Anda di halaman 1dari 10

TEORI BEHAVIORIS

TEORI ROGERIAN (PEMUSATAN INSAN)


Pengenalan
Teori Pemusatan Insan disebut juga sebagai teori konsep kendiri atau teori
fenomenologi yang digolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan (humanistic),
gestalt dan kewujudan. Ia diasaskan oleh Carl Ransom Rogers di dalam tahun 40an
yang menamakannya kaunseling bukan-arahan atau kaunseling pusatan-klien. Ia
mencabar pendekatan-pendekatan pusatan-kaunselor dan kaunseling arahan yang
mengandaikan bahawa kaunselor itu dalam semua hal dan berkeupayaan
membantu kliennya di dalam semua bidang.
Ia mencabar teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk nasihat,
saranan, arahan kaunselor, pujukan, pengajaran, diagnosis dan pentafsiran oleh
kaunselor. Cabaran ini dilakukan oleh Rogers semata-mata kerana kepercayaan dan
keyakinannya bahawa manusia itu memang baik, memang boleh dipercayai, dan
memang mempunyai keupayaan yang banyak untuk memahami diri mereka sendiri
serta menyelesaikan masalah-masalah yang mereka alami sendiri, tanpa campur
tangan secara langsung oleh kaunselor. Ia berpendirian bahawa manusia itu boleh
menuju ke arah penentuan kendiri, jika mereka dibawa terlibat di dalam
perhubungan kaunseling atau terapi. Baginya sifat-sifat peribadi dan sikap kaunselor
serta hubungan antara klien dengan kaunselor itu adalah merupakan dua faktor
utama bagi kejayaan sesuatu proses kaunseling tanpa memerlukan arahan-arahan
yang langsung dari kaunselor seperti yang dianjurkan sebelum dan selepasnya.
Kerana

itulah

tatacara

dan

teknik

tidak

penting

baginya.

Melalui penglibatannya yang meluas di dalam kaunseling dan psikoterapi individu,


Rogers telah mengemukakan teori dan pendekatannya yang dinamakan terapi
pusatan-klien di dalam tahun 1951. Teori ini terus diperbaikinya dan hasilnya
diterbitkan di dalam tahun 1962.
Teori dan pendekatan yang dikemukakan oleh Rogers ini mencetuskan minat
yang mendalam di kalangan para pendidik yang menekankan pengajaran
pemusatan pelajar. Di samping itu, Rogers juga telah mencuba teorinya untuk
digunakan dengan kelompok-kelompok, dan juga dalam kaunseling keluarga pada

tahun 1970 dan 1972. Sejak kebelakangan ini seolah-olah sudah muncul minat
untuk menerapkan teorinya di dalam bidang perhubungan antarabangsa dan politik.
2.0 Latar Belakang Tokoh
Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois Chicago.
Rogers merupakan anak ke-empat dari enam orang adik beradik. Ayahnya
merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Kedua-dua ibubapanya sangat kuat
berpegang kepada agama. Rogers mempunyai adik beradik seramai enam orang
dan lima daripada mereka adalah lelaki. Hubungan mereka adik beradik sangatlah
rapat.

Rogers

amat

rapat

dengan

ibunya

berbanding

ayahnya.

Semasa kecil Rogers adalah seorang murid yang cerdik dan pintar. Walaupun
dilahirkan dalam keluarga yang ramai, Rogers merupakan seorang pelajar yang
suka mengasingkan diri dan pendiam di sekolah. Beliau sangat sensitif orangnya.
Rogers telah memasuki Universiti Wisconsin dan memperolehi pencapaian di dalam
bidang akademik yang sangat baik. Di universiti itu beliau mengambil bahagian
dalam pelbagai aktiviti, termasuk rombongan ke negeri China sebagai perwakilan
dalam World Student Christian Federation Conference. Beliau mendapat Ijazah
pertamanya dalam bidang Sejarah pada tahun 1924. Beliau menerima Ijazah
kedoktorannya pada tahun 1931.
Pada tahun 1928, sebelum menerima ijazah kedoktorannya, beliau mula
bekerja di Rochester New York, terutamanya dengan kanak-kanak dan remaja yang
bermasalah yang dirujuk oleh mahkamah dan agensi-agensi kepada Child Study
Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children. Kemudian beliau
dilantik menjadi pengarah kepada Rochester Guidance Center. Pada tahun 1940 dia
menjadi professor di Ohio State University. Di antara tahun 1945 sehingga 1957
beliau terlibat secara langsung dengan Counseling Center di University Of Chicago.
Rogers kemudian berpindah ke University Of Wisconsin. Pada tahun 1964 beliau
menyertai Western Behavioral Science Institute sebagai resident fellow. Dari tahun
1968 sehingga beliau meninggal dunia, Rogers menjadi resident fellow di Center for
studies di La Jolla, California. Rogers telah menulis beberapa buah buku antara lain
buku-buku yang ditulisnya ialah Counseling and Psychotherapy (1942), Clientcentered Therapy (1951), On Becoming a Person (1961), Carls Rogers On
Encounter Groups (1970).

