Anda di halaman 1dari 20

Manual Penanaman Tembikai

PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

(Tanaman Jangka Pendek dan Sederhana)

BUAH TEMBIKAI
Nama
Citrullus lunatus
Saintif
Schard
k
: Cucurbitaceae
Famili
: Benua Afrika
Asal
: Melikai, Timun
Nama
Cina atau
Lain
Semangka

VARIETI TEMBIKAI
1. Black Boy
Bulat. Berat 3.0 kg. Manis buah 9% JPL. Baka tulen, kulit hijau tua, isi
merah dan berbiji. Kematangan diantara 60-70 hari selepas menanam.
2. Sugar Baby
Bulat. Berat 4.0 kg.Manis buah 9% JPL. Jenis Hibrid, kulit hijau tua, isi

merah dan berbiji. Kematangan 65-75 hari selepas menanam.
3. Empire No. 2
Bujur panjang. Berat 5.5 kg. Manis buah 9.5% JPL, jenis hibrid, kulit hijau,
kekelabuan berurat halus, isi merah dan berbiji. Tempoh matang 65-75
hari selepas menanam.
4. New Dragon
Bujur panjang. Berat 5.0 kg. Manis buah 24-26% JPL. Jenis Hibrid, kulit
berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah berbiji. Tempoh matang 6575 hari selepas menanam.
5. Cina Dragon
Bujur panjang. Berat 4.5 kg. Kemanisan 10.5% JPL. Jenis Hibrid, kulit
berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji. Tempoh matang 6575 hari selepas menanam.
6. Fengshan No. 1
Bulat. Berat 10%. Manis buah 10% JPL. Jenis Hibrid, kulit hijau tua, isi
merah terang, tanpa biji. Kematangan antara 65-75 hari selepas
menanam.
7. Emperor
Bujur panjang. Berat 5.5 kg. Manis buah 10.5% JPL. Jenis Hibrid, kulit
hijau muda kekelabuan, berurat halus, isi merah, berbiji. Tempoh
kematangan 65-75 hari selepas menanam.
8. Yellow Baby
Bulat. Berat 3.5 kg. Kemanisan 10.5% JPL. Jenis Hibrid, kulit berbelang
hijau tua dan hijau muda, isi kuning, biji kurang. Tempoh kematangan 6575 hari selepas menanam
9. Crimson Sweet
Bulat. Berat 6.5 kg. Kemanisan10.8% JPL. Jenis baka tulen kulit berbelang
hijau tua, isi merah dan berbiji. Tempoh kematangan 78-88 hari selepas
menanam.
10.Flower Dragon
Bujur bulat. Berat 4.0 kg. Kemanisan 10% JPL. Jenis baka Hibrid, kulit
berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji. Tempoh
kematangan 55-65 hari selepas menanam.

kalsium.11. Super Dragon dan Flower Dragon.5% JPL.00 kg.5-7. Terdapat 2 cara penanam tembikai iaitu sistem tanam terus dan sistem mengubah dimana biji benih atau disemai dahulu dalam beg plastik yang dipanggil kerek. Suhu antara 25-35oC pada siang hari dan 18-22oC pada sebelah malam adalah amat sesuai. hasilnya rendah dan mutu buah kurang baik. Tanah Tembikai boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah yang mempunyai keasidan yang sederhana iaitu pH 4. Keperluan asas untuk tanaman tembikai:1. timun) tidak digalakkan ditanami lagi dengan tanaman tembikai untuk tempoh 3 tahun. Tempoh kematangan 65-75 hari selepas menanam. Jenis baka Hibrid. Nota : JPL = Jumlah Pepejal Larut. bagi tanah yang mempunyai pH yang rendah pengapuran diperlukan. petola. . Suhu yang tinggi boleh memendekkan jangka masa matang. Berat 4. Ini adalah untuk mengelakkan penyakit yang berjangkit dari tanah. Manakala kawasan yang paling sesuai ialah kawasan yang rata. vitamin C. Tembikai tidak sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi yang suhunya kurang dari 22oC. Kultivar tanpa biji yang ditanam di Malaysia terdiri daripada jenis kacukan hibrid F1 dari Taiwan dan Jepun yang mempunyai ciri-ciri baik seperti jangka masa matang yang singkat. 2. PENANAMAN Pokok tembikai ditanam dari biji. kulit berbelang hijau tua dan muda. kalium dan unsur-unsur zat makanan yang lain. Tanah yang sebelumnya telah ditanami tembikai atau lain-lain tanaman daripada keluarga cucurbitaceae (labu. Tembikai mengandungi lebih dari 90% air. hasil yang tinggi dan mutu buah yang baik.0. Tanaman ini didapati lebih sesuai apabila ditanam di tanah jenis gembur berpasir dan tidak menakung air.Super Dragon Bujur panjang. isi merah dan berbiji. peria. KULTIVAR YANG DISYORKAN Varieti yang popular pada masa ini ialah yang diimport dari Taiwan iaitu New Dragon. Jenis baka tulen biasanya lambat matang. natrium. fosforus. Iklim Memerlukan cuaca panas untuk pertumbuhan dan penghasil yang baik. Tanah yang tinggi kandungan liat dan menakung air didapati tidak sesuai. Kemanisan 10.

