Anda di halaman 1dari 4

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang masalah
pengurusan sampah dan kesan-kesan yang ditanggung oleh masyarakat. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Amalan pembuangan sampah dalam kalangan rakyat di negara ini tidak putus-putus
dibincangkan dan mendapat liputan luas media dari masa ke masa. Masalah itu semakin
serius dan belum menampakkan jalan penyelesaiannya. Program kesedaran yang
dijalankan oleh agensi berkaitan kurang berkesan untuk menyedarkan rakyat. Tong-tong
sampah kitar semula tidak digunakan walaupun diletakkan di lokasi tertentu untuk
menggalakkan amalan kitar semula. Situasi tersebut menimbulkan persoalan tentang
keprihatinan kita terhadap isu kebersihan yang semakin diabaikan.
Tahap kesedaran yang rendah dalam pengurusan sampah sudah tentu
mendatangkan kesan atau krisis yang teruk terhadap alam sekitar. Pihak kerajaan amat
kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata.
Pengurusan sampah yang baik akan membawa faedah untuk jangka masa panjang. Skop
pengurusan sampah meliputi tiga kategori perkhidmatan iaitu kutipan, pengangkutan dan
pelupusan. Oleh sebab itu, pengurusan sampah sebenarnya bukan mudah dan murah.
Kos operasinya mahal, terutama jika pelupusan menggunakan kaedah rawatan termal
seperti loji insinerator atau menggunakan kaedah tapak pelupusan sanitari. Permasalahan
sisa pepejal dianggap sangat penting untuk diatasi bagi mewujudkan keadaan persekitaran
fizikal semula jadi dan buatan manusia berkekalan serta keadaan persekitaran sosial
manusia yang harmoni.
Secara amnya, penghasilan sampah telah menjadi satu beban besar kepada alam
sekitar khususnya di kawasan bandar. Jumlah sampah telah bertambah dengan banyak
selari dengan pertambahan penduduk. Keadaan ini menjadikan kos pengurusan sampah
tinggi kerana memerlukan banyak jentera pengangkut sampah dan tenaga pekerja yang
ramai. Berdasarkan statistik, kadar populasi di Malaysia menunjukkan pertambahan
sebanyak 2.4 peratus setahun atau lebih kurang 600 000 setahun semenjak tahun 1994.
Pertambahan kadar populasi ini sudah tentunya menyumbang kepada pertambahan
penghasilan sampah di bandar dan secara tidak langsung boleh mendatangkan kesan
terhadap pengurusan sampah sehingga ke peringkat yang kritikal. Oleh yang demikian, isu
sebenar mengenai sisa pepejal di Malaysia berkaitan dengan kutipan sampah yang
dibuang di tapak pelupusan iaitu sebanyak 76 peratus dan hanya 1 hingga 2 peratus sahaja
yang menjalani proses kitar semula. Hal ini juga ditambah lagi dengan masalah kekurangan
tanah untuk tapak pelupusan. Selain itu, tiada pemilihan teknologi yang sesuai untuk
rawatan sisa pepejal atau sampah.
Masalah sampah yang semakin meruncing seolah-olah tidak menyentuh perasaan
dan keprihatinan rakyat. Sejajar dengan itu, maka sangat penting supaya semua pihak dan
masyarakat yang terlibat dalam pengurusan sisa pepejal secara langsung lebih peka
terhadap isu penghasilan, pengasingan dan pembuangan sampah. Oleh yang demikian
marilah kita bersama-sama saling mengingati tentang isu ini supaya kita tidak menjadi
masyarakat yang rugi di muka bumi ini akibat daripada tangan kita sendiri.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Kenapa Kempen Pembuangan Sampah Terus Gagal
Utusan Malaysia, 24 Januari 2011)

Soalan 2 (a) Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata peringkat yang kritikal.


[2 markah]

(ii)

Pengarang menyatakan beberapa faktor yang menjadikan pengurusan sampah


amat mahal.
Nyatakan faktor-faktor tersebut.
[3 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak
sekolah untuk menangani masalah sampah di persekitaran sekolah?
[4 markah]

Rumusan
Pendahuluan :
Petikan menerangkan halangan-halangan/ kekangan-kekangan pengurusan sampah
di negara kita / di Malaysia
Isi tersurat : (masalah-masalah)
1. Program kesedaran yang dijalankan oleh agensi berkaitan kurang berkesan
2. Tong-tong sampah kitar semula tidak digunakan
3. Tahap kesedaran yang rendah
4. Sikap segelintir rakyat Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata
5. Pengurusan sampah sebenarnya bukan mudah dan murah
6. Jumlah sampah telah bertambah dengan banyak
7. Masalah kekurangan tanah untuk tapak pelupusan
8. Tiada pemilihan teknologi yang sesuai untuk rawatan sisa pepejal atau
sampah
9. Masalah sampah yang semakin meruncing seolah-olah tidak menyentuh
perasaan dan keprihatinan rakyat.
Isi tersirat : (kesan-kesan)
1. pencemaran udara
2. menimbulkan bau yang busuk
3. suasana / persekitaran tidak selesa
4. imej negara terjejas
5. menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya
Kesimpulan :
Kesimpulannya, setiap rakyat mestilah menguruskan sampah dengan bijak agar kita
dapat hidup dengan selesa.

2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2

Pemahaman
(i)

Maksud rangkai kata peringkat yang kritikal


- tahap/ taraf/ tingkat/ kedudukan yang genting/ menimbulkan krisis
[Maksimum : 2 markah]

(ii)

Faktor-faktor kos pengurusan sampah amat mahal


- skop pengurusannya meliputi tiga kategori perkhidmatan iaitu
kutipan, pengangkutan dan pelupusan
- pelupusan menggunakan kaedah rawatan termal
- menggunakan kaedah tapak pelupusan sanitari
- memerlukan banyak jentera pengangkut sampah dan tenaga pekerja
yang ramai
[Maksimum : 3 markah]

(iii)

Peranan pihak sekolah untuk menangani masalah sampah di persekitaran sekolah

1
1
1
1

mengadakan kempen kebersihan


menubuhkan kelab Pencinta Alam
mengenakan hukuman/ denda yang dapat mendidik
menngadakan aktiviti gotong-royong
mengadakan pertandingan kebersihan/ Program 3K
[Maksimum : 4 markah]

1
1
1
1
1