Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Setiap bahasa mempunyai dialeknya yang tersendiri. Dalam bahasa Melayu, pelbagai
dialek yang digunakan mengikut kawasan, seperti dialek Kelantan , Terengganu, Kedah, Negeri
Sembilan, dan sebagainya. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2006), dialek yang digunakan
ditentukan oleh faktor geografi dan faktor sosial. Terdapat perbezaan bahasa pengguna
berdasarkan daerah atau disebabkan faktor goegrafi ini dipanggil dialek daerah atau loghat
daerah. Dialek daerah merupakan kelainan daripada sesuatu bahasa yang wujud disebabkan
kelainan pertuturan antara kumpulan masyarakat sesuatu bahasa itu. Perbezaan atau kelainan itu
dapat dilihat berdasarkan kawasan permastautinan kumpulan penutur yang berbeza. Penggunaan
dialek ini juga dapat dibezakan dari segi sebutan, kosa kata, kata ganti nama, tatabahasa, dan
gaya lagu bahasa .
Masyarakat Melayu sering bercakap menggunakan dialek mereka masing-masing tidak
kira dalam situasi tidak rasmi dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian.
Malahan pengunaan dialek juga turut berlaku di sekolah sama ada dalam kalangan pelajar
ataupun warga pendidik. Kesimpulannya, penggunaan dialek sering berlaku dalam sesebuah
kelompok masyarakat tanpa mengira masa, situasi, persekitaran dan orang yang dilawan bicara /
pendengar. Penggunaan dialek ini perlulah digunakan dalam konteks yang sesuai. Hal ini
demikian kerana tidak semua pendengar dapat memahami dialek yang diujarkan oleh penutur.

Kesan Dialek terhadap Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas.


Kelas dapat ditakrifkan sebagai ruangan tertentu yang menjadi tempat belajar muridmurid bagi menerima seberapa banyak input berguna yang dijadikan sebagai persediaan untuk
mencapai kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan. Oleh itu, bilik darjah seharusnya adalah
satu tempat yang menyeronokkan bagi murid. Disamping itu, komunikasi juga berperanan
penting dan perlu diberi penekanan oleh setiap guru dalam pengajaran. Hal ini demikian kerana
guru bukan sahaja bercakap untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar, malah menurut
Moore (2001) guru juga kadangkala menyampaikan maklumat melalui gerak tubuh deperti
penggunaan suara, ekspresi muka, cara guru melihat, berdiri dan menggunakan sesuatu
perkataan, penggunaan ruang dan sebagainya. Justeru, komunikasi yang berkesan penting dalam

memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, bahasa adalah
sangat penting dalam pengajaran terutama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Hal ini kerana penggunaan bahasa yang betul akan membantu pelajar untuk menulis dan bertutur
dengan baik.
Kesan penggunaan dialek dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dikategorikan
kepada dua iaitu kesan positif dan kesan negatif. kesan positif daripada penggunaan dialek ialah
bahasa tersebut dapat memudahkan komunikasi antara penduduk sesetempat. Oleh itu, semasa
berkomunikasi, mereka akan mewujudkan kemesraan sesama mereka.Hubungan antara mereka
menjadi lebih erat, berasa tenang dan berhibur apabila mereka berkomunikasi antara satu sama
lain. Situasi ini sama seperti ketika berada di dalam kelas. Murid akan lebih mudah memahami
sesuatu tajuk sekiranya guru memberi penjelasan menggunakan dialek yang difahami oleh
murid. Disamping itu, penggunaan dialek semasa pengajaran dan pembelajaran juga membantu
mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid.
Walau bagaimanapun, penggunaan dialek dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas
juga banyak memberikan kesan yang negatif terhadap bahasa Melayu. Penggunaan dialek
menyebabkan pencapaian bahasa Melayu murid merosot. Hal ini kerana murid perlu
menggunakan bahasa Melayu standart dalam ujian lisan dan ujian bertulis. Musa Ahmad (1988)
dalam kajiannya memetik pandangan Teuku Iskandar (1970) yang menyatakan bahawa sebutan
baku merupakan aspek penting dalam aktiviti lisan. Implikasi bagi sebutan yang jelas, betul dan
tepat oleh penutur, akan menjelaskan makna atau maksud dan pendengar pula memahami apa
yang dimaksudkannya. Sekiranya penyebutan tidak jelas, betul dan tepat, meyebabkan
pendengar tidak faham dan maksud yang sebenarnya akan disalahtafsirkan oleh pendengar.
Selain itu, satu lagi kajian yang dijalankan oleh Farid M. Onn dan Ajid Che Kob (1981)
tentang pengaruh dialek dalam pemelajaran BM yang dijalankan terhadap 828 orang pelajar
Melayu mendapati bahawa 99.15% pelajar menggunakan dialek di luar sekolah apabila
berkomunikasi dengan kawan-kawan atau jiran setempat. Dapatan juga menunjukkan sejumlah
69.20% pelajar masih menggunakan dialek ketika berhubng dengan guru yang berasal daripada
daerah yang sama. Kesimpulan daripada pengkaji-pengkaji menyatakan bahawa penggunaan
dialek dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjadi satu sebab kemerosotan
pencapaian Bahasa Melayu pelajar-pelajar Melayu.

