Anda di halaman 1dari 3

Karangan PT3: Peribahasa Bersatu Teguh Bercerai Roboh.

Bersatu teguh bercerai roboh perlu menjadi pegangan hidup masyarakat Malaysia.
Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh bermaksud kepentingan bekerjasama dan perpaduan
dalam sesebuah negara itu. Konsep ini begitu penting kerana keutuhan negara banyak ditentukan
oleh rakyat yang mempunyai kesepaduan yang sebenarnya. Negara yang mempunyai rakyat yang
tidak bersatu pasti akan menerima impak negatifnya terutama dengan keadaan ekonomi dan
politik dunia yang begitu berkaitan hubungannya. Jelaslah, peribahasa ini mempunyai banyak
kepentingan untuk dihayati oleh masyarakat kita.
Kehidupan masyarakat kita yang berbilang kaum memerlukan pengamalan peribahasa ini
kerana satu tindakan yang tidak bijak mampu menjejaskan keamanan yang dihayati selama ini.
Mereka perlu berpegang pada prinsip peribahasa ini untuk membina kekuatan negara kita
semula. Masyarakat yang berbilang yang wujud di negara ini menyebabkan perasaan perpaduan
itu begitu mudah dikikis jika kita tidak berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan yang
mungkin boleh menjatuhkan air muka kaum yang lain. Maka, peribahasa ini mengingatkan kita
betapa pentingnya perpaduan itu.
Selain itu, konsep perpaduan yang diutarakan dalam peribahasa ini juga penting dalam
suasana politik negara. Perpaduan diperlukan dalam politik kerana politik boleh membela nasib
rakyat negara ini. Perpecahan yang wujud dalam sistem politik atau pentadbiran negara boleh
menggugat keamanan negara pada jangka masa panjang.Tanpa perpaduan yang utuh tiadalah
sistem politik yang kukuh untuk memastikan nasib rakyat di negara ini terus terbela.
Pada masa yang sama, makna perpaduan juga penting untuk memudahkan pembangunan
dilaksanakan di negara ini. Semua aktiviti pembangunan yang dirancang bertujuan untuk
menjadikan negara ini lebih makmur dan maju. Sebarang tindakan negatif atau jahat boleh
menjejaskan pembangunan yang kemudiannya menjadikan taraf kehidupan rakyat menurun
secara mendadak. Keadaan ini jika berterusan akan menjadikan rakyat di negara ini hidup dalam
satu suasana yang begitu menyedihkan seperti keadaan negara asing yang kita sering tonton di
televisyen pula.
Malahan, peribahasa ini turut mencanangkan maksud perpaduan rakyat dalam bentuk
penyatuan kebudayaan. Kita sedia maklum budaya negara ini berbilang yang memerlukan satu
integrasi untuk menjadikan semua kebudayaan kita itu satu kebudayaan Malaysia yang
sebenarnya. Amalan bekerjasama atau perpaduan yang dihayati oleh rakyat negara ini
membolehkan semua kebudayaan yang berbeza itu diserapkan secara tabii menjadi satu
kebudayaan kebangsaan yang boleh menjadi kebanggaan semua rakyat negara ini.
Kesimpulannya, peribahasa ini banyak membawa peringatan kepada kita semua akan peri
pentingnya perpaduan atau semangat bekerjasama itu. Sikap menuding jari terhadap mana-mana
pihak apabila mengalami sesuatu masalah bukanlah satu tindakan yang sesuai di negara ini. Kita
harus sedar bahawa amalan bagai aur dengan tebing amat penting dipraktikkan di negara ini.

Strategi Menjawab Karangan


Langkah T,K,F. (Tema, kata kunci, format).
Contoh :
Menabung banyak membawa kebaikan kepada kita semua. Pada pendapat anda, apakah kebaikan
menabung kepada rakyat dan negara?
Tema
Menabung.
Kata Kunci
Kebaikan
Format
Pendapat
Komponen Karangan.
Pengenalan
Gambaran awal
Terdiri daripada:
o Ayat rangsangan
o Ayat arahan
Isi 4 Ayat
Ayat Judul
Ayat Huraian
Ayat Bukti
Ayat penegas
Contoh:
Satu daripada punca berlakunya kemerosotan mutu bola sepak tempatan ialah tahap
disiplin pemain negara yang jelas kurang memberangsangkan.(AJ) Sudah banyak kali disiplin
pemain bola sepak kita dipertikaikan ketika menyertai sesuatu kejohanan.(AH) Sebagai
contohnya, suatu ketika dahulu enam orang pemain bola sepak kita digantung beberapa bulan
kerana menghabiskan masa di pusat hiburan pada waktu malam. (AB) Perkara-perkara seperti
inilah yang menjadi halangan utama pasukan negara kita untu mencapai kejayaan. (AP)

Penutup
Kesimpulan kepada isi-isi.
Peribahasa sangat digalakan
Tiga jenis ayat
o Penyimpul
o Harapan
o Cadangan
Pemeriksaan Kertas.
1. Minimum 4 ISI.
2. Bahasa menarik dan GRAMATIS.
3. KOSA kata yang luas.
4. Perenggan yang seimbang.
5. Kesalahan bahasa yang minima.
6. Melebihi 180 PATAH PERKATAAN.
Gaya Pemberian Markah.
Keseluruhan Impresi Pemeriksa.
Ejaan Maksimum dua markah ditolak.
Format Maksimum dua markah ditolak.
Latihan Karangan
1.

Guru memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan seseorang.


Bincangkan peranan guru dalam mendidik pelajar di sekolah. Panjang karangan
anda mestilah melebihi 180 patah perkataan.