Anda di halaman 1dari 1

Novel : Bimasakti Menari

Bab 5 : Jiwa Ayahanda

Tan Sri Muhaimin kembali dari Jakarta dan memandu sendiri keretanya dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sambil bersembang
dengan pemandunya,Sobirin.

Fikiran Tan Sri Muhaimin melayang berkisar tentang kehidupannya sambil


ditemani oleh stesen Nostalgia FM.

Anaknya,Muhammad Taufik telah menghantar satu pesanan ringkas yang


mengatakan bahawa bekas isterinya , iaitu ibu kepada Muhammad Taufik
bermalam di rumah Ikhtiar Teknoalam di Kampung Kuantan.

Tan Sri Muhaimin berasa gembira setelah membaca pesanan ringkas itu
dan dia mahu bekas isterinya tahu bahawa dia telah melakukan yang
terbaik untuk anak mereka.

Tan Sri Muhaimin terkenang kembali akan perbualannya dengan bekas


isterinya pada 15 tahun yang lalu,iaitu perbualan yang menyebabkannya
berasa marah kerana isterinya melebihkan perjuangan alam sekitar
daripada anaknya sendiri.

Akhirnya, Tan Sri Muhaimin terpaksa menerima hakikat bahawa isterinya


seorang pengembara dunia yang ingin akan kebebasan dan tidak boleh
diikat.

Tan Sri Muhaimin sampai di rumah dan kepulangannya disambut oleh


anaknya,Muhammad Taufik.

Air muka Tan Sri Muhaimin berubah apabila Muhammad Taufik


memberitahunya bahawa ibunya telah pulang mengikut rombongannya.

Muhammad Taufik memberitahu bahawa ibunya ada memasak makanan


sebelum dia pergi.

Tan Sri Muhaimin bertanya kepada Muhammad Taufik tentang komen


ibunya terhadap rumah Teknoalam yang sedang diusahakannya.

Muhammad Taufik memberitahu ayahnya bahawa ibunya suka dan


menyokong projek tersebut.