Anda di halaman 1dari 8

Manual Penanaman Cili Merah

PANDUAN MENANAM CILI MERAH

PENGENALAN
Cili ialah sayur jenis berbuah dan tanaman sayur tanah rendah. Varieti yang baik
perlu mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadap penyakit
dan serangan-serangan serangga.

· Varieti MC 11
Varieti ini mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam ke ladang dan
berterusan sehingga musim berakhir. Sifat pembuahan yang berterusan
menyebabkan buah-buah cili dipetik setiap dua hari. Sehingga musim berakhir
lebih kurang 30 pemetikan dilakukan. Varieti ini sesuai ditanam dan berupaya
mengeluarkan hasil yang tinggi di pelbagai persekitaran dengan jarak tanaman
60 cm x 100 cm.
· Varieti MC 12
Varieti MC 12 sangat produktif, mempunyai dua puncak pengeluaran dan
berupaya mengeluarkan hasil sehingga 4 bulan dengan sistem pengairan yang
cekap. sifatnya yang cepat matang (7 minggu selepas ditanam) dan pemetikan
hasil dilakukan selang 5-6 hari. Ini membolehkan buahnya dipetik sebelum
diserang oleh penyakit. Dalam tempoh 2 bulan penghasilan, hasil yang
diperolehi antaa 20-29 tan/ha. Pokoknya yang rendah dapat mengatasi masalah
pokok rebah, oleh itu pancang-pancang tidak diperlukan. Buahnya yang panjang,
padat dan menarik sesuai untuk kegunaan segar dan pemprosesan.
· MC 4
Varieti ini dibiakkan oleh MARDI. Saiz sederhana panjang, rasa kurang pedas.
Jangkamasa pengeluaran adalah pendek. Pungutan hasil adalah selama 8-18

KERINTANGAN TERHADAP PENYAKIT 1. · Kulai Saiz buahnya 12-15 sm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan. Penyakit-penyakit disebarkan oleh Kutu Daun. Musnahkan pokok yang berpenyakit. saiz buah 10-15 sm. Rentan padaVIRUS antraknos dan virus. Sesuai untuk ditanam secara besar-besaran. tinggi pokok 100-200 sm. 3. . Hasil adalah sebanyak 15-25 tan/hektar. Antraknos (MC 11 & 12 : rentan) Rawat biji benih dengan Thiram.5 kaki). 2. rentan padaVIRUS . PENANAMAN Penyediaan Tanah: 1. sangat pedas dan ianya sentiasa berbunga. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Hasilnya ialah 12-20 tan/hektar. Jangkamasa pungutan adalah panjang (5 bulan). Pungutan hasil selama 12-32 minggu selepas menanam. MC 12: rentan) Sembur racun kulat Benomyl (Benlate). Kerekot Daun dan Mozek Daun (Leaf curl and mosaic virus) MC 11 rentan . Sederhana tahan pada penyakit antraknos. Sembur racun kulat Mancozeb. Hawa Reput/PucukChoanephora (MC 11: sedikit tahan. MC 12 escape. mesocap tebal. rasanya sangat pedas. variasi dari segi bentuk buah kurang.minggu selepas menanam. tinggi pokok adalah 60-180 sm. 10-15 g/biji. · MC 5 Varieti ini dibiakkan oleh MARDI. Jarak antara batas ialah 45 cm (1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Sediakan batas berukuran 1. tirus. Di Ladang Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci). Hasil buah sebanyak 10-15 tan/hektar.

Jarak tanaman ialah 5 cm (2inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok. Semai 5 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. cara menanamnya perlu diberi perhatian. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Menyediakan Anak Benih: Bagi tanaman di ladang. Sebelum mencabut. amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok. Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai.2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah. dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya. 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Disamping itu. MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur. 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci). 22 cmm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu. . Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris 2. Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak. Di Ladang Anak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum diubah ke ladang. Tinggalkan hanya sepokok. sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci panjang. Kemudian. gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya. Menanam: 1. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah. Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.

