Anda di halaman 1dari 27

PN.

SALMA C HASSAN 640919035002

SOALAN 1

“Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam

menjayakan wawasan negara, peranan guru amat penting untuk

memastikan nilai nasional dapat disempurnakan.’

Y.B.Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein


Perutusan Hari Guru 2006

Bincangkan bagaimana martabat profession keguruan dapat ditingkatkan

selaras dengan perutusan Y.B Menteri Pelajaran agar misi nasional dapat

disempurnakan.

JAWAPAN

PENGENALAN:

‘Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam

menjayakan wawasan negara, peranan guru amat penting untuk memastikan

nilai nasional dapat disempurnakan’.

Begitulah petikan ucapan daripada Y.B.Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussien

,Menteri Pelajaran Malaysia sempena Perutusan Hari Guru Tahun 2006.

Petikan ucapan daripada beliau ini wajar diberi perhatian oleh semua

warga pendidik dalam usaha menuju kearah pembentukan warganegara yang

berilmu, yang taat setia, bertanggungjawab dan berkebolehan, seterusnya

melalui peningkatan profession keguruan, maka misi nasional dapat


1

640919035002

disempurnakan. Melalui pendidikan, seharusnya masyarakat menyedari tentang

pentingnya membantu anak-anak muda memahami kebudayaan mereka,

memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan

menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan dalam

usaha merealisasikan misi nasional ini

Profession perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa

jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia,masyarakat

dan negara. Profession ini merupakan profession yang paling utama di dalam

proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat.Guru

juga merupakan golongan terpilih yang berada di barisan hadapan dalam

menjaya dan menyempurnakan misi nasional.

Sesungguhnya para pendidik hari ini, telah memainkan peranan penting

di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan

kaum.Pendidik pada hari ini membuktikan bahawa mereka telah

mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan

kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan

pendidikan. Tanpa guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati

antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama, maka perpaduan kaum

tidak akan dicapai, sedangkan elemen penting yang hendak dicapai dalam
wawasan 2020 mementingkan kewujudan integrasi nasional , barulah misi

nasional akan tercapai. 2

640919035002

Kedudukan perguruan sebagai satu profession di dalam Dasar Pelajaran

Kebangsaan sebenarnya dipenuhi oleh pelbagai cabaran onak dan duri. Para

pendidik telah memperkatakan mengenai profession ini dari semasa ke semasa.

Hakikatnya sebelum merdeka lagi, sudah ada perbincangan mengenai perkara

itu iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) ,

terdapat satu simposium mengenai “Pendidikan Universiti dan Laporan Carr

Saunders”.Di dalamn simposium tersebut, perbincangan mengenai peranan

universiti dan kedudukan profession turut diadakan (Lim Tay Boh 1948).Di antara

perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah

untuk mendapat pendidkan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti

akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan

usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di

dalam profession keguruan bukan pada zaman dahulu sahaja, tetapi juga masa

kini.

Misi Nasional
Misi nasional sebagai teras dalam Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK-9)

bagi memacu Malaysia menuju Wawasan 2020 melalui pendekatan yang

640919035002

berasaskan pengetahuan,kreativiti,inovasi dan usaha memupuk minda kelas

pertama sebagaimana yang terkandung dalam Teras 2 Misi Nasional yang

berkait rapat dengan bidang pendidikan serta peranan yang dimainkan oleh

golongan guru.

Bagaimana martabat profession keguruan dapat ditingkatkan.

Oleh sebab profession keguruan tersangat penting dalam proses pembangunan

insan dan untuk menjayakan wawasan negara,. maka pelbagai langkah boleh

dimainkan ke arah memartabatkan profession keguruan sama ada secara

langsung atau tidak langsung yang melibatkan satu pakatan bijak antara

pelbagai pihak seperti antara pihak kerajaan, anggota masyarakat, guru-guru,

institusi-intsitusi di dalam profession ini ,pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan

(NGO) dan pihak swasta. Sememangnya kejayaan dalam sistem pendidikan

banyak bergantung kepada faktor guru selain pihak-pihak yang lain dalam

menjayakan misi nasional ini.


