Anda di halaman 1dari 4

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan mengenai masalah kajian dan kepentingan kajian di
laksanakan. Ia memberi maklumat awal mengenai tujuan kajian dan persoalan kajian
serta menyatakan definisi operasional bagi pengukuran pemboleh ubah kajian.

1.2 Latarbelakang
Hipertensi atau Tekanan darah tinggi di definisikan peningkatan tekanan darah yang
melebihi bacaan normal dan ia juga adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan
banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan
dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%.
Komplikasi-komplikasi tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organorgan penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan
kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat
tekanan darah meningkat. (MOH, 2012).
Laporan kajian prevelans oleh berdasarkan laporan World Health Organization
(WHO) dan Centers for Disease Control and Prevention (CDC), dianggarkan jumlah
pesakit hipertensi di seluruh dunia berjumlah 600 juta orang, dengan 3 juta kematian
setiap tahun (Setiawan, 2006).
Mengikut statistik yang dikeluarkan Institut Hati, Paru-paru dan Darah
Kebangsaan Amerika Syarikat (US NHLBI) menunjukkan lebih 65 juta atau satu
daripada setiap tiga orang dewasa di Amerika Syarikat menghidap tekanan darah tinggi,
sementara 59 juta lagi warga Amerika mengalami peringkat awal darah tinggi. Kajian
juga meramalkan menjelang tahun 2025, dianggarkan 1.56 bilion penduduk dunia
menghidap tekanan darah tinggi. Ia adalah pembunuh senyap kerana lazimnya ia tidak
memberikan sebarang amaran atau simpton. Berikutan itu, ramai yang tidak menyedari
kehadirannya. (Wan Amir Nizam, 2010).
Di Malaysia sendiri, prevelans pesakit hipertensi berumur 18 tahun meningkat
32.7% dan bagi yang berumur 30 tahun juga menunjukkan peningkatan sebanyak
43.5% pada tahun 2011 (Abd. Rashid Abd. Rahman, 2014).
Salah satu sebab mengapa penyakit darah tinggi `diabaikan' ialah kerana ia
langsung tidak menunjukkan sebarang gejala `menakutkan' yang dapat dilihat dengan

mata kasar. Pada masa yang sama, ia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk
meninggalkan kesan kepada penghidapnya. (Zaki Murad, 2014)
1.3 Kenyataan masalah
Melalui kajian ini untuk mengetahui dan menilai penjagaan diri pesakit hipertensi
dikalangan penduduk daerah tuaran.
Tidak hairanlah jika kita `kurang berminat' untuk mempedulikan bacaan tekanan
darah setiap kali menjalani pemeriksaan doktor. Malah, rata-rata juga beranggapan
bahawa darah tinggi atau dalam istilah perubatannya, hipertensi ini bukanlah satu
ancaman kepada kesihatan. (Zaki Murad, 2014).
Gaya hidup masyarakat urban pada masa kini yang terlalu sedikit melakukan
senaman dan terlalu banyak makan adalah antara punca utama yang menyebabkan
hipertensi. (Azani Mohamed Daud, 2012)
1.4 Signifikan kajian.
Kajian ini diharap dapat memberi maklumat yang penting mengenai
penyalahgunaan dadah dikalangan masyarakat Malaysia. Data yang telah terkumpul
dan diperolehi daripada orang ramai juga diharap dapat membantu masyarakat untuk
meningkatkan lagi tahap kesedaran mengenai bahayanya Hipertensi kerana ianya
mampu memberi impak yang besar kepada masa depan. Disamping itu,diharap kajian
ini akan membantu dalam mengenal pasti tentang penjagaan diri dikalangan pesakit
hipertensi. Maklumat yang diperolehi boleh membantu dalam menyediakan strategi
untuk masalah hipertensi menjadi teruk di sekitar Hospital Tuaran.

1.5 Tujuan kajian.


Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan pesakit
yang menghidap penyakit hipertensi tentang penjagaan diri terhadap penyakitnya yang
datang ke Hospital Tuaran. Hasil kajian yang bakal diperolehi diharap mampu untuk
meningkatkan pengetahuan orang ramai untuk menjaga diri atau ahli keluarga daripada
komplikasi yang boleh dapat dari penyakit Hipertensi.

1.6 Objektif kajian.


Objektif Am:
Menilai Amalan Penjagaan Diri Di Kalangan Pesakit Hipertensi Di Jabatan
Pesakit Luar (JPL) Hospital Tuaran.

Objektif Spesifik:
1.6.1 Menilai amalan pemakanan dikalangan pesakit Hipertensi di Jabatan Pesakit
Luar (JPL) Hospital Tuaran
1.6.2 Menilai amalan pesakit Hipertensi di Hospital Tuaran didalam melakukan
aktiviti fizikal.
1.6.3 Menilai amalan pengambilan ubat-ubatan dikalangan pesakit Hipertensi di
Jabatan Pesakit Luar (JPL) Hospital Tuaran
1.6.4 Menilai amalan pesakit hipertensi di Jabatan Pesakit Luar Hospital Tuaran
didalam melakukan home blood pressure monitoring (HBPM)

1.7 Persoalan kajian.


Kajian ini diharap dapat menjawab persoalan kajian iaitu:
1.7.1 Adakah pesakit hipertensi mengamalkan pemakanan yang sesuai untuk
penyakit hipertensi?
1.7.2 Adakah pesakit hipertensi melakukan aktiviti fizikal yang bersesuai seperti
senaman ringan?
1.7.3 Adakah pesakit hipertensi mengambil ubat-ubatan mengikut arahan
doctor?
1.7.4 Adakah pesakit hipertensi melakukan pemeriksaan berkala tekanan darah
mereka?

Anda mungkin juga menyukai