Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]
Baca petikan dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang
menarik pelaburan asing di Malaysia dan kesannya.. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Berdasarkan hasil tinjauan dan kajian yang dijalankan, Malaysia masih kekal sebagai
pilihan destinasi pelaburan dalam kalangan pelabur asing. Malaysia adalah antara 20 buah
negara di dunia yang menarik bagi Pelaburan Langsung Asing (FDI)., menurut Kaji Selidik
Prospek Dunia 2007. Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan
Pembangunan (UNCTAD) berkata Malaysia berada di tangga ke-14 mendahului Indonesia
di tangga ke-15 dan Singapura di tangga ke-16.
Malaysia mempunyai trek rekod yang baik berhubung amalan dasar terbuka dalam
ekonomi sejak negara mencapai kemerdekaan. Oleh itu, terdapat banyak syarikat
multinasional dari negara-negara luar telah melabur dalam pelbagai projek Malaysia kerana
tertarik dengan persekitaran perniagaannya yang selesa. Malaysia kini ialah destinasi
pelaburan baharu terutamanya dalam sektor teknologi tinggi, tenaga solar, aeroangkasa
serta minyak dan gas hasil keupayaan negara ini menawarkan pelbagai kelebihan dan
insentif bagi tujuan itu.
Kerajaan sentiasa memastikan dasar yang dilaksanakan akan terus menyokong
kemasukan pelabur asing yang baharu dan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pilihan
untuk syarikat yang mencari peluang di rantau Asia. Kekukuhan asas ekonomi Malaysia
dan pelbagai dasar serta insentif yang diperkenalkan terus dianggap sebagai kelebihan
yang ada pada Malaysia untuk menarik pelaburan langsung asing.
Kita lihat banyak negara kini berlumba-lumba untuk menarik pelaburan asing dengan
menawarkan lebih banyak insentif dan strategi. Malaysia masih menerima kemasukan FDI,
malah lebih tinggi berbanding sasaran awal di sebalik wujudnya krisis politik di negara ini.
Sumber utama pelaburan negara adalah dari Australia sebanyak RM12.6 bilion, diikuti
Sepanyol (RM4.2 bilion), Jerman (RM3.3 bilion) dan Amerika Syarikat (RM2.8 bilion). Hal ini
demikian kerana kerajaan kita memiliki pelan perancangan jangka pendek dan jangka
panjang untuk meningkatkan daya saing bagi meningkatkan FDI.
Malaysia amat tersohor kerana memiliki iklim pelaburan yang kondusif melalui
dasar pelaburan yang liberal dan telus. Selain itu, kemudahan infrastruktur yang lebih baik
di Malaysia adalah faktor utama menyebabkan syarikat asing masih memilih negara ini
untuk melabur dalam sektor perkilangan. Malaysia juga merupakan destinasi pelaburan
dalam kalangan pelabur Asia Barat kerana sumber semula jadi, tenaga kerja dan industri
kewangan yang ditawarkan negara ini. Keistimewaan lain yang dimiliki Malaysia ialah
kepelbagaian bahasa, budaya, infrastruktur, industri dan pendidikan menjadikan pelaburan
di Malaysia sangat menarik bagi pelbagai sektor perniagaan.
MITI juga menggariskan tiga langkah terbaharu untuk menarik pelaburan asing ke
negara ini bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing, meskipun dunia ketika ini dilanda
kemerosotan ekonomi. Langkah tersebut adalah memastikan negara mampu menarik lebih

banyak pelabur dari dalam dan luar. Selain itu, meningkatkan nilai eksport cemerlang
negara sepanjang tahun lalu yang berjumlah RM 1 trilion. Pada masa yang sama, sektor
industri kecil dan sederhana (IKS) akan diberikan perhatian agar dapat memberi manfaat
kepada pelabur tempatan.
( Dipetik dan diubah suai daripada rencana Pelaburan Asing di Malaysia : Faktor-faktor
Tarikan, Fokus SPM, Januari 2009 )

Soalan 2 (a) Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas,
menggunakan ayat anda sendiri.

jawab soalan-soalan yang berikut dengan

(i) Berikan maksud rangkai kata amat tersohor.


(2 markah)
(ii) Nyatakan tiga langkah terbaharu yang dirancang oleh MITI untuk menarik pelaburan
asing?
(3 markah)
(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk
membantu memajukan usahawan tempatan?
(4 markah)