Salah satu peranan yang paling penting ke arah mencapai matlamat murni ini

adalah Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri yang harus memainkan peranan

utama ke arah membuat reformasi pendidikan sepenuhnya dalam usaha

640919035002

pencapaian misi nasional. Menurut matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan

2001 – 2010, antara lain yang mengambi kira Dasar Wawasan Negara ,

bermatlamat membina bangsa yang berdaya tahan, menentukan setiap

warganegara memperoleh peluang pendidikan yang berkualiti selama 12 tahun

dari segi akses, ekuiti dan kualiti. Matlamat ini selari dengan matlamat

pendidikan kebangsaan untuk memenuhi keperluan individu, keluarga,

masyarakat , dan negara serta cabaran-cabaran terkini hasil daripada pengaruh

besar globalisasi, liberalisasi dan K-ekonomi.

Secara ringkasnya rajah di bawah menunjukkan peranan yang perlu dimainkan

oleh Kementerian Pelajaran ke arah pencapaian misi nasional tersebut.


5

640919035002

Rajah menunjukkan peranan yang perlu dimainkan di peringkat

Kementerian Pelajaran ke arah memartabatkan profession keguruan ,

seterusnya misi nasional dapat direalisasikan.

Membuka Peluang Peningkatan Semakan Etika Profession

Kerjaya

Meningkatkan Memperkasakan

Kualiti Guru Sekolah

Kebangsaan

PERANAN KEMENTERIAN

Sistem Pengawasan dan


Pemantauan

Memperketatkan Syarat Pengambilan Menaik Taraf Maktab

Calon Guru Perguruan

640919035002

Peranan di peringkat Kementerian.

Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah memperkukuhkan dan

memperkemaskan serta membuat reformasi pendidikan sepenuhnya menjelang

tahun 2020 sebagaimana yang dihasrat dan dijalankan mengikut Pelan Tindakan

Pembangunan Pendidikan.(PIPP) 2006-2010.

1.Membuka peluang peningkatan kerjaya.

Kerajaan mewujudkan gred baru guru berasaskan merit dan prestasi tahunan di

samping menggariskan langkah-langkah bagi menambah perjawatan dan

peluasan naik pangkat guru-guru menerusi beberapa strategi pelaksanaan yang

membabitkan penambahbaikan perjawatan guru dengan cara antaranya

menambah kuota bagi gred kenaikan pangkat guru besar dan pengetua

cemerlang.
Kriteria pemilihan guru bukan hanya melihat dari sudut akademik sahaja, tetapi

juga mengambil kira komitment mereka dalam kegiatan kokurikulum bagi

membentuk modal insan yang cemerlang.

2.Pengambilan calon guru.

Syarat pengambilan calon guru diperketatkan sejak 2005 dalam usaha

melahirkankan tenaga pengajar yang mahir dan berwibawa.

7
640919035002

Program pengenalan kepada profesion keguruan harus dijalankan untuk guru

permulaan dengan menggunakan konsep mentoran,manakala pihak pentadbir

pula perlu memainkan peranan lebih berkesan dalam menangani perubahan

supaya dapat diterima oleh pendidik.

Pengambilan guru baru juga perlu ditemu duga terlebih dulu sebelum diterima

oleh sekolah serta melalui tempoh percubaan dan perlu menduduki ujian-ujian

kompetensi sebelum layak menjawat jawatan guru sebagaimana yang diamalkan

di setengah-setengah negara.Mereka juga mengambil kira kelayakan dalam

memenuhi Petunjuk Prestasi Utama bagi diberi insentif kepada guru.Melalui

proses seperti ini , dapat meyakinkan bahawa guru yang diambil mampu

menyumbang secara lebih berkesan dan seterusnya dapat merealisasikan

wawasan negara.

3.Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru.


Dalam usaha melahir dan melestarikan guru yang berkualiti,kementerian telah

menaikkan taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru(IPG).

Dengan menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru

(IPG),dapat memantapkan pemilihan bakal guru dan latihan serta menambah

baik karier keguruan dan persekitaran kerjanya.