mancozeb. Berbagai-bagai jenis serangga perosak telah dikenalpasti menyerang tanaman cili pada semua peringkat pertumbuhan.PENJAGAAN: Menyiram Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan. Merumput Bersihkan batas daripada rumpai dengan menggunakan tanah. cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpai untuk mengawalnya. Di Ladang Tabur baja NPK Blue Special (12:12: 17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan 2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12 17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu. Sembur dengan racun kulat seperti chlorothalonil.  Hawar pucuk (Choanephora cucubitarum) Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam. terdapat spora-spora hitam pada . 2. Di Ladang . Sungkupan 1. Rawat biji benih dengan racun kulat. Membaja 1. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain -Gunakan rumput-rumput kering. Amalkan tanaman giliran. PENYAKIT DAN PENYEBAB BAGI TANAMAN CILI  Bintik daun (Cercospora capsici) Bintik-bintik kecil bulat perang pada daun. KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT Tanaman cili mengalami banyak masalah dan antara yang penting ialah masalah serangga perosak dan penyakit.

· Pengorek Buah: Membuat lubang besar pada permukaan buah yang diserang. · Lalat Buah: Bertelur di kulit buah. Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit dan amalkan tanaman giliran. Serangan menyebabkan daun berkerekot dan pertumbuhan pokok muda terbantut. Rawat biji benih dengan racun kulat. · Hama: Daun yang diserang menjadi kerekot. kecil dan melengkung ke bawah. dan Rhizoctonia spp. Selain itu.pucuk.  Layu bakteria ( Ralstonia solanacearum) Daun berwarna kuning. layu dan akhirnya mati. Larva merosakkan bahagian dalam buah mengakibatkan buah menjadi busuk dan berair. · Ulat Ratus: Makan daun dan buah. Kutu trip juga boleh menyebar virus.  Antraknos Buah Sembur racun kulat seperti Mancozeb Perosak · Kutu Daun: Sembur racun serangga chlorphyritfos atau imidachloprid · Hamama Merah: Daun yang diserang menjadi kerekot. Sembur racun seperti dicofol atau malathion · Afid: Menghisap cecair daripada bahagian daun. Anak benih layu. pucuk dan bunga. pucuk dan bunga cili. Akibatnya daun menjadi kecil dan bentuk daun melengkung ke atas.) Pangkal anak benih kelihatan seakan-akan lecuh. Perlu saliran yang baik. afid ialah pembawa penyakit virus. Jika akar atau batang dipotong atau direndam dalam air akan mengeluarkan cecair jaluran putih. · Kutu Trip: Menghisap cecair daripada bahagian daun. .  Reput pangkal (Sclerotium roolfsii) Pangkal pokok dan akar menjadi hitam dan reput. rebah dan mati. kecil dan melengkung ke bawah.  Lecuh anak benih (Phthium sppp. Rawat biji benih dengan racun kulat.

Racun perosak terpilih yang berkesan boleh digunakan mengikut peraturan yang disyorkan bagi mengurangkan kerosakan oleh perosak-perosak tersebut. Di ladang.  Cahaya yang dipantul oleh sungkupan plastik bersinar boleh meningkatkan aktiviti stomata dan fotosintesis.  Mengekalkan kelembapan tanah dan menstabilkan suhu tanah. pantulan cahaya semakin berkurangan untuk menghalang hinggapan afid bersayap dan kutu trip. Pada peringkat berbuah pula. Ini amat penting terutama pokok sekurang-kurangnya sehingga minggu ke -5 selepas diubah ke ladang. Seelok-eloknya setiap semburan diulang selepas 7 hari sehingga masalah perosak dapat diatasi. Tujuannya ialah untuk menghalang serangan serangga perosak seperti afid daripada menyebar penyakit virus dan juga serangga-serangga lain yang boleh merosakkan tanaman cili. Ini penting kerana anak-anak benih cili yang hendak diubah ke ladang mestilah sihat. pada peringkat semaian. dicadangkan supaya racun serangga terpilih yang berkesan digunakan dan disembur apabila perlu sahaja. Peringkat ini dianggap kritikal kerana jika jangkitan virus berlaku hasil akan berkurangan sebanyak 30% hingga 60%. batas-batas mestilah disungkup dengan plastik bersinar. Akan tetapi. Perkara penting yang . Pantulan cahaya daripada plastik bersinar ini mampu menghindarkan dan mengurangkan afid bersayap dan juga kutu trip hinggap pada tanaman cili.Untuk pengawalan yang berkesan. Tambahan pula anak-anak benih cili yang dijangkiti virus pada peringkat semaian sukar dikenalpasti kerana simptomnya tidak jelas seperti pada pokok dewasa. Anak-anak benih yang dijangkiti virus tidak boleh dipulihkan semula. Oleh itu.  Menghalang hakisan baja oleh pengaliran air dan hujan. Selepas tempoh ini. selepas minggu ke-5 sebahagian besar permukaan plastik akan dilindungi oleh rimbunan pokok cili. jika tidak diawasi dengan teliti buah-buah cili boleh dirosakkan oleh perosak buah dan lalat buah. Disamping mengawal afid dan mengurangkan kejadian penyakit virus. penggunaan sungkupan plastik bersinar juga memberi beberapa kebaikan seperti: Membantu mengawal rumput-rumpai dan mengurangkan kos merumput. benih cili hendaklah disemai di dalam rumah jaring kalis serangga.

