Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]
Baca petikan dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan remaja dalam
menghayati kemerdekaan tanah air dan sebab-sebab remaja perlu menghayatinya.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Generasi muda negara ini seharusnya bersyukur kerana dilahirkan dalam suasana
pascamerdeka yang aman dan makmur. Namur begitu, di sebalik kemakmuran dan
kejayaan yang dicapai Malaysia, para remaja harus menyedari kepentingan menghayati
semangat kemerdekaan yang sebenar agar kemerdekaan negara dijaga dan dihormati.
Dalam kita menyambut kemerdekaan, remaja seharusnya merenung dan menghayati
hakikat kemerdekaan itu sendiri.
Era globalisasi pada hari ini dapat memberikan pendedahan kepada golongan
remaja terhadap kepelbagaian budaya dan idealisme. Pengaruh media masa yang amat
kuat menyebabkan sesetengah daripada golongan remaja memandang tinggi terhadap
segala yang datang dari Barat. Sungguhpun dunia Barat amat maju dalam pelbagai bidang
namun kemodenan yang dicapai oleh mereka ada kepincangannya. Sebagai contoh,
masyarakat di Barat begitu gemar mengejar kemajuan materialistik sehingga
mengabaikan nilai-nilai murni lalu menyebabkan institusi kekeluargaan mereka menuju
keruntuhan. Oleh yang demikian, para remaja mestilah arif memilih nilai-nilai yang baik dan
tidak terpengaruh dengan perkara yang negatif.
Dalam menelusuri nikmat kebebasan, para remaja seharusnya tidak lalai dalam
mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan keterampilan. Biar apa pun bangsa kita, kita
seharusnya sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia untuk memajukan diri dan negara.
Apabila negara membangun dalam keseimbangan, negara akan lebih disegani dan
dihormati oleh negara lain. Sekiranya ini tidak menjadi asas pegangan maka negara akan
jauh ketinggalan daripada aspek pembangunan fizikal dan rohaniah. Oleh itu, negara akan
mundur dan kesejahteraan rakyat tidak mungkin tercapai.
Remaja tidak boleh dengan bebas dan sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang
menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Dalam masyarakat majmuk, hal ini menjadi
cabaran yang besar dalam memupuk perpaduan kaum.
Amat menyedihkan apabila
terdapat segelintir remaja bertindak di luar batasan dengan memperlekeh dan menghina
agama dan bangsa lain, apatah lagi disuarakan dalam bulan kemerdekaan ini. Dalam hal
ini, remaja diajar supaya berakhlak mulia sesama insan lain walaupun berlainan bangsa
dan agama. Remaja mestilah menghormati adat resam dan budaya orang lain, tanpa
mengira bangsa dan agama. Sememangnya, setiap sambutan ulang tahun kemerdekaan
itu menyediakan peluang untuk remaja bergembira atau bersuka ria. Namur begitu, remaja
harus bijak memilih agar tidak terjebak dengan acara-acara yang mungkin membawa
remaja ke arah mendekati perkara yang negatif. Perkara yang menyedihkan ialah kita
sering mendengar kisah remaja yang terlibat dengan gejala negatif pada malam sambutan
kemerdekaan seperti minum arak, penyalahgunaan dadah, kegiatan lumba haram dan
pergaulan bebas antara berlainan jantina.
Oleh itu, adalah penting untuk remaja memastikan terdapatnya pengisian bermanfaat
serta membina terhadap sambutan kemerdekaan yang dianjurkan. Acara-acara yang

dirancang seharusnya berpotensi menyemai nilai-nilai kesedaran. Remaja tidak seharusnya


mencemari kehormatan kemerdekaan dengan unsur-unsur yang tidak berakhlak serta salah
di sisi agama dan undang-undang.
( Dipetik dan diubah suai daripada Menghormati Kemerdekaan Negara, oleh Mohd. Farid
Md. Alias, Utusan Malaysia, 23 Ogos 2007 )

Soalan 2 (a) Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas,
menggunakan ayat anda sendiri.

jawab soalan-soalan yang berikut dengan

(i) Berikan maksud rangkai kata mengejar kemajuan materialistik.


(2 markah)
(ii) Mengapakah remaja perlu mementingkan ilmu pengetahuan dan keterampilan?
(3 markah)
(iii) Pada pendapat anda, mengapakan remaja kini tidak menghargai kemerdekaan
tanah air? Berikan empat sebab.
(4 markah)

Anda mungkin juga menyukai