Anda di halaman 1dari 20

SWITCHBOARD INSTALLATION

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 1 -)

SWITCHBOARD INSTALLATION
TOPIK 6
PENYENGGARAAN
A. PENGENALAN

Penyenggaraan biasanya dilakukan secara berkala atau terdapat kerosakan pada


perkakasan. Setiap kali penyelenggaraan dilakukan, ia mungkin akan mengganggu
pengguna atau beban-beban yang tersambung. Oleh itu, terdapat perkara-perkara yang
perlu diambil perhatian apabila membuat kerja ini.

B. KERJA-KERJA SENGGARAAN
i.

Membaiki/ menukar peralatan elektrik yang rosak seprti mentol, lampu, kipas, motor,
suis, soket, ciruit breaker dan sebagainya.

ii.

Menservis peralatan elektrik seperti alatubah (transformer), motor, generator, circuit


breaker dan sebagainya.

iii.

Mendawai semula (rewiring) jika terdapat pendawaian bermasalah.

iv.

Menguji penebatan system pendawaian secara berkala.

v.

Membaiki/ menambah/ menaiktaraf sesuatu pemasangan elektrik.

C. ASPEK-ASPEK PENYENGGARAAN.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.

Peruntukan yang mencukupi


Tenaga mahir yang mencukupi
Mempunyai unit pentadbiran
Stok alatganti yang mencukupi
Peralatan seperti kenderaan, tangga, mesin, tool, instrument dan bahan mencukupi
Setiap data direkod didalam Buku rekod / buku log
Mempunyai Sijil / pengetahuan pertolongan cemas
Berdasarkan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
Kakitangan yang diberikan latihan atau kursus untuk menjalankan senggaraan.

D. JENIS-JENIS SENGGARAAN
i.

Senggaraan Berkala
Berkala (routine) dibuat secara sistematik dalam selang jangka masa yang
tertentu walaupun tidak terdapat apa-apa kerosakan.

ii.

Senggaraan Diluar Jangka ( Breakdown Maintenance)


Dibuat apabila terdapat kerosakan dan gangguan bekalan diluar jangka
Contohnya kerosakan kabel bawah tanah yang disebabkan oleh kerosakan semula
jadi atau disebabkan kerja-kerja pengorekkan tanah.

Kerja pembaikan mestilah dilakukan dengan segera supaya pengguna terbabit


tidak mengalami gangguan bekalan untuk tempoh lama.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION

iii.

Senggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)


Dilakukan apabila tanda-tanda awal kerosakan telah wujud dan jika tidak dibaiki
segera kerosakan lebih besar dan serius pasti akan berlaku.

E.

I.

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 2 -)

Contohnya jika didapati minyak alatubah mengalami kebocoran perlahan, jika tidak
diambil tindakan minyak akan kering dan alatubah akan panas atau terbakar.
Akibatnya kos pembaikan menjadi terlalu tinggi dan gangguan bekalan yang lama.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DISENGGARA


I.
Senggaraan Pencawang
II.
Senggaraan Ring Main Unit (RMU)
III.
Senggaraan Alatubah (Transformer)
IV.
Senggaraan Pemutus Litar
V.
Senggaraan Kabel Bawah Tanah
VI.
Senggaraan Papan Suis Utama
VII.
Senggaraan ACB, MCCB
VIII.
Senggaraan Geganti
IX.
Senggaraan Janakuasa
X.
Senggaraan Pendawaian
XI.
Senggaraan Kapasitor Bank
XII.
Senggaraan Pencawang
XIII.
Bangunan pencawang
XIV.
Switchgear 11kV
XV.
Alatubah (transformer) 11kV/415V
XVI.
Papan Suis Utama
XVII.
Kabel voltan tinggi dan rendah
XVIII.
Battery charger
Bangunan Pencawang
Bersihkan bahagian dalam pencawang daripada habuk, pasir , daun-daun, dan
sebagainya.

Rumput yang panjang hendaklah dipotong bagi mengelakkan kawasan menjadi semak.

Pastikan alat pemadam api Carta pertolongan cemas, rajah skema, tikar getah, lampulampu, soket 13A, exhaust fan dan tanda BAHAYA dalam keadaan baik.

Pintu pencawang hendaklah masih dalam keadaan baik, tidak reput, tidak ketat, tidak
turun (sagging) hingga susah untuk dibuka dan ditutup

Periksa dan pastikan pembumian pencawang masih baik, buat ujian elektrod bumi untuk
memastikan bacaannya adalah mengikut spesifikasi.

Pastikan kunci pintu masih baik.

Cat baru bangunan pencawang jika perlu.

Pastikan tiada lubang atau laluan yang membolehkan binatang-binatang seperti anjing,
kucing, burung, ular dan sebagainya dapat masuk ke pencawang. Binatang-binatang ini
boleh menyebabkan litar pintas berlaku didalam PSU.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION

II.

IV.

V.

Pastikan lampu-lampu dan soket berfungsi dengan baik

Senggaraan Bilik MSB


Bersihkan bilik papan suis utama dan bilik-bilik suis lain daripada habuk, pasir, sampah,
sawang labah-labah, rumput dan apa jua kekotoran.

