Anda di halaman 1dari 15

Tajuk 4

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS DALAM PERGERAKAN


ASAS PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

Sinopsis
Tajuk dalam modul ini merangkumi pengetahuan asas tentang pergerakan yang
merangkumi pengenalan kepada konsep pergerakan asas iaitu pergerakan asas,
melaksanakan kemahiran pergerakan asas dan apresiasi pergerakan asas. .Modul ini
juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. Tajuk ini dirangka
untuk membantu pelajar meneroka, mengalami dan melahirkan perasaan melalui
aktiviti-aktiviti

pergerakan.

Matlamat

pendidikan

pergerakan

dalam

konteks

persekolahan rendah adalah untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang


berkaitan bagi membantu pelajar untuk

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:
1. Menyata dan menghuraikan konsep pergerakan asas.
2. Mengaplikasikan konsep asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan sebagai
cara menghubungkaitkan pengalaman dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
3. Membina kepekaan persepsi, kesedaran estetik, pemikiran kreatif dan imaginatif
melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.
4. Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan.
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
Pengetahuan dan Kemahiran
Asas Dalam Pergerakan Asas
Peringkat Sekolah Rendah

Pengenalan Kepada
Konsep Pergerakan Asas

Pergerakan Asas

Melaksanakan Kemahiran
Pergerakan Asas

20

Apresiasi Pergerakan Asas

KANDUNGAN ISI

4. Pengenalan Kepada Konsep Pergerakan Asas Dalam Pergerakan Asas


Peringkat Sekolah

4.1 Pengenalan Kepada Konsep Pergerakan Asas

Apakah anda faham tentang pergerakan asas?

Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh
seseoramg itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat
tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh
badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.
Pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti
melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Persepsi
motor dalam pergerakan pula adalah penting bagi pembinaan pergerakan berkordinasi.
Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam
tugas harian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya
menginterpretasi idea , perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik
pendekatan pergerakan kreatif digunakan . Pengalaman pergerakan kreatif dapat
memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.
Pendekatan Kepada Asas Pergerakan
Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah
perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap dan sahsiah tentang
keperluan - keperluan sosial, emosi dan estetik murid berdasarkan kepada model
holistik perkembangan kanak - kanak bertujuan;
i.

Membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor


kemahiran pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot.
21

ii.

Memantapkan tahap kecerdasan fizikal, pengetahuan dan sikap.

iii.

Memantapkan

keupayaan

pengamatan

motor

melalui

pengalaman

pengalaman pergerakan terarah.

4.2

Melaksanakan Kemahiran Pergerakan Asas


Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran pergerakan asas?

Kemahiran pergerakan asas adalah proses yang memandu pelajar untuk memperoleh
kecekapan

pergerakan

menerusi

teknik-teknik

menyelesaikan

masalah.

Mengimprovisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatankegiatan penemuan, penerokaan dan kreativiti. Ini melibatkan:

Kemahiran Lokomotor

Kemahiran Bukan Lokomotor

Kemahiran Persepsi Motor

Kemahiran Manipulasi Alatan

1. Kemahiran Lokomotor
Berjalan

Postur badan & kepala tegak

Kedudukan kaki

Pemindahan berat badan

Pergelangan kaki, lutut & pinggul bengkok.

Hayunan tangan

Aktiviti-aktiviti:

Berjalan bebas menggunakan ruang

Berjalan dan berhenti bila isyarat diberi.

Berjalan dengan kelajuan berbeza.

Berjalan mengikut arah yang berlainan.

Berjalan dengan langkah kecil & besar

Berjalan dengan keadaan relak

22

Berjalan dengan membentuk badan menjadi gemuk dan kurus.

Berjalan di atas jari-jari kaki.

Berlari

Kedudukan kaki

Kedudukan badan

Kedudukan lutut

Hayunan tangan

Aktiviti-aktiviti:

Berlari bebas

Berlari bebas & berhenti apabila isyarat diberikan

Berlari setempat

Berlari cepat & lambat

Berlari dengan langkah pendek & panjang

Berlari ke hadapan & kebelakang

Berlari lurus, berbelok-belok & dalam bulatan

Berlari dalam arah yang berlainan

Berjalan & berhenti, berlari & berhenti

Membuat perbandingan dua pengalaman.