Langkah menaik taraf ini juga akan melahirkan guru siswazah yang memahami

640919035002

keperluan dan cabaran sekolah dan mencapai sasaran untuk mengisi 100

peratus guru siswazah di sekolah menengah dan 50 peratus di sekolah rendah

menjelang 2010.

4.Memperkasakan sekolah kebangsaan.

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan masa yang amat penting dalam

melahirkan generasi yang berwawasan.Dalam memperkasakan sekolah

kebangsaan, Kementerian Pendidikan perlu menambahkan bilangan kelas

prasekolah terutama di kawasan luar bandar dan menggunakan Kukurikulum

Prasekolah Kebangsaan.

Selain itu kementerian menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas yang

mencukupi serta berkualiti termasuk melengkapkan prasarana,mengubah suai


dan menaik taraf sekolah –sekolah yang usang dan menambah bilangan bilik

darjah.

5.Usaha meningkat kualiti guru.

Dalam usaha meningkat kualiti guru,kementerian hendaklah meningkatkan tahap

latihan di kalangan pendidik semua peringkat dan kurikulum yang lebih efisen.

Penubuhan Institut Aminudin Baki (IAB) dalam meneruskan pelbagai latihan

dalam perkhidmatan adalah salah satu langkah yang efisien ke arah

640919035002

meningkatkan tahap professionalisme guru-guru.Sehubungan dengan kehendak-

kehendak tersebut,guru-guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang

dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan

Pejabat Pendidikan Daerah agar berlaku anjakan paradigma kepada budaya

yang berasaskan ilmu dan pemikiran.

6.Sistem pengawasan dan pemantauan.

Kementerian Pendidikan haruslah memperkukuhkan dan memperkemaskan

sistem pengawasan dan pemantauan ke atas guru-guru untuk memastikan

mereka sentiasa bertugas dengan betul,berdedikasi dan tidak menyeleweng dari

tanggungjawab yang diamanahkan.

Proses pemantauan harus dilakukan secara tekal oleh pentadbir sekolah dan

jemaah nazir dan laporan pemantauan digunakan untuk pengesahan dan


kenaikan pangkat.Tanpa sistem pengawasan yang baik dan berkesan, segala

kebaikan di dalam ilmu-ilmu profession keguruan akan sia-sia. Oleh itu, peranan

Kementerian Pendidikan haruslah bersifat formal, rigid dan tegas supaya

profession keguruan ini dapat dimartabatkan sepanjang masa, seterusnya

tercapai misi nasional.

10

640919035002

7.Semakan etika profesion

Etika profesion keguruan yang sedia ada harus disemak semula bersesuaian

dengan cabaran pendidikan kini dan hasrat bagi menyempurnakan misi

nasional.Satu lembaga harus dibentuk bagi memastikan etika berkenaan

dipatuhi.Aspek ini juga harus diberi penekanan dalam kurikulum pendidikan guru

di universiti dan maktab secara serius.Tatasusila profesion keguruan juga harus

memberi tumpuan kepada ikhtisas dan ilmiah

8.Peranan guru.

Para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan

aspirasi negara.Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan

.Kedudukan perguruan sebagai suatu profesion di dalam Dasar Pelajaran

Kebangsaan turut menghadapi cabaran-cabaran masa kini dan akan datang.


Di tangan guru sendiri, martabat profesion keguruan dapat ditingkatkan dengan

memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap pelajar,ibu

bapa , masyarakat , negara,rakan sejawat dan tanggungjawab terhadap

profesion keguruan.

Dalam konteks ini, beberapa aspek yang perlu dimainkan oleh guru sebagai

agen perubahan ke arah memartabatkan proffesion ini agar misi nasional

tercapai. Antaranya ialah:

11

640919035002

1.Mempertingkatkan Profesionalime

Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik

generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan

dalam aspek pendidikan perlu dikemas kini serta terus berusaha dengan

kaedah-kaedah P&P terkini.

Guru juga menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang

dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan,Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat

Pelajaran Daerah. Dengan mengikuti kursus tersebut,dapat mempertingkatkan

keupayaan,ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin

kompleks ini.Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleah para

pendidik.

