Anda di halaman 1dari 4

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan
menyertai aktiviti kesukarelawanan dan langkah-langkah menghargai mereka yang
terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Kesukarelawanan lumrahnya dikaitkan dengan amalan bergotong royong yang
diamalkan dalam kehidupan masyarakat penyayang dan prihatin. Dewasa ini, sikap
sukarelawan dalam kalangan belia telah berkurangan. Hal ini berlaku kerana masyarakat
lebih mementingkan material. Sesuatu pekerjaan dilakukan untuk mengharapkan
pembalasan. Mereka sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang bersifat individu. Akhirnya, beberapa
pertubuhan sukarelawan belia berkeadaan hidup segan mati tak mahu.
Namun, sejak belakangan ini, tradisi kesukarelawanan membudaya dalam
masyarakat sehingga mereka yang tidak bercampur dalam masyarakat diibaratkan seperti
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Mereka juga mungkin dipulaukan
oleh sekelompok masyarakat kerana tidak mahu memberikan komitmen. Sebenarnya,
melalui pertubuhan sukarelawan, mereka mendapat pelbagai pengetahuan dan pengalaman
melalui aktiviti pertubuhan yang disertainya. Sebagai contoh, dengan mengikuti program
kem jati diri mereka dapat mengenal pasti potensi diri. Ada juga belia yang mendapat
kenalan melalui pertubuhan belia selain dapat berkumpul dalam satu kumpulan masyarakat
yang sebaya, mempunyai cita-cita dan aspirasi yang sama.
Pertubuhan sukarelawan belia amat penting dalam masyarakat lantaran belia
mempunyai wadah untuk menyalurkan idea dan tenaga bagi membantu masyarakatnya.
Hasil usaha kesukarelaan turut memberikan faedah kepada individu melalui pengalaman
dan kemahiran yang diperoleh. Oleh itu, semangat sukarela seharusnya dipupuk semasa
kecil lagi. Dengan ini, kita dapat melahirkan manusia yang berjiwa besar dan mulia.
Kesukarelawanan harus terus digalakkan dalam kalangan pelajar kolej dan universiti.
Segala kemahiran dan pengalaman kerja boleh dikongsi bersama dengan orang lain.
Di Malaysia, semangat sukarela telah mampu membawa kita ke arah kemerdekaan
dan mengharumkan negara. Rakyat yang berbilang kaum, budaya dan agama secara
sukarela telah bergabung demi menuntut kemerdekaan. Kesukarelaan turut
mengintegrasikan dan menyatupadukan masyarakat. Kebelakangan ini, nama Malaysia kian
cemerlang dengan gerakan kesukarelaan negara yang aktif di peringkat global. Gerakan ini
termasuklah usaha-usaha sukarelawan Malaysia dalam membantu manusia yang ditimpa
kecelakaan di mana-mana sahaja. Namun begitu, seseorang yang mahu menjadi
sukarelawan harus memilih badan-badan sukarela yang diminati oleh mereka agar mereka
boleh berkhidmat dengan penuh dedikasi selain mendapat pengalaman yang berguna bagi
memajukan dirinya.
Sesungguhnya aktiviti kesukarelawan berpotensi dalam menjamin kesejahteraan
masyarakat. Pertubuhan ini juga dapat membentuk belia mengikut acuan kita sendiri. Oleh
itu, setiap belia harus melibatkan diri dalam pertubuhan belia di tempat masing-masing.

[Dipetik dan diubahsuaikan daripada Menjanakan Semangat


Kesukarelawanan oleh Mohd. Hamdan Hj Adnan dalam
Dewan Siswa September 2007: hal 12]

Soalan 2 (a) Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas,
menggunakan ayat anda sendiri.
i)

jawab soalan-soalan yang berikut dengan

Berikan maksud rangkai kata membudaya dalam masyarakat?


[2 markah]

ii)

Nyatakan dua kesan jika tidak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan?
[3 markah]

iii)

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara


kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat?

untuk

memupuk

semangat
[4 markah]

Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan faedah/kepentingan/keistimewaan/manfaat/maslahat menyertai aktiviti
kesukarelawanan.
[2 markah]

Isi Tersurat (faedah) [4 hingga 12 markah]


1
mereka mendapat pelbagai pengetahuan dan pengalaman melalui aktiviti pertubuhan
yang disertainya
2
Ada juga belia yang mendapat kenalan melalui pertubuhan belia
3
dapat berkumpul dalam satu kumpulan masyarakat yang sebaya, mempunyai cita-cita
dan aspirasi yang sama.
4
belia mempunyai wadah untuk menyalurkan idea dan tenaga bagi membantu
masyarakatnya
5
memberikan faedah kepada individu melalui pengalaman dan kemahiran yang
diperoleh
6
dapat melahirkan manusia yang berjiwa besar dan mulia
7
Segala kemahiran dan pengalaman kerja boleh dikongsi bersama dengan orang lain.
8
mampu membawa kita ke arah kemerdekaan dan mengharumkan negara
9
turut mengintegrasikan dan menyatupadukan masyarakat
10
berpotensi dalam menjamin kesejahteraan masyarakat
11
dapat membentuk belia mengikut acuan kita sendiri
Isi Tersirat (langkah) [ 4 hingga 12 markah]
1
Memberikan ganjaran/cenderamata/sijil./pingat
2
Memberikan cuti bergaji bagi kakitangan awam/swasta
3
Menyediakan pakej pelancongan percuma
4
Meraikan mereka dalam majlis/jamuan
Kesimpulan
Kesimpulannya, semangat kesukarelawanan haruslah disemai dalam sanubari rakyat agar
melahirkan masyarakat yang harmoni/negara yang sejahtera.

Pemahaman
i)

Maksud membudaya dalam masyarakat


- Menjadi kelaziman/kebiasaan sekumpulan manusia.
[ maksimum: 2 markah]

ii)

Kesan tidak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan (2 isi)


- Mereka akan dianggap mementingkan diri sendiri
- Mereka turut dipulaukan kerana tidak memberikan komitmen
[ maksimum: 3 markah]

iii)

Cara memupuk semangat kesukarelawanan (2 isi)

Ibu bapa menyemai sikap sukarelawanan sejak kecil dengan mengajak anak-anak
melakukan kerja rutin ( seperti mencuci kereta, mencuci pinggan mangkuk,
menyiram bunga dll)
Pihak sekolah melaksanakan aktiviti yang melibatkan kerja amal melalui kelab
dan persatuan
NGO/badan bukan kerajaan/pihak swasta memberikan khidmat semasa program
anjuran kerajaan/swasta/JKK kampong dijalankan.
Media massa mewara-warakan kepentingan aktiviti kesukarelaan.
Pihak kerajaan menggiatkan kempen
[ maksimum: 4 markah]

Anda mungkin juga menyukai