Anda di halaman 1dari 4

DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM

Bahan untuk Daging:


1 kg daging lembu
50 gm bawang besar - dikisar halus
20 gm bawang putih - dikisar halus
10 gm serbuk kari
10 gm halia - dikisar halus
Garam - secukup rasa
Serbuk perasa - secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Kisar hingga halus bawang putih, bawang merah, serbuk kari dan halia.
2. Gaulkan sebati dengan daging dan masukkan garam dan serbuk perasa secukup
rasa
3. Perapkan daging selama 2 jam
4. Setelah itu, daging hendaklah dibakar selama 30 minit dengan suhu 180C atau
sehingga masak
Bahan untuk Air Asam Jawa :
Air asam jawa
1 biji bawang besar - dipotong kecil
2 biji lada merah - dipotong kecil
2 biji lada hijau - dipotong kecil
1 biji tomato - dipotong kecil
10 biji cili padi - dipotong kecil
10 gm belacan - dibakar / digoreng
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Limau nipis
Cara membuatnya:
1. Kesemua bahan yang dipotong kecil dicampurkan kedalam air asam jawa.
2. Masukkan garam, gula, belacan dan air perahan limau nipis secukup rasa.
3. Semua bahan digaul rata
4. Setelah itu, bolehlah dihidangkan sebagai pencicah kepada daging bakar tadi.
Selamat Mencuba heart emoticon wink emoticon

KEK KUKUS COKLAT LEMBAB.


MUDAH DAN MENJADI.

Bahan A
1 cawan serbuk koko (tak kisah jenama apa pun )
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Bahan C
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)
Cara membuatnya:
1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika.
2. Masukkan semua bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati dengan
menggunakan api yang kecil dan sejukkan.
3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan
A tadi bersama esen vanilla ke dalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.
4. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat
(Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.
5. Tuang adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai
aluminium foil. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan
telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.
7. Angkat dan tunggu kek sejuk dahulu sebelum di potong.
***********************
(RESEPI LENGKAP) = Ayam Goreng KFC (Hot Spicy)
Bahan-bahan : (Perap untuk 1-2 jam)
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu serbuk kari ayam
3 sudu serbuk pasti sedap
sedikit soda bikarbonat
sedikit garam

sedikit air
Bahan-bahan : (Tepung Salut)
2 cawan tepung jagung
3 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
sedikit serbuk bawang putih
sedikit serbuk five spice
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk thyme
sedikit soda bikarbonat
1biji telur
Cara-cara:
1. Perap ayam 1-2jam dengan bahan-bahan perapan tadi.
2. Gaul ayam selama 3 min bersama bahan-bahan tepung salut.
3. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat
pada ayam.
4. Selepas itu gaul selama 3 min bersama tepung salut. Pastikan gaul sehingga
terdapat keringtingan pada kulit ayam tersebut.
5. Goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas
dalam 15 minit sehingga masak.
Note : Pastikan api dapur tidaklah terlalu besar untuk mengelakkan minyak masak
tersebut menjadi hitam.

Paru dan Jantung Goreng Kicap


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Paru, jantung dan hati
Kicap
Cuka
Bawang besar - mayang
Cili hijau - hiris
Daun sup - hiris
Garam

Serbuk kunyit
Cara cara:
Lumurkan bahan di atas dengan garam kunyit dan biarkan seketika. Masukkan ke
dalam kuali dan masakkan dengan sedikit air sehingga air kering.
Masukkan minyak ke dalam kuali dan goreng sehingga garing. Masukkan cuka,
kicap, bawang besar dan cili hidup. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Jika suka,
tabur daun sup.

Paru Goreng Rangup


Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
300gm paru - dibasuh dan rebus
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk ketumbar
Sedikit serbuk jintan manis
Minyak utk menggoreng (deep fry)

Cara-cara
Rebus paru dengan sedikit garam lebih kurang 30 minit, tos airnya dan sejukkan.
Bila sejuk, baru dihiris nipis.

Lumurkan paru dengan garam, kunyit dan sebuk ketumbar serta jintan manis. Haa
cer tengok gambar di bawah ni, memang sah lori garam terbalik depan rumah.

Anda mungkin juga menyukai