : Ust.Mohamad Fadzimi bin Drahaman ( Penyelaras PPKI SMK Dato’ Hj Hussein ) Setiausaha : Cik Nabilah bt Sahimi Bendahari : Pn. Hjh Nor ‘Aini bt Najri AJK : Pn. Siti Noor Adliana bt Adillah Pn. Siti Nur Dalilah bt Mohd Zainuddin Pn. Nor Fazillah bt Mohd Nor AJK PELAKSANA Pengerusi : Ust.Mohamad Fadzimi bin Drahaman ( Penyelaras PPKI SMK Dato’ Hj Hussein ) Naib Pengerusi : Pn. Hjh Nor ‘Aini bt Najri Setiausaha : Cik Nabilah bint Sahimi Bendahari : Pn. Rohaizan binti Hassan Ahli Jawatankuasa : Pn. Siti Nur Dalilah binti Mohd Zainuddin Pn. Nor Fazillah binti Mohd Nor Pn. Siti Noor Adliana binti Adillah Pn. Norfadirlah binti Abd. Kadir 5