Pendapatan (kasar ialah antara RM400. · Cili HIjau Harga ialah antara RM4. Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman cili secara sistem selingan antara jagung dengan cili.perlu dipatuhi bagi penyemburan semasa peringkat berbuah ialah hasil hanya boleh dituai selepas 7 hari penyemburan dilakukan.8 hingga 15 kg sepokok. Pendapatan kasar ialah antara RM50. penanam cili harus sedar bahawa aspek pengurusan tanaman seperti pengairan dan pembajaan juga penting bagi menentukan pengeluaran hasil yang tinggi dan bermutu.00 ke RM6.00 ke RM1. kura-kura.200 kg. Sistem ini menggalakkan kehadiran kumbang kura-kura yang makan afid pada jagung. Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman cili secara kecil-kecilan. perlu diingat bahawa tanaman jagung mestilah ditanam 3 atau 4 minggu lebih awal sebelum anak benih cili diubah ke ladang.00. tetapi sistem ini kurang sesuai untuk penanaman secara komersial kerana terdapat masalah dalam operasi penjenteraan. Selain amalan pencegahan dan pengawalan perosak. lalat sirfid dan kutu sibur-sibur juga boleh diamalkan. Anggaran hasil dari kawasan 50 m (400 kaki) persegi ialah 100 .600.200.00. · Cili Merah Harga ialah antara RM5. Serangga-serangga ini gemar makan afid manakala bakteria Bacillus thuringiensis digunakan untuk mengawal serangga-serangga perosak seperti ulas pengorek buah dan ulat ratus.00 ke RM8. Secara tidak langsung. sistem tanaman berbilang seperti selingan antara cili dengan jagung boleh diamalkan. kumbang kura-kura ini juga akan memusnahkan afid yang ada pada tanaman cili. Anggaran hasil ialah 0.00 ke RM1. Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED CILI MERAH .00.00 (2) Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Sistem ini berupaya mengurangkan kira-kira 60% afid bersayap dan boleh mengurangkan kejadian penyakit virus sebanyak 50-60% tanpa semburan racun serangga. MEMUNGUT HASIL (1) Di Ladang Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. Pengawalan dengan menggunakan musuh semula jadi tanaman cili seperti kumbang.

Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman (hampir masak) tetapi msih diterima oleh pasaran di peringkat runcit.Kulit cili berkenaan berwarna merah sepenuhnya. PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN · Pembugkusan Cili merah dari gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Kulit cili berkenaan berwarna hijau muda. alamat.Cili berkenaan dipasarkan sebagai cili hijau. Indeks 6: Terlalu matang . Indeks 2: Cukup matang . komoditi. nama/kod penanaman. Indeks 3: Cukup matang .Tarikh. · Perlabelan Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:. nombor pendaftaran syarikat. Cili yang dipasarkan sebagai cili hijau tidak termasuk di dalam sko spesifikasi ini.Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman. Indeks 5: Cukup matang . . PERSAMPELAN Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 1187:1990 Method of Sampling for Fresh Vegetables. nombor kad pengenalan.Kulit cili berkenaan berwarna hijau tua dan berkilat dan dipasarkan sebagai cili merha. Indeks 1: Tidak matang . nama/kod pengeksport. atau kaedah statistik yang dipersetujui.Spesifikasi gred ini meliputi semua varieti dan jenis cili merah tempatan yang dipasarkan. Indeks 4: Cukup matang .Kulit cili berkenaan kelihatan berwarna merah dan hijau (hijau merah). berat bersih dan gred.