Anda di halaman 1dari 1

1

ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji empat (4) aspek
amalan asas utama dalam penjagaan diri dari segi amalan pemakanan, amalan
melakukan aktiviti fizikal, amalan pengambilan ubat-ubatan dan Self Monitoring
Blood Glucose (SMBG) dikalangan pesakit dewasa Type 2 Diabetes Mellitus di
Klinik Kesihatan Luyang. Laporan beban kerja dan jumlah jumlah kedatangan
pesakit di Klinik Kesihatan Luyang pada tahun 2011 melaporkan bahawa
terdapat peningkatan terhadap prevalens penyakit Type 2 Diabetes Mellitus dan
berlaku peningkatan kejadian komplikasi terhadap penyakit. Kekurangan amalan
penjagaan diri yang baik dikalangan pesakit dewasa Type 2 Diabetes Mellitus
dilaporkan sebagai penyumbang utama kepada masalah ini. Rekabentuk kajian
ini adalah secara Non-experimental iaitu Descriptive Research Design dimana
dijalankan di Klinik Kesihatan Luyang. Persampelan secara Simple Random
Sampling dijalankan keatas 30 orang responden dan menggunakan borang soal
selidik yang mengandungi 30 soalan berbentuk Single-Choice Item yang
merangkumi soalan berkaitan dengan demografi, amalan pemakanan, amalan
melakukan aktiviti fizikal, amalan pengambilan ubat-ubatan dan amalan
melakukan SMBG. Kesemua data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan
SPSS Versi 18 dan Microsoft Excel. Keputusan dipersembahkan dalam bentuk
gambarajah untuk memudahkan pembaca menilai dan mengetahui keputusan
yang diperolehi. Keputusan yang diperolehi didalam kajian ini ialah pesakit
mengamalkan penjagaan diri yang baik didalam amalan pemakanan dan amalan
pengambilan ubat-ubatan. 100% responden mempunyai kesedaran yang baik
hasil daripada pemberian pendidikan kesihatan mengenai kepentingan
mengawal dan mengamalkan pemakanan dan pengambilan ubat-ubatan.
Kesannya 66.7%, responden mengamalkan dan mengikuti pelan diet yang
diberikan oleh dietitian, mengurangkan kekerapan pengambilan makanan tidak
sihat (63.3%), mengubah tabiat pemakanan (63.3%) dan ada menerima galakan
ahli keluarga (63.3%). Amalan didalam pengambilan ubat-ubatan juga
menunjukkan keputusan yang positif iaitu responden tidak pernah terlepas
mengambil ubat (63.3%), menurunnya tahap kebimbangan terhadap kesan
sampingan ubat-ubatan (93.3%), mengurangkan kesilapan pengambilan ubatubatan (86.6%) dan kurangnya kebimbangan akan bergantung dengan ubatan
(93.3%). Amalan yang tidak baik diamalkan ialah amalan didalam melakukan
aktiviti fizikal dan amalan melakukan SMBG. Walaupun 100% responden
mempunyai kesedaran yang tinggi dan responden tidak mempunyai halangan
dari segi kepercayaan dan budaya namun, kadar kepatuhan adalah rendah iaitu
kekerapan melakukan senaman (36.7%) dan tiada sokongan dan galakan ahli
keluarga (63.3%). Amalan melakukan SMBG pula menunjukkan kekerapan yang
rendah iaitu 36.7%, berhenti melakukan pemeriksaan sendiri dirumah (63.3%),
tidak menukar pelan rawatan mengikut kesesuaian bacaan paras glukosa
(63.3%) dan merasa susah untuk melakukan pemantauan dirumah (63.3%,).
Hasil analisis kajian yang telah diperolehi tidak mewakili amalan penjagaan diri
bagi pesakit diabetes di Negeri Sabah dan implikasi kajian ini adalah memberi
gambaran mengenai amalan penjagaan diri dan boleh dijadikan satu panduan
bagi pihak Penyedia Penjagaan Kesihatan untuk merancang jenis Pendidikan
Kesihatan yang lebih efektif pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai