Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]
Baca petikan dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan belia
menguasai isu antarabangsa dan punca mereka tidak mengutamakannya. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Belakangan ini Malaysia mengambil bahagian secara aktif dalam hampir setiap
persidangan sama ada diadakan di dalam atau di luar negara. Penyertaan Malaysia ini
sudah membuktikan bahawa betapa soal hal ehwal antarabangsa amat penting dalam
konteks melaksanakan dasar luar negara kita. Lebih penting, suara negara ini adalah untuk
keadilan dan kita menentang
setiap perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh
manusia. Akan tetapi, apalah ertinya pemimpin kita sahaja yang berjuang sedangkan
golongan belia hanya berpeluk tubuh dan tidak ambil peduli tentang apa-apa yang
sebenarnya sedang berlaku. Belia seharusnya tidak ketinggalan melibatkan diri dalam isuisu global ini. Jika mereka tidak mengikuti perkembangan itu, mereka akan ketinggalan dan
tercicir buat selama-lamanya.
Atas dasar menyedari kecetekan ilmu golongan belia dan remaja mengenai soal isu
antarabangsa inilah Menteri Belia dan Sukan mengajak mereka supaya mengambil tahu
tentang isu dan masalah globalisasi.
Kita menganggap saranan ini mempunyai
signifikasinya yang tersendiri kepada belia bukan sahaja untuk membolehkan mereka
mengenali diri mereka malah tahu akan perkembangan semasa dunia. Kita mencadangkan
kepada Kementerian Belia dan Sukan agar menjalankan kempen besar-besaran untuk
mengenalkan belia dan remaja kepada isu antarabangsa. Program yang diadakan bukanlah
terbatas kepada pertandingan kuiz dan pertandingan seperti syarahan dan perdebatan
tentang topik antarabangsa semata-mata malah belia dan remaja hari ini mestilah
digalakkan berdebat menerusi internet. Jika kita lihat dalam internet pada hari ini, pelbagai
isu sudah pun diperdebatkan. Mereka yang tahu memanfaatkannya dapat menimba ilmu
menerusinya. Tentunya kita tidak mahu golongan belia dan remaja kita asyik berbincang
tentang perkara yang remeh-temeh yang kurang memberi faedah kepada diri dan
masyarakat.
Dalam keadaan dunia hari ini yang sering berubah, kita memerlukan belia dan
remaja yang berfikiran kritis dan mampu melihat sesuatu peristiwa dan menterjemahkannya
kepada keadaan di negara ini. Dengan cara ini mereka dapat menghargai kemakmuran
dan kemerdekaan negara dengan membandingkan peristiwa yang berlaku di seluruh
dunia.
Jika kita menjadikan isu antarabangsa sebagai satu standard untuk mengukur
kematangan belia dan remaja, kita percaya bahawa mutu golongan belia perlu ditingkatkan
lagi. Jika mereka golongan pelajar, pengetahuan dan ilmu di dada mereka perlu diperluas
bukan hanya berkisar kepada jurusan ilmu yang dipelajari oleh mereka semata-mata. Soalsoal antarabangsa bukanlah perkara yang perlu dipelajari tetapi perlu dikuasai.
( Dipetik dan diubah suai daripada rencana Kepentingan Belia Menguasai Isu
Antarabangsa, Dewan masyarakat, Mei 2009 )

Soalan 2 (a) Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas,
menggunakan ayat anda sendiri.

jawab soalan-soalan yang berikut dengan

(i) Apakah maksud menghargai kemakmuran dan kemerdekaan negara?


(2 markah)
(ii) Apakah program yang dicadangkan untuk menggalakkan belia menguasai isu
antarabangsa?
(3 markah)
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kesedaran tentang kepentingan mengetahui isu
antarabangsa dapat dipupuk di sekolah?
(4 markah)