2.Mahir IT dan ICT.


Bidang keguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan

zaman.Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet

menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai misi nasional.Para

guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi

yang semakin canggih.Ilmu IT ini mesti terlebih dahulu dikuasa oleh para

pendidik sebagai golongan yang paling hadapan .

Guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan

penubuhan Sekolah Bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagi satu

12

640919035002

bentuk kurikulum .Wawasan Negara Malaysia untuk menjadikan negara maju

menjelang 2020,menyebabkan kerajaan membangunkan Koridor Raya

Multimedia (MSC) sebagai pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan

antarabangsa.

Profesional keguruan harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam

era teknologi maklumat masa kini, masyarakat terpaksa berdepan dengan

pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian juga menjadi suatu

kemestian sebagai satu cara hidup

Selaras dengan usaha yang dilakukan bagi meningkatkan martabat profession

keguruan ialah menyerahkan Resolusi 27 perkara yang dicapai dalam Seminar


Kebangsaan 2002 kepada Menteri Pendidikan,Tan Sri Musa Mohammad, untuk

tindakan lanjut. Antara resolusi yang dicapai pada seminar tersebut ialah:

a. Etika profession keguruan sedia ada harus disemak semula

bersesuaian dengan cabaran Pendidikan kini. Pendedahan semula

melalui latihan dalam perkhidmatan yang menfokus kepada etika

keguruan dan dipastikan menjadi garis panduan kepada para pendidik.

b. Kurikulum Pendidikan guru harus mengambil kira kepentingan

hubungan interpersonal antara guru dan pelajar.Latihan dalam

perkhidmatan dan kursus jangka pendek boleh dijalankan untuk tujuan

berkenaan. 13

640919035002

c. Tatasusila profession keguruan harus memberi tumpuan kepada iktisas

dan ilmiah, manakala latihan dalam perkhidmatan perlu dimantapkan dari

aspek kesesuaian bidang pendidkan semasa supaya bergerak seiring

dengan perkembangan terkini. Sebuah jawatan kuasa mesti diwujudkan

untuk meneliti kepiawaian dalam latihan praperkhidmatan di samping

konsep pembelajaran sepanjang hayat harus diterapkan kepada guru

supaya peningkatan ilmu dapat dilakukan.

d. Program pengenalan kepada profession keguruan harus dijalankan

untuk guru, permulaan dengan menggunakan konsep mentoran,


manakala pentadbir pula perlu memainkan peranan lebih berkesan dalam

menangani perubahan supaya dapat diterima oleh pendidik.

e. Pemantapan harus dilakukan ke atas guru permulaan untuk

meningkatkan kredibiliti mereka dalam aspek amalan pengajaran

.Pemantauan harus dilakukan secara tekal oleh pentadbir sekolah serta

pihak nazir .Laporan pemantauan digunakan untuk pengesahan dalam

jawatan dan kenaikan pangkat.

f. Budaya professionalisme harus diterapkan pada semua peringkat

14

640919035002

organuisasi pendidikan. Sebuah jawatankuasa peringkat Kementerian

Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daeran dan

sekolah harus dibentuk untuk memastikan budaya professionalisme diikuti

pada setiap peringkat.

Dengan resolusi yang digariskan itu, sebenarnya menunjukkan

kesungguhan warga pendidik untuk mengangkat martabat professioan keguruan,

seterusnya memastikan profession ini terus diiktiraf, dihormati, dan dikagumi

bagi merealisasikan misi nasional.


Dalam usaha memartabatkan profession keguruan bagi merealisasikan

misi nasional ini, turut mendapat tempat pada permulaan Rancangan Malaysia

Kesembilan (RMK9). Bagi menyahut misi nasional ini, tindakan yang akan

diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah Pelancaran Pelan Tindakan

atau ‘blue-print’ yang menyediakan asas yang kukuh ke arah menreformasikan

pendidikan sepenuhnya menjelang 2020.

Tiga matlamat utama yang akan dicapai melalui pelan tindakan ini ialah:

1.Membentuk cirri-ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia yang

maju menjelang 2020.

