Anda di halaman 1dari 1

Kebaikan Menabung Wang

Menabung merupakan satu amalan yang baik. Menabung membolehkan


seseorang belajar merancang masa depannya dengan baik.
Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan
keluarga.Walaupun menabung mengambil masa yang agak lama untuk menjadi
banyak namun ia mendidik seseorang itu bersikap sabar dan sentiasa berusaha.Bak
kata pepatah Melayu 'sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.'Pepatah ini amat sesuai
digunakan sebagai galakan kepada kanak-kanak untuk menabung.
Amalan menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat.Hal ini
berlaku demikian kerana apabila kita menghadapi masalah kewangan atau dalam
kesusahan,kita dapat mengeluarkan simpanan kita untuk digunakan.Ibaratnya
'sediakan payung sebelum hujan'.
Justeru,ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak mereka
supaya mengamalkan amalan ini.Anggaplah amalan menabung ini satu
kepentingan dan perkara yang menguntungkan.
Oleh itu,amalan ini memberi banyak kebaikan kepada seseorang.Kita
hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan seharian bagi menjamin masa
hadapan yang lebih terjamin.

Anda mungkin juga menyukai