III.

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 3 -)

Barang-barang lain yang tidak berkaitan seperti kerusi meja yang rosak, tong, kotak dan
sebagainya hendaklah dikeluarkan. Jika berlaku kebakaran, barang-barang ini mudah
dimakan api atau mempercepatkan lagi pembakaran.

Ring Main Unit (RMU)


Pastikan minyak didalam OLU/HFU masih mencukupi dan minyak masih baik.

Buat ujian voltan pecahtebat (breakdown voltage) minyak untuk mengetahui tahap
penebatannya.

Untuk suisgear jenis gas (SF6), pastikan tekanan gasnya masih mencukupi.

Pastikan mekanisma RMU masih boleh beroperasi dan selamat digunakan.

Pastikan bahagian suis yang perlu seperti earth switch dsb. Dikunci dengan sempurna.

Senggaraan Alatubah Jenis Minyak

Minyak perlu dipastikan mencukupi, tiada kebocoran, dielectric strength minyak masih
baik (melebihi 22kV), kandungan asid dalam tahap yang diterima.

Pastikan suhu minyak alatubah adalah normal

Pastikan silica gel masih baik (kebiruan), jika warnanya sudah berwarna merah jambu
(pink) perlulah ditukar.

Kekotoran pada bahagian luar (bushing) hendaklah dibersihkan, pastikan tiada keretakan
dan kesan terlalu panas.

Periksa penamatan kabel supaya sentiasa ketat dan kuat.

Bersihkan bushing (LV dan HT) dari habuk dan kotoran

Pastikan pembumian rangka dan star point alatubah dalam keadaan baik.

Pastikan tiada apa-apa tanda luar biasa pada alatubah

Senggaraan Kabel Bawah Tanah

Pastikan penamatan kabel (termination) didalam keadaan baik, tiada kesan lebihan haba
(overheating) disebabkan sambungan longgar.

Penyokong kabel (cable support) hendaklah dalam keadaan baik supaya berat kabel
tidak akan merosakkan penamatan kabel.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION

VI.

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 4 -)

Pananda kabel bawah tanah (cable marker) hendaklah masih terpelihara.

Rekod kabel yang mencatatkan jenis, saiz, panjang dan laluan kabel dan hendaklah
disimpan dengan baik.

Senggaraan MSB

Pastikan tikar getah, carta pertolongan cemas , alat pemadam api, tanda AWAS, BAHAYA
dan DILARANG MASUK masih berada ditempatnya dan berkeadaan baik.

Pastikan meter-meter pada MSB (Ammeter, Voltmeter dan lain-lain) dalam keadaan baik
dan boleh dibaca.

ACB, MCCB hendaklah diuji , diservis supaya boleh berfungsi dengan sempurna.

Geganti perlindungan arus lebih dan rosak ke bumi hendaklah ditatah dan diuji sekurangkurangnya sekali setiap dua tahun.

Tiada barang-barang yang tidak berkenaan disimpan didalam bilik MSB dan bilik MSB tidak
boleh dijadikan stor.

Jangan biarkan bilik suis basah, lembab atau berair. Keadaan lembab mempercepatkan
pengaratan dan berkulat.

Pastikan setiap panel pemutus litar mempunyai label yang betul supaya mudah mengawal
bekalan bila perlu.

Pastikan bahagian dalam MSB seperti busbar dsb bersih dan tidak diselapoti habuk dan
kotoran.

Pastikan tiada mana-mana bahagian MSB terutamanya bahagian bawahnya dimana kabel
memasuki MSB terbuka kerana beberapa jenis binatang seperti tikus, kucing, ular dsb
boleh memasuki MSB dan mengakibatkan litar pintas.

VII.

Riser / Bus Duct

Pastikan riser dalam keadaan baik, tiada tanda-tanda basah atau dimasuki air.

Pastikan pembumian riser didalam keadaan baik.

Pastikan bilik riser berkunci dan ruang riser tidak dijadikan stor.

Pastikan tiada kesan-kesan panas lampau dimana-mana bahagian riser.

VIII.

Sitem Pembumian

Pastikan komponen system pembumian masih dalam keadaan baik terutamanya kabel
bumi, penyambungan (earth clip) dan elektrod bumi.

Uji system pembumian supaya nilai rintangan bumi masih rendah (<1ohm).

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 5 -)

Periksa sambungan-sambungan konduktor bumi masih baik dan tidak berkarat.

Pastikan saiz kabel bumi betul iaitu:


i.
Sama dengan saiz kabel fasa sehingga 16mm persegi
ii.
16mm persegi jika kabel fasa dari 16mm hingga 35mm persegi.
iii.
Separuh dari saiz kabel fasa jika saiz kabel fasa melebihi 35mm persegi.
iv.
Copper tape (3mm x 25mm) untuk saiz melebihi 70mm persegi.

Pastikan elektrod bumi yang digunakan (Standard Earth Electrode- 6 panjang atau
galvanized iron (G.I) dalam keadaan baik.

Pastikan sambungan kabel bumi (earth clip) kepada electrode bumi masih baik dan tidak
berkarat.

Uji rintangan elektrod bumi dan pastikan bacaan rintangan tidak melebihi 1ohm.
Nilai rintangan maksima elektrod bumi untuk pemasangan elektrik ialah 1ohm
Nilai rintangan maksima elektrod bumi untuk system penangkap kilat ialah 10 ohm.

Pastikan konduktor perlindungan (circuit protective conductor) dan konduktor bumi berada
dalam keadaan baik terutamanya dibahagian terminal penyambungan elektrod bumi.

Tentukan earth chamber masih dalam keadaan baik.

Buat ujian keselanjaran konduktor bumi.

IX.

Senggaraan Alat-Alat Perlindungan


i.
ii.
iii.
iv.
v.
i.

Senggaraan Pemutus Litar (ACB)

ii.

ACB (Air Circuit Breaker)/MCCB


Geganti (relay)
Fius
RCCB/ELCB (residual current c.b)
Surge Protective Device (SPD)

Buat ujian mekanikal ON dan OFF


Buat ujian tripping menggunakan push button (jika ada)
Buat ujian triping menggunakan shunt trip coil
Periksa main contact dan bersihkan jika perlu.
Rapatkan main contact jika perlu, contact pressurenya hendaklah mencukupi dan
seimbang.
Minyakkan bahagian-bahagian yang bergerak.
Bersihkan arc chute menggunakan penyedut hampagas.
Buat ujian penebatan diantara fasa dan antara fasa dengan neutral, bacaannya hendaklah
tidak melebihi 1 Mega Ohm.
Senggaraan Geganti

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION

Hendaklah duji dan ditatah (setting) sekali setiap dua tahun oleh kontraktor perkhidmatan
yang layak dan berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk memastikan ianya berfungsi
dengan sempurna.
Pastikan ia boleh memutuskan bekalan oleh pemutus litar bila berlaku beban lebih atau
litar pintas.
Lakukan ujian secondary injection dan trip test.

iii.

Senggaraan Fius

Jika fius telah lebur (terbakar) ia perlu ditukar kepada fius baru yang sama kadaran arus
dan jenisnya.
Jenis-jenis fius yang digunakan ialah fius dawai, fius katrij dan fius HRC (high rapturing
capacity)

iv.

Senggaraan Residual Current Circuit Breaker (RCCB)

X.

XI.

XII.

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 6 -)

Kepekaan arus bocor 10mA, 30mA, 100mA.


Tekan butang uji RCCB sebulan sekali untuk memastikan kefungsiannya.
Uji kepekaannya dan masa perlantikannya (triping time) menggunakan RCCB tester.
Senggaraan Pendawaian

Perlu diuji tahap penebatannya sekali setiap lima tahun atau bila-bila perlu.

Lazimnya mendawai semula (rewiring) dibuat jika terdapat pendawaian yang telah rosak
kerana ia lebih praktikal dan murah.

Rintangan penebatannya hendaklah melebihi 1MegaOhm

Konduit, trunking dan tray hendaklah dalam keadaan baik dan selamat

Pastikan pembumian conduit masih baik dan sempurna.

Senggaraan UPS

UPS (Uninterrptible Power Supply) diperlukan untuk bekalan sementara kepada alat-alat
kritikal seperti computer, PABX dan sebagainya menggunakan sekumpulan bateri.

Bateri-bateri UPS hendaklah sentiasa dipastikan berada dalam keadaan baik dan cas
bateri sentiasa penuh dan voltannya mencukupi.

Sistem mestilah dipastikan berfungsi apabila berlaku gangguan bekalan.

Senggaraan Janakuasa

Periksa setiap bulan atau bila dirasakan perlu:


i.
Minyak bahan bakar (disel) mencukupi atau tidak.
ii.
Minyak pelincir (minyak enjin) mencukupi atau tidak
iii.
Air penyejuk dalam radiator mencukupi atau tidak

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION
iv.
v.

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 7 -)

Air bateri mencukupi atau tidak


Uji ketumpatan air bateri menggunakan hydrometer, pastikan ketumpatan
bandingannya (specific gravity) berada diantara 1.1 ke 1.2

Sambungan bateri ketat / longgar/ bersih / kotor. Buka dan bersihkan jika kotor.

Status caj bateri ( normal, weak, discharge)

Jalankan dan warm up janakuasa setiap hari atau minggu.

Simulate gangguan bekalan dan pastikan system janakuasa atau C.O.C boleh
menyalurkan bekalan kepada beban-beban penting pada setiap dua minggu.

Pastikan bilik janakuasa bersih dari sampah, habuk atau sawang labah-labah.

F.

PENYENGGARAAN PSU DAN ACB

I.

Penyelenggaraan hendaklah dilakukan:


i.
ii.
iii.
iv.
v.

II.

Jika tidak operasi senggaraan tiap-tiap 3 tahun sekali


Kerap buat switching senggaraan tiap-tiap 1 tahun sekali.
Kerap buat tripping senggaraan tiap-tiap 3 bulan sekali.
Kadang kala tripping senggaraan tiap-tiap 6 bulan sekali.
Selepas mengalami kerosakan atau terjadi kerosakan pada ACB senggaraan hendaklah
dibuat serta merta.