15

640919035002

2.Menyediakan akses, ekuiti dan pendidikan berkualiti untuk semua

golongan agar pada tahun 2020 nanti, tidak ada yang akan tercicir dalam arus

pembangunan.

3.Terarah untuk memastikan pembangunan yang mapan agar kemajuan

yang dicapai oleh Negara dan bangsa dapat terus dipertahankan.

Semasa ucapan pembentangan RMK9 oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’

Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengistiharkan sebuah misi nasional yang

telah menggariskan lima teras utama Dua daripadanya sangat berkait rapat

dengan pembangunan modal insan dan bidang pendidikan , serta peranan yang
perlu dimainkan oleh kita sebagai warga pendidik dalam memartabatkan

profession keguruan , seterusnya misi nasional dapat direalisasikan.

16

640919035002

RAJAH TENTANG LIMA TERAS KE ARAH PENCAPAIAN MISI

NASIONAL

TERAS 1 TERAS 2

MENINGKATKAN EKONOMI MENINGKATKAN KEUPAYAAAN


PENGETAHUAN DAN INOVASI PEN GETAHUAN DAN INOVASI
DALAM RANTAIAN NILAI NEGARA SERTA MEMUPUK
LEBIH TINGGI ‘ MINDA KELAS PERTAMA’
LIMA TERAS MENJAYAKAN MISI NASIONAL

TERAS 3 TERAS 4

MENANGANI MASALAH MENINGKATKAN TAHAP


KETIDAKSAMAAN SOSIOEKONOMI DAN KEMAMPANAN KUALITI
YANG BERTERUSAN SECARA HIDUP
MEMBINA DAN PRODUKTIF

TERAS 5

MENGUKUHKAN KEUPAYAAN INSTITUSI


DAN PELAKSANAAN

17

640919035002

a.Teras 1:

Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.

Bagi subsektor pendidikan, langkah akan dipergiat untuk mempromosi

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan serantau bagi Pendidikan peringkat

tertiari.Pendidikan tertiari dalam konteks sistem Pendidikan Kebangsaan adalah

pendidikan selepas pendidikan menengah hingga ke peringkat pendidikan tinggi.

Pendidikan pada peringkat ini merangkumi program pendidikan di kolej komuniti,


politeknik, institusi latihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta,

universiti awam, dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).

Pendidikan tertiari merupakan pemangkin utama penjanaan sumber

tenaga manusia yang berpengetahuan, berkemahiran, dan berketrampilan bagi

memenuhi keperluan mencapai wawasan negara. Pendidikan tertiari harus

berupaya membangunkan minda yang kritis, kreatif, dan inovatif serta dapat

memajukan masyarakat dan Negara dalam persaingan global. Pendidikan tertiari

juga merupakan agen utama untuk mencorakkan sosioekonomi yang lebih

saksama dan berasaskan K-ekonomi, serta menghasilkan masyarakat berakhlak

mulia, berperibadi tinggi, berdaya saing, dan seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek.

Dalam konteks pendidikan ini, aktiviti penyelidikan dan pembangunan

(R&D) akan dipergiatkan yang dijalankan oleh jabatan/bahagian yang

18

640919035002

mempunyai perkaitan dengan hal-hal dasar dan isu-isu terkini pendidikan.

Hasil dapatan digunakan sebagai input untuk pemutusan dasar dan

perancangan Pendidikan atau oleh pensyarah di maktab perguruan merupakan

kajian tindakan untuk memperbaiki proses P&P.Dalam strategi pelaksanaan ,

melalui R&D, bidang kritikal yang perlu disemak semula dikenal pasti oleh setiap

jabatan dan bahagian untuk memperkemas dan menambah kecekapan

pengurusan pendidikan mengikut keperluan.


b.Teras 2

Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk

‘Minda Kelas Pertama’

Dalam tempoh Rancangan, usaha akan dipergiat untuk mebangunkan modal

insane demi memacu transformasi negara kearah ekonomi berasaskan

pengetahuan.Program dan projek akan dilaksana bagi mencapai keutamaan Misi

Nasional , iaitu menambah baik sistem pendidikan, meningkatkan inovasi dan

memastikan pembanguan modal insan yang menyeluruh.