Penggunaan dialek semasa proses pemelajaran dan pengajaran turut mencalar kreadibiliti
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Lazimnya, sesuatu bahasa mempunyai beberapa dialek dan
salah satu daripada dialek ini menjadi variasi kepada bahasa Melayu rojak. Contohnya, sebutan
bunyi /a/ pada akhir perkataan, misalnya perkataan lupa , tidak sama antara dialek Johor dengan
dialek Negeri Sembilan, atau dengan dialek Parit, Perak. Di Johor, bunyinya [], di Negeri
Sembilan [], di utara [a], dan di Perit [] (Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, 2002).
Justeru, bayangkan sekiranya sekiranya seorang guru yang berasal dari Kelantan mengajar di
Sabah, menggunakan dialek Kelantan semasa pengajaran bahasa Melayu. Pastinya objektif
pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai seperti apa yang dikehendaki. Selain itu, hal ini
akan mengelirukan pemahaman murid.
Disamping itu, penggunaan dialek dalam pengajaran dan pembelajaran juga
menyebabkan murid tidak dapat bertutur menggunakan bahasa Melayu yang baku dengan betul.
Berdasarkan kajian Azman Wan Chik (1982) telah menyentuh tentang permasalahan sebutan
baku. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa hanya sejumlah 45% murid yang dapat
membezakan sebutan baku dengan sebutan tidak baku. Kajian tersebut menunjukkan lebih ramai
pelajar menghadapi masalah penyebutan. Masalah yang ketara ialah sebutan mereka dipengaruhi
oleh dialek. Kajian yang sama turut dilakukan oleh Farid M. Onn dan Ajid Che Kob (1981) juga
menunjukkan bahawa 99.15% pelajar menggunakan dialek di luar sekolah apabila
berkomunikasi dengan kawan-kawan atau jiran setempat. Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa sejumlah 69.20% masih menggunakan dialek ketika berhubung dengan guru yang
berasal daripada daerah yang sama. Oleh itu, jelaslah bahawa pengunaan dialek dalam
pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan terhadap cara pertuturan pelajar. Hal ini
juga menyebabkan pelajar gagal menggunakan bahasa baku dalam lisan mereka.
Kesimpulannya, penggunaan dialek dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
bahasa Melayu mempunyai pro dan kontra. Penguasaan bahasa Melayu yang baik memerlukan
latihan yang berterusan. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu baku dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah langkah yang tepat untuk membantu murid menguasai bahasa Melayu
dengan lebih baik.

Rujukan.

Nor Shafrin Ahmad.et al.2009. Kemahiran Komunikasi Guru Pelatih Universiti Sains Malaysia.
Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jid 24, 125-142, 2009. http
Nik Safiah Karim. 1990. Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rovina bt Samsudin. 2011. Unsur Percampuran Kod dalam Proses Pemelajaran dan Pengajaran :
Ancaman Bahasa Melayu Sebagai bahasa Ilmu. https://www.scribd.com/doc/109243797/unsurpercampuran-kod-Dalam-pdp (20 Julai 2015)