Langkah-Langkah Keselamatan Dan Penyediaan Peralatan.

Kerja-kerja penyelenggaraan PSU biasanya dilakukan didalam bilik PSU. Oleh itu adalah
penting untuk kita memastikan keperluan asas bilik PSU berada dalam keadaan baik

i.

Alat Pemadam Api


Alat pemadam yang masih berfungsi hendaklah berada ditempatnya. Alat pemadam
api yang biasa diletakkan dibilik suis ialah jenis dry powder yang sesuai utk
kebakaran elektrik.

ii.

Gambarajah Skematik
Gambarajah skematik merupakan perkara penting untuk dijadikan rujukan sebelum
memulakan kerja-kerja Shut Down. Dengan ini kita boleh merancang untuk
memutuskan bekalan yang mana dahulu atau mengagihkan bekalan ke beban (jika
menerima bekalan dari dua feeder).

iii.

Carta Pertolongan Cemas


Carta ini boleh dijadikan rujukan apabila berlaku kemalangan renjatan elektrik.
Terutamanya sebelum menunggu bantuan perubatan tiba. Carta ini biasanya
dibingkaikan dan diletakan di dinding.

iv.

Log Book
Buku ini digunakan untuk merekod aktiviti PSU selama mana ia digunakan. Kita
boleh merujuk kepada rekod masa lalu untuk dijadikan panduan dalam kerja-kerja
penyelenggaraan yang seterusnya. Setiap kali penyelenggaraan atau pemeriksaan
dilakukan, ianya hendaklah direkodkan didalam buku ini.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION
v.

G.

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 8 -)

Tikar Getah
Tikar getah hendaklah berada dihadapan PSU. Ukuran yang hendaklah sekurangkurangnya 5mm tebal x 3 kaki lebar dengan panjangnya sepanjang hadapan PSU.
Menurut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Peraturan 19 (2) Alas getah yang saiz
dan ketebalan yang sesuai hendaklah diletakan di atas lantai dihadapan setiap
papan suis untuk mencegah bahaya renjatan elektrik kepada seseorang pengendali.

LANGKAH LANGKAH UNTUK MELAKUKAN SHUT DOWN


i.

Dapatkan PTW ( Permit To Work) daripada pegawai yang berkaitan. Ini adalah untuk
memastikan pemunya premis mengetahui kerja-kerja shut down akan dilakukan.
Disamping itu juga kita dapat melakukan kerja dengan selamat.

ii.

Memberitahu kepada pengguna di premis bahawa bekalan akan dipotong.


Pemberitahuan ini hendaklah dilakukan sehari sebelum kerja-kerja shut down dilakukan.
Maklumkan juga didalam notis itu tempoh masa gangguan bekalan itu berlaku.

iii.

Apabila semua perkara di atas telah selesai. Bekalan boleh diputuskan. Putuskan
bekalan bermula dari bahagian beban. Mulakan dari beban yang terbesar hingga ke
beban yang terkecil.

iv.

Rekodkan bacaan pada Ammeter sebelum dan selepas bekalan itu dipotong didalam
buku log yang disediakan.

v.

OFFkan ACB. Periksa semula bacaan pada Volt Meter untuk memastikan bekalan telah
diputuskan.

Langkah-langkah mengeluarkan ACB:


a. SERVICE
Kedudukan ACB dalam keadaan bersambung dimana roller contact
bersambung dengan busbar dan sliding contact bersambung dengan relay.
b. TEST
Kedudukan ACB dalam keadaan Ujian (TEST) roller contact terpisah dengan
busbar dan sliding contact masih bersambung dengan relay.
c.

vi.

ISOLATE
Kedudukan ACB dalam keadaan terpisah dari sliding contact
ACB dikeluarkan dan diletakan di atas tikar getah untuk diperiksa.

Letakkan papan tanda AWAS.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION

H.

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 9 -)

SENGGARAAN ACB
i.

Blow dan Vacum kesemua ACB termasuk Perangkap Arka sehingga bersih dan dilapkan
dengan kain kering.

ii.

Ketatkan bolt dan nut pada ACB. Ini adalah untuk memastikan tiada bahagian yang
longgar yang boleh mengundang bahaya.

iii.

Bahagian-bahagian yang bergerak (Switching Mechanism) hendaklah diminyakkan .

iv.

Cuci Main Contact, Arching Contact, Roller Contact ke Busbar dengan fibre glass paper.
Kemudian lapkan dengan kain yang kering dan sapukan Vaselin ( Petroleum Jelly).

v.

Buat pengujian terhadap ACB dan rekodkan bacaannya. Masukan ACB semula kedalam
PSU.

vi.

Periksa fius Shunt Trip, fius Volt Meter dengan menggunakan Ohm Meter.

vii.

Rese OCR (IDMT) atau jenis OIL Dash Pot. Periksa minyak pada OIL dash pot. Jika
minyak kurang, ia hendaklah ditambah dan minyak yang digunakan ialah mineral oil.

viii.

Reset EFR dan ON kan ACB.

ix.

Periksa Volt Meter dan lihat bacaan voltan antara fasa ke fasa. Voltan yang biasa
diterima dipepasangan ialah 415V dengan variasi yang dibenarkan ialah +5% dan -10%
daripada voltan yang diistiharkan oleh Akta 447 dan Peraturan Peraturan Elektrik 1994.

x.

Maklumkan kepada pengguna bahawa bekalan akan disambungkan tempoh tertentu.

xi.

Sambungkan (pemutus litar) bekalan kebeban satu per satu dengan memulakan beban
terkecil hingga ke terbesar.

xii.

Ambil Bacaan Ammeter dan pastikan ianya sama dengan rekod sebelum bekalan
diputuskan. Power Factor Meter hendaklah menunjukkan 0.85 ke atas menyusul. Tunggu
dalam beberapa minit. Bersihkan kawasan kerja.

xiii.

Catatkan kerja-kerja yang dilakukan didalam penyenggaraan, masa mula dan masa siap
didalam buku log. Jika tiada masalah boleh tinggalkan tempat kerja.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION
xiv.

Serahkan semula
dipertanggung.

I.

PTW

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 10 -)


kdan

laporan

penyelenggara

kepada

pegawai

yang

PENGUJIAN PADA PAPAN SUIS UTAMA


A. UJIAN PADA ACB
Ada beberapa pengujian yang biasanya dilakukan pada ACB
i.

Ujian Keserataan Kontek Utama.


Ujian ini dilakukan dengan menggunakan kertas karbon dan kertas putih.

ii.

Ujian Penebatan
Gunakan alat penguji penebatan 1000V dengan bacaan tidak kurang daripada
1Mega Ohm antara fasa dengan fasa dan antara fasa dengan bumi. ACB
hendaklah dalam kedudukan ON semasa ujian ini dilakukan.

iii.

Ujian Keterusan.
Ujian keterusan dilakukan dengan menggunakan alat Ohm Meter. Uji antara kontek
masukan dan keluaran pada tiap-tiap fasa. ACB dalam keadaan ON. Bacaan
hendaklah dalam mikro Ohm atau hampir dengan sifar. Uji juga keterusan gelung
shunt trip dan sliding contact.

B. UJIAN PENATAHAN GEGANTI

i.

Geganti adalah komponen yang penting dan kritikal untuk menentukan system
perlindungan berfungsi mengikut cirri-ciri yang dikehendaki. Oleh itu ia perlu diuji
dan dtentukur serta ditatah dengan betul dan tepat oleh orang kompeten dan
bertauliah.
UJIAN SUNTIKAN UTAMA

Sistem perlindungan papan suis utama dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
primary dan secondary. Bahagian primary ialah palang bus dan alatubah arus.
Bahagian secondary ialah geganti, gelung shunt trip dan litar yang
melengkapkannya.

Ujian suntikan utama ( primary ) adalah lebih kepada menentukan alatubah arus
berfungsi dengan baik. Dalam ujian ini nilai arus sebenar dialirkan didalam palang
bas menggunakan alat uji primary injection test set. Bacaan arus keluaran dari
terminal S1 dan S2 dicatatkan dan diperiksa supaya menepati kadarannya.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION

ii.

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 11 -)

Ujian ini hanya boleh dilakukan semasa palang bas tidak mempunyai bekalan.
Oleh itu ia selalunya dibuat sebelum pemasangan diberikan bekalan elektrik.

UJIAN SUNTIKAN SEKUNDER ( Secondary Injection test)

Ujian suntikan sekunder pula adalah untuk menentukan geganti berfungsi dengan baik
pada tatahan yang ditentukan. Alatuji yang digunakan ialah alat uji suntikan secondary
(Secondary Injection Test Set).

Alat ini akan menghasilkan arus seperti sebuah alatubah arus. Ujian ini boleh dilakukan
walaupun papan suis mempunyai bekalan. Oleh itu ia sesuai untuk senggaraan berkala
dan mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, ia hendaklah dilakukan sekurangkurangnya sekali setiap dua tahun.

Ujian suntikan pertama boleh juga merangkumi ujian sekunder tetapi hanya sesuai
untuk ujian memulatugas (commissioning test) dan tidak sesuai
untuk ujian
senggaraan berkala (routine maintenance test)

C. TRIP TEST.
Setelah kedua-dua ujian sempurna dijalankan tidak bermakna system perlindungan
kita telah sempurna dan dapat berfungsi apabila berlaku keadaan kerosakkan yang
sebenar berlaku. Dalam hal ini alat yang akan memutuskan bekalan apabila berlaku
keadaan tidak normal adalah pemutus litar.

Pemutus litar akan terpelantik jika gelong shunt tripnya mendapat tenaga (energized).
Tenaga ini datangnya dari palang bas melalui fius, kemudian melalui sesentuh sedia
buka (trip contact) geganti dan terus ke sliding contact pemutus litar sebelum ke gelung
shunt trip dan balik ke neutral. Oleh itu jika sesentuh, sambungan dan cable-cable
yang berkaitan cacat, maka pemutus litar mungkin gagal untuk berfungsi jika berlaku
kerosakkan yang sebenar. Oleh itu ujian pelantik penting dilakukan bagi memastikan
pemutus litar akan berfungsi dengan sempurna.

D. UJIAN PADA ALATUBAH ARUS


i.

ii.

UJIAN KEKUTUBAN
Alatubah arus mempunyai kekutuban yang perlu diberikan perhatian. Jika kekutuban
tersebut tersalah pasang maka system perlindungan tidak akan berfungsi dengan betul.
Oleh itu ujian kekutuban sangat penting demi menentukan arah pengaliran arus yang
betul. Kalau terbalik arus akan mengalir ke arah bertentangan dan menimbulkan
ketidakseimbangan dalam litar kawalan. Alat yang digunakan ialah Jangka Galvano.
UJIAN NISBAH (Ratio Test)
Kebanyakkan alatubah arus mempunyai satu nisbah, contohnya 600/5A, 1000/5A,
1600/5A dan sebagainya. Dua punca dibahagikan secondary selalunya ditandakan
dengan S1 dan S2.

Samada alatubah tersebut boleh memberikan kadaran arus dengan tepat berbanding
dengan arus pada palang bas boleh diketahui dengan membuat ujian nisbah. Jika
alatubah arus itu berkadaran 600/5A ia akan memberikan arus sebanyak 3A jika arus
pada palang bas adalah sebanyak 360A. Begitulah nilai arus yang lain, nisbah tersebut
hendaklah sentiasa betul.

Bermula dengan nilai arus yang rendah hinggalah arus maksima, ujian ini dapat
menentukan nisbah tadi betul atau sebaliknya. Jika arus palang bas terlalu tinggi

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 12 -)

alatubah akan menjadi tepu (saturated) iaitu tidak akan menghasilkan arus secondary
yang lebih tinggi.

iii.

iv.

UJIAN KEMAGNETAN (Magnetising Test)


Ujian ini adalah untuk mencari knee point iaitu peringkat dimana pertambahan 10%
voltan ujaan akan menghasilkan 50% arus ujaan iaitu peringkat dimana ianya tidak lagi
linear dan mencapai tahap tepu.
UJIAN RINTANGAN
Ujian ini adalah untuk mengetahui nilai rintangan dalam gelung alatubah arus. Lazimnya
nilai rintangannya rendah. Kalau didapati rintangannya tinggi, kemungkinan terdapat litar
buka pada gelungnya.

MANUAL PENYENGGARAAN ELEKTRIK BERJADUAL


BIL

Butiran Kerja

1.0

PAPAN SUIS UTAMA

1.1

Bersihkan bilik suis utama dari habuk, sawang dsb.

Jadual Tempoh Penyengaraan


Mingguan Bulanan 6 bulan
Tahunan

Bersihkan peparit kabel (cable trench)


Periksa pintu, kunci
Periksa papan tanda DILARANG MASUK, BAHAYA
Rajah Pertolongan Cemas
Skema berada dalam keadaan baik dan boleh dibaca
Ganti jika perlu
Periksa tabung gas pencegah kebakaran masih boleh
digunakan, periksa tarikh luput, ganti jika perlu.
Periksa tikar getah dihadapan papan suis utama
Periksa jaring penghalang serangga, tukar jika perlu
Periksa pendawaian dan kelengkapan mata kuasa 13A,
Lampu dan kipas pelawas (exhaust fan)
Periksa system perlindungan kilat dan uji rintangan
Elektrod bumi
1.2

PAPAN SUIS UTAMA/ SUB -SWITCHBOARD


Periksa semua lampu penunjuk, suis pemilih, meter voltan,
Meter ampere, meter faktor kuasa dll
Periksa dan ketatkan semua skru, sesentuh, terminal dan
tamatan

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 13 -)

Periksa keadaan penamatan kabel daripada kesan-kesan


kepanasan yang berlebihan.
Rekod bacaan voltan , arus, factor kuasa didalam buku log
Uji penebatan kabel
Uji keseluruhan system pembumian
Uji dan tatah semula geganti perlindungan

1.3

PEMUTUS LITAR UDARA (ACB)


Bersihkan pelongsong arka (arc chute)
Periksa dan uji sesentuh utama dan sesentuh arka
(main contact dan arcing contact)
Gris mekanisma ACB dan pelantikan supaya berfungsi
dengan baik
Uji operasi mekanikal ACB supaya berfungsi dengan baik
Periksa dan ketatkan semua pendawaian dan sambungan

1.4

FIUS SUIS/ SUIS FIUS


Periksa penutup dan ganggang suis- baiki atau ganti jika
rosak
Ketatkan skru pemegang fius (fuse carrier)
Ketatkan semua sambungan / terminal/ tamatan supaya
tidak berlaku bunga api (sparking) apabila dibebankan.

1.5

PEMUTUS LITAR ARUS BAKI (RCCB)


Periksa dan uji gagang suis
Uji butang tekan dan pastikan RCCB terpelantik. Jika rosak
ganti dengan yang baru.