Rogers banyak menerima penghormatan di sepanjang hidupnya. Beliau


merupakan orang pertama menjadi pengerusi kepada American Association for
Applied Psychology . Beliau bertugas sebagai pengerusi American Psychocogical
Association (APA) dari tahun 1946 1947 . Rogers meninggal dunia di La Jolla,
California pada 4 Februari 1987 ketika berusia 85 tahun selepas menjalani
pembedahan

tulang

punggung

yang

patah

akibat

satu

kemalangan.

3.0 Pandangan Terapi Terhadap Kejadian Manusia


Menurut Amir Awang (1987), Carls Rogers mempunyai pandangan yang cukup
teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya manusia boleh berkembang secara
positif dan

membina jika wujud perasaan percaya

mempercayai, hormat

menghormati yang boleh dirasai dan dialami. Rogers menolak sekuat-kuatnya


anggapan bahawa manusia itu tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi
mangsa sifat biologi atau persekitarannya. Ia menolak anggapan kepercayaan
bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal
dan diuruskan hidupnya oleh orang lain. Ia yakin bahawa manusia memang dari
mula lagi sudah mempunyai kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk
berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri, andainya
wujud keadaan-keadaan yang sesuai.
Menurut Ee Ah Meng (1997), Carls Rogers dalam teori Pemusatan Insan
membuat andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab.
Manusia boleh membuat keputusan sendiri yang membawa keoada kebebasan dan
berdikari. Sifat-sifat yang ada pada manusia adalah seperti membina, bekerjasama,
boleh dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial. Perasaan-perasaan
negatif yang terdapat pada manusia seperti marah dan benci memang wujud akibat
penafian

keperluan

seperti

kasih

sayang,

keselamatan

dan

penerimaan.

Andaian-andaian teori ini terhadap manusia adalah seperti:


a) Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi kita
dengan orang-orang lain.
b) Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep
kendirinya.
c) Masalah-masalah yang berlaku kerana timbul atau wujudnya antara konsep
kendiri dengan pengalaman-pengalaman yang lalu.

d) Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan


bersedia untuk berkongsi masalahnya.
Menurut Suradi Salim (1996), manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif dan
mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh, iaitu hidup dengan seberapa berkesan
yang boleh. Jika seseorang itu dibenarkan untuk berkembang dengan bebas, beliau
akan berkembang dengan sempurna dan akan menjadi individu yang positif dan
berjaya. Pandangan seseorang tentang dirinya dalam konteks persekitarannya
menentukan tingkah lakunya dan kepuasan peribadinya. Jika diberikan atau
disediakan dengan persekitaran yang menggalakkan, manusia akan berkembang
dengan yakin ke arah nirwana kendiri menjadi apa sahaja yang dia inginkan. Jika
manusia tidak menerima kasih sayang dan sokongan orang yang penting baginya,
kemungkinan besar manusia menganggap dirinya tidak berharga dan menganggap
orang lain tidak boleh dipercayai, serta mereka akan bersikap mempertahankan diri
dan perkembangan ke arah nirwana diri akan terhalang. Persepsi seseorang tentang
diri dan persekitaranya merupakan realiti baginya. Bagi Rogers, untuk membolehkan
seseorang itu berkembang secara positif dan membina, mestilah wujud tiga suasana
atau keadaan, iaitu;
a) Kejujuran, keikhlasan da kebenaran
b) Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat
c) Kefahaman yang mendalam
Jika ketiga-tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien di dalam
hubungannya dengan kaunselor, ia juga akan mula menghayati sifat-sifat dan ciri-ciri
ini dan seterusnya lebih bersedia untuk menerima pengalaman-pengalaman yang
dilaluinya.
Kesimpulan
Secara positif, suatu sumbangan yang paling besar telah diberikan oleh Rogers
melalui

teorinya

ialah

keyakinannya

yang

kuat

tentang

keupayaan

dan

kecenderungan manusia untuk berkembang ke arah nirwana kendiri. Pendirian yang


positif seperti ini telah memberikan maruah dan darjat kepada manusia, yang akan
berusaha mencerminkan kepercayaan sedemikian.

Rogers juga secara tidak langsung mengutarakan nilai-nilai dan sikap-sikap


positif di dalam berinteraksi dengan orang lain dengan menegaskan betapa
pentingnya kita menerima orang lain tanpa syarat, bersedia mendengar dan
memahami orang lain dari kaca mata dan dunianya yang subjektif, serta
menekankan pentingnya kejujuran, keikhlasan dan ketulenan di dalam segala tindak
tanduk kita, kerana melalui penghayatan sikap dan nilai-nilai sebegini kita boleh
menjadi contoh atau model yang berguna bagi orang lain. Tanpa mempunyai
pendirian yang menghakim atau judgemental, klien akan lebih bersedia untuk
meluahkan isi hatinya kepada kita, kerana dia yakin bahawa apa juga yang
dikemukakan itu tidak akan diberi nilai, dan hal sebegini tidak dirasakan sebagai
mengancam dirinya.
Secara negatifnya, bolehlah dikatakan bahawa kebanyakkan konsep-konsep
yang dikemukakan itu tidak dapat diperhatikan dan tidak pula dapat diukur dengan
mudah, kerana ianya bersifat konsep yang abstrak. Pergantungannya kepada
laporan kendiri boleh membawa hasil yang tidak begitu memuaskan kerana klien
yang beremosi dan berfikiran kusut mungkin tidak berupaya untuk melahirkan isi
hatinya dengan tenang dan teratur. Ini sudah tentu boleh menghasilkan kesimpulankesimpulan yang juga tidak tepat. Tanpa sedikit sebanyak panduan, arahan,
manipulasi proses kaunseling akan memakan masa yang amat panjang. Biar apa
sekalipun kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam teori ini, satu hal yang tidak
dapat dinafikan ialah teori ini amat memudahkan klien untuk meluahkan isi hatinya,
kerana melalui perhubungan yang mesra di antara kaunselor dan klien, klien begitu
yakin yang kaunselor merupakan orang yang boleh diharap dan memang
bertanggungjawab serta bersunguh-sungguh akan berusaha menolongnya.
TEORI RASIONAL EMOTIF TERAPI
Tokoh Teori
Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada
tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori ini terbina apabila beliau
mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam
dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955, beliau
telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan

dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai
bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah laku kognitif.
Meninjau kepada zaman kanak-kanak Ellis, beliau sering mengalami
gangguan kesihatan. Beliau pernah dimasukkan ke hospital untuk menerima
rawatan nefritis sebanyak 9 kali. Tetapi Ellis seorang yang bercita-cita tinggi iaitu
ingin menjadi seorang pakar psikologi. Beliau mempunyai kebolehan dalam
memberikan perkhidmatan kaunseling. Oleh itu beliau mula mempraktikkan terapi
perkahwinan, keluarga dan seksual. Pada tahun 1947 hingga 1953 Ellis telah
menjalankan kajian secara klasikal berasaskan psikoterapi. Hasil kajian mendapati
bahawa terapi psikoanalisis tidak begitu menyeluruh dan tidak saintifik.
Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap
kerana ada individu yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan
psikoanalisis. Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada
kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di
dalam proses teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan
digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama
di dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat pendidikan
daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah
dengan tepat dan mengajar. Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk Reason
and Emotion In Psychotherapy dan bersama-sama dengan Robert A Harper beliau
mengeluarkan buku berjudul A Guide to Rational Living.
Pandangan Teori Terhadap Manusia
Hubungan emosi dan pemikiran adalah berhubung rapat dan tidak boleh untuk
dipisahkan. Oleh sebab itu segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu
berpunca daripada proses dan pengaruh budaya dan pembelajaran. Menurut
George dan Cristiani (1995) telah mengandaikan bahawa manusia bertindak
sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku
akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan
untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai
keperluan yang utama. RET juga memandang bahawa manusia dilahirkan dengan
beberapa kecenderungan ke arah perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi

mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh kecenderungan untuk berfikir tidak


rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah mereka pelajari.
Menurut Gerald Corey (1996) pula mendapati bahawa terapi RET
berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk
berfikiran secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara
dirinya,

bergembira,

berfikir,

menterjemahkan

diri,

sayang

menyayangi,

berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia
juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka
menangguh

untuk

membuat

sesuatu,

mengulangi

kesilapan,

tidak

sabar,

mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba


mengelakkan pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi. Fenomena ini meyakinkan
terapi ini dapat membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri
setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.
Hackey dan Cormier (1995) berpendapat bahawa RET, membuat andaian
tentang gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak
rasional. Hubungan antara emosi dan pemikiran terlalu rapat sehingga tidak boleh
dipisahkan kedua-duanya. Manusia juga dilahirkan dengan suatu potensi untuk
berfikiran secara lurus dan rasional dan juga secara tidak rasional. Manusia
sendirilah yang menyebabkan dirinya merasa terganggu dan gangguan itu bukanlah
disebabkan oleh sumber-sumber luaran tetapi berpunca dari diri individu itu sendiri.
Manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses kognitif, emotif dan
tingkah lakunya. Mereka boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang berlainan
daripada pola tingkah laku yang normal. Mereka juga boleh memilih untuk tidak
membenarkan dirinya terganggu dan boleh melatih diri untuk mengalami gangguan
yang minimun selagi hayat masih ada.
Ee Ah Meng (1991) berpendapat bahawa terapi RET yang dikembangkan
oleh Ellis dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa
manusia perlu mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan pemikiran
yang tidak rasional. Baginya manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional dan
manusia menjadi semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem kepercayaan
mereka. Suradi Salim (1996) mengandaikan bahawa manusia berupaya untuk
berfikiran rasional dan tidak rasional. Dalam pemikiran seseorang individu terdapat

sistem kepercayaan yang berkecenderungan untuk berfikir ke arah tidak rasional.


Apabila sesuatu peristiwa terjadi maka individu itu selalu mengandaikan suatu
kepercayaan terhadap peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau sebaliknya.
Manusia juga sering mempercayai tahyul yang menyebabkan mereka membuat
sesuatu

keputusan

yang

tidak

mengembirakan.

Oleh

itu

kaunselor

perlu

bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem kepercayaan individu tersebut supaya


menjadi rasional bagi membantunya memperolehi kehidupan yang lebih harmonis.
Menurut teori RET, seseorang yang bermasalah akan mempunyai suatu
sistem kepercayaan atau suatu belief system yang penuh dengan kepercayaan
yang tidak rasional mengenai perkara yang dilihat atau dialaminya. Albert Ellis telah
memberikan beberapa idea tentang pemikiran yang tidak rasional, antaranya adalah
seseorang individu mempercayai bahawa ia mesti disayangi oleh orang-orang
penting atau signifikan kepada dirinya seperti ibubapa, adik-beradik dan rakanrakan. Individu juga percaya bahawa ia mesti membuktikan bahawa ia seorang yang
berkebolehan dan berkemampuan. Seseorang individu juga mempercayai bahawa
jika terdapat individu yang lain melakukan kesalahan atau tidak berlaku adil, maka
seharusnya ia dikutuk dan menyalahkan dirinya dan dilihat sebagai orang yang tidak
baik. Masa lampau juga dianggap sangat penting kerana ia mempengaruhi hidup
seseorang individu. Ellis mempercayai bahawa masa lampau itulah yang akan
menentukan perasaan seseorang individu pada masa kini.
Seseorang individu itu juga mempercayai bahawa ia perlu melihat
kehidupannya yang sangat teruk jika ia tidak dapat menyelesaikan masalah kepada
kehidupannya. Individu juga mempercayai bahawa ia perlu berpandangan tidak baik
sekiranya ia dikecewakan, disisih atau tidak dilayan secara adil. Jika berhadapan
dengan perkara-perkara yang merbahaya, seseorang individu mempercayai bahawa
ia perlu memikirkannya dan akan risau tentangnya. Bagi menerangkan dengan jelas
bagaimana gangguan emosi dan fikiran berlaku maka kita akan menggunakan
konsep ABCDE yang telah dinyatakan oleh Ellis iaitu A ialah penggerak pengalaman
activating experience atau peristiwa, faktor sikap atau tingkah laku yang dialami oleh
seseorang. Misalnya gagal dalam peperiksaan. B pula adalah sistem kepercayaan
yang dianuti oleh seseorang persons belief system. Misalnya, saya tidak kelihatan
cantik atau hodoh. Manakala C ialah akibat consequence iaitu hasil daripada
penilaian oleh B ke atas A dan ditafsirkannya. Misalnya, sentiasa keadaan muram

