Anda di halaman 1dari 11

SK Toh Tandewa Sakti

SK TOH TANDEWA SAKTI


35000 TAPAH
PERAK DARUL RIDZUAN

OPERASI
DATANG LEWAT KE
SEKOLAH
NAMA AGENSI
KOD SEKOLAH
NO. TELEFON
N0. FAKS
E-MAIL
BLOG

: SK TOH TANDEWA SAKTI


:
ABA 0001
:
05-4011341
:
05-4010387
:

aba0001@1bestarinet.yes.my
:
http://sktts.blogspot.com

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi;
Page 1
manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang
menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang..

HIDUP YANG BERGUNA IALAH HIDUP YANG KETIKA PETANG MEMBAWA


SULUH KERANA MALAM YANG AKAN SAMPAI
- Fathiyah Abu Bakar

1.0 PENGENALAN
Program ini bertujuan untuk membendung gejala datang lewat daripada terus berleluasa. Gejala
datang lewat merupakan salah satu fokus utama yang berkaitan dengan salah laku murid di
sekolah kerana kekerapannya yang semakin meningkat. Jika tidak dibanteras, masalah ini akan
membawa kesan negatif kepada murid, keluarga dan sekolah.
2.0 MATLAMAT
Program ini perlu diberi penekanan supaya masalah datang lewat dapat diatasi di samping
menghindari pelbagai masalah disiplin yang lain. Program ini juga dirancang untuk membentuk
budaya cemerlang dan menjana prestasi murid yang gemilang dalam bidang sahsiah, akademik
dan kokurikulum.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Membanteras gejala datang lewat ke sekolah.
3.2 Menyedarkan murid supaya mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan walaupun di
mana-mana sahaja mereka berada.
3.3 Menyemai sikap menghargai masa dalam kalangan murid.
3.4 Membentuk budaya sekolah yang cemerlang dan melahirkan murid yang berdisiplin.
4.0 DEFINISI
Datang lewat boleh ditakrifkan sebagai tiba ke sekolah selepas waktu yang ditetapkan oleh
pengurusan sekolah.
5.0 SASARAN
Semua murid sekolah berkenaan.
6.0 SUMBER TENAGA
Guru-guru, pengawas, ibu bapa / penjaga, pemimpin masyarakat, Polis, pasukan RELA,
orang awam.
7.0 IMPLIKASI
Masalah murid datang lewat ke sekolah akan menimbulkan gejala negatif lain kepada murid.
Murid akan hilang sikap bertanggungjawab, suka berbohong, berdolakdalik dan yang lebih buruk
lagi, murid akan bersikap menentang. Murid sebegini akan ketinggalan dalam bidang akademik
dan mungkin boleh menjerumuskan mereka ke dalam kegiatan negatif yang lebih buruk. Hal ini
akan menjejaskan pencapaian sekolah
dalam semua bidang.

Page 2

8.0 JENIS-JENIS DATANG LEWAT KE SEKOLAH


8.1 Datang lewat yang dirancang.
8.2 Datang lewat yang tidak dirancang.
9.0 ANTARA FAKTOR YANG DIKENAL PASTI MENJADI PUNCA MURID DATANG
LEWAT KE SEKOLAH
9.1 Bangun lewat.
9.2 Kesesakan lalu lintas.
9.3 Kediaman di luar zon penempatan sekolah.
9.4 Sikap murid tidak menghargai masa.
9.5 Sikap ibu bapa / penjaga yang tidak prihatin terhadap ketetapan masa murid hadir ke
sekolah.
9.6 Sikap guru yang sambil lewa tentang kes datang lewat.
9.7 Kurang penguatkuasaan tentang peraturan datang lewat.
9.8 Jadual perjalanan bas sekolah yang mengambil murid-murid dari banyak kawasan
perumahan dan menghantar mereka ke sekolah yang berlainan.
9.9 Pengaruh rakan sebaya atau rakan tua.
10.0 STRATEGI PELAKSANAAN
10.1 Membentuk Jawatankuasa Khas untuk Operasi Datang Lewat Ke Sekolah (Rujuk
Lampiran Awas 5.3).
10.2 Membentuk Pelan Tindakan murid datang lewat ke sekolah.
10.3 Mengedarkan Surat Pemberitahuan Program Operasi Datang Lewat ke Sekolah
kepada ibu bapa/penjaga sekolah.
10.4 Memberikan taklimat mengenai program kepada semua guru. Menjelaskan
Pelan Tindakan yang dirancang dan didokumentasikan.
10.5 Memberikan taklimat mengenai program kepada semua murid semasa perhimpunan.
10.6 Memberikan taklimat mengenai program kepada Ahli Jawatankuasa PIBG.
10.7 Menghantar senarai nama pelajar yang kerap datang lewat kepada Guru Disiplin/Guru
Bimbingan dan Kaunseling - Rekod Harian dan Rekod Bulanan (Borang Awas 5.1,
Borang Awas 5.2 dan Borang Awas 5.3 ).
10.8 Melaksanakan Pelan Tindakan jika murid datang lewat ke sekolah.
SKTTS
2016

DISIPLIN TERAS
KECEMERLANGAN

Page
3

11.1 PROSES KERJA : PENGENDALIAN KES PELAJAR DATANG LEWAT KE


SEKOLAH
Tindakan Guru Bertugas dan Pengawas :
1. Mencatatkan nama, masa dan tarikh pelajar datang lewat ke sekolah ke dalam Buku
Rekod Murid Datang Lewat.
2. Menyerahkan nama-nama murid yang datang lewat 3 kali atau lebih kepada Guru
Disiplin.
3. Siasatan dilakukan oleh Guru Disiplin. Sekiranya alasan yang diberikan munasabah
( lewat yang tidak dirancang), murid akan dihantar kepada Guru Bimbingan dan
Kaunseling.
4. Sekiranya alasan yang diberikan tidak munasabah (lewat yang dirancang), murid akan
dibawa ke bilik disiplin untuk diambil tindakan mengikut tatacara

seperti

yang

berikut :
Bil. Hari Lewat

1- 2 Kali
3 kali

Kes Berulang

Tatacara Tindakan

- Diberi amaran secara lisan


- Direkodkan ke dalam buku rekod datang lewat
- Diberi amaran secara lisan
- Dirotan 1 kali
- Direkodkan ke dalam sistem data SSDM
- Dirujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling:
- Hubungi ibu bapa / Penjaga
- Mengikuti program lapor dan pantau
- Akur janji pelajar dan ibu bapa/ penjaga

Tindakan

Guru Bertugas
Pengawas
Guru Disiplin
Guru Bimbingan &
kaunseling
Guru Disiplin
PK HEM

CATATAN : Sekiranya kes terus berulang selepas akur janji bersama ibu
bapa, murid perlu dimasukkan semula ke dalam program
lapor dan pantau hingga sikap berubah.

12.0 RUMUSAN
Operasi murid datang lewat ke sekolah dapat membantu pihak sekolah meningkatkan tahap
disiplin di sekolah dan seterusnya dapat membentuk budaya yang cemerlang serta meningkatkan
prestasi pelajar dalam aspek sahsiah, akademik dan kokurikulum.

Lampiran AWAS 5.1


CARTA ALIR OPERASI DATANG LEWAT KE SEKOLAH

SIASATAN REKOD
TINDAKAN

KALI PERTAMA DAN


KEDUA

AMARAN DAN
KERJA-KERJA
AMAL

KALI
KETIGA
HUBUNGI
IBU, BAPA
ROTAN
SEKALI DAN REKOD DALAM SSDM
AKUR JANJI PELAJAR
PROGRAM
RUJUK
DAN IBU
:GURU
BAPADISIPLIN
GURU BIMBINGANKES
DAN
SELESAI
KAUNSELING
KES BERULANG
L APOR DAN PANTAU
KES SELESAI

PERINGATAN : KES RINGAN YANG BERLAKU 3 KALI TELAH DIKATEGORIKAN SEBAGAI KES
SEDERHANA DAN SEKIRANYA BERULANG BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI
KES BERAT. SEKIRANYA KES TERUS BERLAKU RUJUKAN KES AKAN
BERPINDAH KEPADA KATEGORI KES BERAT.

Lampiran AWAS 5.2


SENARAI SEMAK OPERASI PONTENG KELAS

BIL

ITEM

Pekeliling Panduan Mengatasi Masalah Pelajar


Datang Lewat Ke Sekolah

Surat Panggilan Ibu bapa/ Penjaga Pelajar Ke


Sekolah untuk perbincangan mengenai pelajar
datang lewat ke sekolah

Tatacara Pengambilan Kehadiran Ke Sekolah

Surat Surat Amaran Salah laku

Surat Janji Temu Kaunseling

TANDAKAN
(/)

CATATAN
(TARIKH DLL)

Lampiran AWAS 5.3


JAWATANKUASA KHAS MENANGANI PELAJAR DATANG LEWAT KE SEKOLAH
Pengerusi

Guru Besar

Timbalan Pengerusi I

Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi I

Penolong Kanan 1

Naib Pengerusi II

Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Penyelaras

Ketua Guru Disiplin

Ahli Jawatankuasa

1. Guru Bertugas Mingguan.


2. Guru Disiplin.
3. Guru Pengawas.
4. Pengawas Skuad Khas.
5. Guru Kelas.
6. Pengawal Keselamatan Sekolah.

Borang AWAS 5.1


OPERASI DATANG LEWAT KE SEKOLAH PROGRAM LAPOR DAN PANTAU
Nama murid :
Tingkatan

Bulan

TARIKH

HARI

MASA

CATATAN KAUNSELOR

Ulasan Guru Bimbingan dan Kaunseling :

T/TANGAN
PELAJAR KAUNSELOR

Disediakan oleh:
........................................................

Tarikh : ................................

( Nama Guru B & K )


Disahkan :
.......................................................
(Guru Besar / PK HEM)

Tarikh : .................................

Borang AWAS 5.2


REKOD HARIAN
SENARAI PELAJAR DATANG LEWAT KE SEKOLAH
TAHUN

TARIKH

BIL

Pengesahan

SMK T1
2012

NAMA MURID LEWAT

JANTINA

BANGSA

DISIPLIN TERAS
KECEMERLANGAN

Page
10

CATATAN

Borang AWAS 5.3


REKOD BULANAN
SENARAI PELAJAR DATANG LEWAT KE SEKOLAH
TAHUN

BULAN

BIL

Pengesahan

NAMA MURID LEWAT

JANTINA

BANGSA

KEKERAPAN
LEWAT

TARIKH
LEWAT