1.6

MOULDED CASE CIRCUIT BREAKER (MCCB)


Periksa dan uji gagang suis, pastikan boleh berfungsi ON
dan OFF
Ketatkan semua tamatan dan sambungan

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION

1.7

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 14 -)

PETI AGIHAN (DB)


Periksa tanda BAHAYA dan rajah litar ada disediakan
Ketatkan sambungan terminal dan tamatan
Periksa dan bersihkan bahagian dalam DB

2.0

SISTEM AGIHAN VOLTAN RENDAH

2.1

SESALUR UTAMA/ SUB UTAMA MENAIK


(TRUNKING AND BUSBAR RISER)
Periksa dan pastikan penyaluran berkeadaan baik dan
kering.
Periksa pita kuprum bumi untuk trunking.
Periksa penyokong palang bas, ganti jika rosak
Periksa penghalang api (fire barrier), ganti jika rosak.
Ketatkan semua sambungan, terminal dan tamatan
Pastikan penyaluran digantung dan dilekatkan dengan
sempurna

3.0

KELENGKAPAN ELEKTRIK

3.1

LENGKAPAN LAMPU
Periksa semua komponen lengkapan lampu berkeadaan
Baik seperti kabel mudah lentur, pemegang lampu dsb.
Pastikan lampu tanda keluar menyala.
Uji lampu kecemasan.

3.2

LENGKAPAN PENDARFLOUR
Periksa lengkapan dan bersihkan penutup dan tiub.
Periksa dan pastikan lampu tidak berkelip-kelip.
Tukar komponen-komponen yang rosak seperti tiub, cok,
starter, kapasitor dan terminal holder.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION

3.3

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 15 -)

SUIS-SUIS DAN SOKET ALIR KELUAR 13A


Pastikan secara pengelihatan tiada tanda-tanda kerosakan
seperti pecah, sumbing, kesan terbakar, tercabut, longgar
skru longgar atau hilang dsb.

3.4

KIPAS SILING / DINDING


Bersihkan bilah kipas dan motornya dari habuk dan kotora
Pastikan tiada bunyi dengung atau geseran pada kipas

3.5

Periksa tali penggantung keselamatan (safety rope) dan


Kipas tidak bergoyang semasa berfungsi.
PEMANAS AIR
Periksa dan pastikan tiada kebocoran air pada paip
penyambung dan tangki.
Periksa laras suhu (thermostat) supaya berada ditahap
yang normal biasanya 0.6
Periksa lampu penunjuk dan RCCB boleh beroperasi

3.6

MOTOR, ALAT PERLINDUNGAN DAN PAM AIR


Periksa dan bersihkan motor dari sebarang kotoran.
Periksa lubang pengalih udara supaya tidak tersekat.
Periksa tahap bunyi motor dan pastikan tiada dengungan
atau geseran.
Periksa pengalas bebola (ball bearing)
Periksa dan uji suis kecemasan.
Periksa sistem perlindungan dan tahapnya.
Uji dan tatah geganti perlindungan.
Periksa pemanas anti pemeluwapan.
Periksa suhu bearing.
Periksa geganti termistor
Periksa kelajuan motor

3.7

LAMPU KAWASAN DAN LAMPU JALAN


Periksa secara penglihatan keadaan tiang dan lengkapan

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 16 -)

Lampu, penutup lampu, ruang alat kawalan dan sebagainya.


Ganti komponen-komponen yang terbakar atau rosak
Seperti lamp fitting, bulb, starter, holder, fius dsb.

4.0

PENGUJIAN ELEKTRIK (DOMESTIK)

4.1

PEMERIKSAAN AM
Periksa keadaan papan suis utama/ sub-switchboard dan
peti agihan (DB).
Periksa keadaan alat lengkap elektrik secara penglihatan
untuk mengesan tanda kerosakan kepada suis-suis, soket
alir kelua, mata lampu, lengkapan pencahayaan dsb.

4.2

UJI LITAR PERLINDUNGAN


Periksa keadaan litar perlindungan dan uji keselanjarannya
Periksa dan uji pita kuprum untuk trunking dan conduit
Periksa kotak pembumian, elektrod bumi dan sambungannya berada dalam keadaan baik.
Uji elektrod bumi dan pastikan bacaan rintangannya tidak
melebihi 1ohm.
Periksa sambungan terminal utama bumi dan terminal
elektrod bumi dan ketatkan jika perlu.

5.0

BATERI
Periksa paras air bateri supaya berada diantara paras
minima dan maksima, tambah air jika kurang.
Periksa ketumpatan bandingan elektrolite sekitar 1.1 ke 1.2
Buka terminal bateri dan bersihkan, pasang semula
Periksa keadaan cas bateri menggunakan penguji bateri
(battery tester), pastikan ia berada pada full charge atau
normal, jika bateri telah berada dalam keadaan discharge

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 17 -)

ia perlu ditukar.
Periksa kesempurnaan pengudaraan bilik bateri.
6.0

PENGECAS BATERI
Periksa dan catatkan bacaan volt meter masukan
Periksa dan catatkan bacaan meter ampere masukan.
Periksa dan catatkan bacaan meter volt bateri.
Periksa dan catatkan bacaan meter ampere bateri.