Meningkatkan Akses dan Kualiti Sistem Pendidikan di semua peringkat kurikulum

dan pengajaran.Dalam tempoh rancangan, pelaksanaan Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan akan dipercepatkan untuk memastikan keseragaman dan kualti. Di

peringkat sekolah, aktiviti kurikulum dan kokurikulum akan dikaji

19
640919035002

semula bagi memastikan asas yang kukuh dalam pembangunan kompetensi

teras dan bersesuaian dengan keperluan yang sentiasa berubah. Kurikulum bagi

latihan perguruan juga akan dikaji semula, antaranya untuk menambah baik

kandungan mata mata pelajaran , meningkatkan kemahiran pedagogi dan

membolehkan penggunaan ICT yang lebih meluas dalam bidang pendidikan.

Majlis Penasihat Kebangsaan bagi pendidikan dan latihan akan

ditubuhkan bagi memberi panduan mengenai dasar dan strategi berkaitan

pendidikan. Akses kepada pendidikan prasekolah akan diperluas dengan


penyediaan lebih banyak kelas prasekolah, terutama di kawasan luar

bandar.Lebih banyak peluang latihan dalam perkhidmatan disediakan kepada

guru, menjadikan semua sekolah kebangsaan sebagai sekolah ‘bestari’ melalui

Program Pembestarian Sekolah. Kualiti ahli akademik dipertingkat, jalinan

kerjasama dengan institusi terkemuka akan diusahakan termasuk melalui

kerjasama penyelidikan.Penampilan yang progresif serta moral, etika dan nilai

murni akan menjadi komponen utama dalam membangunkan modal insan.

c. Teras 3

Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan secara

membina dan produktif.

Tempoh RMK ke-9 akan memperlihatkan penekanan semula dalam

menangani ketidakseimbangan sosioekonomi.Jika dibiarkan, ketidaksamaan

20
640919035002

yang berterusan akan memberi impak negatif kepada pertumbuhan, menggugat

perpaduan nasional dan menjejaskan kestabilan sosial.Walau bagaimanapun,

pendekatan kea rah menangani ketidakseimbangan sosioekonomi akan

menumpu kepada bina upaya dan meningkatkan daya saing, serta akan

diperhalusi semula dengan mengambil kira pengalaman yang dipelajari dalam

pelaksanaan yang lepas serta tekanan daripada persaingan global dan

liberalisasi.
d.Teras 4

Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup

Bagi membina kecemerlangan kesukanan dan gaya hidup sihat, pelbagai

program sukan untuk orang ramai akan.dilaksanakan. Inisiatif berkaitan sukan

dan infrastruktur di sekolah akan dipertingkat bagi mewujudkan asas yang lebih

baik untuk memupuk dan membangun atlit dalam bidang sukan berprestasi

tinggi.

e.Teras 5

Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan

Kerenah birokrasi akan terus dikurangkan di semua peringkat meliputi tempatan

dan daerah.Proses dan prosedur kerja serta undang-undang akan dirombak dan

diperkemaskan , manakala lebih banyak pusat keputusan akan ditubuhkan bagi

21

640919035002

membolehkan keputusan dibuat dengan lebih berkesan dan cepat.

Daripada lima teras yang dikemukakan di atas, dua daripadanya sangat berkait

rapat dengan pembangunan modal insan dan pendidikan.Bagi menyahut misi

nasional,sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan, kita warga

pendidik harus perlu menjurus ke arah usaha memperbaharui komitmen kita

semua terhadap profession keguruan dan juga pendidikan anak bangsa secara

bersungguh-sungguh di dalam melaksanakan agenda dan wawasan negara.


