Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri Majlis Watikah Pelantikan Rasmi Pemimpin Pelajar pada hari ini.
Ya Allah , Ya Hafiizu , Ya Syaafi ,
Jadikanlah Pemimpin Pelajar Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan
nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran,
tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .
Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , barisan
pengawas kami akan menjadi pemimpin pelajar yang bertanggungjawab , mempunyai
keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti
kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang ,
dan disegani dan dihormati, samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan
organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas yang berketrampilan dan
berwibawa .
Ya Azizi Ya Latif , Ya Kaafi ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah
diri kami dengan kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai