Anda di halaman 1dari 4

SOSIAL

a.

Bahasa

Orang barat kebanyakannya menggunakan Bahasa Inggeris


sebagai bahasa pengantar mereka disamping bahasa-bahasa
lain seperti Perancis, Belanda, Portugal, German dan lain-lain.
Di timur bahasa yang digunakan berbeza dengan bahasa yang
digunakan di barat seperti Bahasa China, Jepun, Korea,
Indonesia, Melayu, India dan sebagainya.

b.

Gaya pertuturan.

Gaya pertuturan mereka lebih kasar jika dibandingkan dengan


orang-orang timur yang menggunakan bahasa yang lembut
dan lebih beradab.

c.

Pakaian

Kebanyakan orang-orang barat memakai pakaian yang


kebanyakannya mendedahkan aurat dan menjolok mata.
Contohnya seperti skirt, gaun pendek, pakaian yang
mendedahkan bahagian dada, belakang dan sebagainya.
Sedangkan pakaian orangorang di timur lebih sopan dan
beradab seperti baju kurung, kebaya labuh bagi orang Melayu,
dhoti dan sari bagi orang-orang India, cheong-sam bagi orang
Cina, kimono bagi orang Jepun.

d.

Makanan

Orang barat dan orang timur mereka memakan makanan yang


berbeza. Bagi orang barat mereka makan makanan yang
berasaskan gandum dan daging sedangkan orang-orang timur
makan makanan yang berasaskan beras, bijirin jagung , sagu
dan sebagainya.
e.

Cara hidup

i. Pengunaan Teknologi.

Kebanyakan orang barat mengamalkan cara hidup yang lebih


moden, mereka menggunakan alat-alat yang dianggap lebih
maju dari gaya hidup di timur seperti penggunaan kereta
mewah, kereta berenjin sebagai pengangkutan mereka, begitu
juga dalam bidang pertanian mereka menggunakan alat-alat
pertanian yang lebih moden, oleh itu mereka dapat menanam
tanaman mereka di ladang-ladang yang lebih luas seterusnya
dapat mengeluarkan hasil-hasil mereka yang lebih banyak
bukan sahaja untuk penggunaan dalam negeri tapi sebaliknya
untuk di eksport keluar negara.

ii. Cara berfikir

Setelah negara barat maju hasil dari pendidikan yang telah


mereka dapati dari perkembangan Tamaddun Islam yang telah
berkembang baik di universiti di Kordova, Sepanyol dan
seterusnya berkembang ke seluruh Eropah .Hasilnya orangorang barat lebih berfikiran terbuka dan tidak terikat dengan
peraturan-peraturan gereja yang mengikat mereka dari
memikirkan perkara-perkara baru.Oleh itu setelah berlakunya
Revolusi Industri kebanyakan orang barat lebih mengamalkan
pemikiran bebas dan seterusnya lahir pula aliran pemikiran
Sekular iaitu aliran yang memisahkan kehidupan seharian
dengan urusan agama yang mereka anuti iaitu agama Kristian.

iii. Ajaran agama


Orang-orang di timur masih kuat mengamal dan terikat
dengan ajaran dan peraturan agama seperti orang-orang
beragama Islam di merata tempat di negara-negara timur,
orang-orang India yang menganut agama Hindu, orang Cina
yang mengamalkan ajaran agama Buddha, orang Jepun yang
berpegang kepada agama shinto dan sebagainya.

iv. Keutamaan diberikan kepada wanita

Dalam situasi kehidupan seharian orang barat memberikan


keutamaan kepada wanita,ini dapat kita lihat dalam ucapanucapan dalam majlis rasmi seperti Ladies and Gentlemen
sedangkan di timur keutamaan sedemikian diberikan kepada
kaum lelaki yang dianggap sebagai ketua dalam keluarga.

i.

Perbezaan Iklim

Perbezaan iklim cuaca di barat yang mempunyai 4 musim iaitu


musim panas,musim sejuk, musim luruh dan musim bunga
sedangkan di timur mempunyai 2 musim sahaja iaitu musim
panas dan musim hujan. Keadaan cuaca dan iklim membawa
pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan di barat di mana
kita dapati orang-orang barat lebih besar dari orang-orang
timur.

vi. Penyelewengan Fakta

Orang barat mempunyai sikap untuk memalsukan fakta-fakta


tertentu supaya menepati kepentingan kepentingan mereka
samada dari segi phisikologi,maklumat-maklumat sejarah
,teknologi terkini dan seumpamanya.Ini dapat kita lihat orang

barat melukis peta dunia, kita orang timur merasakan negara


mereka lebih besar dari negara negara di timur.Maklumat
maklumat sejarah mereka cenderung merubah nama nama
orang timur seakan akan nama orang barat dengan harapan
akhirnya orang-orang yang datang kemudian menganggap
maklumat itu sebagai benar datangnya dari orang-orang
barat.Contoh nya pakar dalam bidang matematik Al Razi
disebutnya Razes,Ibnu Sina seorang pakar dalam bidang
perubatan disebutnya Avencena,Ibnu Rushd seorang pakar
dalam bidang astronomi disebutnya Averushd .