digali lubang berukuran 30 cm x 30 cm x 30 cm dengan jarak tanaman 2. Tanah yang telah dibajak. 3. PENJAGAAN 1. Kemudian ianya dibungkus dalam kain lembap sehingga biji benih kembang dan akar pertama kelihatan barulah ditanam ke ladang pada kadar 3-4 biji benih selubang. Sebelum mengubah.5 kg. Ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kelembapan tanah dan membantu pengawalan rumpai.0 x 2. Dua atau 3 biji benih disemai di setiap kerek dan diletakkan di tapak semaian yang mempunyai 50% lindungan dan disiram 2 kali sehari. anak benih dan lubang tanaman disiram.1.5 meter. jerami kering. lalang. Antara bahan-bahan yang boleh digunakan ialah rumput. Sebaik-baiknya penanaman dirancang supaya bermula pada akhir musim hujan. Sekiranya tiada lindungan. selepas disiram kerek-kerek perlu ditutup dengan plastik hitam sehingga biji benih bercambah. 2. Ini dapat menjamin tanaman tumbuh dengan lebih subur dan memberi buah yang lebih seragam. Pemangkasan Jalar tanaman tembikai perlu dipangkas pada ruas keenam atau ketujuh iaitu apabila tanaman berumur diantara 10-15 hari. Sistem Semaian (kerek) Campuran tanah dan tahi ayam dengan kadar 3:1 disediakan dan diisi ke dalam beg plastik kecil (kerek). Biji-biji benih ini direndam selama 12 jam dan digaul dengan racun kulat (thiram pada kadar 3 gram bagi 1000 gram biji benih). Pembajaan Program pembajaan yang biasa diamalkan adalah seperti berikut:- . Tanah yang mempunyai lebih kandungan liat seperti tanah mineral memerlukan lubang yang lebih besar dan dalam lagi. Keperluan biji benih ialah diantara 250-350 gram sehektar. Ini memberikan 2000 lubang sehektar bagi kawasan tanah berpasir. tahi ayam kering dan satu sudu (6-8 gm) racun serangga (seperti carbofuran) dibubuh ke dalam lubang dan digaul dengan tanah. Sistem Tanam Terus Diamalkan di kawasan yang luas melebihi 3 hektar. surat khabar lama dan plastik bersalut aluminium. Setiap lubang ditanam dengan 2 anak benih. Sebanyak 1.0-1. Sungkupan Sungkupan dibuat sebaik sahaja anak benih diubah ke ladang. 2.

putik dan lepas buah tanam 12:12:17: 100 gm 2 45 hari lepas tanam 12:12:17: 100 gm 2 Pembesaran buah Catatan Jenis baja Kadar/Lub ang Sebelum tanaman menjalar.5 kg (12:12:17: m (50 gm) 2) Pengeluaran daun dan jalar (pertumbangan tampang) 10 hari lepas tanam 12:12:17: 100 gm 2 Pengeluaran 30 hari bunga. Perlukan dan tanah gambut modal yang tinggi . Pengairan Tanaman tembikai memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan pokok yang baik dan pembesaran buah yang maksimum. Sistem pengairan yang digunakan bergantung pada jenis tanah.1. Keperluan air adalah kritikal di awal penanaman (10 hari pertama) di peringkat pengeluaran bunga (30-40 HST) dan semasa pembesaran buah (40-45 HST). Sistem Jenis Tanah Pengairan Sistem Perenjis Catatan Tanah Bris. Apabila pokok mulai menjalar. baja diberi dalam empat poket yang dibuat lebih kurang 50-70 cm dari pangkal pokok. Dipasang sebelum mineral menanam.Peringkat Pertumbuhan Masa Pertumbuhan awal tahi ayam Menana 1 . baja ditabur dalam bulatan lebih kurang 30 cm dari pangkal pokok.

Manual Air diangkut atau dialirkan melalui saluran getah dan dibawa terus ke pokok.  Warna Sulur Paut dan Daun Buah Sulur paut bertukar warna dari hijau muda kepada kuning dan kering. Tanah mineral Alur-alur dibuat yang rata Sistem Alur selebar 30 cm lebar dengan sumber air dan 20 cm dalam. . Bergantung kepada keadaan cuaca. Hasil dijangka ialah 20 tan/hektar. PENENTUAN KEMATANGAN BUAH TEMBIKAI Kematangan buah tembikai ditentukan berpandukan kepada ciri-ciri berikut: Umur Pokok Faktor umur bergantung kepada varieti dan musim penanaman. yang banyak Sistem Titis Digunakan dalam penanaman menggunakan sungkupan plastik.  Warna Kulit Buah Yang Bersentuh Tanah Warna putih sebelum matang dan bertukar kuning apabila matang. PENGUTIPAN HASIL Tembikai mula berbuah 60-70 hari selepas menanam dan buah boleh dipungut 20-25 hari selepas itu. CANTASAN Cantasan perlu dibuat untuk memastikan jalar-jalar tumbuh dengan lebih subur dan memberikan buah yang lebih serata. Jalar utama dicantas pada ruas 6 atau 7. Buah-buah yang keluar lebih awal dari ruas ke 5 dibuang. Hanya 2 biji buah disimpan pada satu pokok.tetapi tahan lama. Biasanya 4-6 pusingan pengutipan hasil dilakukan. Penanaman pada musim panas menyebabkan buah matang lebih awal. Sulur paut yang kering menandakan buah terlalu matang.

Toleran kepada cuaca panas.  Urat Pada Jalur Bagi tembikai berjalur. Ia seterusnya dimuatkan ke dalam kenderaan yang berbumbung untuk diangkut ke destinasi jualan. . Tanamannya seakan-akan tembikai tetapi buahnya kecil dan permukaan kulitnya licin. Berat ialah 1. bentuk dan varieti sebelum disusun ke dalam bakul-bakul buluh atau rotan. Kulit berwarna putih-putih kehijauan. Menjentit Buah Buah matang berbunyi seperti berongga.3 kg/biji. Varieti:  Jade Dew (jhibrid) Varieti yang sangat populat masa kini. dikumpulkan di tempat teduh. TEMBIKAI WANGI (cucumus melo.  Kekilatan Kulit Buah Buah boleh dituai apabila kulitnya menjadi pudar atau kurang berkilat. isi berwarna kehijauan oren dan baunnya harum. Buah belum matang bunyinya padat dan nyaring. papan-papan pengalas atau pelapik perlu diletakkan di antara bakul untuk mengurangkan buah-buah menjadi rosak. PENGENDALIAN LEPAS TUAI Buah-buah yang telah dipetik. kandungan gula mencapai tahap maksimum. urat pada jalur memecah dan warna jalur menjadi pudar apabila buah matang. Famili : Cucucrbitaceae Nama Lain : Honey dew Berasal dari Afrika Tropika. Pada peringkat ini. Selepas bakul-bakul disusun bertingkattingkat. diasingkan mengikut saiz.L) Nama Botan : Cucumis melo L.

000 lubang tanaman sehektra. berat buah ialah 1.6 kg. Tanah digaulkan dengan baja organan dalam lubang dan sebanyak 3 biji benih ditanam dalam setiap lubang. Biasanya biji benih ditanam terus ke ladang sebanyak 2 biji/lubang. Sun Lady (hibrid) Berat buah 1 kg/biji. Apabila tumbuh hanya 1 pokok ditinggalkan bagi selubang. Pembajaan: Pusing Massa Jenis Kadar Amaun/Hektar . Membaris dan Menyediakan Lubang: Sistem tanaman yang disyorkan ialah segi empat bujur dengan jarak tanaman 2.2-1./biji. Sebanyak 200 g biji benih diperlukan untuk satu hektar. INi memberikan sebanyak 4. penyiraman dilakukan secara manual.1. berat ialah 1. digaulkan dengan tanah dan dimasukkan ke dalam lubang. Sistem pengairan renjis disyorkan. Hujan yang terlalu banyak juga boleh menyebkan buah menjadi retak dan banyak serangan penyakit. Pengairan: Tembikai wangi sangat peka terhadap air. Menanam: Biji tembikai wangi boleh ditanam terus ke ladang atau disemai dahulu di tapak semaian sebelum diubah ke ladang.5 m antara barisan.4 .  Sky Rocket Kulit bulat panjang. kalau tidak. warna kulitnya kelabu. Kekurangan cahaya matahari boleh menyebabkan bilangan buahnya berkurangan. Penyediaan Tanah: Dua pusingan bajak piring sedalam 15-20 sm dan diikuti dengan penyediaan batas berukuran 1. Iklim dan Tanah: Memerlukan sinar cahaya matahari penuh dan panjang selama 10-12 jam sehari. Ia memerlukan bekalan air yang cukup untuk menjamin pertumbuhan yang sempurna serta pengeluaran hasil yang memuaskan.3 m tinggi bagi menentukan pertumbuhan yang baik. digaulkan dengan tanah semasa membajak.5 kg/biji.8m lebar x 0. Buahnya keras dan tahan pengangkutan. warna kulitnya hijau. Kapur sebanyak 3 tan/hektar. buah kurang manis. Lubang berukuran 30 sm x 30 sm dikorek dan baja organan sebanyak 1 kg. serta kualiti dan penghasilan menjadi kurang.  New Century Buahnya bulat panjang. 1m antara pokok dalam sebaris.

an Baja 1 2 3 4 Baja organan 15:15:1 1 kgf 5 30 g 12:12:1 100 g 7:2 100 g 12:12:1 7:2 Sebelum menanam 2 minggu 4 minggu 6 minggu Pokok 4 tan 120 kg 400 kg 400 kg Kawalan Serangga / Penyakit: Kutu Daun Lalat Buah Lecuh Antrakno s Layu Fuzarium Kulapok Downy Sembur racun Deltamethrin atau tabur Carbofuran. Sembur racun Methamidophos atau Carbofuran. Amalkan sistem tanaman bergilir. Hasil purata diantara 15. Kerja memetik perlu dilakukan dengan cermat. semasa bua cukup masak tetapi masih keras. Cantasan: Cantasan perlu dibuat untuk memastikan jalar-jalar tumbuh dengan lebih subur dan memberikan buah yang lebih serata. Sembur racun kulat Benamyl. . Buah-buah yang keluar lebih awal dari ruas ke 5 dibuang. iaitu memotong tangkai dengan pisau. Pengutipan Hasil: Boleh dipetik 60-70 hari selepas menanam. Hanya 2 biji buah disimpan pada satu pokok. Sembur racun Metalaxyl. Rawat biji benih dengan racun kulat Mancozeb atau Maneb.000 . Teknologi pengeluaran yang biasa diamalkan hanya mampu memberi hasil sebanyak 8-10 tan sehektar dengan kos pengeluaran sebanyak 60-80 sen sekilogram buah. Musnah pokok yasng diserang.000 kg/hektar. PENANAMAN TEMBIKAI WANGI CARA TANAMAN PADAT (suntingan: Majalah Teknotani April 1993 dan Bingkisan Pertanian Bil. 71) Jenis tembikai wangi yang didapati sesuai untuk pengeluaran secara komersil ialah 'Jade Dew' dan 'Sky Rocket' yang berasal dari negeri Taiwan.20.

 Pengusaha buah boleh menentukan saiz buah yang akan dihasilkan sesuai dengan kehendak pasaran.Teknologi cara tanaman padat pula mampu memberi hasil sebanyak 30-35 tan sehektar. hasil yang tinggi daripada teknologi penanaman padat dapat mengimbangi pertambahan kos ini. sebiji. Umumnya. Penanaman Kawasan yang bertakung air tidak sesuai untuk ditanam. pasaran eksport yang memerlukan buah bersaiz 1-2 kg sebiji.2.000 pokok sehektar disyorkan kerana 80% daripada buah yang dihasilkan bersaiz 2. Kos pengeluaran untuk teknologi penanaman padat lebih tinggi daripada teknologi biasa.  Semua buah boleh dipetik dalam masa hanya satu minggu sahaja berbanding dengan dua minggu dari ladang yang mengamalkan teknologi biasa. Pemilihan kepadatan tanaman bergantung pada saiz buah yang perlukan oleh pasaran.000 pokok sehektar.000 pokok sehektar didapati sesuai kerana sebanyak 70% daripada buah bersaiz 1-2 kg sebiji.000 pokok sehektar berbanding dengan cara biasa sebanyak 4. Penggunaan kerek lebih menjimatkan dan menjaminkan pertumbuhannya.5 kg. Pembajaan yang betul dan pengairan yang cukup adalah penting untuk pertumbuhan dan pengeluaran yang baik. kepadatan tanaman sebanyak 25. Biji benih disyorkan direndam dalam air semalaman untuk memudahkan percambahan. Antara kelebihan-kelebihan teknologi penanaman padat ialah: Mampu memberi hasil hampir 3 kali ganda berbanding dengan teknologi biasa. kepadatan 10. Hasil yang tinggi ini dapat mengurangkan kos pengeluaran bagi setiap kilogram buah tembikai wangi kepada 30-35 sen sahaja.0 .000 . Dua jenis semaian dipraktikkan. kemanisan dan paras kematangan.  Buah yang dihasilkan lebih seragam dari segi saiz. Untuk saiz buah yang lebih besar. Campuran tanah yang disyorkan untuk kerek ialah 3:2:1 bagi tanah:pasir:tahi ayam. Benih boleh ditanam terus atau disemaikan dalam kerek.  Mengurangkan kos pengeluaran bagi sekilogram buah sehingga 50%. Sebahagian besar pertambahan kos ini disebabkan oleh bertambahnya penggunaan biji benih. iaitu:- .25. Walau bagaimanapun. Cuaca kering dan panas akan menghasilkan buah yang bermutu tinggi. Kepadatan tanaman yang disyorkan ialah 10.

Mg) Awal 1 . 2.1.K. helaian plastik bersalut aluminium digunakan. Sistem pengairan renjis (untuk tanah pasir. .5 kg. tahi ayam Menanam 50 gm baja campuran (15:15:15) Pengeluaran daun dan jalar 10 hari lepas tanam 100 gm baja campuran (12:12:17:2 + zat mikro) 20 hari Pengeluaran lepas bunga dan buah tanam 100 gm baja campuran (12:12:17:2 + zat mikro) Pengairan Bekalan air yang mencukupi pada peringkat awal pertumbuhan. Benih yang tidak bercambah selepas 6 hari perlu digantikan. pertumbuhan tampang terakhir. Di bawah teduhan Semaian memerlukan 50% teduhan. Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:Pembajaan Tembikai Wangi Peringkat Umur Pertumbuhan Pokok Kadar Baja Sepokok (N:P. tanah liat dan liat peroi) dan pengairan secara manual biasa dipraktikkan. kerek-kerek disusun dan disiram air secukupnya serta ditutup dengan plastik tebal beberapa hari sehingga benih bercambah. Biasanya. Bahan-bahan sungkupan adalah seperti jerami. Tanpa teduhan Selepas penyemaian. Sungkupan memberi kesan penyejukan pada anak-anak pokok yang baru ditanam dan mengekalkan tahap kelembapan tanah untuk pertumbuhan pokok. Pembajaan Tembikai wangi memerlukan banyak baja dalam masa yang singkat.1. rumput kering dan kertas. perbungaan dan berbuah adalah amat penting bagi pengeluaran buah bermutu.

Ambil kira jumlah polibeg.Sedia semaian : pear moss. Halakan akar ulung ke bahagian bawah. Dua jenis tembikai wangi utama iaitu musk meon(berkulit licin) dan rock melon (berkulit berjejaring). campuran tanah dan sebagainya. . Gulungkan kertas tersebut dan masukkan ke dalam plastik lutsinar. polibeg putih/hitam dan sebagainya.Semai dalam dulang semaian berisi media peatmoss. Syaron. Rozes dan lain-lain.Bekas : pasu plastik.Pastikan media diisi dengan padat dan dibilas dengan air bersih sebelum anak pokok dipindahkan ke ladang.Rawatan biji benih : Rendam biji benih 2-3 jam. . kecerunan kawasan dan . Mariage. Kedalaman meletakkan biji benih dan kawalan kelembapan adalah kritikal dna perlu dititikberatkan. kemanisan. Golden Langkawi. Pada kebiasaannya. . KEADAAN PENGURUSAN: Menyemai biji benih . ikat dan jemur di bawah panas matahari 8-10 jam. Biarkan 1-2 hari atau sehingga akar ulung mulai keluar (bercambah). jarak kawasn penanaman. Timbuskan biji benih hanya dengan sedikit peatmoss sahaja. . cocoa peat. ramai pengusaha memilih tanaman ini kerana mudah diselenggara dan boleh memperolehi hasil dlam tempoh yang singkat (+ 2 bulan di ladang). biji benih akan terus bercambah dan mengeluarkan daun pada hari ketiga. Gordes. Siraman bagi mengekalkan kelembapan sekitar 70% adalah mencukupi. Diantara varieti yang mendapat sambutan pasran ialah Glamour. PlympicGOLD . Memasang dan menguji sistem pengairan titis . pasu tanah liat. isi pejal astau rangup dan kulit buah yang cantik.Umur 10 hari sesuai dipindahkan ke ladang. Mengisi dan menyusun media ke dalam bekas . Gelembungkan plastik tersebut dengan meniupkan angin ke dalamnya. Pasaran sekarang mementingkan saiz buah.Media disyorkan: habuk sabut 100% @ arang sekam+habuk sabut (1:1 atau 1:2) @ arang sekam+tanah (2:1) . Signal. Tuang biji benih dan air rendaman di atas surat khabar.PENGURUSAN TANAMAN TEMBIKAI WANGI SECARA FERTIGASI Dengan pengenalan teknologi fertigasi.

Satu pokok/beg.kemampuan pam.5 HP. tapak bekas tanaman dan rumah lindungan (jika perlu). Sesuaikan dengan kedudukan pam dan kawasan penanaman. Tumpuan semburan pada anak pokok dan media. Memindahkan anak pokok ke ladang Memindahkan 35-45 cm x 150 cm antara barisan. Menyedia larutan baja stok Stok A dan Stok B . gunadisinfectant seperti detool. sistem pengairan. . Kurang 200 beg gunakan pam akuarium. 1000-2500 beg gunakan pam 1. cidol. Pastikan formulasi yang digunakan adalah sesuai untuk tembikai wangi.beri siraman air baja dan lakukan semburan racun kulat. lindores dan sebagainya.Pastikan tiada ketirisasn pada penyambungan dan kadar alir yang betul pada setiap penitis. Buat pensterilan Khusus untuk pusingan kedua dan seterusnya. sihat dan uniform sahaja untuk dipindahkan. Selepas 24 jam. bekas tanaman. . Pastikan jarak penitis dan anak pokok betul (2-4 cm) dan akar tanaman menerima nutiren yang diberi.Sesuaikan sistem dengan jumlah tanaman.letak di tempat teduh. boleh digunakan. Pilih pokok yang subur. . gunakan pam 0. Komponen yang perlu disterit ialah media tanaman.0 HP secara manual atau automatik. Selesai kerja-kerja mengubah . 200-1000 beg. Penanaman di bawah struktur lindungan hujan adalah satu kelebihan.

dimethoate. Sembur Deltamethrin profenos. methamidophos.  Hamama Merah Sepanjang pertumbuhan. Menyebabkan kerosakan kulit luar permukaan daun dan jika tidak dikawal daun yang diserang akan menjadi nipis dan berlubang.  Lalat Buah Merosakkan buah muda dan masak. Sepanjang pertumbuhan menghisap cecair pada bawah daun dan pucuk.  Kumbang Daun Menyerang bahagian daun pokok terutamanya daun muda anak benih. sembur dengan racun kimia yang disyorkan setelah dikesan. Sembur Deltamethrin. Sembur Docofol. propogite.  Kutu Trips Bukan pembawa virus. Sembur dengan menggunakan racun kimia yang sesuai dilakukan di kawasan yang terlibat sahaja. methamidophos. Untuk mengawal. . methamidophos. amitraz. profenos. Sembur Deltamethrin.PEROSAK TANAMAN TEMBIKAI DAN CARA KAWALAN  Kutu Daun Pembawa virus. Sepanjang pertumbuhan menghisap cecair pada bawah daun dan pucuk.  Ulat Ratus Menyerang secara berkumpulan pada peringkat kecil dengan memakan daun muda dari bahagian tepi daun sehingga tinggal rangka sahaja. menyerang di sebelah bawah daun. dimethoate.

PENYAKIT. batang dan buah. ziram. Sembur dengan Metalaxyl dan musnah pokok yang telah diserang.  Layu fusarium (Fusarium oxysproum) Anak benih yang diserang akan reput atau terbantut. propineb. PENYEBAB DAN CARA KAWALAN  Lecur anak benih (Phthium spp. chlorothalonil atau meneb. Pokok menjadi kuning dan terbantut. Ia disebarkan melalui hujan dan sistem pengairan. Menyebabkan kekurangan hasil yang banyak. Akhirnya seluruh pokok menjadi layu dan kering. Sembur dengan racun mancozeb. Rawat biji benih dengan racun kulat. carbendazim. Pastikan saliran yang baik.  Hawa batang Menyerang daun. Amalkan giliran tanaman. Pada daun.  Kulapuk Downi Menyerang daun tua. Sering berlaku pada tanah yang salirannya tidak memuaskan. Anak benih jadi layu kerana pangkal batang telah melecuh dan reput. Guna varieti rintang dan kawal perumah yang merebakkan penyakit. Amalkan giliran tanaman dan sembur dengan racun kulat seperti mancozeb atau maneb. Kawal rumpai untuk mengurangkan perumah.  Antraknos (Colletotrichum lagenarium) Bintik berwarna hitam pada daun. tangkai dan batang. dan Rhizoctonia solani) Serang anak benih dalam semaian dan baru dialih. Pada pokok dewasa ialah satu jalar menjadi layu dan akan merebak ke jalar yang lain. Rawat biji benih dengan racun kulat thiram atau benomyl. Musnah atau bakar pokok yang diserang.  Bintik berpusar Menyerang batang. copper hyudroxide. Musnahkan pokok yang berpenyakit. Serangan ke atas batang menyebabkan bintik bermula dari ruas kemudian memanjang dan pecah. Sembur dengan menggunakan racun kulat yang disyorkan.  Mozek virus (Virus) Daun menjadi berkerekot bertompok hijau tua dan hijau muda. Boleh musnahkan seluruh kawasan dalam masa yang singkat. bintik berwarna coklat atau kelabu . daun dan buah tembikai.

faktor varieti .faktor varieti . Sembur dengan racun kulat yang disyorkan.buah terlalu dekat dengan pangkal pokok KUTIPAN HASIL . .kelembapan tanah berubah secara mendadak .pembajaan yang tidak sempurna .buah terlalu dekat atau terlalu jauh dari pangkal pokok .buah masak ketika musim hujan  Kulit buah menjadi tebal . .suhu rendah sewaktu buah masak .suhu rendah ketika buah sedang masak .serangan perosak hamama merah yang teruk  Buah tidak manis .jangkitan dan serangan perosak yang teruk.air terlalu banyak ketika buah masak .kacukan tidak sempurna .terbentuk.terlalu banyak baja P digunakan  Buah berongga .faktor varieti .penyiraman yang terlalu banyak semasa buah hampir masak .ada serangan lalat buah  Buah menjadi retak .faktor varieti -suhu rendah sewaktu buah masak .buah belum masak  Isi buah berwarna pucat .tanah terlalu kering dan kurang baja.buah terlalu dekat denan pangkal pokok .faktor varieti . GANGGUAN FISIOLOGI PADA BUAH TEMBIKAI  Buah tidak bulat bentuknya .serangan perosak dan penyakit yang teruk .

 Bahagian hujung buah agak lembut. Antara tanda-tanda yang menunjukkan buah tembikai wangi sudah boleh dipetik adalah seperti berikut: Bagi Tembikai Wangi varieti Jade Dew. Jade Dew biasanya berwarna kehijauan pada peringkat muda dan menjadi kekuningan apabila matang. Pada ketika ini tahap kemanisan atau kandungan pepejal larut sudah mencapai 10 oBirx. Keadaan pokok semasa buah membesar juga mempengaruhi kemanisan buah.Tembikai Wangi dipetik apabila mencapai peringkat masak tetapi masih keras dengan kandungan pepejal larut keseluruhan pepejal larut 8-10 oBirx. SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED TEMBIKAI . Buah yang dipetik terlalu awal tidak semanis buah yang dipetik pada peringkat masak. Kemanisan buah akan bertambah sedikit selepas disimpan beberapa hari. Pokok yang sihat sehingga buah dipetik menghasilkan buah yang manis. Buah juga berbentuk bulat atau leper sedikit.  Warna buah mulai berubah dengan nyata. sulur paut yang paling hampir dengan tangkai buah mulai layu dan kering. Buah yang terlalu masak. Buah Jade Dew mudah tercerai daripada tampuk atau tangkainya pada umur 30 hari selepas bunga kembang.  Aroma atau bau 'musky' mulai dikesan dan semakin kuat apabila buah semakin masak.  Tanda-tanda lain termasuklah bulu di bahagian tangkai buah mulai kering dan gugur. Tembikai wangi matang diantara 49-51 hari di tanah bris dan antara 58-65 hari di tanah jenis hakisan granite. walaupun pada peringkat akhir tumbesaran buah. buah sudah boleh dipetik pada peringkat 24 hari selepas bunga kembang. mudah tanggal daripada tampuk atau tangkainya. tetapi sekiranya pokok tidak sihat dan daun-daun banyak yang rosak atau mati seperti diserang oleh penyakit.  Kebanyakan buah yang matang akan membentuk jejaring (netting) pada permukaan buah.. akan menyebabkan buah tidak manis. Ini disebabkan gula yang terdapat dalam buah dibekalkan terus daripada daun.  Lapisan absis pada tampuk buah mulai terbentuk.

komoditi. Di Malaysia ia dikenali juga sebagai Semangka.Spesifikasi piawaian dan gred ini adalah untuk buah tembikai (Citrullus vulgaris Linn) yang berbentuk bulat atau bujur. Tidak sesuai untuk pasaran. rangup. serta tidak liat atau kenyal. Warna merah kehitaman dan tidak cerah. alamat. Rasa agak tawar kemasaman. Melikai dan juga Timun Cina. PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN  Pembungkusan Tembikai daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Kertas atau bahan lain yang digunakan untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Cukup Matang Kematangan 70-80%. bertekstur benyek / lembik serta lecap (water soaked). PERSAMPELAN . Tembikai berkenaan sudah mencapai tahap kemanisan yang sewajarnya.  Perlabelan Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:. berat bersih dan gred. nombor kad pengenalan. nama/kod penanaman. Spesifikasi berikut menerangkan keperluan-keperluan piawaian dan gred serta pengkelasan saiz untuk buah tembikai jenis merah. bangar dan kurang enak. nombor pendaftaran syarikat. Kandungan bahan pepejal larut mencapai 10o Brix. Bunyi padat.Tarikh.  Tidak Matang Kematangan < 60%. tidak sesuai untuk pasaran. meliputi tembikai tanpa biji dan tembikai berbiji seperti varieti New Dragon yang ditanam dan dipasarkan di Malaysia. pejal dan berjus. Warna isi menunjukkan ciri warna varieti berkenaan iaitu lebih banyak merah daripada putih. Isi tembikai kurang / tidak pejal atau rangup. kulit berwarna hijau kehitaman atau hijau muda atau berjalur antara kedua warna ini mengikut jenisnya. nama/kod pengeksport.  Terlalu Masak Kematangan > 90%. Berat bersih yang dibenarkan bagi satu unit pembungkusan ialah tidak melebihi 30 kg.

Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 78:1973 Method of Sampling Fresh Fruits. 4. Plastik silvershine / plastik hitam 6. 5. Keperluan peralatan dan bahan: 1. . Masukkan media semaian ke dalam tray. 3. Semai satu biji benih bagi setiap lubang dengan meletakkan secara mengiring. Air bancuhan racun serangga 10. Gaulkan dengan racun kulat seperti Thiram. Racun kulat seperti Thiram 8. Pam galas 4. 2. ratakan dan dimampatkan sedikit. atau kaedah statistik yang dipersetujui KAEDAH MENYEMAI BIJI BENIH TEMBIKAI SECARA PEMANASAN (HEATING) Tujuan: 1. Tos dan keringkan. Rendam biji benih di dalam Asid Amino selama 30-60 minit.Rumah teduhan Proses / Kaedah: 1. 2. Penggalak percambahan seperti Amino Asid. Astonik dan lain-lain 7. Biji benih (200 gm tembikai tanpa biji dan 20 gm tembikai kuning untuk satu hektar) 9. 6. Untuk pertumbuhan yang seragam. Tray plastik mengikut keperluan 2. Untuk memastikan peratus percambahan yang tinggi. Media semaian 3. Tutupkan biji benih yang telah disemai dengan menambahkan sedikit bahan media dan ratakan. Guni jalur / kain 5.

2. 8. .7. Anak benih sesuai ditanam setelah daun berbentuk tapak anjing (4-5 hari selepas dibuka). Tutupkan bahagian atas dan sisi dengan guni/kain dan seterusnya balutkan semua bahagian tray dengan plastik hitam. 10. Kaedah ini boleh juga digunakan untuk tembikai wangi / madu tetapi tempohnya memadai selama tiga hari dua malam sahaja (60 jam). 9.6 m tinggi dan pastikan bahagian bawah tray dengan lubang tray dibawahnya tidak bertindih. letakkan di bawah lindungan. Tempoh rawatan melalui kaedah pemanasan ini ialah selama empat hari tiga malam (84 jam).Bungkusan perlu diperiksa supaya tidak rosak atau koyak. Siram dua kali sehari pagi dan petang. Proses selepas membuka bungkusan: 1. Pastikan tidak ditimpa hujan bagi mengelakkan kerosakan. Sekiranya hujan. Susun tray yang telah siap disemai benih di atas plastik hitam dengan tidak melebihi 0. dilekatkan dan diikat supaya cahaya tidak masuk dan proses peruapan juga tidak berlaku. 11.Pastikan tray diletakkan di tempat yang tinggi.Bukakan plastik dan guni apabila cukup tempohnya. Siram dengan bancuhan racun serangga sehingga lembab. Buka susunan tray dan letak tray di tempat lapang (100% cahaya) sehingga menanam untuk proses pengerasan anak pokok. 3. (Keadaan inilah yang menyebabkan proses pemanasan berlaku). 12.