dan tidak bersemangat. D pula adalah kaedah-kaedah untuk berhujah, mengajar,


mencabar dan memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional yang
menyebabkan individu itu mengalami suatu reaksi emosi yang tidak rasional.
Misalnya, Saya tidak mahu kamu yang menyebabkan saya mengalami kerugian
besar dalam hidup saya. Dan akhir sekali E ialah menjadi normal dan mempunyai
sistem kepercayaan dan penilaian yang rasional dan positif. Misalnya Saya rasa
gembira.
Corey (1996) menjelaskan bahawa konsep ABC dalam teori RET adalah
seperti berikut; Menurut beliau, prinsip asas kepada gangguan emosi adalah
sebahagian besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran
kalah diri. Hasil daripada pemkiran ini menyebabkan seseorang individu itu suka
menyatakan sesuatu dengan perkataan sepatutnya, seharusnya dan semestinya.
Dari perspektif RET, ramai terapis telah membuat kesilapan kerana memfokuskan
kepada sejarah hidup yang lampau dan cara tindakan ialah semua peristiwa masa
kanak-kanak boleh diubah. Terdapat juga terapis melakukan kesilapan dengan
terlalu menekankan dalam usaha klien mengenal diri, meluahkan perasaan dan
perubahan pemikiran. Keadaan ini mendorong klien melupakan peristiwa awal
kanak-kanak dan menumpukan pemikiran sekarang. Bagi Ellis cara ini tidak
produktif kerana sesuatu yang menyebabkan emosional tidak akan hilang malah ia
akan menambahkan lagi kehebatan perasaan tersebut.
Oleh itu bagi Ellis, terapis dan klien perlu bekerjasama untuk mencabar
kepercayaan tidak rasional yang mengakibatkan gangguan emosional. Mereka perlu
menuju ke arah mengubah perkara yang tidak realiti, tidak matang, terlalu menuntut
dan tidak lojik kepada pemikiran yang logik, matang dan realistik. Persoalannya,
bagaimanakah emosional yang terganggu itu boleh wujud di dalam diri seseorang
individu? Dalam hal ini, Ellis telah menjelaskan bahawa individu yang mengalami
gangguan kerana sentiasa berterusan mengulangi ayat-ayat yang tidak logikal.
Misalnya, individu itu berkata: Saya sangat kecewa dengan kegagalan peperiksaan
ini. Kegagalan saya semuanya berpunca dari kesilapan saya sendiri. Saya adalah
merupakan manusia yang paling bodoh.

Gangguan emosi ini menyebabkan wujudnya depresi dan anxieti dalam diri
seseorang. Keadaan ini akan mengakibatkan individu itu akan kekal berpegang
dengan kepercayaan yang tidak rasional itu. Kepercayaan inilah yang perlu dibantu
oleh

kaunselor

agar

klien

tersebut

dapat

merasionalkan

dirinya

dalam

menghapuskan fahaman-fahaman dan kepercayaan yang tidak rasional yang ada


pada dirinya.