Anda di halaman 1dari 6

TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN MORAL

Kertas 1225/1 : Ujian Bertulis


Bahagian A ( Soalan Struktur )
Bahagian B ( Soalan Esei )
BAHAGIAN A (SOALAN STRUKTUR)
8 soalan struktur
: 80 markah = 8 x 10 markah ( wajib jawab semua )
Pengagihan masa: 80 minit = 8 soalan x 10 minit ( setiap soalan )
BENTUK SOALAN
Soalan Tanya Nilai
Soalan Tanya Maksud Nilai
Soalan Tanya Nilai dan Huraian Lanjutan
Soalan Tanya Fakta
Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan
Soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
Soalan Tanya Nilai
Hanya tulis nilai sahaja
Ejaan tidak boleh salah sehingga makna berubah
Kata sendi / kata hubung / imbuhan dan sebagainya tidak boleh salah tulis
Susunan perkataan tidak boleh diterbalikkan
Singkatan tidak boleh digunakan
Contoh soalan
Apakah nilai . . . ( 1 markah] )
Nyatakan dua nilai . . . ( 2 markah )
Contoh jawapan:
Rasional
Harga Diri
Soalan Tanya Maksud Nilai
Hanya tulis definisi nilai sahaja
Watak tidak perlu tulis
Isu / situasi soalan tidak perlu dikaitkan
Kesilapan kata hubung / kata sendi / huruf besar / susunan perkataan /
imbuhan pada definisi tidak menjejaskan
Contoh soalan
Jelaskan maksud nilai . . . ( 2 markah /3 markah /? markah)
Berikan definisi bagi nilai . . . ( 2 markah /3 markah /? markah)

Contoh jawapan
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat
mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar
Soalan Tanya Nilai dan Huraian Lanjutan
Ditulis berdasarkan ayat nilai dan diikuti dengan huraian lanjutan
Ayat Nilai ( Watak + Nilai ) + Huraian Lanjutan
Huraian lanjutan ditulis menggunakan formula soalan
Bagaimana? - Contohnya . . .
Mengapa? - Hal ini demikian . . .
Contoh soalan
Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh remaja agar menjauhi
gejala
vendalisme
( 4 markah )
Pilihan Nilai
I.
Rasional
II.
Harga diri

Bagaimana? - Contohnya . . .
Gunakan soalan 'bagaimana?' pada nilai yang digunakan
Bagaimana remaja harus mengamalkan nilai rasional agar menjauhi
gejala
vendalisme?
Kaitkan isu dengan jawapan
Contohnya remaja harus menjaga nama baik diri dan keluarga agar
menjauhi gejala vendalisme

Contoh Jawapan
Remaja harus mengamalkan nilai rasional(Ayat Nilai). Contohnya, mereka
harus menjaga nama baik diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri
dalam gejala vendalisme. (Huraian lanjutan Bagaimana?)

Mengapa? - Hal ini demikian . . .


Gunakan soalan 'mengapa?' pada nilai yang digunakan
Mengapa remaja harus mengamalkan nilai harga diri agar menjauhi
gejala
vendalisme?
Kaitkan isu dengan jawapan

Hal ini demikian kerana perbuatan vendalisme merupakan


perbuatan yang tidak bermoral yang menjatuhkan maruah remaja
Contoh Jawapan
Remaja harus mengamalkan nilai harga diri(Ayat Nilai). Hal ini demikian
kerana perbuatan vendalisme merupakan perbuatan yang tidak bermoral
yang menjatuhkan maruah remaja (Huraian lanjutan Mengapa?)
Soalan Tanya Fakta
Ditulis berdasarkan ayat fakta
Nilai tidak diterima sebagai jawapan
Bertujuan menguji kandungan akademik Tingkatan 4 & Tingkatan 5 dan
menilai Kemahiran Berfikir Kritis & Kreatif ( KBKK )
Contoh soalan
Jelaskan dua cara . . . . . . . . . . ( 2 markah )
Nyatakan dua pengajaran . . .
( 2 markah )
Terangkan tiga kepentingan . . ( 3 markah )
Berikan tiga usaha . . . . . . . . . . .( 3 markah )
Jelaskan empat langkah bagi mengelakkan berlakunya kepupusan hutan

I.
II.
III.
IV.

( 4 markah )
Contoh Jawapan
Mengadakan tanaman semula hutan
Tidak mencemarkan alam sekitar
Mematuhi undang-undang yang ditetapkan
Tidak melakukan penerokaan hutan secara berleluasa

Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan


Tulis berdasarkan ayat fakta dan diikuti dengan contoh / huraian lanjutan
Fakta + Huraian Lanjutan
Huraian lanjutan ditulis menggunakan formula soalan
Bagaimana? - Contohnya . . .
Mengapa? - Hal ini demikian . . .
Contoh soalan
Huraikan dua kepentingan . . . ( 4 markah )
Terangkan tiga kesan . . . ( 6 markah )
Jelaskan dua cara ( 4 markah )
Terangkan 3 kesan daripada tindakan manusia yang merosakkan alam
sekitar?
(6 markah )

Contoh Jawapan
I.
Kesihatan manusia akan terjejas.
( 'Bagaimana' kesihatan terjejas ) Contohnya asap dan habuk boleh
menyebabkan penyakit barah paru-paru, penyakit asma dan penyakit
kulit yang boleh membawa kematian.
II.
Merosakkan ekosistem dan menjejaskan kehidupan flora dan fauna.
('Bagaimana' merosakkan ekosistem ) Contohnya habitat flora dan
fauna akan musnah akibat penerokaan hutan secara berleluasa.
III.
Kejadian bencana alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh.
( 'Bagaimana' berlakunya bencana alam ) Contohnya sistem saliran
dan hutan sebagai kawasan tadahan hujan tidak berfungsi.
Soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
Tulis berdasarkan ayat fakta / Fakta + Huraian Lanjutan / Respon
Soalan menyatakan bilangan jawapan / tiada bilangan jawapan
Jawab berdasarkan peruntukan markah dan bilangan ruang jawapan

Ayat Fakta / tiada bil jawapan / rujuk markah


Contoh soalan
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya ibu bapa
mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga
( 2 markah )
i. ___________________________________________________________________
ii.
___________________________________________________________________

Ayat Fakta + Huraian Lanjutan / tiada bil jawapan / rujuk markah


Contoh soalan
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya ibu bapa
mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga
( 4 markah )
i. ___________________________________________________________________
ii.
___________________________________________________________________

Ayat Fakta + Huraian Lanjutan / ada bil jawapan / rujuk markah


Contoh soalan
Bagaimanakah anda menghargai pengorbanan dan jasa ibu bapa.
Terangkan dua jawapan anda.
(4
markah )
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

Respon + bil fakta respon mengikut baki markah / rujuk markah


Contoh soalan
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan 'biar papa asal bergaya'.
Kemukakan alasan anda
(2
markah )

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

Respon + bil fakta respon mengikut baki markah / rujuk markah


Contoh soalan
Apakah perasaan anda apabila kes pembuangan bayi banyak
dilaporkan di media massa akhir-akhir ini. Kemukakan dua alasan
anda
( 3 markah )
____________________________________________________________________
___________________________________________

BAHAGIAN B ( SOALAN ESEI )


3 soalan esei
: 20 markah = 2 x 10 markah ( wajib jawab 2 soalan )
Pengagihan masa
: 40 minit = 2 soalan x 20 minit (setiap soalan)

20 minit = 1 soalan tambahan


60 minit masa menjawab bahagian esei
BENTUK SOALAN
Soalan Tanya Nilai ( Ditulis berdasarkan Nilai + Huraian lanjutan )
Soalan Tidak Tanya Nilai ( Ditulis berdasarkan Fakta + Huraian
lanjutan )
Soalan Tanya Nilai
Contoh soalan
Jelaskan nilai-nilai yang diamalkan dalam mengeratkan hubungan
kekeluargaan
( 10
markah )
Terangkan dua nilai yang dapat diterapkan dalam menyemai semangat
patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia
( 10
markah )
Soalan Tidak Tanya Nilai
Contoh soalan
Terangkan lima peranan rakyat dalam memajukan negara ( 10 markah )
Terangkan lima pengajaran yang dapat dipelajari daripada tokoh-tokoh
terdahulu
( 10
markah )
Setujukah anda dengan pernyataan ' sikit-sikit lama-lama jadi bukit'?
Huraikan tiga alasan
anda
( 10
markah )
Terangkan lima peranan rakyat dalam memajukan negara
( 10
markah )
Jawapan :
1 peranan + 1 huraian lanjutan = 2 markah
5 peranan + 5 huraian lanjutan = 10 markah
* Bilangan jawapan TIDAK terhad
Setujukah anda dengan pernyataan ' sikit-sikit lama-lama jadi bukit'?
Huraikan tiga alasan anda
( 10
markah )
Jawapan :
Respon setuju/ tidak
= 1 markah
1 alasan + 2 huraian lanjutan = 3 markah
3 alasan + 6 huraian lanjutan = 9 markah
* Bilangan jawapan TIDAK terhad