Bincang mengapa senang berhenti apabila bergerak lambat

Memperkenalkan konsep momentem ke hadapan

Memaklumkan keperluan untuk memindah pusat graviti dari hadapan

ke belakang

Skip
Skip ialah gabungan dua pergerakan iaitu berjalan dan hop
1.

Pergerakan kaki
Melangkah & hop: Satu langkah ke kanan di ikuti dengan hop kaki yang sama
dan kaki kiri melangkah di ikuti dengan hop kaki yang sama. Masa melangkah
adalah lebih panjang daripada masa hop menyebabkan pergerakan beritma tidak
sekata.

23

2.

Hayunan tangan :
Tangan dihayun ke hadapan dan ke atas. Tangan bertentangan dengan
kaki hadapan dihayun. Hayunan tangan yang bertentangan ini memenuhi dua
fungsi iaitu memberi imbangan dan momentum semasa dalam fasa hop.

3.

Berat badan dan pusat graviti


Berat badan sentiasa di bebola kaki di sepanjang pergerakan. Pusat graviti
berubah ke hadapan melepasi jari-jari kaki apabila skip ke hadapan
manakala apabila skip ke belakang, pusat graviti berpindah ke belakang
melepasi tumit.

Aktiviti-aktiviti:

Skip bebas

Skip ke hadapan

Skip ke belakang

Skip mengelilingi objek

Skip ke dalam dan ke luar gelung rotan

Skip berbelok-belok dalam bulat

Galop
Pergerakan kaki dan pemindahan berat badan satu kaki bergerak ke hadapan dan berat
badan dipindahkan kepadanya. Kaki belakang digerakan ke hadapan di belakang tumit
kaki hadapan. Dengan pergerakan pantas kedua-dua kaki diangkat di hadapan dan
berat badan diletak pada kaki belakang. Kaki hadapan sentiasa dihadapan.
1.

2.

Pusat graviti
Ia bergerak ke hadapan apabila galop ke hadapan
Menolak dan mendarat

Menolak dengan bebola kaki belakang dan mendarat dengan kaki hadapan

Lutut dan pergelangan kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan


dilakukan

Aktiviti-aktiviti:

Galop secara bebas

Galop lurus, bebelok-belok dan dalam bulatan


24

Galop melepasi objek-objek seperti kon dan pundi kacang

Berkumpul dan galop dalam bulatan, ikut arah pusingan jam dan lawan jam

Berpasangan, seorang galop mengejar pasangannya

Berpasangan, galop bersama dan ikut rentak yang sama

2. Kemahiran Bukan Lokomotor


Membongkok

Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian rapat antara satu sama lain

Bahagian badan yang boleh dibengkokkan bergantung kepada struktur sendi


terlipat. Sendi engsel membenarkan badan dibongkokkan kehadapan dan
kebelakang sahaja

Sendi bola dan soket pula, membenarkan badan dibongkokkan kehadapan,


kebelakangan, ke kiri dan dalam bulatan

Meregang

Membongkok dan meregang bahagian-bahgian badan bermula dengan bahagian


kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki,tangan dan kaki kepada bahagian
besar badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang

Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian


yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong

Mengilas

Pusingan bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menggerakkan


dasar menyokong

Berlaku dalam arah bulatan sahaja

Sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas

Memusing

Mengilas bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan dan leher.

Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan


sebagai dasar menyokong

Menolak

Menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan


25

Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek

Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki,
bahu dan pinggul

Menarik

Menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan

Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan

Menolak objek seperti pundi saga dan bola menggunakan bahagian badan yang
berlainan seperti tangan, siku dan kaki

Hayun

Satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi bulatan satu titik tengah
yang tetap

Berbuai-buai

Hayun tangan ke hadapan, ke belakang atau menyilang badan di dada

Hayun kaki ke hadapan, belakang, atau ke sisi, menyilang kaki lain

Hayun dengan bergayut pada palang

Berbuai dengan berdiri tegak dan mengerakkan badan ke sisi, ke kiri, dan ke
kanan

Dua tangan ke hadapan, bengkokkan siku, berbuai-buai dengan menggerakkan


badan ke kiri dan ke kanan

3. Kemahiran Persepsi Motor


Pendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor (perceptual-motor) adalah penting
bagi pembinaan pergerakan berkordinasi. Pelajar perlu mempunyai rasa kewujudan
dirinya dalam ruangan. Pelajar perlu mengenalpasti arah kiri dan kanan dan boleh
memahami perkaitan bentuk atau corak. Perkembangan persepsi motor juga
memainkan peranan dalam pencapaian akademik kanak-kanak. Kemahiran persepsi
motor diperlukan bagi membaca huruf isyarat (decoding) dan kemahiran ini merupakan
suatu keperluan awal bagi kemahiran membaca.
Berikut adalah kemahiran-kemahiran persepsi-motor:

Mengimbang

Kesedaran badan
26

Kesedaran ruang

Kesedaran hala datar (laterality)

Kesedaran arah (directionality)

Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata

Mengimbang
Mengimbang boleh dibina melalui berdiri di atas sebelah kaki atau ketingting atau
berjalan di atas palang pengimbang. Penggabungan aktiviti-aktiviti mengimbang dengan
permainan lebih menyoronokkan bagi pelajar. Pelajar berpeluang membayangkan diri
mereka sebagai ahli sarkas yang berjalan di atas tali atau mengimbang di atas sebelah
kaki di atas belakang kuda sarkas.
Kesedaran Badan
Kesedaran badan merupakan persepsi tentang diri sendiri:

Saiz

Pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh badan serta perkaitannya di


antara satu dengan yang lain

Berupaya melakukan pergerakan membongkok, melurus, memusing, mengilas


dan menggerakkan badan.

Perasaan timbul ketika berada dalam kedudukan yang berbeza-beza.

Kesedaran ini adalah penting bagi pemahaman pelajar tentang potensi pergerakannya.
Ada banyak cara bagi membina kesedaran tentang kewujudan diri. Salah satu daripada
caranya ialah melalui aktiviti yang melibatkan bahagian-bahagian tertentu badan. Pelajar
boleh disoal, Berapa carakah boleh anda gerakkan kepala anda? atau Bolehkah anda
menyentuh kaki kiri anda dengan tangan anda?
Kesedaran Ruang
Kita hidup di dalam ruangan dan tubuh badan kita mengisi ruangan tersebut. Apabila
kita bergerak, kita sebenarnya bergerak melalui ruang dan tubuh badan kita memenuhi
ruang seperti juga benda-benda lain yang berada dipersekitaran kita. Kita juga
menyedari tubuh badan kita serta perkaitannya di antara benda-benda disekitar. Hal ini
27

merupakan konsep asas yang perlu di terokai oleh pelajar supaya mereka boleh
menyedari tentang keadaan zahir tubuh badan mereka yang sebenarnya.
Pelajar digalakkan untuk menerokai persekitaranya. Guru menyuruh pelajar melunjurkan
kaki dan tangan yang boleh dilunjurkan ke hala semua arah. Dengan cara ini mereka
akan lebih menyedari saiz ruang diri persendirian mereka semasa tidak bergerak.
Pelajar juga digalakkan untuk bergerak bebas di dalam ruang yang wujud di luar
persendirian mereka.
Kesedaran Hala Datar (Laterality)
Hal ini merupakan kesedaran tentang wujudnya arah kanan dan kiri di sisi tubuh badan
seseorang. Dengan ini seseorang dapat mengawal pergerakan daripada kedua-dua
belah bahagian tubuh badan secara serentak atau secara berasingan.
Sebarang latihan yang memerlukan kordinasi bahagian kiri dan kanan tubuh badan atau
pergerakan yang bertentangan iaitu tangan atau lengan kanan dan kaki kiri bersamasama digunakan akan menolong mengembangkan kesedaran hala datar pelajar (sense
of laterality). Permainan sperti Angels in the snow sesuai bagi tujuan ini. Dalam
permainan ini, pelajar disuruh menelentang di lantai dan menggerakkan kaki serta
tangan membentuk gerakan membulat (circular movement) mengikut arahan yang
diberikan oleh guru.
Kesedaran Arah
Kesedaran ini membolehkan seseorang menyedari arah ke kiri, kanan atas, bawah
hadapan dan belakang di dalam ruang persekitarannya. Kesedaran lauran arah ini
terbina daripada kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala-datar.
Pelbagai jenis penerokaan pergerakan dapat menggerakkan perkembangan kesedaran
arah ini. Umpamanya bergerak ke ahadapn, ke belakang, kekiri, ke kanan, ke atas, dan
kebawah boleh membina kesedaran arah. Melalui pergerakan seumpama ini pelajar
dapat membiasakan dan menyesuaikan pengalaman yang diperlukan apabila
memerhati baris-baris perkataan di dalam muka surat bercetak iaitu semasa membaca.
Kordinasi Tangan-mata atau Kaki-mata
Tujuan melakukan sesuatu pergerakan hanya akan tercapai jika kordinasi diantara
pergerakan bahagian-bahagian badan disempurnakan dengan baik. Interaksi ini
28

haruslah dilakukan dengan mudah, cekap dan tepat. Ini melibatkan interaksi yang licin di
antara kumpulan-kumpulan otot imbangan yang sempurna dan turutan jangkaan yang
betul
Permaian

bola

merupakan

kordinasi

tangan-mata

yang

amat

baik.

Pelajar

melambungkan dan menyambut dengan kedua-dua belah tangan atau melambungkan


dengan sebelah tangan dan menyambutnya dengan tangan yang sebelah lagi.
Permaian yang melibatkan sepakan pula adalah baik bagi kordinasi kaki-mata. Pelajar
boleh menyepak bola ke arah sasaran yang tidak bergerak atau ke arah gawang gol.
4. Kemahiran Manipulasi Alatan
Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan
dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran manipulasi
atau manipulatif alatan hendaklah dibina di peringkat umur yang lebih awal. Kemahiran
ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, menangani atau
mengawasi sesuatu objek.
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk
mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai.
Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola
kecil,bola

besar,

gelung,

rotan,

batang

rotan,

tali

dan

relang

getah.

Kemahiran manipulasi / manipulatif berikut merupakan asas kepada pembinaan


kemahiran diri seseorang pelajar:

Membaling

Menyambut

Memukul

Menendang atau menyepak

menggelecek

Kesemua Kemahiran manipulasi di atas juga dapat mempertingkatkan perkembangan


kordinasi tangan-mata dan kaki-mata. Di samping itu kemahiran manipulatif ini dapat
memberi keyakinan serta membentuk sikap pelajar untuk menjadi untuk menjadi
seorang yang berjaya dalam menempuh kehidupannya.

29

Manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur sekolah rendah. Kemahiran ini
memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau menangani
sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan
yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat
dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan
lain-lain.
Contoh kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat sekolah rendah ialah:
Membaling dan Melambung
1. Melambung sebiji bola keudara dan menyambut semula
2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
3. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula
4. Meleretkan bola kedinding dan menahan semula
5. Meleretkan bola kesasaran
Menyambut
1. Melambung pundi kacang keudara dan menyambut semula
2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
3. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula
4. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan
5. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan
Memukul
1. Memukul alatan dengan tangan
2. Memukul alatan dengan gengaman
3. Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran
4. Melambung belon keudara dan kemudian memukul
5. Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan
dari aras bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.

Latihan
1. Nyatakan kemahiran-kemahiran persepsi motor yang perlu diperkembangkan oleh
pelajar untuk pembinaan kordinasi motor?

30

2. Huraikan tiga kemahiran persepsi motor yang anda ketahui.

4.3

Apresiasi Pergerakan Asas


Bagaimana membuat apresiasi pergerakan asas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran

Apresiasi pergerakan melibatkan proses yang memandu pelajar untuk memperolehi dan
menganalisis

kecekapan

pergerakan

menerusi

teknik-teknik

menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekpresi yang


berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Antara pergerakan
asas yang penting dalam aktiviti pergerakan ialah berjalan, berlari, melompat, berpusing
dan meregang.
Dalam pergerakan kreatif pelajar akan berasa bebas untuk bergerak untuk meluahkan
perasaannya. Dia tidak memerlukan orang dewasa untuk dijadikan contoh untuk dibuat
peniruan. Dengan itu pergerakan kreatif boleh berlaku dimana-mana sahaja. Antara
objektif pergerakan kreatif ialah;

Pergerakan yang bebas untuk menggerakkan anggota badan.

Mendapat pengalaman untuk meluahkan perasaan, masa, beban dan ruang


serta idea.

Meningkatkan tahap kesediaan.

Mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan.

Untuk mengelolakan dan membuat apresiasi pergerakan kreatif adalah diharapkan agar
pelajar dapat memanafaatkan penggunaan otot kasar dan halus dalam mengadakan
aktiviti-aktiviti pergerakan itu. Otot-otot kasar dan halus perlu diperkembangkan dan
dimatangkan terlebih dahulu untuk meningkatkan tahap kesediaan pelajar dan
memahami unsur pergerakan.
Unsur-Unsur Pergerakan
Imbangan Berat Badan
31

berkaitan dengan tenaga apabila bergerak seperti tegang dalam otot dan
regangan.

bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah) yang mencerminkan


kekuatan. tenaga badan.

bahagian anggota atas badan (paras pusat ke atas) yang mencerminkan


keringanan.

Ruang

Merupakan lingkungan pergerakan samada lingkungan umum (personal space)


atau lingkungan kendiri (general space)

dari satu tempat yang tetap, boleh menggerakkan badan ke merata-rata arah
dan aras

dari jauh menuju ke pusat badan.

dalam ruang yang ada mengelilingi badan, bergerak mengikut arus.

apabila sesuatu pergerakan badan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh
membuat pelbagai bentuk seperti panjang dan bulat.

apabila badan digerakkan, ia bergerak ke kawasan umum.

beberapa pergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan,


belakang,sisi, atas dan bawah.

Masa

Pergerakan yang cepat menggunakan sedikit masa manakala pergerakan


yang lambat menggunakan banyak masa.

Kecerdasan

pergerakan

atau

penurutan pergerakan

tidak

semestinya

berterusan.

Had kederasan boleh dibentuk menjadi rentak atau detik.

Kebolehan mempercepat atau melambat, memberhenti atau memulakan


sesuatu pergerakan serta merta sangat perlu untuk kawalan.

Aliran

pergerakan terkawal pergerakan yang boleh diberhentikan dengan mudah pada


bila-bila masa saja.

pergerakan bebas susah hendak diberhentikan serta merta.

Aliran pergerakan dalam

satu gerakan atau

berpanjangan atau terputus.


32

beberapa gerakan boleh

Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan sesuatu gerakan.

Latihan
1. Cipta satu pergerakan yang boleh meluahkan perasaan dan emosi anda.
2. Bolehkah anda mencipta pergerakan untuk meluahkan perasaan anda? Bincangkan.
Rumusan

Tajuk ini membolehkan pelajar memahami tentang pengetahuan pergerakan asas


yang merangkumi penerokaan idea, isi kandungan dan cara pengelolaan pergerakan
asas, melaksanakan kemahiran pergerakan asas dan apresiasi pergerakan asas.
Seperti telah tersedia maklum penekanan kepada pergerakan banyak tertumpu kepada
potensi nilai pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan
dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat
pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan adalah untuk menyediakan
pengalaman-pengalaman yang berkaitan bagi membantu pelajar untuk mencapai
keupayaan sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif
dalam masyarakat.

33

34

Anda mungkin juga menyukai