7.0

Periksa dan ketatkan semua sambungan


JANAKUASA TUNGGUSEDIA

7.1

SISTEM PELINCIRAN
Periksa paras minyak pelincir, tambah jika perlu
Tukar minyak pelincir dan penapis minyak 6 bulan sekali
atau 250 jam atau mana yang terdahulu.
Periksa paras minyak penguasa hidrolik (hydraulic
govenor), tambah jika perlu.
Tukar minyak penguasa hidrolik 12 bulan sekali atau
1500 jam atau mana terdahulu.
Lakukan pemeriksaan pengelihatan untuk mengesan jika
ada kebocoran minyak pelincir.

7.2

SISTEM BAHAN API


Periksa operasi pam pindah bahan api (fuel transfer pump)
Tukar penapis bahan api 6 bulan sekali atau 250 jam atau
mana terdahulu.
Periksa dan bersikan penapis udara masuk
Tukar penapis udara masuk
Lakukan pemeriksaan penglihatan untuk mengesan jika
ada kebocoran bahan api.

7.3

SISTEM PENYEJUK
Periksa paras bahan penyejuk (air), tambah jika perlu
Periksa keadaan hos untuk mengesan kebocoran.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 18 -)

Tukar bahan penyejuk


Periksa dan bersihkan radiator
Periksa keadaan tali kipas, tegangkan jika kendur.
7.4

PENGULANGALIK
Bersihkan dari habuk dan sawang

7.5

PANEL KAWALAN
Periksa dan rekodkan bacaan-bacaan meter-meter volt,
ammpere, Hz, P.F semasa janakuasa dijalankan
Periksa dan uji operasi alat amaran dan perlindungan.
a. Suhu tinggi amaran dan enjin berhenti
b. Tekanan minyak rendah amaran dan enjin berhenti
c. Gagal untuk mula amaran dan enjin berhenti
d. Paras bahan api peringkat 1 amaran sahaja
e. Paras bahan api peringkat 2 amaran dan enjin berhenti

7.6

SISTEM ELEKTRIK
Periksa bateri seperti dibahagian terdahulu

7.7

UJIAN PERJALANAN (RUNNING TEST)


Jalankan janakuasa tanpa beban selama 15 minit.
Jalankan janakuasa dengan beban selama 15 minit.

7.8

BILIK JANAKUASA
Bersihkan bilik janakuasa
Bersihkan kawasan luaran jika perlu
Lakukan pemeriksaan penglihatan pada keseluruhan
janakuasa dan biliknya bagi mengesan perkara-perkara
tidak normal.

7.9

TANGKI BAHAN API


Pastikan kuantiti bahan api mencukupi setiap masa
Pastikan tiada kebocoran pada tangki dan salurannya.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION

8.0

SISTEM VOLTAN TINGGI

8.1

BANGUNAN PENCAWANG

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 19 -)

Periksa dan pastikan kebersihan didalam bangunan


supaya tiada sawang, habuk, kebocoran, tersumbat dsb
Periksa dan bersihkan kawasan luar bangunan seperti
rumput, pasir, daun, kayu dsb.
Periksa dan pastikan kunci berkeadaan baik

8.2

Periksa dan pastikan semua kelengkapan bilik suis


mengikut Akta dan Peraturan-Peraturan Elektrik
PEMUTUS LITAR 11KV
Bersihkan bilik pencawang dan pemutus litar
Rack-out dan periksa semua mekanismanya dalam
keadaan baik dan berfungsi.
Periksa tekanan gas untuk jenis SF-6 dan keadaan
hampagas untuk jenis hampagas (vacuum)

8.3

ALATUBAH (JENIS MINYAK)


Periksa paras minyak dan tanda-tanda kebocoran.
Periksa warna silica gel (jika ada) dan tukar baru jika
warnanya bertukar dari biru kepada hijau.
Uji kekuatan dielektrik dan keasidan minyak alatubah,
jika perlu tukar minyaknya.
Bersihkan alatubah terutamanya dibahagian bushing daripada kekotoran dan habuk.
Pastikan pembumian frame dan star point dalam keadaan
baik, ketatkan semua sambungan
periksa elektrod bumi dan uji galangan elektrod bumi.

8.4

GEGANTI PERLINDUNGAN
Dapatkan Kontraktor Perkhidmatan Elektrik untuk
membuat ujian dan tatahan geganti perlindungan.

8.5

BEKALAN ARUS TERUS (DC SUPPLY)


Periksa paras elektrolite bateri, tambah jika perlu, kecuali
jenis maintenance free batteries.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC

SWITCHBOARD INSTALLATION

KOLEJ VOKASIONAL/JAN 14/REV(1)/P( - 20 -)

Uji status bateri menggunakan battery tester, tukar jika


bateri telah lemah.
Periksa pengecas bateri, sambungan, voltmeter, ammeter
dalam keadaan baik.

JPK-Teknikal, Bahagian Akademik Kolej PSDC