Pelan tindakan Kementerian Pelajaran sepanjang Rancangan Malaysia ke-9

yang akan dilancarkan nanti berhasrat untuk mencapai tiga matlamat

utama:

Matlamat Pelan Tindakan Kementerian Pelajaran

Membentuk ciri-ciri individu Menyediakan akses, ekuiti, Terarah untuk

dan masyarakat bangsa dan pendidikan berkualiti memastikan

Malaysia maju pada untuk semua golongan agar pembangunan

tahun 2020. pada tahun 2020 kelak, yang mapan

tidak ada mana-mana pihak agar kemajuan

yang tercicir dari arus dicapai

kemajuan negara. oleh negara

22 dan bangsa

640919035002

Berdasarkan Pelan Tindakan Rancangan Malaysia ke-9 ini, golongan pendidik

harus menggerakkan komitmen untuk menyelesaikan tugas-tugas yang belum

selesai, mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah-sekolah di dalam

kelompok-kelompok kecemerlangan sehingga semua sekolah termasuk guru dan

pelajarnya boleh mengangkat nama negara dan sistem pendidikan negara di

mata dunia.
Oleh sebab profession keguruan sangat penting dalam proses

pembangunan manusia dan negara, maka adalah menjadi tanggungjawab

bersama semua pihak untuk menjaga, melindungi dan meningkatkan martabat

profession ini agar integriti dan autoritinya sentiasa terpelihara, diyakini dan

dihormati. Institusi di dalam proffesion ini juga harus mempunyai ‘substance’ dan

‘content’ agar peranannya untuk menjana proses penyerapan dan pembinaan

ilmu di dalam masyarakat dapat diperkukuhkan sepanjang masa.

Dalam usaha memartabatkan profession keguruan ini, suatu pendekatan

yang bersepadu dan pelbagai dimensi haruslah diamalkan. Kedua-dua

pendekatan ini boleh dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak di dalam

masyarakat.Bukan sahaja usaha berpanjangan dari kerajaan, tetapi juga

sokongan dari masyarakat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dan

23
640919035002

pihak swasta harus ada suatu pakatan bijak (Smart partnership) agar

peningkatan kemahiran, kualiti perkhidmatan, daya kepimpinan mampu

mengangkat martabat profession keguruan, seterusnya misi nasional mampu

direalisasikan.
24

Kesimpulan: 640919035002

Sebenarnya sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju

ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan

adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju p

dan ini adalah menjadi satu bentuk cabaran dalam profession keguruan. Walau

apapun, kita yang bergelar ‘guru’ harus sentiasa mempertingkatkan kecekapan,

kebolehan prestasi dan keyakinan diri dari semasa ke semasa agar segala

tuntutan-tuntutan dalam perubahan berkaitan pendidikan seperti kurikulum dan

dasar-dasar dapat ditangani secara lebih efisien.


Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan profession

keguruan adalah bergantung kepada anggapan masyarakat kerana masih ada

lagi yang menganggap profession ini sebagai ‘kelas kedua’.Jika situasi ini masih

berterusan, adalah perlu bagi pihak kerajaan bersungguh-sungguh menjadikan

profession keguruan ini sebagai satu profession yang unggul dan disegani ramai.

Dalam usaha memartabatkan profession keguruan, para guru sebenarnya

mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan

keprofessionalismanya iaitu melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan

kemahiran.Pihak guru sendiri harus sentiasa mengasah bakat kepimpinan

mereka dan bersikap lapang dada bersedia untuk meningkatkan produktiviti

masing-masing dengan penuh keikhlasan, tanpa mengharapkan imbalan

keduniaan atau material.Jangan biarkan pepatah menyebut ’guru kencing berdiri,

murid kencing berlari’ atau ‘seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul’

mencemari profession yang bergelar guru. 25

640919035002

BIBLIOGRAFI

1.PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2001 – 2010 – Kementerian Pendidikan

Malaysia

2.KEPIMPINAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – YAHYA DON – Siri

Pengurusan Sekolah
3. PENDIDIKAN DI MALAYSIA; SEJARAH SISTEM DAN FALSAFAH – Sufean

Hussin DBP

4.DEWAN KOSMIK OGOS 1997

5.DEWAN EKONOMI MEI 2002

6.FOKUS ERA BARU DUNIA PELAJAR SPM

7.JAYAKAN MISI NASIONAL – RMK-9 Pacu Malaysia menuju Wawasan

2020-Asuki Abas

26