Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN

ENCIK MOHD.NAZRI BIN OTHMAN


TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH
Tarikh
: 15 JANUARI 2015
Masa
: 10.30 pagi
Tempat
: Dewan SKTD
PERKARA/
PEMBACA

BUTIRAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Ketibaan Tetamu
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula
Hariff

sebentar lagi.
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Mohd Nazri dan isteri beliau
Pn.Hawa bt. Muhd dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.
Dipersilakan mengambil tempat.
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih
sempena persaraan En. Mohd. Nazri bin Othman, mantan PK 1SK Sungai
Tiang Darat.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan
para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)
Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Bacaan Doa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1


Malaysia, salam Perak Aman Jaya dan Salam SK Kota Setia Terus Maju.

Jue
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah

CATATA

sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan


dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Najib Bin Safar. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Ucapan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al

Alu-aluan

Fadil Ustaz Najib Bin safar atas bacaan doa itu tadi.

Hariff
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Dihormati En.
Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah
Yang Berusaha En, Mohd Farid Bin Mohd Saad

Guru besar SKSTD


Yang Diraikan
En Mohd Nazri Bin Othman
Yang Berusaha Puan Hajah Natrah Bt Hasyim
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKSTD

Yang Berusaha En. Shaharudin Bin Mohd Shah


Penolong Kanan Kokurikulum SKSTD
Yang Dihormati En. Saiful Bahri Bin Adnan
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia

Yang Dihormati
Barisan Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Yang Dihormati
Pegawai-pegawai di JPN dan PPD
Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru, ibu bapa, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati
Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih sempena persaraan Yang Diraikan

En. Mohd Nazri bin Othman.


Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana
dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun
pada pagi ini untuk meraikan En. Abdul Karim b.Munok dalam Majlis
Sanjungan Budi, Lambaian Kasih

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan
yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Mohd Nazri Bin Othman sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru
Kanan Pentadbiran di SKSTD
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Ucapan Ketua
Murid
Jue

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis menjemput adik Mohd Izudin b. Nor Azman, Ketua Murid SK Kota
Setia bagi mewakili murid-murid untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan PK1

Terima kasih diucapkan kepada adik Mohd Izudin b. Nor Azman atas

Hariff

ucapan sebentar tadi.


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Cik Norsalmi bt.
Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kota Setia. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari,
Ucapan

Guru Penolong Kanan Pentadbiran atas ucapan yang telah disampaikan

Jue

sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati En.


Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru-guru, SK Kota Setia untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Ucapan YDP MGB

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj

&

Mohd Nor atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

PPD
Majlis seterus menjemput dan mempersilakan En. Abdul Razak b. Hj Adam,
Hariff

YDP MGB Perak Tengah bagi menyampaikan ucapan, dengan segala hormat
dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Razak b. Hj. Adam atas ucapan
sebentar tadi.
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan kepada

Yang

Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid


Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah untuk menyampaikan
ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b.
Persembahan

Haron Noh Rashid atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Multimedia
Para Hadirin yang kami muliakan,
Jue
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia
sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok.
Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai En. Abdul Karim b. Munok
dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali untuk naik bersemayam di
atas singgahsana. Dipersilakan.

*** Persembahan multimedia


Ucapan
Yang Dirai

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena

GB

persaraan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok . Terima kasih kepada

Hariff

team unit ict SKKS dan individu yang menjayakan persebahan tersebut.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.
Hadirin yang dihormati,
Majlis seterusnya adalah upacara menepung tawar.
Untuk itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd
Lotiffi b. Haron Noh Rashid, Penolong PPD Perak Tengah dan Yang
Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, YDP PIBG dengan diiringi
oleh Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran naik ke
pentas bagi menyempurnakan upacara tersebut.Dipersilakan.
Terima kasih Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid dan
Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor yang sudi
menyempurnakan upacara tersebut.
Hadirin yang dimuliakan,
Seperti yang kita sedia maklum bahawa esok adalah hari ulang tahun
kelahiran Tuan Guru Besar.
Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu selamat hari jadi
untuk beliau.
Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput Tuan Guru Besar dengan
diringi oleh isteri tampil ketengah pentas untuk memotong pulut kuning
sebagai simbolik menyambut ulang tahun kelahiran dan persaraan.
Dipersilakan.
Hadirin yang dimuliakan,
Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat hari jadi buat cikgu Karim.
Selamat hari jadi, selamat hari jadi cikgu Karim, selamat hari jadi
Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Karim b. Munok yang sudi
menyempurnakan majlis. Terima kasih kepada semua hadirin.
Seterusnya,
Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri
turun dari singgahsana mengambil tempat di hadapan dewan. Dipersilakan.
Hadirin yang dimuliakan,

Persembahan
Khas Gurindam

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada

Jiwa

Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan.

Jue
***Ucapan GB

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas ucapan itu tadi.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan khas daripada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang
berjudul Gurindam Jiwa. Dipersilakan.
**** persembahan
Semoga kita terhibur dengan persembahan khas Gurindam Jiwa yang
cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.Kumpulan ini
dibimbing oleh Pn. Ida Rohayu bt. Hussin.

Penyampaian

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Watikah
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Hariff

Umpama berkayuh telah sampai di muara


Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,
Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah Persaraan yang akan
disampaikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah
kepada En. Abdul Karim b. Munok.
Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b.
Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah naik
ke pentas utama untuk menyempunakan penyampaian watikah tersebut.
Dipersilakan.
Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok untuk
menerima watikah daripada Penolong PPD. Dipersilakan.

Seterusnya Majlis mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok menyampaikan


cenderamata kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh
Rashid Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Mohd
Lotiffi b. Haron Noh Rashid dan Yang Dirai En. Abdul Karim b. Munok
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata
Penyampaian

sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini

Hadiah &

iaitu En. Abdul Karim b. Munok.

cenderamata
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Jue

Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kota Setia
mengiringi Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil
kelas.
Rujuk senarai hadiah
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan khusus

Penutup

untuk Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok

Hariff

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul
Karim b. Munok atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut
merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Cik
Norsalmi bt. Shaari mengiringi Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok
sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai
cenderamata sebentar tadi.
Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima
Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk cikgu Karim.

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Penutup

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul
Karim b. Munok kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh

Jue

bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdul
Karim b. Munok bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis
Sanjungan Budi, Lambaian Kasih ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Majlis menjemput Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri serta
semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera di khemah utama
bersebelahan dengan kantin sekolah.
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu
`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai