Anda di halaman 1dari 2

SOALAN : Program realiti yang banyak ke udara di kaca-kaca televisyen sebenarnya banyak

mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.Huraikan pernyataan ini.


Program Realiti Televisyen
Pengenalan
Program realiti yang banyak di kaca televisyen telah menjadi kegilaan para remaja untuk
menyertainya.
- sanggup berbaris dari awal pagi untuk sesi saringan
- mencuba nasib menjadi penyanyi yang terkenal
- Contohnya Akademik Fantasia,One In A Million,Vokal Bukan Sekadar Rupa dan
pelbagai lagi.
Idea-idea Utama
Golongan remaja beranggapan cita-cita mereka menjadi penyanyi akan mudah tercapai melalui
program ini.
- realitinya ramai yang tidak berjaya
- persaingan untuk menjadi penyanyi semakin tinggi
- sukar untuk bersaing walaupun ada yang pernah menjuarai proram realiti ini
Industri seni negara agak terhad dan masih belum mampu menembusi pasaran luar.
- jualan album tidak sebanyak mana
- konsert pula tidak serancak seperti di negara-negara luar
- masa depan golongan remaja ini sebenarnya tidak menentu
Program realiti yang banyak dipaparkan di kaca televisyen banyak melalaikan para remaja
terutama pelajar sekolah.
- menghabiskan banyak masa dengan menonton rancangan ini
- tidak mengulang kaji pelajaran di rumah
- prestasi akademik mulai menurun dan menjejaskan masa depan mereka
Program ini juga banyak menghabiskan wang para remaja.
- terlalu taksub dalam menyokong seseorang pelajar yang diminati
- menghabiskan beratus-ratus ringgit melalui sistem pesanan ringkas
- menjadi boros dan situasi ini pastinya tidak berbaloi
Kebanyakan program realiti ini hanya Indah Khabar Daripada Rupa .
- dijanjikan pelbagai kemudahan dan kejayaan jika menyertainya

- menjadi artis rakaman ,pelakon dan pelbagai lagi


- ramai yang terkandas di tengah jalan dan hidup dalam kemiskinan
Penutup
Program realiti ini sewajarnya dikaji semula dan jangan keterlaluan.
- ada juga yang baik seperti Imam Muda dan Ustazah pilihan
- pihak yang menganjurkannya benar-benar bertanggungjawab
- menepati janji mereka kepada para peserta untuk kehidupan yang
cemerlang

Anda mungkin juga menyukai